Saturday 30 May 2009

twilight

ma kata tak elok cakap kita benci sesuatu, tapi aku memang maksudkannya. aku tak sukakan winter. aku kene pakai jaket, dan jaket aku yang panas ada hood, jadi bila aku bawak tidur belakang aku tak selesa sebab bersandarkan hood jaket. bila bangun pagi, badan aku panas semacam, dan kepala aku pening. mata aku lebam sebab susah tidur merisaukan tentang sejuk.

dan semalam waktu kelas jepun aku terkejut tengok kuku aku yang membiru. shoot. ape ni? aku tanya kawan aku 'is it cold in here?' sebab aku tak rasa sejuk walaupun tangan aku dah pucat. tapi dia semacam keliru dengan soalan aku, lepas tu sensei suruh bukak buku teks untuk latihan, jadi aku terus lupa tentang sejuk. aku memang patut lupa tentang sejuk. sebab sejuk aku membayangkan macam-macam, dan ia seperti ada positive feedback; sejuk membuatkan aku fikir macam-macam dan bila fikir macam-macam aku rasa lagi sejuk.

kadang-kadang aku fikir macam mana burung boleh terbang dengan cerianya dalam waktu sejuk pagi yang dingin diam. dan macam mana cahaya matahari masih boleh membuatkan daun-daun pokok nampak berkilau, walaupun dihalang kepul awan yang garang dan berat.

ada beberapa perkara yang aku tak mampu, tak kira sebanyak mana aku mahukannya. dan kadang-kadang aku fikir, adakah itu petanda aku akan ditinggalkan jugak akhirnya. macam, aku mahukan abah di waktu itu, tapi aku tak mampu bawak dia pulang ke rumah dengan selamat, dan dia akhirnya pergi. sekarang aku selalu jumpa abah hanya dalam mimpi.

nampaknya aku dah fikir bukan-bukan ni. apa-apa pun. sebagaimana degilnya aku dengan perangai ni, degil lagi syg meyakinkan semuanya akan okay dan aku tak buat apa-apa salah pun.

sikit pun tak. dan seperti mana selalunya dia sabar, seperti itulah dia tak pernah tunjuk mahu mengalah. lebih dari apa yang dapat aku bayangkan.

buat masa ni pastinya aku akan berusaha untuk nampak okay. sebab aku mahukannya, tak kira betapa gempa menggegarkan hati aku. tapi aku selalu genggam tangan sambil mengetap gigi aku menahan sejuk, bila aku memikirkan dia mesti akan dapat membacanya.

seperti menggenggam aku kuat dan membantu aku berjalan, walau perlahan, betapa aku lemah sekalipun, tanpa mahu melepaskan. kemudian perlahan-lahan aku rasa aku semakin dapat bernafas seperti biasa.

shoot. betul ke memang Tuhan dah rancangkan semua ni dari awal?

Friday 29 May 2009

page 129

i actually eventually bought twilight novel today. lepas beli pegi lab nak sambung buat assignment, tapi excited dengan buku baru makanya took time kejap bace (cadangnya) beberapa muka surat. sambil tu tak sedar orang sekeliling buat ape.

until tengok muka surat- 22. shoot. muke surat 22 dah..? giler lah. thrill belum start; bella baru nampak edward pertama kali. lepas ni entah ape jadi, part mane lah yang edward tahan kereta dari langgar bella tu..uwm..

assignment. assignment. tutup novel kemudian sambung. cepat lah habis, cepat lah hantar, cepatlah selesai keje ni. isnin depan japanese listening test, jumaat speaking test pulak. pukul 550pm, time tu konfem dah gelap. orang last untuk speaking test. dakedo yoku dekitai kara, ganbaranakute wa ikenai yo. iro iro na koto wo hanasu no ga dekiru ni naru to, yokatta ne. (tapi nak skor, so kene stadi. dah banyak yg blaja n makin pandai, syukur sangat)

tadi saigo no yokomizu sensei to seminaa datta, kitto koishii da ne. sensei, doumo arigatou gozaimasu! (last seminar ngan yokomizu sensei, pasni mesti akan rindukan dia. sensei, thanks a lot!) despite of kelas yang bising, tadi best sebab aku bg byk contoh and sensei puji2 and pembantu sensei pn puji2 and kawan aku puji2 and..mmg best :D kawan aku kate 'oo looks like ur brain is really working right now'. aku sengih aje.

