Friday, 30 October 2009

yang dekat, yang jauh, yang terlepas, yang tak dapat-dapat

'rais tak tau apa nama perasaan tu. tapi rais rasa sesuatu bila tengok cahaya mencelah-celah lantai kayu tingkat atas kat rumah opah. sama macam bila rais tengok gamba-gamba abah yang dah warna kuning time abah muda-muda. sama jugak bila rais pergi kawasan luar rumah opah belah banyak-banyak pasu kat tangga tu, tempat kita selalu main aci kejar.'

'uwm.' terdiam sekejap, bukan cuba memahamkan apa yang dia cakap tapi cuba memahamkan bagaimana budak 11 tahun boleh menjadi sangat terus-terang dengan perasaannya.

'bukan perasaan tenang?'

'bukan. tenang bila tengok air sungai mengalir, tu tenang. gembira pun bukan, sedih pun bukan. entah lah rais tak tahu apa perasaan tu.'

'ape ek perasaan tu? akak tak sure lah, tapi dalam bahasa jepun kalau tak silap diorang panggil natsukashii. dalam bahasa inggeris dipanggil reminiscing. sama jugak bila rais dah besar dan tengok balik buku-buku sekolah rais tahun lepas-lepas, atau bila kita pergi rumah batu gajah, kan?'

'aah.'

'teringat balik lah tu. terkenang. uwm, rais rasa perasaan tu bagus ke tak?'

'entahlah. rasanya bagus.'

'okay lah kalau macam tu..'

rais,
perasaan tu bagus..
membuatkan kita sentiasa sedar siapa diri kita, semua yang kita dah lalui, yang menjadikan siapa kita hari ini.
semua yang Allah letakkan dalam hidup kita dan bagaimana kita mencaturnya selepas itu, jalan mana yang kita pilih.
kemudian waktu berlalu dan beberapa perkara sudah berakhir atau bermula, tanpa kita sedar bagaimana ia mengubah kehidupan kita.
sampailah suatu masa kita tersentak bila terlihat sesuatu yang dulu sangat mesra dengan kita tetapi tidak semesra itu sekarang.
iya, manusia seperti kita memang pelupa, namun dengan kelupaan itu kadang-kadang kita mampu hidup.
cuma nanti, bila kamu besar
akan sampai suatu masa di mana kamu tak mampu pula untuk melupakan. orang-orang kesayangan kamu, hari-hari penting bagi kamu, peristiwa-peristiwa bermakna buat kamu.
sebab kamu sudah berjanji untuk hidup bersamanya sampai kamu menghembuskan nafas terakhir kamu.
maka dengan mengingat, kamu mampu hidup. walaupun kadang-kadang, kerana sangat menyayangi ia jadi menyakitkan kerana kamu tak mampu melupakannya, walau sesaat, walau sejauh mana kamu pergi.


aku bertinggung di tepi tasik selepas berjalan-jalan selama lebih kurang sejam sambil cuba mengajak itik bersembang tapi tak berjaya. jadi aku kaku di situ melihat air tasik, yang seperti lapis-lapis kaca yang panjang bergerak berselang seli ke atas dan ke bawah sambil memantulkan wajah pokok-pokok besar di hujung tasik. kecantikan yang membuatkan aku memandang hp dan mahu segera balik. lalu aku bangkit mengibas punggung dan bergerak pulang.

Saturday, 24 October 2009

naruto shippuuden opening song 6: sign by flow



selalu kegerunan membisukan malam, sampaikan angin lalunya tak menyapa. wajah yang menyinggahi tingkap hanya menangkap kelip-kelip neon; cahayanya menyimbah bagai menjerit-jeritkan sesuatu tapi kerongkongnya seperti sudah ditebang. dan tak kira berapa malam sudah aku di sini dengan kepala berserabut kefahaman itu masih haram, dan mimpi aku masih bersisa darah.

aku cuba perlahan-lahan mengurut jari tangan kelingking, bila sampai ke hujung luka semalam aku picit sehingga keluar darah. cecair tak berwarna membulat di hujung luka, cuba lepas dari lubang yang hampir berjaya dilitup lawan hemoglobin sedari petang semalam. tangan yang masih menggeletar itu cuai lalu terseret sebentar di mulut tin yang aku letakkan dalam peti ais. sekarang bisanya sudah tiada, cepat-cepat kubasuh tangan agar darah tak terkena telekung.

begitu usiaku melakar kenangan dan pegangan. dan dengan pertaruhan yang semakin besar walau sejengkal awan berubah tajam kuperhatikan. kaki yang dulu diseret sekarang dibawa berlari; pun begitu kupaksa diri sekejap berhenti, melegakan cungap nafas mengisi takung air menghaus dan menghalusi arah.

