Thursday 28 June 2007

subhanallah

magik lagi. ya Allah, Kau memang tak pernah meninggalkan aku, kan?

"ImageReady CS2"

diam-diam Kau memberinya padaku...oh Tuhan...ape lagi perlu aku kata...?

selain terima kasih...

~dari hamba hinaMu~

p/s: Tuhan, sungguh aku tak akan gadaikan apa yang Kau beri. tapi aku pohon, minta aku diberikan petunjuk...ampuni aku ya Allah...ampuni aku...dan sekali lagi, terima kasih....


~LETTO: SANDARAN HATI~

yakinkah ku berdiri
di hempa tanpa tepi
bolehkah aku
mendengarMu

terkubur dalam emosi
tak bisa bersembunyi
aku dan nafasku
merindukanMu

terperuk ku di sini
terangi dia yang sepi
dan ku tahu pasti
Kau menemani

dalam hidupku
kesendirianku

teringat ku teringat
pada janjiMu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti
sedihku ini tak ada arti
jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
sandaran hati

inikah yang Kau mau
benarkah ini jalanMu
hanyalah Engkau yang kutuju
pegang erat tanganku
bimbing langkah kakiku
aku hilang arah
tanpa hadirMu
dalam gelapnya
malam hariku

Wednesday 27 June 2007

wah ana!

dah 32 entri lah untuk bulan ni!!!

exam

insomnia sejak kebelakangan ini. kak eley kata dalam tv ditunjuk rawatan aromaterapi sebagai ubat. kalau aku rajin aku akan menjengket-jengket kat farmasi.

tapi belum lagi. alasan paling munasabah- sebab aku malas. lagipun aku dapat insomnia sebab aku homesick. ubatnya mahal, perlu diimport dari mesia.

RINDU.

tadi masa naik bas ke caulfield racecourse untuk paper terakhir aku (yay!) aku menjaja duit dalam bas. (apakah?)

begini.

aku ada note 20 dollar. harga tambang ialah enam dollar tiga puluh sen (mahal nak mampus) dan pakcik bas tu kata "i have no change." maka sebagai budak yang mahu belajar berdikari, aku mula menjaja note 20 dollar aku. tapi disebabkan aku malu, aku terhadkan penjajaan aku kepada seorang saudari dari indonesia yang baru aku kenal sebelum naik bas tadi. walaupun sebagai perempuan melayu asli aku memang malu sebenarnya, tapi hidup berjaya menjadikan aku seorang yang boleh berlagak selambarock. aku berdiri, bersembang dan melayan karenah kawan tadi yang tak berapa faham apa yang aku nak cakapkan pasal berapa duit yang aku perlukan. hampir semua mata memandang kami. aku pulak buat muka seolah-olah benda itu satu rutin aku setiap kali naik bas- menjaja duit.

setelah agak-agak 7 minit 'bersembang', akhirnya aku berjaya mendapatkan sekeping note 10 dollar dan 2 keping note 5 dollar. syukur, aku pergi mendapatkan tiket. no fuss at all. aku nampak seorang perempuan ni, pun ada note 20 dollar with no change jugak, lalu argue dengan pakcik bas dan akhirnya masih gagal membayar, disuruh ambil tempat duduk dahulu. mulanya aku ingin membayarkan sekali untuk dia (konon baik la) tapi bila aku fikir-fikir, tak apa. biar dia belajar.

oh, teringat cikgu kesayanganku cher rozy, pernah berpesan, "give me a fish and i will eat for a day, teach me to fish and i will eat for a lifetime."

RINDU.

seperti biasa. pagi di caulfield juga renyai. aku sempat mamah sarapan straight-from-microwave aku- thawed breads with salami in the centre. (bunyi je gempak, k) apa-apa pun, aku bersyukur. sempat sarapan sebelum masuk dewan exam, sebab aku lapar giler tadi. sambil makan, aku perhati daun-daun ala-ala mohabbatein yang terbang dibuai angin menjauhi aku. bermacam saiz dan tona warna. teringat kata-kata Dia pasal walau sehelai daun yang gugur pun tak lepas dari pemerhatian Dia. yalah ya Allah, nak buat macam mana, dah dijadualkan exam aku di tempat judi. apa-apa pun, aku tak kisah. walau exam di tandas pun aku no fuss. kan rahmatMu di mana-mana? aku teringat kata-kata orang islam yang pernah merungut sebab exam diorang dibuat di racecourse, tempat lumba kuda, tempat judi. sampai sekarang aku tak faham kat mana relevannya rungutan itu. kemudian aku teringat pulak pasal babak dalam cerita 'lorong neraka'.
elly suriati: aku taknak duduk tempat ni mami, tempat ni tempat maksiat!
mami: bukan tempat ni yang maksiat, tapi kita manusia ni yang buat maksiat.
sebelum aku masuk dewan exam, aku ternampak kereta warna pink! (walla) siapa entah pernah cakap aku lawa pakai baju pink? (sekaligus menjadikan aku antara orang paling perasan di dunia)

RINDU.

lepas exam, aku sempat shopping kat coles (sebenarnya hujan agak lebat dan angin kuat, aku taktau nak lari mana. coles tempat berteduh terdekat) kemudian aku pun ternampak sesuatu yang berkenan di hati, lalu aku ambil. jalan depan lagi, aku ternampak lagi barang yang berkenan di mata aku. (akhirnya aku ke kaunter untuk ambil bakul). kat sana aku jumpa syazana yang satu uni dengan aku (tapi terjumpa di caulfield pulak bukan uni) dan aku tanyakan dia tentang mana nak tunggu bas. (dah berapa kali naik bas tak gheti-gheti lagi?! maaflah, aku pemalu orangnya. nak tegur syazana tu pun memerlukan motivasi yang tinggi, tau). yelah, aku main-main je. aku ni terkena sumpahan 'malas', apa semua aku buat rilek aje, bila betul2 perlukan baru aku minta tolong orang. dan dah alang-alang jumpa kan, tanya je la. tak tanya, sesat jalan. tak tanya, tak belajar. tak rasa sendiri, tak belajar. oh, aku suka belajar!

banyak benda la jugak aku beli. kemudian aku naik bas. duduk seat double sorang-sorang. apalagi, imaginasi ligat beraksi. semua bermain dalam kepala otak aku. (tapi malas aku nak cerita hehe). tadi sempat sembang sekejap je dengan mama sebab dah nak kena naik bas. aku mesej abang juga. tanya dah sihat ke. lama betul dia demam. lebih seminggu. dia kata dah dua tahun tak demam macam ni. bila check dengan doktor, doktor kata ada masalah lain. habis kena lecture dengan aku. kesian akak, mesti dia sangat risau. abang kata memang pun, sekarang makan semua yang kukus-kukus je. aku teringat abah pun macam tu juga. mama masak beras basmathi, lauk semua kukus, makanan yang mahal-mahal sebab baik untuk kesihatan. aku pesan, abang muda lagi, kesian pada akak, jangan jadi macam abah. kesian mama. abang kata dia sakit sebab Allah nak ampunkan dosa-dosa dia. aku kata memanglah, tapi siapa suruh cari nahas, makan tak jaga, rehat tak cukup? aku pesan lagi, kesian pada akak. jangan jadi macam abah.

