Thursday 21 June 2007

sajak untuk syai

syai, di mana aku ni?
tempat ni menakutkan aku, syai
sejuk. jai tak ada nak peluk
tadi aku nampak
jai tinggalkan aku
seorang-seorang di sini
puas aku melolong,
teriakan memanggil
jai tak dengarkah?
syai, gelapnya di sini
bagai siang dah tak ada
kau pula
di mana syai?

syai, kenapa kau menghilang?
aku sempit di sini
kau tak mahu bersamaku kah?
syai, aku takut
kepalaku berserabut
tiap-tiap hari aku menangis
wajah-wajah tu sentiasa datang
bukankah aku dah lupakan mereka?
kenapa mereka masih datang?
mana air hitam tu?
berilah padaku,
biar hilang rasa takut ini

syai, kenapa begini?
dulu kau selalu temani aku
mengindahkan hidupku
bukankah dulu kita
gempak-gempita bersama?
"life's to enjoy!"
kita kata
tapi sekarang aku sangat sesak
dan tak boleh bergerak
syai, tolonglah aku
aku panas...aku panas syai!
apa yang mereka pakaikan padaku ini?
tak langsung sepertiku, syai
ini bukan fesyenku
fesyen zaman apa ni syai?

syai, aku sunyi
mana pil-pil tu?
berikanlah,
supaya dapat aku ke dunia lain
berikanlah syai!
aku tak tahan lagi ni
aku mahu tidur tanpa risau
pasangkanlah lagu madonna kuat-kuat
temani aku seperti dahulu
syai, bukankah kau temanku?
teman bukankah selalu setia?

syai, aku sakit
sentiasa dibalun
mereka datang
menanyakan kepadaku
soalan-soalan itu
aku sudah menghafal jawapannya syai
tapi aku bingung
jawapanku tetap salah
syai, bantulah aku
penat aku merayu
minta dilepaskan
mereka bengis amat, syai!
sepak menerajang aku
syai, kau datanglah
aku sering menyebut-nyebut namamu
kerna kau temanku
bukankah kita sudah berjanji?
syai, lekaslah
lepaskan aku
jai pun sudah tinggalkan aku
kau di mana syai?
syai?
syai?
syai....!!!!

No comments: