Sunday, 31 August 2008

merdeka

next election aku dah boleh pergi mengundi.

Saturday, 30 August 2008

sebelum aku 20 aku dah...

1. jadi penulis (inspirasi SEMESTI, blog, e-zine)

2. khatam AQ 11 kali insyaAllah

3. hilang 6kg dalam masa sebulan (dari 54kg ke 48kg)

4. found my soulmate :)

5. kerja dan kumpul lbh krg 1000 ausie dollar

6. seorang ustaz yg ak pandang tinggi panggil aku adik (warning: yang terasa tu usah bangge dan riak lebih-lebih oke ;p)

7. menjadi yatim pada umur 8 tahun 11 bulan 20 hari

8. hilang adik kandung yang namanya kependekan dari nama aku (aqil aslam). tapi sebelum dia meninggal kitorang sempat qiam sekali. itulah first and last time dia qiam dalam hidup dia.

9. beri ceramah tanpa teks selama lebih kurang 2 jam pada juniors aku yang dalam 100+ orang pd 190108 dan satu lagi ceramah esok paginya sampai suara aku serak

10. ada mama, ada mak, ada ibu dan mereka adalah 3 orang berlainan

11. buat fius seterika asrama terbakar tanpa sengaja time aku form 3

12. terjatuhkan botol pencuci dalam mangkuk tandas faveret budak2 dorm aku (E1) dan berjaya ambilnya semula dengan beberapa taktik dan pertolongan budak2 delta (go delta!)

13. buat choc chip cookies pertama aku tanpa bantuan mama langsung dan kawan2 aku kata sedap macam yang jual kat kedai

14. usaha dan berjaya g salam permaisuri agong (time tu permaisuri aisyah) masa aku darjah 6

15. jadi ketua pengawas time skolah rendah dan sekolah menengah walaupun aku jadi prefect lebih lambat dari budak2 lain

16. jadi tokoh pelajar time skolah rendah dan menengah

17. became the first semestian yang kaut best student pmr dan spm (selalunya budak yang dapat best student pmr tak berjaya maintain jadi best student spm)

18. hampir kene lamar skali (siot menakutkan!) tapi aku reject atas alasan yang terlalu munasabah- aku tak kenal dia (note: berjaga-jagalah dengan friendster)

19. pernah cuba bunuh diri sekali masa umur aku kurang 6 tahun- berdiri tengah-tengah jalan raya sebab mama taknak belikan aku kasut. mak menjerit macam orang gila dah

20. cuba dan gagal bawak kereta (kereta bergerak ke depan sedikit tapi terlanggar pokok bunga, syukur tak meluncur ke bawah bukit terus) dengan adik aku time umur aku 6/7 tahun. masa tu gatal-gatal main-main dalam kereta abah sampai dia bergerak sendiri dan kitorang menjerit menangis panggil abah sebab tak tau macam mana nak berhentikan kereta tu. abah sampai tak jadi nak pukul sebab takut sangat kot.

ada lagi yang aku teringat nanti aku tambah yerk~

Friday, 29 August 2008

春は来たですね~ (haru wa kita desu ne~)

hari ini aku bangun lebih kurang 630 pg. lepas solat dan minum air aku kunyah sekeping chewing gum dan mula exercise. rasa macam da bertambah berat; x leh jadi ni. sejak dua tiga minggu ni kaki kiri aku sakit so x boleh nak cergas sangat. jalan g uni pun terhinjut-hinjut. maybe hari tu aku terkehel kat mana-mana kot. entahlah.

tapi aku dah puas layan. hari ni mula lah exception. x kire; aku exercise gak. sakit lah sikit tapi x de lah teruk sangat. boleh tahan lah kaki pun tak terhinjut-hinjut lagi. jalan pun dah makin laju. doa-doa kaki ni cepat sembuh. hari tu kaki kanan skang kaki kiri pulak. tahan lah kaki, yerk. x lama mana pun.

tapi hari ni cuaca sangat best. cerah, time pagi dengan tengahari tak ada awan. just langit biru dan boleh nampak burung terbang dengan jelas di mana-mana. angin pun tak dingin sangat, rasa macam hari yang tenang di malaysia. sukanya.

bila sampai seminar nihongo aku tengok olivia belum sampai. entah macam mana aku boleh ngam dengan seorang dari korea tu. tinggi cantik muka simple, x sweet sangat, ekspresi tak berlebih-lebihan. lepak betul aku dengan dia. sejak first time aku jumpa dia aku rasa macam aku boleh sembang apa-apa pun dengan dia. dia senang sembang apa-apa je tp dia bukan mulut bising- orang rileks. aaa..macam seorang yang aku sayang tu. dan lepas tu je kitorang mesti duduk sebelah-sebelah.

tapi tadi tak. sebab dia datang lambat. sebelah aku dah ada sorang mamat ni duduk. redha je lah. skang olivia da final year business, busy giler lah tu. kesian, dia selalu cite pasal study cases dan assignments dia yang belambak.

bila dia masuk kelas dia duduk paling depan jugak tapi seat dia jarak sikit dari aku. bila nampak aku dia just senyum n kenyit mata. aku just senyum simple je, kemudian masing2 sambung keje.

bile time rehat, dia nak kuar, g toilet kot. tp dia jumpa aku dulu.

*'genki desu ka?' aku.
'genki desu.' dia.
'ii otenki desu ne..' aku.
'haii..sou desu.' dia cakap sambil pandang luar tingkap.

tiba-tiba dia duduk sebelah aku, atas seat aku. berhimpit lah kitorang berdua. aku pun pelik. kemudian dia cakap 'why am i the only one standing? isnt this recess time?' sebab semua orang duduk meja masing-masing buat kerja padahal time tu time rehat, so dia rasa macam mencapub. haha. aku cakap la 'i dont know. it's okay it is recess time. haha' orang lain pun da pandang kitorang. macam pelik sebab sorang budak korea sorang budak melayu pakai tudung n baru kenal tapi da boleh ngam giler sampai kongsi seat. aku rilek je.

before balek dari kelas sembang lagi. sikit-sikit je la tapi cukup la tu kan. dia pun busy kene g caulfield campus naik bus to go to her next class. dia cakap next seminar nihongo dia tukar timetable kot. sebab dia ada keje kene siapkan makanya tak boleh hadir seminar hari jumaat. susah aku nak jumpe kawan yang aku leh ngam kat sini, so aku rasa sedih sket. tapi hidup aku dah macam tu, selalunya pun aku jauh dari orang-orang yang aku sayang dan sekepala ngan aku. kejap-kejap berpisah. x pelah, rileks je lah kan. dan jangan risau sangat, kan :)

balik dari kelas aku enjoy weather lagi. aahh..cuaca yang sangat baik. bunga-bunga macam-macam kaler kat sana-sini, semua cantik-cantik. kecik besar merayap kat pokok kaler kuning merah ungu putih biru dan macam-macam lagi. sangat cantik.

aku bukak tingkap bilik sikit, sambil baca makthurat pandang langit yang tak banyak awan. kalau ada pun awan tak besar sangat dan banyak yang nipis-nipis. dapat rasa sikit bahang matahari, rasa panas n best. suara budak-budak main kat luar pun boleh dengar. ahh..*haru wa kita. tashikani, ne.

dan tadi sempat sapu bilik kejap. malam ni ada bbq lagi, entah la asyik bbq je budak2 petronas ni. aku tak minat sangat bbq..walaupun senang dibuat tapi tak sihat lah..adeyh. pape pun pegi jek, orang da ajak kan. maybe nak announce pasal tender makanan petronas dah tukar kot. emm, entah menu last macam mana yang diorang prepare malam ni yerk.

semalam time tipon rumah, aku rasa aku dah faham something tentang mama. jadi aku takkan give up. dan agaknya, bila mama asyik cakap 'i miss you, i love you so much' setiap kali before kitorang hang up, adik-adik pun dah blajar dari situ. semalam, first time awin cakap 'i miss you' sebelum letak tipon. walaupun aku rasa sedikit awkward bila dia cakap macam tu, tapi aku rasa aku sukakannya. aku terdiam kejap bila dengar kejujurannya tu kemudian aku balas balik 'i miss you too soo soo muchhhh! hehe..awin take care ya' dan kemudian kami bagi salam dan letak tipon.

betapa kadang-kadang sesetengah orang sangat berani untuk mencintai, macam dia dan dia tu. sesuatu yang aku sangat takut untuk buat. maybe sebab dari kecil mama ngan abah kurang cakapkannya kot; perkataan 'i miss you i love you' too. bila da besar ni baru mama biasakan bagitau aku yang dia sangat sayang aku. aku betul-betul rapat dengan mama pun, sejak masuk kolej..so tak peliklah jadi macam tu.