RINDU.

sampai ke uni, aku singgah library dalam basah-basah sebab nak pulangkan buku. on the way balik, terserempak dengan kak kery. eh eh, payung dia warna pink gelap lah. cun gak.

syukur, aku selamat sampai. aku tak tahu la boleh tido ke tak malam ni. aku tak tau nak berdoa sama ada aku dapat tido ataupun tak. takpelah, kalau Allah izinkan aku tido, aku akan tido. sejak dua menjak ni, memang belambak benda berterabur dalam otak aku. sekarang dalam proses defragmentation. semenjak dapat insomnia, otak aku asyik berusaha untuk buat clean-up jek. takpe. aku redha. sebab ia perlu dan penting.

dan sekarang, banyak nama yang sedang menari-nari dalam benak aku- faisal tehrani, ruhayat X, sinaganaga, abdullah jones, saharil, fathi aris omar. dan orang-orang kesayanganku.

RINDU.

oh. exam?

aku keluar satu jam lima belas minit awal. alhamdulillah, tak ada ruang jawapan yang aku tinggalkan kosong.

Tuesday 26 June 2007

menjauhi klise

oh.

apa yang aku rasa sekarang adalah klise.

bosan kamu kamu membacanya nanti. jika aku terjemah dalam kata-kata. lihat, dah bermula pun.

ahaha.

tapi aku perlu beritahu.

aku tak pernah bosan berperasaan begini.

ehehe.

adios kawan. esok paper atmospheric science ku yang terakhir untuk semester satu ini. doakan aku.

entah berapa analogi yang aku buat sejak menelaah subjek ini.

ada akak pernah cakap, dia suka dengar analogi-analogi aku.

iyolah. aku tetap rindu malaysia. (apakah?)

baik. klise bermula lagi. lebih baik aku berhenti.

sebagai akhir kata, aku kongsikan ayat 35 dari surah annur. kegemaran kamu, aijud.

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


assalamualaikum.

Monday 25 June 2007

apa masalah anda?

jarak ini memang beralasan. benar bila Dia kata tak ada yang Dia jadikan sia-sia.

aku lihat. betapa manusia bijak jatuh dalam gaung. akibat putus cinta. aku juga lihat. betapa manusia baik soleh alim, boleh tertipu dengan dunia dan tersungkur teruk. aku juga menyaksikan. betapa perkahwinan atas dasar cinta yang diuar-uarkan kesuciannya runtuh walau baru sekejap saja masjid dibina. aku pernah tengok. betapa hari-hari indah berbunga takkan kekal selamanya. gambar-gambar di friendster. majalah-majalah dan akhbar-akhbar. blog-blog. betapa manusia boleh berubah dengan sekelip mata. betapa dengan mudah meluahkan kata dan berjanji tapi tak sampai ke hujungnya.

semuanya membuatkan aku insaf. kalau boleh, ingin kukongsi rasa ini. beban jiwa ini. tapi apakan daya. kemampuanku menyampaikan wacana sangat terbatas. maka aku hanya lakukan semampu aku. maka maafkan aku atas kupasan yang belum matang dan tidak menyeluruh ini.

kesan nasihat ustaz yang amat terdahulu itu memang beri kesan mendalam pada diriku. sebab aku dah nekad, mahu jadikan nasihatnya sebagai batu asas.

"kenal siapa diri? diri ini hak siapa?"

kata-kata yang cukup sebagai jawapan segala-galanya. tak perlu lagi dirobah, tak perlu lagi dikopek-kopek dan dikupas-kupas. hehe. maaf. ini memang aku. masalah je yang panjang berjela, penyelesaiannya ringkas sahaja.

sebenarnya masalah dan penyelesaiannya itu perkara penting tapi kecil. yang betul-betul membezakan antara si fulan itu dan si fulan ini ialah proses sepanjang mereka menghadapi masalah itu. dan, ya. bahagian itulah yang amat gagal sekali aku kupas. kalau mahu, aku boleh bercerita. cuma kesan proses ini tampak. dari gaya jalan orang itu. lirik matanya. ayunan tangannya. kepantasan berbicaranya. ketenangannya.

benda-benda ni tak boleh dipelajari dari buku. tak boleh ditelaah dengan membaca blog orang lain. itulah proses, atau kita panggil dengan bahasa klise nye, pengalaman.

ya, dan bahagian itulah yang sering aku gagal ceritakan. semuanya sangat kompleks, dan amat bergantung kepada si pendengar, ilmu pendengar dan pengalaman pendengar.

pernahkah, kamu membaca satu artikel dan dapat memahamkan setiap butir apa yang ingin disampaikan penulis, walaupun dia tak memberitahunya secara jelas dan terang? walaupun dia tak tuliskannya dalam ayat-ayatnya dan diperincikan satu-satu apa yang dimaksudkannya?

itulah rezeki dari pengalaman. maka nasihatku kawan, usah sedih dan risau kerana pengalaman. nasihatku yang terakhir, apa-apa yang kau lakukan, tepuk dada tanya iman. letak alQuran dan sunnah di depan. akal berfikir ikut skop alQuran dan sunnah.

biar sebanyak mana pun kebijaksanaanmu, biar setinggi mana pun impianmu, biar sedalam mana pun perasaanmu.

Allahu'alam.

Sunday 24 June 2007

padang pasir dan lautan

aku adalah jiwa yang gelora
yang makan terlalu banyak arang
dan telah banyak kali ditikam
aku mengulum hempedu dalam mulutku
berjalan di atas tapak kaki
yang luka dan bercalar
dipaku
dan dikopak-kopak kulitnya

aku adalah hati yang bersembunyi
di sebalik iman
dipahat akal
menggendong alQuran dan sunnah
dalam buaian
sambil mengisi balang kebijaksanaan
yang tak akan penuh

aku adalah hamba yang mencari
jejak-jejak yang hilang
menimba air
dari perahu yang bocor
menulis dengan tinta
darahku sendiri

aku terus menyanyi
aku belum penat.

Saturday 23 June 2007

if - rudyard kipling

i found this poem when i looked through my sister's status on ym. i remembered this poem vaguely, but i can still recall the lines she wrote. it was the lines that i favoured the most, because for me, waiting is such a magic in my life. and recalling this poem brought me back to where i once belong, a place full of magic, trust, tears, hopes, dreams and beauty. the period of my life that He willed me to feel the golden experience, the very first stage of me being a human. like mama once said, 'the best education i had ever had'. remembering the period since the start of it and till the most beautiful end of it when i met someone that brings more magic into my life, making me realize how much He loves me and how the hopes and dreams will go on, straight on, shining. this is the manifestation of the roads that i have taken, shone by the lights of my education, accompanied by the people that i love, together walking slowly through the paths in our life, to Him.

IF YOU can keep your head when all around you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about don’t deal in lies,
Or being hated don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:


If you can dream—and not make dreams your master;
If you can think—and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ’em up with worn-out tools:


If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on!”


If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings—nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And—which is more—you’ll be a Man, my son!

there are times in life that we feel hopeless, that we think we are the worst persons on earth, that we think we are doomed, 'going to die', 'finished'. as a normal human being, i myself never escaped feeling the same. especially when we are far away from our sources of inspirations ie our loved ones, when we cannot tell how we feel about things that we think no one will understand or never want to understand eventhough they can, and when we feel we are alone in a world where all people care are themselves, what they believe is right, what they think other people should believe is right, without even try to listen to us. listen without interrupting our voices, listen without cutting our lines. at times, when we feel this way, deep in our hearts, we miss the people who enjoy being with us without even care what we did, without even acknowledge our torn and holed socks, without judging eyes. we cherish every moment when we can eat and laugh with them, when we can sit together, watching the rainbow and teasing each other playfully, being children, being accepted as we are. because we all have our dark times that we have to deal with, and how blessed it is to have such wonderful persons who you can laugh with and at the same time, accepting advices from. persons who you can joke about your mistakes and at the same time, have the wonderous feelings of overcoming them, without feeling pain, without being scratched. they are our soulmates that whenever we feel lonely at nights, will hear them laughing and smiling warmly at us, they are the ones that will hug us when we feel cold, and when they are far, will always remind us to cover ourselves with thick blankets at night, so that to keep us warm and not missing them. they are the voices that we always await for, no matter how long we have spend our times with them, we never get bored. as if there's everything to be talked about. they are our loves, our likes and dislikes. they give us reasons to hope, a cause to hold on, even through the darkest nights and the most severe storms. how blessed we are, having these persons in our life. how He wants to show to us, that He never lies when He loves us. eventhough one day, we all will get separated, but the memories, the joy, the feelings, the hopes and inspirations will never fade with time, as long as He wishes it. and whatever happens, we are together, here- in our hearts. how He wants us to appreciate our life through these people, how He wants to show His love to us through them. how He wants us to never lose hope whatever happens, as He is right here- nearer to us than we can ever imagine. how these are all impossible without He wishes them to be. how i wish i can thank them for being there in my life, and how i wish to thank Him for their presence in my life. though many words are said, many feelings shared, many thoughts for ahead, i still wish to say that i thank you all, and i thank You, my Utmost Love. for Your patience, for Your love, for Your gifts, for Your hope, for me, for You.

Thursday 21 June 2007

sajak untuk syai

syai, di mana aku ni?
tempat ni menakutkan aku, syai
sejuk. jai tak ada nak peluk
tadi aku nampak
jai tinggalkan aku
seorang-seorang di sini
puas aku melolong,
teriakan memanggil
jai tak dengarkah?
syai, gelapnya di sini
bagai siang dah tak ada
kau pula
di mana syai?

syai, kenapa kau menghilang?
aku sempit di sini
kau tak mahu bersamaku kah?
syai, aku takut
kepalaku berserabut
tiap-tiap hari aku menangis
wajah-wajah tu sentiasa datang
bukankah aku dah lupakan mereka?
kenapa mereka masih datang?
mana air hitam tu?
berilah padaku,
biar hilang rasa takut ini

syai, kenapa begini?
dulu kau selalu temani aku
mengindahkan hidupku
bukankah dulu kita
gempak-gempita bersama?
"life's to enjoy!"
kita kata
tapi sekarang aku sangat sesak
dan tak boleh bergerak
syai, tolonglah aku
aku panas...aku panas syai!
apa yang mereka pakaikan padaku ini?
tak langsung sepertiku, syai
ini bukan fesyenku
fesyen zaman apa ni syai?

syai, aku sunyi
mana pil-pil tu?
berikanlah,
supaya dapat aku ke dunia lain
berikanlah syai!
aku tak tahan lagi ni
aku mahu tidur tanpa risau
pasangkanlah lagu madonna kuat-kuat
temani aku seperti dahulu
syai, bukankah kau temanku?
teman bukankah selalu setia?

syai, aku sakit
sentiasa dibalun
mereka datang
menanyakan kepadaku
soalan-soalan itu
aku sudah menghafal jawapannya syai
tapi aku bingung
jawapanku tetap salah
syai, bantulah aku
penat aku merayu
minta dilepaskan
mereka bengis amat, syai!
sepak menerajang aku
syai, kau datanglah
aku sering menyebut-nyebut namamu
kerna kau temanku
bukankah kita sudah berjanji?
syai, lekaslah
lepaskan aku
jai pun sudah tinggalkan aku
kau di mana syai?
syai?
syai?
syai....!!!!

Wednesday 20 June 2007

dreams




here's the lyric's translation...

kiroro miraie

look! look at your feet
this is the road you walk
look! look ahead of you
that is your future

my mother gave me so much kindness
"embrace love and walk", she said over and over
at that time i was still immature
i didn't understand her meaning
she held my hand
and walked with me

our dreams are always high in the sky
it's scary that they might not come true
but we still continue to chase them
because it's our story
we don't want to give up
when i was unsure she held my hand
and walked with me.

*there were times when i hated that kindness
when separated from my mother i couldn't be obedient
look! look at your feet
this is the road you walk
look! look ahead of you
that is your future

repeat *

look! look at your feet
this is the road you walk
look! look ahead of you
that is your future
turn towards the future
let's walk slowly.

p/s: this is one of my special songs, given by a special person too. i copied the translation directly from his writing. and yes, i still keep the pieces of his writings.

Tuesday 19 June 2007

diambil dari kalam perdana, terima kasih!

"Dunia bukan tempat untuk diisi dengan kedukaan, kekecewaan, juga bukan untuk kebanggaan dan kegembiraan ia sebenarnya langkah yang tidak mengenal erti penyesalan mahupun keagungan"

Sunday 17 June 2007

tanpa tajuk yang bukan klise

entri ini bertujuan untuk menjatuhkan saham aku di hadapan lelaki-lelaki macho dan hensem. hahaha. (rujukan: 2 peristiwa pertama)



di hari abah ini, aku teringat lima peristiwa. dua peristiwa angker, dua peristiwa jiwang karat seorang anak perempuan comel (akulah tu) dengan abahnya yang juga comel, macho, hensem, segak bergaya, kacak, tinggi...(and the list goes on) sape kutuk abah aku lepas ni aku takkan sepak atau ludah muka korang. tapi kita akan setel di akhirat ok. (sangat berhemahnya aku)

oh ya. untuk peristiwa kelima, tiada komen.



peristiwa 1:

aku rasa kisah ni masa aku darjah satu kot. kat kampung. ada something yang aku tak puas hati, tapi aku tak ingat apa. aku rasa aku kena marah dengan abah. aku menangis dan lari ke dalam bilik. aku tak tutup pintu sebab bilik tu gelap, aku takut. tiba-tiba opah datang nak pujuk aku. aku tak mahu, jual mahal dan tolak pintu, tak bagi opah masuk ke dalam bilik. disebabkan keagresifan aku, jari opah tersepit di celah pintu. opah menjerit sekejap. abah dengar. belum sempat aku mintak maap kat opah, abah tolak pintu dengan perkasanya (kudrat orang lelaki kan, kadang-kadang menakutkan aku) kemudian satu pelempang hinggap kat pipi aku. toksah la aku cerita lagi ape jadi lepas tu.



peristiwa 2:

aku tak tahu apa perasaan abah masa ni. sebab dia tak lempang. mungkin sebab belum apa-apa lagi aku dah menangis. ataupun abah pun rasa seriau dan takut jugak, tu pasal dia tak pukul aku. kalau tak silap aku ini kes masa aku darjah satu atau darjah dua. kat kampung jugak. rumah opah aku tersergam indah kat atas bukit yang tinggi, nak naik ke rumah kena naik bukit yang agak curam. bukit ni kalau nak buat stan untuk bicycle ride memang sesuai lah. aku sampai sekarang gayat nak turun bukit tu dengan basikal. curam sangat. dah curam, bukit tu terus tembus sampai jalan. kiranya, kalaulah ada kereta yang tak cukup power untuk naik bukit tu, kereta tu akan gostan dan terus menjunam ke jalan raya. siot seriau. aku setiap kali balik kampung mesti baca doa masa nak naik bukit tu. masa naik bukit, semua orang dalam kereta akan senyap dan kaku. bergerak pun tak, sebab cuak giler. (waahhh panjangnya aku cerita pasal bukit) oklah. suatu petang yang damai. aku dan adik kedua aku main-main dalam kereta Datsun 1000 abah berwarna merah metallic (antik woo kereta nih, kalau aku tak masuk sbp aku pandu kereta ni ke sekolah menengah convent tiap-tiap hari hehe). abah parked kereta tu depan rumah opah (obviously atas bukit kan). tiba-tiba aku terpegang gear (sebenarnya aku tak tahu apa yang aku buat tapi) kereta tu bergerak. perlahan-lahan....tahu ke arah mana? ya anda betul!!! ke arah nak turun bukit. aku menjerit macam orang kena histeria. abah dengan kagetnya (tapi tetap perkasa macho muka macam superhero kalah ultraman) melompat ke kereta, hampir-hampir kereta tu menjunam ke bawah bukit. abah berhentikan kereta tu. alhamdulillah. (kalau tak mungkin aku tak dapat tulis entri ni sekarang) abah marah-marah tapi marah yang diam (macam mana ye? dia macam nak marah sebab aku dengan adik aku main kereta tapi dalam masa yang sama dia tahu kami masih kecil, KOT. sebab aku tak tahu apa sebenarnya yang dia fikir masa tu) tapi dia bagi kami pada mama. kami menangis giler lah. huhu.



peristiwa 3:

ini adalah combined stories. dalam banyak-banyak babak abah mengisi hidup aku, aku paling ingat, masa tu aku darjah tiga dan aku tertidur di ruang tamu. abah angkat aku (macam yang hero selalu angkat awek diorang dalam filem, cumanya kami lagi kiut sebab abah tinggi melampai dan aku kecik metot) dan letak aku atas katil. aku terjaga sekejap tapi sebab aku tahu yang angkat tu abah, aku sambung tidur dan malas bukak mata (karang kena jalan sendiri masuk bilik, dah tak romantiklah lagi kan hehehe) ada jugak masa lain abah layan aku masa tidur, tapi selalunya mama yang teman aku tidur (sampai sekarang).


peristiwa 4:

masa tu mama baru lepas lahirkan ahnaf, anak no 6. jadi mama masih di hospital. pagi subuh tu, abah kejut aku. lepas solat subuh dan mandi, abah panggil ke luar (kat luar ada satu laman dari simen khas untuk basuh baju, bersambung dengan dapur) sambil bawa buku tatabahasa bahasa inggeris. kami duduk atas stool (kerusi kecik). masa tu abah pakai kain pelikat dan tak berbaju. nampak rangkanya yang kurus tapi sangat kuat itu. kemudian bila dia memberus baju, dia suruh aku baca buku inggeris tu sebelah dia. aku masih ingat satu perkataan yang aku baca depan dia- several. sebab mulanya aku ingat several tu untuk seven, hehe. kemudian ada lagi, perkataan a few dan sebagainya. suasana subuh pagi tu sangat tenang, aku dengan abah, yang lain semua masih tidur. abah sedang berus baju dan aku membaca buku bahasa inggeris. kiranya sambil memberus baju, abah mengajar aku jadi pandai.


peristiwa 5:

ini masa aku darjah 5. dua hari sebelum abah meninggal. seperti biasa, abah akan ambil aku dari sekolah. bila dah bunyi loceng, aku pun berjalan ke tempat abah selalu tunggu untuk ambik aku balik dari sekolah. selalunya, kitorang akan singgah kat kedai yong tau fu dan beli perisa pandan (faveret abah), perisa gula hitam dan yang biasa (air gula putih). aku tak tahulah ada lagi ke tak makcik yang jual yong tau fu tu. dia memang kenal kitorang sebab kitorang selalu sekali beli banyak-banyak. maklumlah, keluarga besar. jadi di hari Rabu yang panas terik itu, aku dah nampak motor RZ abah dari jauh, tapi yang peliknya aku tak nampak abah. aku pun mencari-cari, mana abah? takkan dah tinggalkan aku kot? aku memang yakin itu motor abah (takkan tak kenal kot kan) makanya aku jadi semakin hairan. tiba-tiba abah muncul dari belakang pokok, dan cakap "cakkk!!!" sambil buat muka seronok puas hati dapat kenakan aku. tergelak besar aku dibuatnya. macam mana la aku tak boleh nampak kelibat abah kat belakang pokok tu. haha. lepas tu, kitorang singgah kedai kasut sebab aku kena beli kasut hitam (pengawas, chewahhh). bila dah pilih kasut dan sementara pekedai tu nak bungkus kasut baru aku, abah kata pada aku, "yang ini last ek, lepas ni abah takkan beli lagi kasut untuk aqilah." aku protes. "eh, mana boleh, tahun depan kan ada lagi, kena beli kasut baru, takkan tak beli kot." aku buat muka manja tak puas hati. tak faham apa-apa.


abah. abah. abah. (i'm speechless, sorry)

siapa mahu jadi agen FBI?

email spam terbaru:

Title: NEW! you can now legally investigate anyone!
before, only the federal agencies, police and legal investigators can access information to track persons. now, you can do the same! with the new law enabling you to do so....(maklumat undang-undang tersebut)...you can now track and investigate your relatives and even friends! (lebih kurang)

kurang ajar. aku tekan butang delete. jadi maafkan aku, aku tak hafal kandungan keseluruhan email tu. dan lambat terfikir untuk menyalinnya.

Saturday 16 June 2007

untuk sayang

burung yang berkicau itu
bagai menyampuk rasa hati yang dibacakan oleh 'The Promise'
karya Secret Garden.
ada hentakan-hentakan yang memanggil
membuat aku terjaga dari lena
sekejap terpisat-pisat.
siapa?
siapa?
dalam mimpi, kaukah yang memanggil?
oh, ini barangkali mainan saja, kataku.
manakan mungkin.
sudah terlalu jauh terpisah dah ni.
hanya kebetulan, barangkali.
tak apa, aku akan selalu berdoa
agar aku kuat.

pun begitu, nyanyian riang aku dah macam sumbang
tak original lagi
sebab suaraku dah tercalar
mungkin kerana terlalu banyak menangis.
oh ya. mungkin takkan baik lagi
walau bergelen-gelen air asam jawa yang kuminum
eh, senyum pula si aku.
tak mengapalah, nak buat macam mana.
aku masih tetap perlu teruskan hidup, kan Allah?
walau sepertinya senyumku yang pernah hilang
dengan dua nyawa.


sikit aja.
sayang,
kalau inilah cara Dia mahu ampunkan dosa kita,
alangkah ringannya.
tabah ya sayang.
aku selalu doakanmu, insyaAllah.
dan aku yakin
Dia pasti menjagamu dengan baik
kerna kau orang kesayanganku.

Friday 15 June 2007

certot ke-4

musim sejuk.
seorang budak perempuan membuka tingkap.
seekor burung di atas dahan pokok pine.
dan dalam hati masing-masing.
"burung itu tiada sweater sepertiku, tak sejukkah?"
budak terpinga-pinga.
"budak kecil itu tiada bulu sepertiku, tak sejukkah?"
burung terpinga-pinga.
sehinggalah musim sejuk berakhir.

bukan mahu menunjuk koleksi kasut



ahahaha...aku memang suka basuh kasut...
bahagianya aku dapat basuh kasut...
oh kasutku yang manis
yang macho
yang bersih
yang baik
yang banyak berjasa
aku chenta padamu...

selamat menyambut hari jumaat! fuyyo...penghulu segala hari tuh...

Thursday 14 June 2007

dear qila,

sometimes things aren't the way you hoped they would be
that's when you have to tell yourself that things will get better
it may not be easy
but take each step forward as a challenge
learn from your difficult times
grow in courage and in strength
keep believing in yourself
stay focused on all you want..
your life to be..
challenges are part of our life's journey
that will bring you closer
to what you dream to be...

-alee-

thanks bro.

Wednesday 13 June 2007

kisah aku di perantauan

betapa bahayanya jarak ini
menduga, memakan iman
dengan persoalan-persoalan
yang sememangnya
remeh-temeh
syaitan durjana
pergi mampus.

Tuesday 12 June 2007

engkau siapa?

bayangkan. di alam binatang. jika.

si katak mahu mengembek macam kambing.
si arnab mahu berkokok macam ayam.
si lembu ingin menyusur macam ular.
si kura-kura ingin berkicau macam burung.
si semut mahu berlari macam kuda.
si singa ingin menghisap madu macam lebah.
babi mahu makan pisang,
rusa ingin makan kera.
koala mahu tidur di dalam lubang,
kancil mahu tidur di atas pokok.


si ikan juga yang tetap tawar meski berendam di lautan. tersenyum.

Monday 11 June 2007

pakar alih bahasa

senario biasa tapi agak mengjengkelkan bagi aku yang mengambil berat makna bahasa. baru-baru ni mama beli vcd pirates of caribbean 3 dengan spiderman. uff. jeles betul. tapi adik aku cakap tak best. walaupun kualiti gambar ok, tapi bahasanya bercelaru dan keliru.

lihat contoh ini, dalam cerita spiderman 3 (betul ke ni? oohh aku jahil spiderman, maaf peter parker bukan faveret aku sejak dulu haha)

dialog 1
+ that's great!
- itu besar!

dialog 2
+ parker! (peter parker, tapi orang memanggilnya parker)
- orang yang meletakkan kenderaan!

dialog 3
+ i'm sorry for your uncle.
- saya kesal untuk pakcik awak.

dan banyak lagi. aku belum tengok cerita-cerita tu. tapi kalau aku dah tengok nanti, babak sedih kat perkuburan pun aku boleh terkekek-kekek depan tv.

sungguh berperanan rupanya subtitle dalam membantu seseorang menjiwai sesebuah filem atau cerita.

gezichtsbedrog

apa khabar agaknya
gadis-gadis yang patah hati
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sudah menikah dan beranak-pinak atau mati atau
menjadi penghuni rumah-rumah sundal, menjual cinta dan
kasih dengan sedikit harga sebagai membalas dendam sebagai
pemberontakan terhadap berahi yang terhalang

apa khabar agaknya
lelaki-lelaki yang galak berzina
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sedang disiksa malaikat atau menjadi kepala keluarga
yang senang hati melihat anak menjadi ranggi dan tersenyum
apabila peroleh cucu haram atau barangkali sedang aktif
dalam partai sambil mengintai posisi utama pegangan negeri

sengaja aku bertanya khabar
kerana ghairah cinta remaja kala ini dijual di novel-novel di-
layar perak dan di muka peti tivi seolah-olah sangat penting
dan akan mampus segala kehidupan jika sekiranya tidak digembar-
gemburkan akan hilang tamadun jika sekiranya tidak
di-lamputinggi-kan dan terjerit-jerit mempertahankan
konon itu suci, konon ini suci dan konon inilah sumbangan kepada
perjuangan walhal semuanya adalah untuk untung,
untuk uang

dan lelaki-lelaki yang berzina dahulu adalah berkat usahamu
menanam cinta dalam benak remaja kerana kamu lupa yang mereka
cuma perlukan sedikit agama

sajak ni aku dapat dari blog aj. assalaamualaikum pak aj! terima kasih!

amacam, ada umpphh tak? bagi aku, sajak ni siot best! betapa dalam hidup, kena betul-betul kenal pasti mana satu prioriti, mana satu yang penting. root point nya, aku dapat dari ustaz aku.

"kenal siapa diri? diri ini hak siapa?"

aku rasa semua orang ada points sendiri nak jelaskan pasal benda ni. benda ni basic dan simple, tapi aku rasa semua orang ada pengalaman, perspektif dan signifikan tersendiri dengan apa yang aku maksudkan, makanya tak perlulah aku suluh lagi benda yang dah terang-benderang. cuma aku suka bawak berbincang benda ni. apa pendapat korang tentang apa aj cuba sampaikan?

apa-apapun, aku masih belajar...usoh dok tanya ape-ape kat aku pasal hukom-hakam dan ape yang aku RASA betul...hahaha karang sama-sama sesat!

aku saja letak benda ni...TRIGGERING THE MIND. my faveret game.

Sunday 10 June 2007

sedentary

aku terjumpa perkataan ni dalam buku teks. Natural Hazards by Edward Bryant.

sesuai sangat untuk menggambarkan hidup aku sekarang.

ahaha.

untuk tahu maksud perkataan, klik sini.

ahahahaha....

Saturday 9 June 2007

peringatan ramah mesra

buat sesiapa yang membaca blog ini untuk mengenali siapa aqilah binti amir jamalullail,

lupakanlah. jika tidak anda akan menyesal.

Friday 8 June 2007

membeli-belah

ini certot pertama aku. aku muatkan di webpage saharil.

"semalam kami membeli-belah. memilih batu nisanmu."

simple sahaja.

sekian...

Thursday 7 June 2007

kenal

bayi baru merangkak.
ingin capai susu.
di atas meja.
perlu belajar.
berjalan dahulu.
berdiri mampu.
sendiri.

Wednesday 6 June 2007

soo in, double cheese dan teh oolong = aqbal

hidung aku berdarah lagi.
aku rasa ada salur darah yang dah pecah. aku dapat rasa ada bahagian yang bengkak sedikit. kadang-kadang hanya hidung sebelah kiri. kadang-kadang sebelah kanan pun sama. mungkin perubahan suhu. atau perubahan tekanan. dah 3 bulan lebih.
seperti biasa, aku sumbat dengan tisu. di aussie, tisu bagiku amat penting.
oh, teringat soo in, hidungnya juga pernah berdarah. abal, usah jeles sampai cederakan hidung sendiri. tak baik. sakit ni aku tak cari. he...he...he...
geramnya aku tak dapat makan mcD. dahla abal makan double cheese pulak tu. cet. tak aci betul! tak pasal-pasal faveret sama.
blanja abal teh oolong? aku akan cari yang paling kelat! ha...ha...ha...

abal, aku pun tak pernah minum teh oolong. usah risau aku belanja teh oolong yang kelat. aku taktau pun mana nak cari teh oolong kat mesia. aku tahu pasal teh oolong dari novel. cuba tanya yeopmi, mungkin dia pernah tekad nak cari teh oolong yang faisal tehrani sebut-sebut dalam 1515. he...he...he...kalau terlebih rajin boleh tanya faisal tehrani sendiri. laman web blog dia ada kat sebelah tu...

nampaknya tak pasal-pasal entri ni tentang ko. nampak sangat ko kena belanja aku bila aku balik mesia nanti. lagipun ko tak hantar aku kat klia. amat wajarlah ko belanja nampaknya. haha.

Tuesday 5 June 2007

pegs = pasak

ha ha ha.
akhirnya. sesiapa yang membaca blog ini terpaksa belajar apa yang aku belajar dalam subjek geosains. aku rasa ini pertama kali aku 'buat kelas' geologi. aku nak kongsi pasal gunung-ganang/mountains.

sila rujuk gambar-gambar di bawah.


gambar 1: gunung dan pasak



gambar 2: lagi gunung dan pasak


buat pengetahuan korang, ahli-ahli geologi barat baru tau pasal gunung-gunung dan PASAK-PASAKNYA sejak tahun 1865 lepas Sir George Airy (Press and Siever, 1982), seorang Astronomer Royal bawak teori yang gunung-gunung ada 'akar' atau 'pasak' yang dalam. yelah selama ni siapa yang rajin cari kerja nak gali tanah sebab nak tau sama ada gunung-gunung ni ada akar ke, takde ke, berapa dalam ke, ataupun ada apa kat bawah gunung, kan? tengok tivi lebih baik. hehehe...

lagipun sebelum 1865 tak ada teknologi yang boleh tahu pasal kewujudan 'pasak' gunung sebab tersembunyi kat bawah tanah...

dan punca wujudnya pasak-pasak tu ialah pertembungan antara dua benua (collision between two continents). (ni aku ringkaskan cerita) bila dua benua bertembung, masing-masing nak tunjuk hebat, jadi diorang pun rempuh antara satu sama lain, tak ada yang nak mengalah atau bagi can: "oklah, biarlah tanah aku yang disedut masuk ke bawah tanah kau...(subduction of one plate underneath another)" sebab masing-masing nak berada di atas.
ok ok. takpe kalau tak faham. yang penting, bila dua-dua plates ataupun continents ataupun benua ni bertemu, mereka collide antara satu sama lain, dan terhasillah gunung-gunung ni. tapi, bukan setakat gunung-gunung yang tinggi je terbentuk, tapi lapisan kat bawah pun sama, bertambah kedalaman. kiranya dua benda terjadi sekaligus. yang gunung bertambah tinggi, yang pasak bertambah dalam.

geologists dah lama perasan pasal gunung, (hehehe...aku pun) tapi diorang baru perasan pasal pasak.

kenapa aku nak konsi pasal benda ni???

wokey...sekarang bukak buku teks, muka surat terpulang, rujukan 78: 6-7...
macam ni maksud ayat-ayat tu:~

6. (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
7. Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

subhanallah.

Allah dah bagitau kita awal-awal lagi pasal pasak kat gunung-ganang sebenarnya. ayat ini bagi menentang orang musyrik yang mengatakan alQuran tu Nabi yang tulis dan terhasil dari idea-idea baginda sendiri, nauzubillah...padahal masa tu usahkan mikroskop, lense untuk tengok batu secara dekat pun belum lagi tercipta...inikan lagi untuk tau tentang kewujudan pasak gunung. (apa kaitan mikroskop dengan pasak?!)

ayat ini pun untuk kita tambahkuatkan iman kita. banyak lagi sebenarnya, tapi ini antara yang dapat aku kongsi.

sekian...sama-samalah kita ambil pengajaran...

Rujukan:

1) Allah. alQuran. Chapter 78: 6-7

2) The Quran on Mountains. http://rds.yahoo.com/_ylt=A0Je5ws032NGqJ8A9yajzbkF/SIG=14akgnm83/EXP=1181036724/**http%3A//www.al-shia.com/html/eng/quran/the-miracle/an-introduction-to-islam-for-non-muslims/the_quran_on_mountains.html (accessed on 3rd June 2007)

3) Press, Frank; and Raymond Siever. 1982. Earth. 3rd ed. San Franciso: W.H. Freeman and Company.


p/s: eh, bila tivi dicipta???

apa yang aku nampak

::hobbies and interests::
.......XXX......
......XXX.....
.......XXX......
...layan pakwe and sudah semestinya, solat...




aku: keliru.

Monday 4 June 2007

notajari

aku bukan penulis agama. aku hanya penulis beragama. aku tak tulis blog 'memandangkan ramai antara kita yang dah terhuyung-hayang tanpa arah dan haluan hidup' ataupun untuk 'meneutralkan kebobrokan ummat hari ini' ataupun untuk 'menyedarkan remaja-remaja yang suka berlawak lucah di luar sana'.

pendek kata, aku tak menulis sebab ORANG.

apa yang aku tulis ialah apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa yang aku jumpa, apa yang aku belajar. sebab bagi aku, menulis membuatkan aku yakin, dan menulis membuatkan aku boleh share dengan orang apa-apa yang aku alami dan melalui perkongsian tu, aku berdoa dapat perkara yang baik-baik.

lagaknya macam aku menulis untuk dapat kebaikan kepada diri sendiri. adakah aku mementingkan diri sendiri?

jawapannya ialah ya! aku bukan ulamak yang layak bercakap soal agama, aku masih mentah dan tak mahir bab hukum-hakam. aku pun masih belajar...isk..isk...maafkan aku sebab pentingkan diri sendiri...aku belum cukup untuk melantangkan kalimah jihad dan menyeru semua orang supaya mentauhidkan Allah...definisi-definisi perkataan tu semua pun aku belum khatam...

habis tu ape gunanya blog ni kalau tak bawa manfaat pada orang lain? buat apa didisplaykan?

sebenarnya ini rumah ketiga aku...rumah kedua aku adalah rahsia. *wink* blog ini wujud selepas dua perkara:

1. kawanku mahirah memujuk aku untuk menulis blog. seperti yang korang leh baca di atas sekali.
2. mama suruh buatkan blog untuk dia menulis, tapi sementara mama masih kesibukan, aku rasa ada baiknya aku realisasikan sebab #1 tadi. mengisi kekosongan blog ini.

jadi sebenarnya aku tidaklah berapa peduli pun sama ada blog aku dibaca ke tidak, tapi dari gaya ayat mahirah 'leh share apa yang ko rasa, belajar etc.' makanya aku rasa perlu untuk aku hebohkan tentang kewujudan blog aku supaya sasaran 'to fulfill the public demand' tercapai...

maka aku tak expect apa-apa pun dari penulisan aku! ada orang baca ke, takde orang baca ke, ermm...aku belum sampai tahap untuk mempunyai sasaran 'untuk bulan ini bilangan orang yang membaca blogku haruslah XXX orang'.

tetapi lebih kepada 'buat sesiapa yang Allah bagi keizinan untuk membaca blogku, jika anda mahu, anda boleh ambil mana-mana yang baik untuk diri anda...bagi yang nak komen, komen anda adalah amat-amat dialu-alukan, buat yang nak kritik, jika kritikan anda kritikan membina, terima kasih saya ucapkan...dan jika kritikan anda bersifat negatif pada hemat saya yang banyak dosa ini, kritikan anda tak akan dilayan...hehehe'

dakwah? hmm...

tugas dakwah tu, nak taknak sebagai seorang muslim aku kena pikul. tapi dengan kesedaran bahawa aku amat-amatlah kurang dari segala segi dan cabang untuk berdakwah, apa-apa yang disampaikan oleh blog aku (yang ikut agama) ialah dakwah aku. mungkin kadang-kadang apa yang aku tulis ni tak ada kena mengena pun dengan pembacanya, tapi yang penting kena mengena dengan aku. aku tak mahu menulis tentang sesuatu yang aku tak perbuat. macam yang Allah dah cakap dalam surah as-saf ayat 2 (61:2)...makanya aku akan berhati-hati dengan apa yang aku tulis insyaAllah...dan ingin aku pesan pada semua pembaca, buku agama bukan hidup, novel bukan hidup, filem bukan hidup, blog juga bukan hidup! usah mengadili kehidupan seseorang berdasarkan apa yang dia tulis. yang terbaik ialah 'ambil mana yang baik, jangan ambil mana yang tak baik ataupun yang tak sesuai dengan diri anda'. benda ini penting dan perlu aku perjelaskan, untuk diri aku dan korang semua.

dan aku sebenarnya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan korang link-link kepada bloggers yang aku suka. aku suka gaya pemikiran mereka, mereka lebih baik dari aku pada hemat aku. lebih banyak pengalaman pun, dan misi mereka jelas. aku doa-doa suatu hari aku pun dapat berkhidmat dengan baik untuk Tuhanku. doakan aku...

walaupun yang baca entri ini hanyalah seorang, itu tidak mengapa. yang penting, entri ini dapat beri peringatan pada diri aku sendiri setiap kali aku menulis, dan pastinya untuk sesiapa yang membacanya...

sekian...

Sunday 3 June 2007

nukilan bukan ilmiah

memang salah satu kesukaanku ialah membaca blog. kalau duduk di hadapan komputer membaca blog di waktu cuti, mungkin aku takkan merasakan sudah malamnya hari. mungkin juga aku akan hanya dikejutkan oleh boborygmy perutku yang minta disuap. tambahan lagi kalau semua penulis kegemaranku mengupdate blog mereka dan memasukkan banyak entri baru, pasti aku tak berganjak dari kerusi. faisal tehrani, abdullah jones, saharil, dugongsenyum, tokrimau, sinaganaga, kereta mayat untuk menamakan sedikit dari mereka. dari blog mereka aku belajar, buka minda dan ketemu semula jiwaku yang pernah kutinggalkan dahulu. seni mereka pencetus fikirku, mesej-mesej mereka bagus sungguh penyampaiannya.

aku baca blog-blog mereka untuk ilmu dan islam. aku tak macam sesetengah orang lain, yang meletakkan kegemaran mereka kepada stereotype tertentu; contohnya 'minat lagu-lagu my chemical romance' ataupun suka 'semua cerita latin' atau 'minat filem-filem hindustan'. bagi aku itu semua bukan ukuran. aku suka sesuatu berdasarkan isinya, berdasarkan mesej-mesej yang ingin disampainya. aku tak melihat pada cop dan jenama, aku lihat pada fikrah dan kualitinya. makanya aku tak pernah meminati 'filem-filem melayu' atau 'novel-novel cinta'. minatku amat spesifik tapi tak pernah berbatas pada sumber dan jenis. mungkin cara aku faham sesuatu lain dari orang.

cuma aku sedih. sebab aku sangat suka bidang seni ini, jadi bila aku tak dapat faham mesej-mesej yang ingin mereka sampaikan disebabkan kecetekan ilmuku dalam bidang ilmu dan penulisan ini serta kurangnya pengalamanku, aku jadi geram dan sedih. kadang-kadang habis membaca sajak abdullah jones aku mendungu diam. sajaknya tak lebih dari susunan-susunan kata semata, dan sedihnya aku kerana aku tak memahaminya. begitu juga kadang-kadang dengan sajak dan certot saharil. namun aku bersyukur, kerana Allah pertemukan aku dengan karya-karya mereka. dan, begitu pun aku sangat suka setiap tulisan mereka, aku tak mengambilnya bulat-bulat dan menolaknya bulat-bulat. apa yang kudapat, kucerna dan kunilai sejauh mana relevannya dengan kehidupanku.

dan bila rasa sedih begini, aku kembali nilai niatku pada permulaan. walaupun banyak antara karya mereka yang aku tak faham, tapi mungkin juga tak relevan dengan diriku, sebab aku perlu ambil mana-mana yang boleh memperkuatkan imanku dan mengajarku lebih dalam tentang agamaku. aku kembali bertanya pada diriku sendiri, di mana letaknya prioritiku? apa yang lebih penting? maka pasti jawabku 'menuntut ilmu di universiti ini lebih penting, menelaah subjek-subjekku di universiti ini lebih penting, dari mengaut ilmu-ilmu dari tulisan blog'. sebab aku sudah diamanahkan untuk mendalami ilmu geosains ini, Allah sudah menempatkan aku di sini, mesti ada sebabnya. sebagaimana semua penulis blog itu amat mahir dalam bidang mereka, begitu jugalah aku perlu, mahu dan akan insyaAllah, mahir dalam bidangku. tak dapat disangkal bahawa aku amat minat bidang seni penulisan ini, terutama dari perspektif menyampaikan dan menceritakan tentang agamaku melalui bidang penulisan, tapi ada perkara yang lebih mustahak di pihakku.

oh ilmuku amat cetek, imanku amat tipis. ya Allah selamatkan hambaMu ini.

Saturday 2 June 2007

abah kita dah mati, akakku

kadang-kadang budak-budak kecik nampak lebih jauh dari orang dewasa.

awin (11 tahun): tivi kita kat rumah ni, dah tak berapa elok.
aku: tak apa, nanti kita beli lcd flat screen.
awin: hehe. abah beli tivi ni dulu.
aku: haah. (tapi kenapa?)
awin: umur tivi ni lebih panjang dari tuannya.
aku: (oh...)

akhir nanti

bila berjumpa
banyak ilham tercetuskan
banyak jiwa tertemukan
banyak fikir tersatukan
kadang-kadang menyatu lalu riuh
kadang-kadang berpincang-pincang
lalu menyepi
apa-apa pun
kubur masih sendiri
selain lillah, semua mati

kawan, doakan kita
di depanNya nanti
telanjang,
tapi senyum
bercahaya

buku

kupandang susunan buku-buku di atas para bilik.

paling depan
buku berwarna kuning
penulisnya ramai
national geographic
beli di airport sebelum datang ke aussie

kemudian
buku-buku tulis kosong
aku beli dari campus centre
universiti
untuk kucoret, kuconteng
kukoyak dan kusimpan

ada juga
buku cerita buat perkuat
vocabularyku
dibeli mama
untuk mengisi rengsang hati yang merindu
dalam perut kapal terbang
MH149 14 februari lalu
penulisnya enid blyton

ada juga buku yang kupinjam
dari maktabah
weather and climate
penulisnya aguado dan burt
sendat fakta perjalanan
kimiawi cuaca

dan buku terbitan cambridge
berkisar tentang natural hazards
rujukan kami dalam kelas geography
penuh konsep dan sejarah
gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami
ditulis oleh bryant

ada juga buku statistics: data and models
karangan penulis tiga serangkai
de veux, velleman dan bock
terbitan longman
exam nanti akan disoal
pemahamanku setelah menelaah
buku itu

tak lupa
buku earth: portrait of a planet
karangan stephen marshak
edisi kedua
berkulit ungu

aku ambil buku
hitam bertinta warna emas,
di kulit luarnya
diterbitkan sejak 14 kurun lalu
dalamnya ada cinta
ada sendu ada semangat
sejarah dan kesucian
ungkapan rindu dan jihad
sumbernya Satu
pengarangnya Tuhan

Friday 1 June 2007

nukilan ~ilham dariNya~

salaam...
dalam hidup, bukan selalunya gembira..tapi kan Allah dah pujuk kita, Dia kata, "...Jangan bersedih, Allah bersama kita..." [9:40]. tak cukup dgn tu, Allah pujuk lagi dalam surah adDhuha ayat 3, "sesungguhnya Tuhan kamu tak meninggalkan kamu.." dan ayat 5 dalam surah asSyarh, "sungguh selepas kesusahan ada kemudahan.." Dia tahu waktu2 kita sedih dan menangis, Dia tahu isi hati kita. dan Dia maha penyayang, 1 langkah kita nak dekat dgn Dia, 1000 langkah Dia datang kpd kita. macam yang Dia dah pesan dalam ayat 186 surah kedua, "...dan jika hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, maka katakanlah Aku ini dekat, Aku memperkenankan doa hambaKu yang meminta, maka hendaklah dia mengikuti suruhanKu..."
dan Allah tu turunkan alQuran bukan nak menyusahkan hidup kita, maka jadilah teman rapat dengan alQuran. setiap hari jenguk maksud 1 ayat pun jadi, sebab sebenarnya banyak cerita Allah nak sampaikan pada kita melalui alQuran. bila kita rasa tensyen, bingung or sedih, selak je mana2 muka surat dalam alQuran, insyaAllah kita akan dapat jawapan yang kita perlukan. "Kami tak turunkan alQuran tu untuk menyusahkan kamu..." [taha, 2] pastu dalam surah alQamar 17 kemudian diulang dalam ayat 22 pun Dia ada bgtau, "Kami telah menjadikan alQuran itu mudah sebagai peringatan, maka adakah sesiapa akan mengingatinya?"
maka ingatlah Dia selalu..."Ingatilah Aku maka Aku akan mengingatimu.." [albaqarah, ayat 2] dan Dia pun cakap dalam ayat 28 surah arRaad, "...sungguh, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..." lagipun kita kene yakin, Allah tak uji kita di luar kemampuan kita..." Allah tak membebani seseorang di luar kemampuannya..." [albaqarah, ayat 286] dan segala yang berlaku tu mesti ada hikmah di sebaliknya, Allah tak pernah tentukan dan jadikan sesuatu dengan sia2.."maka adakah kamu menyangka yang Kami ciptakan kamu dengan sia2 dan kamu takkan pulang kepada Kami?" [alMukminun, 115], jadi usahlah kita sedih..."Janganlah kamu lemah dan bersedih; kamu akan dapat yang lebih baik, jika kamu benar2 beriman..." [aliImran, 139] sesungguhnya Allah sayang kita lebih dari apa kita dapat bayangkan...kan setiap kali sebelum nak baca apa2, kita mula dengan "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"? bukannya "dengan nama Allah yang maha mencipta lagi maha bijaksana", atau "yang maha agung lagi maha mengetahui"...jadi, apa2 pun, kita tak blh putus asa, pastu sentiasa relax and tenang bila hadapi masalah, yakin dengan kekuasaan Allah dan hakikat yang walau sesiapa pun kita, apa pun kita tengah buat n di mana pun kita, Dia amat sayang pada kita dan dekat dengan kita...unless kita syirikkan Dia...nauzubillah...
peringatan kepada yang memberi peringatan jugak,mg dalam sayang Allah selalu. wassalam...=)