hari ni sejuk lampau. balik-balik buat milo dulu. minum panas-panas, lepas ni rasenye nak buat lagi secawan. malam ni buat roti telur, syg kte aku dah makan megi banyak sgt, padahal dah nak exam. lepas tu kantoi itu ini, takut tapi rasenya aku patut bersyukur. sebab kalau mengharapkan aku sendiri mengaku..entah lah. kadang-kadang aku bukanlah sangat kuat.

p/s: selamat menyambut hari jumaat ;-]

Tuesday 26 May 2009

pembetulan

apabila sedar sesuatu di kalangan orang-orang sekeliling itu tidak betul, contohnya membuang sampah merata-rata atau mem-forwardkan mesej salah atau sembunyi-sembunyi mengata anak jiran, paling awal perlu tergerak ialah hati, untuk mengaku bahawa laku itu memang salah dan tak patutnya diteruskan. sebab kalau tidak, tak ada apa-apa pun telah berlaku dan hidup ini ialah utopia, dan itu adalah salah.

sebab kita semua tahu utopia atau kesempurnaan simplistik itu tidak wujud. jadi jika sesuatu nilai dalam masyarakat itu tidak betul, kita harus mengakuinya. jika tidak Tuhan tak reda dengan kita, walaupun kita solat dan puasa sebaik malaikat.

yang mengikuti kemudian ialah menjernihkannya sedikit-sedikit. yang ini amat bergantung pada banyak faktor, antaranya kemampuan diri, pengetahuan dan kesesuaian keadaan.

tapi akarnya, mula dengan yang sedikit. jika sudah sedar membuang sampah merata-rata itu salah, paling mudah ialah diri sendiri mengelakkan laku itu dan jika nampak sampah merata-rata, kutip dan buangkanlah ke dalam tong sampah tersedia jika keadaan mengizinkan (contohnya ada tong sampah berdekatan dan sampah bukanlah terlalu banyak sehingga menyusahkan diri sendiri mengutipnya).

jika kita orang yang lebih berkuasa, contohnya ibu bapa, maka secara automatik tanggungjawab menjadi lebih besar, termasuk mendidik anak-anak supaya tak membuang sampah merata-rata. kata kuncinya di sini, bila kita menjadi lebih mampu, kita harus mencuba dan melakukan lebih banyak dalam usaha pembaikian.

dan sudah pasti, krisis masyarakat bukan hanya sekadar membuang sampah merata-rata. di australia dan kebanyakan negara-negara maju, masalah ini sudah sangat lapuk. terbaik ialah peruntukkan waktu wajar untuk setiap masalah; yang kecil dilayan sebagai kecil dan yang besar dilayan sebagai lebih penting. contohnya, dalam politik perhatian terbesar harus diunjurkan pada kebajikan rakyat; itu paling utama. tambahan lagi sebagai muslim; pendidikan ke arah pemikiran dan adab hidup yang sihat paling penting sebab kita hidup untuk kedua-dua akhirat dan dunia.

digariskan sebagai kesimpulan: ilmu bantu kenal pasti baik buruk; mula dari yang sedikit dan sederhana; kemudian terus maju kepada masalah lebih berat dan penting, berkadar dengan kemampuan.

Saturday 23 May 2009

acidicated stomach

pagi semalam mimpi abah lagi. jumpa dalam bangunan shopping complex mewah dan tak ramai orang. ada tempat makan meja panjang yang sangat besar macam istana. entah lah, memang kat istana kot. lampu yang sederhana terang, warna kuning kemerah-merahan. perabot sana-sini dari kayu yang cantik, besar dan selesa. suasana yang sangat menyenangkan.

abah senyum. kemudian piggyback aku di belakang dia. terus dia lari laju-laju sampai aku tergelak-gelak. beberapa lama kemudian abah berhenti. tercungap-cungap. eh, abah penat.

'ye lah anak dye dah besar n makin berat, x macam dulu dah.' pastu syg gelak. haha~

tapi abah hepi, tu yang penting. dan walaupun aku terlajak tidur (sikit. sikit je) pagi tu, teringat balik mimpikan abah wat aku hepi jugak.

Tuesday 12 May 2009

awan jeans sedari chadstone

counting down looking up hipping back walking ahead.

