Sayang mengejutkan aku pagi tadi; seperti yang dia setia selalu. Sambil kemudiannya aku menyediakan sarapan untuk ahnaf dan rais ke sekolah, kedengaran ayam berkokok bersahutan. Seperti mendayu-dayu pula bunyinya.
Tuhan kata, mama kata, sayang kata, ustaz kata, semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Semalam adalah hari yang sangat indah ketika kali akhir aku jumpa afiq dan aisyah sebelum aku ke australia semula, walaupun dua hari sebelumnya hampir-hampir sayang sendiri yang mendengar aku menangis, walaupun aku selalu fikir bahawa ia hampir mustahil untuk aku menangis bila dengannya.
Mama kata, benda dah nak jadi. Mama peluk aku dan usap air mata aku yang berjurai, kesat sampai kering. Aku cuma kesal yang aku tak habis-habis menyusahkan mama. Mama kata sebab itu dia ada di sisi aku. Dia kata aku mesti kuat, seperti mana aku kuat sejak aku 11 tahun lagi. Aku tak boleh nampak lemah depan adik-adik. Jadi aku mesti berhenti menangis.
Aku angkat muka. Mama kata syukur dia ada di samping aku semasa semuanya jadi. Aku sendiri rasa teramat bersyukur dengan adanya mama, sepanjang hari dengan nabila, semasa menunggu tren sampai di stesyen ktm midvalley, semasa berasak-asak memasuki tren, semasa aku tersedar yang poket depan beg galas aku separuh terbuka, semasa aku dapati wallet dan hp aku hilang, semasa aku berteriak dari gerabak ke gerabak meminta barang-barangku dipulangkan, semasa tren kami tiba-tiba mati, semasa kami semua terpaksa turun ke railway dan naik tren lain, semasa aku akhirnya menangis bila mama ulang sambil pandang aku yang sedang menunduk, ‘mama nak kamu jangan fikir sangat pasal benda ni, k’, semasa aku buat laporan polis, semasa kami ke cc untuk block kad-kad atm aku, sepanjang perjalanan pulang.
Semuanya macam mimpi.
Tuhan, jauhkanlah unjuran kejahatan dari kecurian itu, dan lindungilah kami dari semua yang tak kami ingini. Ameen, ameen, ameen..
Terima kasih Tuhan, atas semua manusia gila hebat yang Kau dampingkan denganku..
Monday, 23 February 2009
Monday, 16 February 2009
kancil
sapa kata blaja driving senang? ptuih. (kate si qilah yang zero)
qilah, tak elok ludah-ludah ni, kate mak som.
dapat cikgu garang, mak som! aiseyman, nasib qilah ni cool je. hakhak. sayang giler cikgu tu kat qilah yang comey ni. sampai suruh qilah tambah kelas jugak, (a.k.a punyelah bodoh punye budak) die yang mintakkan pada kerani. qilah mesti lulus, katenye. nak balek obersi, mesti lulus mak som. qilah terima kasih sangat pada dia, apa dia ajar qilah nak bawak sampai mati. ameen.
bile tambah kelas, dapat pulak cikgu muda yang cool. relaks je suruh qilah speeding. malam pulak tu. lalu traffic rawang yang jam pulak tu. berbooster confidence qilah dengan kepercayaan die. pagi esoknya jumpa kat litar dia bagi smile and hi. akak garang pun dah tak garang ngan qilah, dia kata after tambah kelas qilah bawak dah makin oke.
ala, kate mak som, mule-mule time kamu zero dan bahlul memang la dia marah-marah. supaya apa dia ajar kamu ingat bawak kubur. papehal kat akhirat hutang dia selesai dengan kamu. lepas dia ajar, bila cikgu muda tu pegang kamu, dia kan cakap kamu oke.
yalah, mak som.
kamu..nyesal dapat cikgu garang tu?
tak lah. dua-duanya baik. qilah tak tau banyak mak som, tapi..qilah tau betullah Allah tu sayaaaanggg sangat pada qilah ni.
ha, tau pun!
hehe. mak som, mak som..
p/s: alhamdulillah aqilah lulus driving testnye..yeayyy!!! (18022009)

Friday, 6 February 2009
track list- now
Rasa yang lama memburu itu akhirnya menemukan aku. Sekali lagi.
Sialnya.
Aku mendengar lagu-lagu yang sama berulang-ulang kali. Sambil baring terlentang aku menatap siling putih. Lengan sebelah kiri aku tindihkan di atas dahi. Helaian-helaian nota berselerak dengan huruf-huruf bermacam-macam saiz menari-nari dalam kepalaku. Buat seketika aku terasa seperti ingin muntah.
Badan aku alihkan mengiring ke kiri. Sekarang kedua-dua tanganku bersilang, kiri di atas kanan. Sambil melihat jam tangan Casio hitamku, aku mengira-ngira baki waktu yang masih ada dan kerja-kerja yang belum selesai. Sebutir air mata jatuh ke pipi, kubiarkan kering sendiri. Lagu-lagu berputar, hati terasa semakin tawar.
Mengapa aku di situ, di tempat yang bukan kesukaanku? Oh iya, kerana akulah yang memilihnya. Dan ketika aku berjaya rehat dari tempat itu, rasa itu masih berjaya menemukan aku. Sialnya. Sialnya.
Detik-detik yang kuhabiskan di hadapan komputer, melampiaskan apa yang aku rasa. Sepi dan sunyi kerana aku jauh darimu. Dengan bertambahnya megabit megabit dan macam-macam helaian yang terbang untuk mencarimu- aku rindukanmu, itu sahaja yang aku tahu.
Dan dengan hanya mendapat sedikit senyummu, tawamu, suaramu, ayat-ayat darimu bisa melupakan aku dari rasa ini. Dan sepertinya aku mampu terus hidup dan bernafas segar seribu tahun lagi.
Kerna kamu menyayangiku, sayang.
Maka ketika aku menuliskan rasa aku ini, mengingatkan aku kembali dengan pelukan dan ciumanmu.
Dengannya aku terus melangkah satu-satu.
Tabah.
Dan gembira ;-)
InsyaAllah, ameen..
Terima kasih Tuhan..terima kasih sayang..
p/s: Selamat menyambut hari jumaat ;-)

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dlm hatiku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…
Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yg kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…
Di setiap arung gerakmu
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu
X4

Sunday, 18 January 2009
letto- sandaran hati
Let you be a player, my darling
So you come to me, a tired you
Then let me be an actor, who
Become anyone you need me to
I love you with fear
In my every breath
The optimism I have, my dear
Is therefore saved for my death
It claims for our lives, this love
One I’m accustomed to
Once it breaks I’ll live
Because I have to
But.
Let you not be a player
Thus not an actor, I am
Then I, then all, this love
Is, I don’t know-
I don't know.
So you come to me, a tired you
Then let me be an actor, who
Become anyone you need me to
I love you with fear
In my every breath
The optimism I have, my dear
Is therefore saved for my death
It claims for our lives, this love
One I’m accustomed to
Once it breaks I’ll live
Because I have to
But.
Let you not be a player
Thus not an actor, I am
Then I, then all, this love
Is, I don’t know-
I don't know.
Wednesday, 14 January 2009
mcanoy
Aku tak fikir zionis sebodoh itu untuk dengan telus bersetuju dengan kita yang memboikot barangan mereka.
Kita perang, ya?
Aku gusar pedangku masih tumpul. Sementara aku dengan malu-malu, sedikit-sedikit mengasah pedang aku, aku fikir tiada patah balik lagi untuk laku ini.
Zionis jahanam dan Tuhan, izinkan aku supaya takkan tarik balik ayat aku ini.

Thursday, 8 January 2009
not all cloudy, not all rainbows
Semalam aku tiba-tiba rindukan kelas nihongo.
Kerja promoter di parkson rawang taklah lengang dan sempoi sokmo, sebenarnya. Bagus jugak; aku betul-betul rasa ada kerja sebab ada tanggungjawab. Tapi kejap-kejap ‘awak ni cute lah’, ‘dik, nak no tepon boleh’, ‘awak penah berlakon tak? Nak cuba?’, ‘betul ke awak ni 20? Tipulah’- Haha. Biarlah, asalkan aku dapat kerja dan, ya, digajikan.
Tapi semalam time aku tunggu mama kat luar lepas habis kerja sambil maen hp, seorang lelaki rambut hampir botak, kulit agak gelap berjalan dari belakang aku yang sedang duduk, tiba-tiba cuba merampas hp aku dengan sekali tarik. Aku terkejut; terus genggam hp aku tak lepas. Dia langsung tak menoleh, takut aku dapat lihat mukanya. Dengan separuh berlari dia tinggalkan aku sambil terus dapatkan kawannya yang dah ready atas motor. Motor biasa, EX5 mungkin. Nombor plat WHI…(aku tak sempat cam nombor) terus meluncur masuk jalan raya. Aku hanya sempat ber-‘aih’ dan syukur aku dan hp tak apa-apa. Tak sangka aku akan ada pengalaman hampir kena ragut. Hasif yang ada sama-sama dengan mama marah sungguh, dia suruh aku describe peragut-peragut tu.
Negaraku, tanah tumpahnya darahku.
p/s: selamat hari lahir mama sayang, 0701 ;-)

Tuesday, 30 December 2008
PMR
Ia adalah hari yang menyeronokkan.
Namun lain dari pagi biasa aku bangun lambat dengan rasa kekurangan sesuatu. Mungkin kerana malam tadi aku tidur agak lambat. Sudah dua hari begini. Sambil merenung tangan kanan dan kiri yang berbintik merah. Empat bintik semuanya, kalau aku letakkan kedua-dua tanganku sebelah menyebelah seakan-akan membentuk buruj segi empat. Ah, apalah. Aku kan kuat, sakit apanya.
Aisyah pun bangun lambat. Semalam dia tak makan. Cuak menunggu result, sampai berjangkit pada aku. Tapi pagi ni dia masih bangun lambat. Aku mandi dulu dan kejutkan dia. Sebab katanya result keluar pukul dua petang. Masih ada masa untuk bangun lambat. Aku sengih aje. Bertuah punya budak.
Tapi kalau ikutkan sekolah aku, pukul 10 pagi result dah keluar. Makanya aku berjaya desak dia supaya keluar awal. Kalau betul result keluar pukul dua, sementara tu boleh singgah cyber café sekejap. Mama pun dah tau perangai aku yang suka ambil kesempatan. Well, mana-mana yang boleh, kata aku. Jadi pukul 12 tengahari lebih kurang, kami keluar ke sekolah.
Dan seperti yang sudah dijangka, result keluar pukul 2 petang. Lepas berjumpa dengan beberapa orang cikgu dan kawan-kawan aisyah kami ke cyber café. Sempat kawan-kawan pakwe aisyah (ehem ehem) mengusik dia sebelum kami keluar dari sekolah.
Dalam dua lebih kami ke sekolah semula. Setepatnya hampir pukul 3 petang. Selepas aku check semua email dan websites dan account status dan buatkan Friendster untuk aisyah. Aku katakan pada dia, kan senang kalau semua result boleh disemak online. Jimat petrol, masa dan air liur. Sekolah mesia kolot. Haha. Dia kata aku gila, mana boleh macam tu.
Masa ambil result, ramai yang dah balik rumah. Cikgu aisyah main teka-teki dengan dia sebelum bagitau yang dia dapat 8A dan katakan yang dia sayangkan aisyah. ‘I love u’, kata cikgunya. Fuhh, romantik. Aku pun nak gitu gak. Haha. Tapi macam biasa, bila aku katakan yang aku ni kakaknya mereka rata-rata tak percaya. Kecik lah, nampak muda lah, sempoi lah. Emm, iye aku memang comel. Hehe.
Balik dari sekolah kami singgah kedai sebab mama suruh beli ikan, ayam dan sayur. Ayam tak ada. Petang-petang macam ni biasanya ayam memang dah habis. Aku belanja aisyah vanilla coke yang dia suka, kemudian ajak makan kat isma tapi dia tak nak pulak. Katanya maybe mama nak masak kat rumah. Aku kata okay.
On the way balik kami lalu jalan kecil dekat taman perumahan. Aku katakan pada dia yang aku nak menjerit. Dia kata kalau pergi ke air terjun kem pelekai, akan lalu jalan kecil yang sekelilingnya tasik, best kalau nak menjerit. Aku senyum dan duga-duga berani sendiri bila nampak tasik, kemudian aku kata pada dia aku betul-betul mau jerit. Dia kata nak jerit apa..??
‘Adik aku dapat 8A woiiiii…!!!!’ Aku jerit dua kali.
‘Aku dapat 8A woiii….!!!’
‘Aku memang pandai woiii…!!!’
Haha.
‘Aisyah perasan woiiii…!!!’ Mana boleh aku bagi can pada dia.
Kemudian kami gelak sama-sama, sampai rumah. Aku teringin nak tau, berapa orang yang dengar kami menjerit. Hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)