dan pastinya untuk menyembuhkan luka ligamen-ligamen dan saraf-saraf yang putus.

selang masa membiarkan kesakitan sekejap-sekejap datang, menyampaikan aku kepadamu. sementara aku ada di sini doaku sakit ini menguatkan aku ketika aku perlu menyerunya. usia yang kuhabiskan demi mencari perlindungan ketika menghadap kegerunan berpisah denganmu, kerana kita tahu kita tidak merancang untuk berada di sini, begitu juga kita tak mampu merancang untuk pergi.

tapi kerana Tuhanku maha besar maka keizinanNya yang murah aku pohonkan supaya doa-doaku diperkenankan. maka dengan itu selalu ketelusanku yang kaya kecacatan kuminta ditampungNya, moga putus asa selamanya diharamkan dari kami semua. ameen ya Allah.

p/s: abah, selamat hari lahir ;-] (25102009)

Sunday, 18 October 2009

duhai panglima yang merindukan mulan, mulan juga merinduimu..hehe~

sementara
bila tiba liang waktu kesusahan
bertingkah cebik menyusul onar
demi peluh tengik disisir angin berlibasan
dipanjang akal ke depan asa diundur pantang

bersiap-siaplah
diberkahi alam rahmat mengikuti.

insyaAllah ameen...

p/s: doakan final semester sy supaya dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan..ameen & makacih.. ;-]

Thursday, 17 September 2009

anuar zain- ketulusan hati

if someone else can see the moon like she does; is it like when he sees her turning back as the wind blows over her shoulder, then the wind carries her scent to him? though he never fails to be dazzled, still, she is always sorry behind her incautious smiles. perhaps that is just exactly her, someone she cant live without. in her mind she keeps on asking if that is not okay, and that maybe he will eventually end up leaving her. in shivers of winter nights she remains silent in endurance, like she always plan to be, no matter how much times she would fail, because he would never give up on her.

Tuesday, 15 September 2009

hari ke-6



15 minggu berbaki.

malam tadi nightmare lagi. mungkin gangguan dari laptop yang agak tak sihat. jadi aku bangun awal, gambar ni aku tangkap seawal 430 pagi. sambil membayangkan betapa insyaAllah 15 minggu akan datang mungkin kali terakhir aku berteleku di kerusi itu. harap-harapnya begitulah. ameen ya rabbal alameen.

masa lepas punya cara tersendiri untuk membuatkan aku berasa sejuk. sama seperti ketika aku melihat gambar sekolah yang cikgu-cikgu dan junior aku ambil. aku boleh melihat diri aku dalam uniform berpeluh-peluh mengejar waktu makan tengahari dan bau lauk yang kadang-kadang melekat sampai petang lalu minta segera dibasuh.

dan aku juga dapat membayangkanmu berjalan lambat-lambat mengikut lorong gajah menyusur sambil menekur lantai dan menyeret seliparmu, dengan kedua-dua tangan menyeluk saku seluar kanan dan kiri. kurasakan banyak perkara yang aku tak mampu dalam dunia ini, termasuk berlari ke arahmu waktu itu dan bertanyakan kenapa jalanmu perlahan seperti itu, sedangkan kau seorang yang sentiasa periang dan bersemangat.

dan walaupun sekarang aku sudah tahu sebabnya aku masih rasa begitu.

mama kata adalah normal untuk seorang yang sentiasa mengira-ngira hari kepulangan untuk menangis saat kakinya mula menjejak tanah penantian. sedang aku berkira-kira tentang waktu itu, rindu yang belum terubat dan menyucuk-nyucuk aku usap dengan peringatan bahawa masih ada assignments dan report yang belum siap.

maka dengan itu aku bertahan.

p/s: selamat hari lahir pada aisyah (1409) yang bajet macam dah tinggi la kononnye dan acu (1609) yang sentiasa nak aku balik buatkan dadih untuk dia dan tak malu mengingatkan mama 2 hari lepas 3 hari lagi hari ape ;-]

Monday, 31 August 2009

musim bunga yang sedikit resah

sahur tadi diteman marini sambil mengunyah roti perlahan-lahan pukul 420 pagi. sekejap-sekejap rasa lekit lalu aku cicahkan roti ke dalam air teh suam. air teh yang dibancuh malam tadi dan masih berbaki yang aku panaskan seminit dalam microwave. mula-mula berfikir mahu makan sekeping lagi roti tapi tak apalah, selera tak ada pula. insyaAllah tahan aje sampai berbuka, alah macam lah tak biasa.

usai solat subuh aku malas-malas bangkit dari sejadah. memikirkan esei dan report yang belum siap, tertangguh sebab influenza. kagum, tak sangka influenza boleh jadi sekuat itu. alhamdulillah sekarang semua dah okay cuma batuk kahak masih belum hilang. apa-apa pun hati aku masih berbunga sebab musim sejuk dah berakhir. cuma resah ini takkan hilang selagi kerja-kerja aku belum siap.

'lagi berapa jam 1 september?' marini mengusik.
'entah lah tak kira. assignments banyak tak siap ni, awak kirakanlah. haha~' aku menjawab selamba, acuh tak acuh melayan adik aku seorang ni. terima kasih lah, dia bukan jenis sensitif macam aku, tahan aje dengan perangai chipsmore aku yang suka tiba-tiba lenyap tanpa sebab. tak pernah merajuk bila aku tak balas mesejnya di ym atau sms yang bila cuti sekolah mengisi bunyi-bunyi seharian aku.

aku tak boleh, tak boleh rehat lagi...jadi aku bangkit terus dari sejadah, melipat telekung dan kembali ke meja penekunan. pukul 758 pagi aku selesai membaca. sekarang perlu fikirkan isi mana aku mahu ambil untuk ditulis dalam esei aku nanti. 1000 perkataan, anggarku dalam 3-4 muka surat. sekejap-sekejap jari-jari meluncur tanpa fikir ke keyboard, klik pada butang facebook dan melihat updates. kemudian ke ym. rindu.

tiba-tiba LGU990 ku berbunyi.

'akum anak ma, tak de klas ke ari ni'.

cepat-cepat aku beralih dari hp dan menyambar telefon rumah. suara awin pertama aku dengar. dah sahur, mama bangun pukul 5 pagi dan buat cucur ikan bilis. aku minta mahu bercakap dengan mama.

'anak ma takde klas ke?'
'ade..pukul 10. ma ngah watpe?'
'baru lepas sahur. tengah mengerah adik-adik kamu sembahyang. tadi anak ma makan ape sahur?'
'owh..qila makan roti. sapu susu. cicah air teh. ma buat cucur ea?'
'aah, alah cucur ikan bilis aje. kitorang kat rumah ni bukan makan nasi pun.'
'same lah qilah, pagi-pagi tak biasa makan nasi.'
'kan kan? kite memang tak biasa macam tu.'

yang peliknya, sekejap-sekejap terdengar suara adik-adik aku gelak di belakang mama. mama kemudian berhenti bercakap dengan aku dan beralih kepada mereka tapi mama tak suruh mereka diam; mama bisikkan sesuatu kemudian cakap 'cepat lah, cepat lah.'

'ma..ma?'
'iye iye..ma de sini..'

tibe-tibe ma cakap 'okay ready..?? 1..2..3..'

happy beday beruang tua..
happy beday beruang tua..
happy beday beruang tua..
happy beday beruang tuaaaaa...

kemudian adik-adik aku mengilai di belakang mama, ketawa yang tersangat seronok sebab dapat mengenakan aku walaupun aku jauh. mama pun tergelak sama.

'mamaaaaa..alaaa..pe beruang tuaaaa..beruang comel laaaa..' kemudian aku pun ikut tergelak.

'tapi awal sehari lah ma.'
'alah, takpe, dah alang-alang kamu call.'
'hehe~ thank you..makacih kat adik-adik gak ea..'
'okay beruang tua..hehe~'
'alaa..npe pulak qilah beruang tua..mak beruang camane..? hehehe~'
'amboii..mak beruang tak masuk list..haha~'
'owh..dah beruang ma, polar bear, grizzly bear, skarang beruang tua pulak ea..'
'hehehe~ beruang makan ramen..nanti balek mesia kurus macam spiral maggi..baju pun saiz XS..hasif kate takde shape..'
'haha~ ello..sape kate tak de shape aa..hasif kuang ajaq ea..'
'haha~ okay2 ma dah ketuk pale dye untuk kamu.'
'yeayy! makacih..haha~
'owh, nah kejap ahnaf nak cakap.'
'okay.'

'yong, tips-tips terakhir ade?'
'tips terakhir? owh, bile upsr ek? bulan 9 kn?'
'aah, 8 hr bulan.'
'owh..uwm..banyakkan bace doa, jangan tinggal solat, bile ma panggil cepat datang wat pe ma suruh..'
'okay..kalau time exam lupe ke blank ke camane?'
'selawat banyak kali..akak dulu selalu wat camtu..'
'okay..kamu bile nak balik? kitorang dah beli baju raye da..ade baju raye kaler purple tak?'
'lagi 16 minggu..hehe~ mane ade warna purple..kenapa?'
'sume pakai kaler same tahun ni..warna purple..'
'aaa...?? tak pena-pena kaler same pastu npe orang nye takde..? nak gak..mane aci sume pakai baju kaler same org still kat sini..eeeee..cakap ngan ma..'
'alaa..nanti raye haji pakai la same-same..'
'takmo..tak same..takkan korang nak pakai baju kaler same dua kali kot?'
'pakai je lah..'
'takmo..tak aci..orang nak join gak..nak cakap ngan ma..'
'ye ye jap jap..nah ma..'

'uih berat tul ahnaf ni sambil cakap kat tepon duk atas riba ma. ma rasa macam 100 kilo duk atas riba ma ni. haha~'
'haha~ ingatkan ahnaf da kurus. maaaa..nape sume kaler same?? qilah nak gak..'
'ye lah ye lah sat g ma nak belikan baju krung aisyah ngan baju melayu hasif nanti ma carikan untuk kamu sekali kalau ade..'
'huhu~ okay..tak acinye pakai kaler same..'
'haha~ kamu da nak balik da kan? tak lama je lagi..'
'aah..lagi 16 minggu..'
'alahai homesick nya anak ma sampai kira minggu..hasif suruh kamu buat macam orang-orang dalam penjara tu, buat macam kira lidi-lidi tu, lepas lukis empat potong..srettt..'
'eee hasif kejam..'
'hahaha~ kamu de klas ni kan?'
'aah..pukul 10..selalu qilah gerak 940 camtu..qilah g siap-siap dulu k..'
'okay sayang ma..take care..i love you..we miss you..'
'huhu~ love and miss u too..ma kem salam adik-adik k..'
'okay..assalamualaikum..'
'waalaikumussalam..'

1 jam 14 minit lebih. sempat bersembang pasal orang miskin, selsema babi dan resepi nasi ayam. lepas ni boleh lah try insyaAllah.

p/s: selamat hari lahir ke-52 malaysia. moga dalam sayang Allah selalu. ameen..~

Sunday, 23 August 2009

ramadhan 1431H- prepare for miracles~

1. it has always been about satisfying my thirst for knowledge, not for the sake of scoring high or meeting deadlines.

2. "allahumma innaka afwul kareem, tuhibbul afwa, fa'fu 'anna- o Lord, You are the most forgiving, and You love Your slaves asking forgiveness from You, therefore please forgive our sins." this prayer mentions the Allah's name 'al-afwu', which not only means The Most Forgiving but also the One who effaces sins (making all the sins disappear as if they were never done). during the judgement day, even the angels who used to dictate our right and wrong doings (atid & rakib, correct me if im wrong) will not remember writing down our sins which have been forgiven under Allah's name al-afwu.

3. dreamed about loved ones, palaces, cakes, beautiful scenery of green hills and slowly flowing blue-crystal clear rivers beside ice, swimming pools and high tech mirror and tv. also about saving my prince through prayers and been kissed.

4. i think spring has started. the sun shines brightly and the clouds are dancing in the sky and the leaves are being blown by the wind. plus i dont feel really cold anymore. it's beautiful.

5. ya Allah, jgn benarkan aku sakitkan org2 yang aku sayang..ameen

6. 'alhamdulillah anak-anak ma so far suma baik2 dan tak susah nak ajar. tak macam anak-anak orang lain, sampai afiq pun cakap 'afiq tak reti kawan ngan sesetengah budak tu, diorg kutuk mak diorang sendiri'. anak-anak ma tak macam tu. ma faham especially time umur-umur korang sekarang ni, hati tu sentiasa rasa resah gelisah. fikir mcm2, psl hidup, ms dpan, bf gf, psl pe org2 ckp tntang korang, stadi semua. sebab tu ma sentiasa btau anak2 ma ma ampunkn dosa anak2 ma yg lepas, sekarang dan akn dtg. sebab ma nak anak2 ma sentiasa tenang. tenang tu penting, tak tenang kta tak boleh bfikir ngan baik. and pesan ma, usah fikir psl org2 yg xda kaitan kasih syg ngan kita, psl pe diorg fikir etc. and kena biasakan dr kecik membantu ma, supaya dpt ringan tulang bila nak membantu orang nanti, beri sedekah etc. sampai bila-bila pun ma nak sentiasa dekat dengan anak-anak ma, take care and reach you all. insyaAllah.'

...to be continued