Monday 11 May 2009

lebih 3 jam terputus-putus

hidup ini bukanlah sangat teruk, kalau kamu tengok orang di bawah kamu. usah fikir kamu jahat; anak-anak ma tak jahat. cuma kita manusia biasa buat kesilapan dan dosa. semua usaha cuba jadi sesempurna yang boleh. orang taubat kan syurganya lebih tinggi dari orang yang tak pernah buat salah? apa-apa ingat Allah. usah sangka buruk pada diri sendiri, usah sangka buruk dengan Allah. semua ni dugaan, maksudnya Allah tak lupa pada kita dan sayang kita. Dia mau lihat sejauh mana kita ikhlas buat baik untukNya.

~rukiah mahmood, 08052009

Thursday 7 May 2009

dua ekor itik di tasik

macam abraham lincoln kate, 'and in the end it's not the years in your life that count. it's the life in your years'.

macam aku pulak cakap, 'and in the end it's not the rice in your flavours that count. it's the flavours in your rice.'

my first ever inari! with slices of persimmon (^^)v

Tuesday 5 May 2009

pck amer & syg

i might get screwed up again this time. sometimes there are things in life which are just very persevere in holding me from understanding them. as time goes by i find it harder and harder to predict things or to expect anything from myself. i dont regret it though; i just feel like im swollen up by it, munched and chewed little by little. honestly it's not a pleasant feeling; i always wonder how much longer will i be able to go through this; continuously feeling short in breath and limited in abilities.

the only cure i found was these three things- to believe, to work hard, and to pray.

living far away from home; i couldnt help but feeling so demotivated. however my loved ones remains a magic for me; they always find me no matter how far i go. keeping in touch with their hearts and all the optimism they unravel before me help me to believe that things are going to be okay, just because i am never alone. i remember once when someone said to me that "if God set something for us to obey, we should obey even though the rule may not be good for us or even if we dont know why He set up the rules; that's what make us believers". i went through the sentence a couple of times and was somehow quite disheartened by it. and then i realize that that is not true, no matter what God determines for me, it would be good. and to always keep thinking like that- that what makes me a believer.

however, life is always a struggle, every little here and then. that's why i should work hard. even if i might not succeed, i should still be thankful and never give up. i might not be able to do anything so big and important; but at least i'll try and keep trying-

along with prayers. God is good, and He is full of mercy. i dont ask so that i'll get well paid for my effort; rather i pray so that He will be kind towards me, because without His kindness and permission, i cant even pray.

ya Allah, im sorry for not being good. i know i always am not good, and i dont know whether i'll be good or not. forgive us and please..please have mercy on us.

ameen...

Saturday 2 May 2009

selamat hari ibu..

apsal u buat macam tu..tu ibu u jaga u dari kecik..u berak u muntah dia lap, betul tak i cakap? i tau hidup u tak senang mana, i pun pernah rasa susah, tapi macam ni lah..dalam hidup kita boleh pilih..hati mau senang atau susah..i positif u dah sangat beruntung, ada suami anak dengan u..ada tempat untuk u manja-manja dan buat khidmat baik..ibu u dah semakin tua, u faham kan kalau i kata u kena sabar dengan dia sekejap je lagi, sekejap je lagi nanti dia dah tak ada u jugak rindu..u mau ke nangis-nangis panggil dia dekat kubur dia nanti?

u kenapa ni..tensyen sangat ke? ibu u sanggup tak tidur malam sebab u, sekali dia tegur u dah melenting-lenting sampai ungkit benda yang berpuluh tahun lepas..i sendiri sebak sampai i terus mesej ibu i mintak maaf semua salah silap i..sebak bila difikirkan kalau ibu i rasa macam tu dengan i..ibu ni dia satu, sakit hati dia dia simpan..depan u dia cuba jugak senyum n teman u makan walaupun hati dia remuk sudah..i tak tau macam mana nak tolong u n ibu u..u cite lah kat i, i cuba faham u okay..tapi u jangan buat ibu u macam ni, i sayang u n ibu u, i tak mau sapa-sapa orang yang i sayang buat macam ni pada ibu diorang..

cepat-cepat lah setel dengan ibu u okay..buat mama qilah mintak maaf salah silap qilah..i love u so so much..ampun ma..