ia sangat menggoda, bahkan sangat menggiurkan untuk aku mudah terinspirasi dan mengikut bekas tapak kaki kamu. berayatan seperti kamu, berbajuan seperti kamu, bermonolog dan berdialog seperti kamu. selepas menyinggah pondok kamu pasti aku menerima buah tangan berupa epilog yang sungguh berjaya membuatkan aku teruja lantas lupa diri dek terbebas sebentar dari dunia aku sendiri.
bagaimana kamu melakukan? adalah soalan yang sangat lazat untuk otakku setiap kali aku singgah ke pondok kamu. sambil mendengar cerita-cerita kamu yang seperti mahu mengunyah otakku pula. betapa complicated dan advanced nya permasalahan kamu, sehinggakan aku tergapai-gapai cuba menyedut udara berbaki dalam kelemasan yang semakin menenggelamkan aku dalam buku cerita kamu yang sangat tebal. entah bila boleh kukhatamkan.
tapi persinggahan itu tak lama, jika tidak pastinya aku sudah disedut sekali dalam lohong hitam kamu. maaf, bukan aku tak peduli. cuma aku kekecilan, takut terkucil sebelum sempat mencari pintu keluar. sehingga diri aku sendiri tak dapat aku selamatkan. cerita kamu hebat, kawan. sangat hebat sehingga mengujakan hampir sesiapa sahaja yang menyinggahi pondok kamu. walhal yang jauh juga pasti terintai-intai. entah kerana cemburu, entah kerana sayang.
aku bawa epilog kamu pulang ke pondokku, kemaskan sedikit-sedikit dan sebagai diriku, kerana menjadi diriku sendiri adalah suatu yang paling membuatkan aku rasa beruntung, berazam untuk menulis ceritaku yang hebat juga. sebab aku juga mahu bahagia. oleh itu aku sentiasa beranggapan bahawa orang yang ingin menjadi aku adalah bodoh kerana mengabaikan diri sendiri yang mungkin saja lebih baik dari diriku yang serba hanya ada ini. dan jika ramai orang membuatkan orang berinspirasi untuk jadi seperti mereka aku ingin membuatkan orang berinspirasi untuk menjadi diri mereka sendiri, daripada cuba memuaskan hati sendiri untuk memuaskan hati orang yang entah bagaimana boleh dipuaskan? lagipun entah siapa lah di antara kita adalah ahli syurga?
maaf, ya Allah.
p/s: aku agak setuju dengan AJ, bahawa kita patutnya menjenamakan semula mat rempit sebagai para babi, tapi aiman kata macam wali songo yang guna konsep wujudkan seorang taiko (eg taiko mat rempit) untuk hentikan (atau positifkan mat rempit tapi entah macam mana?) kegiatan merempit, sebab bukan lah semua mat rempit tu mat jahanam adalah idea yang menarik juga. idea aku pula ialah tubuhkan skuad polis rempit yang tembak semua mat rempit guna polisi once you are convicted we will shoot to kill. syg pun kata sudah alang-alang bersalah dan lari dari taubat pula baik bunuh terus. uwm, idea je, k.
selamat menyambut hari jumaat ;-]
2 comments:
:)
huhu~ cepat betul.
:)
Post a Comment