okelah, *souji ga arimasu yo. jaa mata :)

p/s: *yoku kinyoubi desu :)

*genki desu ka = sihat kah?
genki desu = sihat
ii otenki desu ne = hari ni cuaca baik, kan?
haii..sou desu = aah
haru wa kita..tashikani = musim bunga dah datang..semestinya
souji ga arimasu yo = ada keje
jaa mata = see u later
yoku kinyoubi desu = slamat menyambut hari jumaat (lit. hari jumaat yang baik)

Thursday, 28 August 2008

latest update: alamat lama kekal

..sebab rupa-rupanya tak kisah la aku letak nama apa pun depan domain tu, asalkan blogspot tu jadi blogpsot resultnya akan tetap sama- website kristian.

kiranya, sesiapa saja ada blogspot akan kena.

nak tulis banyak-banyak tak boleh sebab kes ni sensitif. senang cita ini adalah suatu konspirasi ambil kesempatan atas kelemahan manusia.

to conclude, URL aku tetap sama, http://amirukiah.blogspot.com.

bukan blogPSot yerk.

p/s: professional.

domain changed

domain blog aku dah tukar dari http://amirukiah.blogSPot.com kepada http://meniruanginmenyanyi.blogspot.com jadi sesiapa yang link pada page aku bolehlah tukar..

sebabnya, URL blog aku 93.1% (27 dari 29 characters) sama dengan satu URL website ni: http://amirukiah.blogPSot.com, satu website tentang kristian n promoting kristian dengan segala information berkaitan dengan kristian.

terkejut aku. sebab URL ni aku pilih berdasarkan gabungan nama abah (amir) dengan mama (rukiah).

aku dah cuba cari maksud perkataan 'amirukiah' kalau ada, manalah tau secara kebetulan gabungan nama mama dengan abah ada maksud, tapi aku tak jumpa. dan bila aku search kat google dan yahoo pun, the term amirukiah hanya keluar sebagai blog aku, takde pun website kristian tu muncul.

however, blogPSot memang wujud. dan aku bukan orang pertama yang kena macam ni. boleh baca dengan lebih details di sini.

tapi aku tak dapat evidence untuk support teori aku yang website tu curi URL aku. aku dah cuba cari tarikh mula operasi laman web tu tapi tak jumpa. ada satu guest book tempat visitors boleh pergi sign as a record yang diorang dah sampai website tu, jadi dari jumlah visitors boleh dapat agak lama mana website tu dah beroperasi, tapi bila aku tekan guest book, lagi banyak cerita tentang kristian keluar dan guest book tu x de pun.

apa-apa pun, everything happens for a reason. lepas ni perlu lebih hati-hati. sama jugak pada korang semua yang ada blog dan web masing-masing, dan terima kasih skali lagi pada che (sory aku tak tau siapa kamu) yang bgtau bende ni pada aku.

istighfar.

p/s: selamat menyambut hari jumaat :)

Wednesday, 20 August 2008

9 tahun

25101959-20081999.

Monday, 18 August 2008

by dr seuss, an american cartoonist :)

i found a very good quote and poem from dr seuss today. thanks to the person who gave the quote to sab :)

'be who you are and say what you feel, because those who mind dont matter and those who matter dont mind'

and here is the last poem he wrote before he died in 1990:

Oh, The Places You'll Go!

you have brains in your head.
you have feet in your shoes.
you can steer yourself
any direction you choose.
you're on your own.
and you know what you know.
and YOU are the one who'll decide where to go.

you wont lag behind, because you'll have the speed.
you'll pass the whole gang and you'll soon take the lead.
wherever you fly, you'll be the best of the best.
wherever you go, you will top all the rest.

im sorry to say so
but sadly it's true
that bang-ups and hang-ups
can happen to you.

on and on you will hike, and i know you'll hike far
and face up your problems whatever they are.

you'll get mixed up of course, as you already know.
you'll get mixed up with many strange birds as you go.

so be sure when you step.
step with care and great tact
and remember that life's a great balancing act.

just never forget to be dexterous and deft.
and never mix up your right foot with your left.

will you succeed?
yes you will indeed!
(98 and 3/4 percent guaranteed.)

what a beautiful and meaningful poem. i always love this kind of poems, they remind me of my golden childhood. they always tell me that everything will be alright and give me courage to never give up on hope.

and sharing these beautiful lines are something i can never be more pleased to do. i feel that everyone should read and remember them.

so have a read. and take care :)