Monday 23 February 2009

hana yori dango- planetarium; repeated: current song

Sayang mengejutkan aku pagi tadi; seperti yang dia setia selalu. Sambil kemudiannya aku menyediakan sarapan untuk ahnaf dan rais ke sekolah, kedengaran ayam berkokok bersahutan. Seperti mendayu-dayu pula bunyinya.

Tuhan kata, mama kata, sayang kata, ustaz kata, semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Semalam adalah hari yang sangat indah ketika kali akhir aku jumpa afiq dan aisyah sebelum aku ke australia semula, walaupun dua hari sebelumnya hampir-hampir sayang sendiri yang mendengar aku menangis, walaupun aku selalu fikir bahawa ia hampir mustahil untuk aku menangis bila dengannya.

Mama kata, benda dah nak jadi. Mama peluk aku dan usap air mata aku yang berjurai, kesat sampai kering. Aku cuma kesal yang aku tak habis-habis menyusahkan mama. Mama kata sebab itu dia ada di sisi aku. Dia kata aku mesti kuat, seperti mana aku kuat sejak aku 11 tahun lagi. Aku tak boleh nampak lemah depan adik-adik. Jadi aku mesti berhenti menangis.

Aku angkat muka. Mama kata syukur dia ada di samping aku semasa semuanya jadi. Aku sendiri rasa teramat bersyukur dengan adanya mama, sepanjang hari dengan nabila, semasa menunggu tren sampai di stesyen ktm midvalley, semasa berasak-asak memasuki tren, semasa aku tersedar yang poket depan beg galas aku separuh terbuka, semasa aku dapati wallet dan hp aku hilang, semasa aku berteriak dari gerabak ke gerabak meminta barang-barangku dipulangkan, semasa tren kami tiba-tiba mati, semasa kami semua terpaksa turun ke railway dan naik tren lain, semasa aku akhirnya menangis bila mama ulang sambil pandang aku yang sedang menunduk, ‘mama nak kamu jangan fikir sangat pasal benda ni, k’, semasa aku buat laporan polis, semasa kami ke cc untuk block kad-kad atm aku, sepanjang perjalanan pulang.

Semuanya macam mimpi.

Tuhan, jauhkanlah unjuran kejahatan dari kecurian itu, dan lindungilah kami dari semua yang tak kami ingini. Ameen, ameen, ameen..

Terima kasih Tuhan, atas semua manusia gila hebat yang Kau dampingkan denganku..

Monday 16 February 2009

kancil

sapa kata blaja driving senang? ptuih. (kate si qilah yang zero)

qilah, tak elok ludah-ludah ni, kate mak som.

dapat cikgu garang, mak som! aiseyman, nasib qilah ni cool je. hakhak. sayang giler cikgu tu kat qilah yang comey ni. sampai suruh qilah tambah kelas jugak, (a.k.a punyelah bodoh punye budak) die yang mintakkan pada kerani. qilah mesti lulus, katenye. nak balek obersi, mesti lulus mak som. qilah terima kasih sangat pada dia, apa dia ajar qilah nak bawak sampai mati. ameen.

bile tambah kelas, dapat pulak cikgu muda yang cool. relaks je suruh qilah speeding. malam pulak tu. lalu traffic rawang yang jam pulak tu. berbooster confidence qilah dengan kepercayaan die. pagi esoknya jumpa kat litar dia bagi smile and hi. akak garang pun dah tak garang ngan qilah, dia kata after tambah kelas qilah bawak dah makin oke.

ala, kate mak som, mule-mule time kamu zero dan bahlul memang la dia marah-marah. supaya apa dia ajar kamu ingat bawak kubur. papehal kat akhirat hutang dia selesai dengan kamu. lepas dia ajar, bila cikgu muda tu pegang kamu, dia kan cakap kamu oke.

yalah, mak som.

kamu..nyesal dapat cikgu garang tu?

tak lah. dua-duanya baik. qilah tak tau banyak mak som, tapi..qilah tau betullah Allah tu sayaaaanggg sangat pada qilah ni.

ha, tau pun!

hehe. mak som, mak som..

p/s: alhamdulillah aqilah lulus driving testnye..yeayyy!!! (18022009)

Friday 6 February 2009

track list- now

Rasa yang lama memburu itu akhirnya menemukan aku. Sekali lagi.

Sialnya.

Aku mendengar lagu-lagu yang sama berulang-ulang kali. Sambil baring terlentang aku menatap siling putih. Lengan sebelah kiri aku tindihkan di atas dahi. Helaian-helaian nota berselerak dengan huruf-huruf bermacam-macam saiz menari-nari dalam kepalaku. Buat seketika aku terasa seperti ingin muntah.

Badan aku alihkan mengiring ke kiri. Sekarang kedua-dua tanganku bersilang, kiri di atas kanan. Sambil melihat jam tangan Casio hitamku, aku mengira-ngira baki waktu yang masih ada dan kerja-kerja yang belum selesai. Sebutir air mata jatuh ke pipi, kubiarkan kering sendiri. Lagu-lagu berputar, hati terasa semakin tawar.

Mengapa aku di situ, di tempat yang bukan kesukaanku? Oh iya, kerana akulah yang memilihnya. Dan ketika aku berjaya rehat dari tempat itu, rasa itu masih berjaya menemukan aku. Sialnya. Sialnya.

Detik-detik yang kuhabiskan di hadapan komputer, melampiaskan apa yang aku rasa. Sepi dan sunyi kerana aku jauh darimu. Dengan bertambahnya megabit megabit dan macam-macam helaian yang terbang untuk mencarimu- aku rindukanmu, itu sahaja yang aku tahu.

Dan dengan hanya mendapat sedikit senyummu, tawamu, suaramu, ayat-ayat darimu bisa melupakan aku dari rasa ini. Dan sepertinya aku mampu terus hidup dan bernafas segar seribu tahun lagi.

Kerna kamu menyayangiku, sayang.

Maka ketika aku menuliskan rasa aku ini, mengingatkan aku kembali dengan pelukan dan ciumanmu.

Dengannya aku terus melangkah satu-satu.

Tabah.

Dan gembira ;-)

InsyaAllah, ameen..

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dlm hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yg kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…

Di setiap arung gerakmu
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia di sini
Menemani…

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu
X4

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas


Terima kasih Tuhan..terima kasih sayang..

p/s: Selamat menyambut hari jumaat ;-)