Sunday 28 September 2008

asuma dan pengorbanan

naruto shippuuden episod 78-79: asuma akan mati dibunuh hidan. 'macam dalam permainan shougi', kata asuma, 'walaupun aku tak berapa suka dengan taktik korbankan askar untuk dapatkan kemenangan yang lebih besar.' shikamaru pandang asuma minta penjelasan, 'kadang-kadang ia perlu dilakukan.'

dan itulah yang asuma buat untuk selamatkan ahli kumpulannya. untuk selamatkan konoha dari serangan akatsuki. orang yang paling kuat, berkorban untuk melindungi orang-orang lain yang lebih lemah darinya.

aku juga seperti asuma yang tak berapa sukakan konsep pengorbanan, kerana ia menyakitkan. sesuatu yang aku rasa perlu dijauhi selagi boleh. kerana melihat suatu kerusi yang dulunya diduduki oleh seorang manusia kesayangan kamu tetapi sudah kosong sekarang amat menyayatkan hati, walaupun aku percayakan pertemuan semula di akhirat.

ahh, tapi dah tak dapat nak ditolong lagi, kan. kita semua pun berkorban. kita semua pun berusaha. lagipun, bila kita berpisah tak renggang, bila kita jauh tak hilang. maka mari, aku akan buat kamu senyum seperti mana kamu buat aku senyum.

: )

No comments: