Tuesday, 5 June 2007

apa yang aku nampak

::hobbies and interests::
.......XXX......
......XXX.....
.......XXX......
...layan pakwe and sudah semestinya, solat...




aku: keliru.

Monday, 4 June 2007

notajari

aku bukan penulis agama. aku hanya penulis beragama. aku tak tulis blog 'memandangkan ramai antara kita yang dah terhuyung-hayang tanpa arah dan haluan hidup' ataupun untuk 'meneutralkan kebobrokan ummat hari ini' ataupun untuk 'menyedarkan remaja-remaja yang suka berlawak lucah di luar sana'.

pendek kata, aku tak menulis sebab ORANG.

apa yang aku tulis ialah apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa yang aku jumpa, apa yang aku belajar. sebab bagi aku, menulis membuatkan aku yakin, dan menulis membuatkan aku boleh share dengan orang apa-apa yang aku alami dan melalui perkongsian tu, aku berdoa dapat perkara yang baik-baik.

lagaknya macam aku menulis untuk dapat kebaikan kepada diri sendiri. adakah aku mementingkan diri sendiri?

jawapannya ialah ya! aku bukan ulamak yang layak bercakap soal agama, aku masih mentah dan tak mahir bab hukum-hakam. aku pun masih belajar...isk..isk...maafkan aku sebab pentingkan diri sendiri...aku belum cukup untuk melantangkan kalimah jihad dan menyeru semua orang supaya mentauhidkan Allah...definisi-definisi perkataan tu semua pun aku belum khatam...

habis tu ape gunanya blog ni kalau tak bawa manfaat pada orang lain? buat apa didisplaykan?

sebenarnya ini rumah ketiga aku...rumah kedua aku adalah rahsia. *wink* blog ini wujud selepas dua perkara:

1. kawanku mahirah memujuk aku untuk menulis blog. seperti yang korang leh baca di atas sekali.
2. mama suruh buatkan blog untuk dia menulis, tapi sementara mama masih kesibukan, aku rasa ada baiknya aku realisasikan sebab #1 tadi. mengisi kekosongan blog ini.

jadi sebenarnya aku tidaklah berapa peduli pun sama ada blog aku dibaca ke tidak, tapi dari gaya ayat mahirah 'leh share apa yang ko rasa, belajar etc.' makanya aku rasa perlu untuk aku hebohkan tentang kewujudan blog aku supaya sasaran 'to fulfill the public demand' tercapai...

maka aku tak expect apa-apa pun dari penulisan aku! ada orang baca ke, takde orang baca ke, ermm...aku belum sampai tahap untuk mempunyai sasaran 'untuk bulan ini bilangan orang yang membaca blogku haruslah XXX orang'.

tetapi lebih kepada 'buat sesiapa yang Allah bagi keizinan untuk membaca blogku, jika anda mahu, anda boleh ambil mana-mana yang baik untuk diri anda...bagi yang nak komen, komen anda adalah amat-amat dialu-alukan, buat yang nak kritik, jika kritikan anda kritikan membina, terima kasih saya ucapkan...dan jika kritikan anda bersifat negatif pada hemat saya yang banyak dosa ini, kritikan anda tak akan dilayan...hehehe'

dakwah? hmm...

tugas dakwah tu, nak taknak sebagai seorang muslim aku kena pikul. tapi dengan kesedaran bahawa aku amat-amatlah kurang dari segala segi dan cabang untuk berdakwah, apa-apa yang disampaikan oleh blog aku (yang ikut agama) ialah dakwah aku. mungkin kadang-kadang apa yang aku tulis ni tak ada kena mengena pun dengan pembacanya, tapi yang penting kena mengena dengan aku. aku tak mahu menulis tentang sesuatu yang aku tak perbuat. macam yang Allah dah cakap dalam surah as-saf ayat 2 (61:2)...makanya aku akan berhati-hati dengan apa yang aku tulis insyaAllah...dan ingin aku pesan pada semua pembaca, buku agama bukan hidup, novel bukan hidup, filem bukan hidup, blog juga bukan hidup! usah mengadili kehidupan seseorang berdasarkan apa yang dia tulis. yang terbaik ialah 'ambil mana yang baik, jangan ambil mana yang tak baik ataupun yang tak sesuai dengan diri anda'. benda ini penting dan perlu aku perjelaskan, untuk diri aku dan korang semua.

dan aku sebenarnya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan korang link-link kepada bloggers yang aku suka. aku suka gaya pemikiran mereka, mereka lebih baik dari aku pada hemat aku. lebih banyak pengalaman pun, dan misi mereka jelas. aku doa-doa suatu hari aku pun dapat berkhidmat dengan baik untuk Tuhanku. doakan aku...

walaupun yang baca entri ini hanyalah seorang, itu tidak mengapa. yang penting, entri ini dapat beri peringatan pada diri aku sendiri setiap kali aku menulis, dan pastinya untuk sesiapa yang membacanya...

sekian...

Sunday, 3 June 2007

nukilan bukan ilmiah

memang salah satu kesukaanku ialah membaca blog. kalau duduk di hadapan komputer membaca blog di waktu cuti, mungkin aku takkan merasakan sudah malamnya hari. mungkin juga aku akan hanya dikejutkan oleh boborygmy perutku yang minta disuap. tambahan lagi kalau semua penulis kegemaranku mengupdate blog mereka dan memasukkan banyak entri baru, pasti aku tak berganjak dari kerusi. faisal tehrani, abdullah jones, saharil, dugongsenyum, tokrimau, sinaganaga, kereta mayat untuk menamakan sedikit dari mereka. dari blog mereka aku belajar, buka minda dan ketemu semula jiwaku yang pernah kutinggalkan dahulu. seni mereka pencetus fikirku, mesej-mesej mereka bagus sungguh penyampaiannya.

aku baca blog-blog mereka untuk ilmu dan islam. aku tak macam sesetengah orang lain, yang meletakkan kegemaran mereka kepada stereotype tertentu; contohnya 'minat lagu-lagu my chemical romance' ataupun suka 'semua cerita latin' atau 'minat filem-filem hindustan'. bagi aku itu semua bukan ukuran. aku suka sesuatu berdasarkan isinya, berdasarkan mesej-mesej yang ingin disampainya. aku tak melihat pada cop dan jenama, aku lihat pada fikrah dan kualitinya. makanya aku tak pernah meminati 'filem-filem melayu' atau 'novel-novel cinta'. minatku amat spesifik tapi tak pernah berbatas pada sumber dan jenis. mungkin cara aku faham sesuatu lain dari orang.

cuma aku sedih. sebab aku sangat suka bidang seni ini, jadi bila aku tak dapat faham mesej-mesej yang ingin mereka sampaikan disebabkan kecetekan ilmuku dalam bidang ilmu dan penulisan ini serta kurangnya pengalamanku, aku jadi geram dan sedih. kadang-kadang habis membaca sajak abdullah jones aku mendungu diam. sajaknya tak lebih dari susunan-susunan kata semata, dan sedihnya aku kerana aku tak memahaminya. begitu juga kadang-kadang dengan sajak dan certot saharil. namun aku bersyukur, kerana Allah pertemukan aku dengan karya-karya mereka. dan, begitu pun aku sangat suka setiap tulisan mereka, aku tak mengambilnya bulat-bulat dan menolaknya bulat-bulat. apa yang kudapat, kucerna dan kunilai sejauh mana relevannya dengan kehidupanku.

dan bila rasa sedih begini, aku kembali nilai niatku pada permulaan. walaupun banyak antara karya mereka yang aku tak faham, tapi mungkin juga tak relevan dengan diriku, sebab aku perlu ambil mana-mana yang boleh memperkuatkan imanku dan mengajarku lebih dalam tentang agamaku. aku kembali bertanya pada diriku sendiri, di mana letaknya prioritiku? apa yang lebih penting? maka pasti jawabku 'menuntut ilmu di universiti ini lebih penting, menelaah subjek-subjekku di universiti ini lebih penting, dari mengaut ilmu-ilmu dari tulisan blog'. sebab aku sudah diamanahkan untuk mendalami ilmu geosains ini, Allah sudah menempatkan aku di sini, mesti ada sebabnya. sebagaimana semua penulis blog itu amat mahir dalam bidang mereka, begitu jugalah aku perlu, mahu dan akan insyaAllah, mahir dalam bidangku. tak dapat disangkal bahawa aku amat minat bidang seni penulisan ini, terutama dari perspektif menyampaikan dan menceritakan tentang agamaku melalui bidang penulisan, tapi ada perkara yang lebih mustahak di pihakku.

oh ilmuku amat cetek, imanku amat tipis. ya Allah selamatkan hambaMu ini.

Saturday, 2 June 2007

abah kita dah mati, akakku

kadang-kadang budak-budak kecik nampak lebih jauh dari orang dewasa.

awin (11 tahun): tivi kita kat rumah ni, dah tak berapa elok.
aku: tak apa, nanti kita beli lcd flat screen.
awin: hehe. abah beli tivi ni dulu.
aku: haah. (tapi kenapa?)
awin: umur tivi ni lebih panjang dari tuannya.
aku: (oh...)

akhir nanti

bila berjumpa
banyak ilham tercetuskan
banyak jiwa tertemukan
banyak fikir tersatukan
kadang-kadang menyatu lalu riuh
kadang-kadang berpincang-pincang
lalu menyepi
apa-apa pun
kubur masih sendiri
selain lillah, semua mati

kawan, doakan kita
di depanNya nanti
telanjang,
tapi senyum
bercahaya

buku

kupandang susunan buku-buku di atas para bilik.

paling depan
buku berwarna kuning
penulisnya ramai
national geographic
beli di airport sebelum datang ke aussie

kemudian
buku-buku tulis kosong
aku beli dari campus centre
universiti
untuk kucoret, kuconteng
kukoyak dan kusimpan

ada juga
buku cerita buat perkuat
vocabularyku
dibeli mama
untuk mengisi rengsang hati yang merindu
dalam perut kapal terbang
MH149 14 februari lalu
penulisnya enid blyton

ada juga buku yang kupinjam
dari maktabah
weather and climate
penulisnya aguado dan burt
sendat fakta perjalanan
kimiawi cuaca

dan buku terbitan cambridge
berkisar tentang natural hazards
rujukan kami dalam kelas geography
penuh konsep dan sejarah
gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami
ditulis oleh bryant

ada juga buku statistics: data and models
karangan penulis tiga serangkai
de veux, velleman dan bock
terbitan longman
exam nanti akan disoal
pemahamanku setelah menelaah
buku itu

tak lupa
buku earth: portrait of a planet
karangan stephen marshak
edisi kedua
berkulit ungu

aku ambil buku
hitam bertinta warna emas,
di kulit luarnya
diterbitkan sejak 14 kurun lalu
dalamnya ada cinta
ada sendu ada semangat
sejarah dan kesucian
ungkapan rindu dan jihad
sumbernya Satu
pengarangnya Tuhan

Friday, 1 June 2007

nukilan ~ilham dariNya~

salaam...
dalam hidup, bukan selalunya gembira..tapi kan Allah dah pujuk kita, Dia kata, "...Jangan bersedih, Allah bersama kita..." [9:40]. tak cukup dgn tu, Allah pujuk lagi dalam surah adDhuha ayat 3, "sesungguhnya Tuhan kamu tak meninggalkan kamu.." dan ayat 5 dalam surah asSyarh, "sungguh selepas kesusahan ada kemudahan.." Dia tahu waktu2 kita sedih dan menangis, Dia tahu isi hati kita. dan Dia maha penyayang, 1 langkah kita nak dekat dgn Dia, 1000 langkah Dia datang kpd kita. macam yang Dia dah pesan dalam ayat 186 surah kedua, "...dan jika hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, maka katakanlah Aku ini dekat, Aku memperkenankan doa hambaKu yang meminta, maka hendaklah dia mengikuti suruhanKu..."
dan Allah tu turunkan alQuran bukan nak menyusahkan hidup kita, maka jadilah teman rapat dengan alQuran. setiap hari jenguk maksud 1 ayat pun jadi, sebab sebenarnya banyak cerita Allah nak sampaikan pada kita melalui alQuran. bila kita rasa tensyen, bingung or sedih, selak je mana2 muka surat dalam alQuran, insyaAllah kita akan dapat jawapan yang kita perlukan. "Kami tak turunkan alQuran tu untuk menyusahkan kamu..." [taha, 2] pastu dalam surah alQamar 17 kemudian diulang dalam ayat 22 pun Dia ada bgtau, "Kami telah menjadikan alQuran itu mudah sebagai peringatan, maka adakah sesiapa akan mengingatinya?"
maka ingatlah Dia selalu..."Ingatilah Aku maka Aku akan mengingatimu.." [albaqarah, ayat 2] dan Dia pun cakap dalam ayat 28 surah arRaad, "...sungguh, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..." lagipun kita kene yakin, Allah tak uji kita di luar kemampuan kita..." Allah tak membebani seseorang di luar kemampuannya..." [albaqarah, ayat 286] dan segala yang berlaku tu mesti ada hikmah di sebaliknya, Allah tak pernah tentukan dan jadikan sesuatu dengan sia2.."maka adakah kamu menyangka yang Kami ciptakan kamu dengan sia2 dan kamu takkan pulang kepada Kami?" [alMukminun, 115], jadi usahlah kita sedih..."Janganlah kamu lemah dan bersedih; kamu akan dapat yang lebih baik, jika kamu benar2 beriman..." [aliImran, 139] sesungguhnya Allah sayang kita lebih dari apa kita dapat bayangkan...kan setiap kali sebelum nak baca apa2, kita mula dengan "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"? bukannya "dengan nama Allah yang maha mencipta lagi maha bijaksana", atau "yang maha agung lagi maha mengetahui"...jadi, apa2 pun, kita tak blh putus asa, pastu sentiasa relax and tenang bila hadapi masalah, yakin dengan kekuasaan Allah dan hakikat yang walau sesiapa pun kita, apa pun kita tengah buat n di mana pun kita, Dia amat sayang pada kita dan dekat dengan kita...unless kita syirikkan Dia...nauzubillah...
peringatan kepada yang memberi peringatan jugak,mg dalam sayang Allah selalu. wassalam...=)