Tuesday 30 December 2008

PMR

Ia adalah hari yang menyeronokkan.

Namun lain dari pagi biasa aku bangun lambat dengan rasa kekurangan sesuatu. Mungkin kerana malam tadi aku tidur agak lambat. Sudah dua hari begini. Sambil merenung tangan kanan dan kiri yang berbintik merah. Empat bintik semuanya, kalau aku letakkan kedua-dua tanganku sebelah menyebelah seakan-akan membentuk buruj segi empat. Ah, apalah. Aku kan kuat, sakit apanya.

Aisyah pun bangun lambat. Semalam dia tak makan. Cuak menunggu result, sampai berjangkit pada aku. Tapi pagi ni dia masih bangun lambat. Aku mandi dulu dan kejutkan dia. Sebab katanya result keluar pukul dua petang. Masih ada masa untuk bangun lambat. Aku sengih aje. Bertuah punya budak.

Tapi kalau ikutkan sekolah aku, pukul 10 pagi result dah keluar. Makanya aku berjaya desak dia supaya keluar awal. Kalau betul result keluar pukul dua, sementara tu boleh singgah cyber café sekejap. Mama pun dah tau perangai aku yang suka ambil kesempatan. Well, mana-mana yang boleh, kata aku. Jadi pukul 12 tengahari lebih kurang, kami keluar ke sekolah.

Dan seperti yang sudah dijangka, result keluar pukul 2 petang. Lepas berjumpa dengan beberapa orang cikgu dan kawan-kawan aisyah kami ke cyber café. Sempat kawan-kawan pakwe aisyah (ehem ehem) mengusik dia sebelum kami keluar dari sekolah.

Dalam dua lebih kami ke sekolah semula. Setepatnya hampir pukul 3 petang. Selepas aku check semua email dan websites dan account status dan buatkan Friendster untuk aisyah. Aku katakan pada dia, kan senang kalau semua result boleh disemak online. Jimat petrol, masa dan air liur. Sekolah mesia kolot. Haha. Dia kata aku gila, mana boleh macam tu.

Masa ambil result, ramai yang dah balik rumah. Cikgu aisyah main teka-teki dengan dia sebelum bagitau yang dia dapat 8A dan katakan yang dia sayangkan aisyah. ‘I love u’, kata cikgunya. Fuhh, romantik. Aku pun nak gitu gak. Haha. Tapi macam biasa, bila aku katakan yang aku ni kakaknya mereka rata-rata tak percaya. Kecik lah, nampak muda lah, sempoi lah. Emm, iye aku memang comel. Hehe.

Balik dari sekolah kami singgah kedai sebab mama suruh beli ikan, ayam dan sayur. Ayam tak ada. Petang-petang macam ni biasanya ayam memang dah habis. Aku belanja aisyah vanilla coke yang dia suka, kemudian ajak makan kat isma tapi dia tak nak pulak. Katanya maybe mama nak masak kat rumah. Aku kata okay.

On the way balik kami lalu jalan kecil dekat taman perumahan. Aku katakan pada dia yang aku nak menjerit. Dia kata kalau pergi ke air terjun kem pelekai, akan lalu jalan kecil yang sekelilingnya tasik, best kalau nak menjerit. Aku senyum dan duga-duga berani sendiri bila nampak tasik, kemudian aku kata pada dia aku betul-betul mau jerit. Dia kata nak jerit apa..??

‘Adik aku dapat 8A woiiiii…!!!!’ Aku jerit dua kali.

‘Aku dapat 8A woiii….!!!’

‘Aku memang pandai woiii…!!!’

Haha.

‘Aisyah perasan woiiii…!!!’ Mana boleh aku bagi can pada dia.

Kemudian kami gelak sama-sama, sampai rumah. Aku teringin nak tau, berapa orang yang dengar kami menjerit. Hehe.

Saturday 27 December 2008

genap lagi 2 bulan~

Erm, dah nak masuk tahun baru.

Bulan terakhir tahun ni banyak merakamkan kebisuan aku. Terlalu banyak bercampur aduk sehingga kadang-kadang aku tak tahu lagi mana satu untuk aku percaya. Jadi aku akhirnya diam, langsung menyimpan senyap semua haru-biru celaru. Sehingga untuk mendoakan apa pun aku sendiri kurang pasti.

Kalau aku katakan aku tak takut, itu adalah pembohongan paling besar. Segenap denyutan nadi jadi saksi pemikiran aku yang berterabur. Terlalu banyak perasaan ini, mendiamkan aku dan membuatkan aku sepertinya tidak endahkan apa-apa lagi. Padahal, padahal..Tuhan, Kau maha tahu apa yang aku rasakan.

Aku mahu beritahumu, terlalu banyak. Mahu menemuimu, terlalu ingin. Mahu mendengarmu, terlalu selalu. Namun kadang-kadang aku tak pasti siapa aku padamu. Dan tak pasti sama ada aku patut atau tidak melakukan denganmu apa yang aku mahu. Dan sebab itu aku mengekalkan jarak ini.

Tapi sesungguhnya. Sesungguhnya..aku tersangat sayangkanmu.

Kata orang, jika kita sayangkan seseorang, kita harus lepaskannya pergi. Jika dia datang semula, maksudnya dia memang tercipta untuk kita. Tetapi jika dia tak datang semula, maksudnya dia tak pernah tercipta untuk kita. Dalam kata lain, jodoh tak ke mana. Erm.

Hujan turun mencurah-curah, untuk waktu yang sebentar. Kemudian di luar bercahaya semula. Hujan kali ini sangat sebentar nampaknya. Tuhan, bau hujan ini sangat wangi. AnginMu juga menyegarkan hamba. Terima kasih, hamba akan cuba bersabar.

Friday 12 December 2008

memoir seorang guru, azizi abdullah

Hujan masih belum berhenti. Tadi lepas aku dan aisyah selamat pulang ke rumah dari cyber café, hujan sepertinya sudah berhenti. Tak selebat sewaktu aku dan aisyah masih dalam perjalanan ke cyber café lewat tengahari tadi; sehingga habis lencun pakaian kami. Sesampainya di cyber café, aisyah berteduh sebentar di bawah bumbung hadapan kedai itu sambil memerah bajunya, manakala aku yang memboncengnya lebih bertuah; baju seluarku tidaklah sebasah mana. Bila kufikirkan semula, entah kegilaan apa agaknya yang membuatkan aku masih berdegil ingin ke cyber café, sehingga sanggup membiarkan adik perempuan aku berhujan sehingga kuyup sebegitu. Baru sekarang terasa menyesal adakah berguna agaknya..?

Namun soalan-soalan itu masih belum mahu hilang. Dan belum pula berjawapan. Sebelum ke cyber café aku rasa agak mual memikirkan bahawa aku mungkin akan hanya menyakitkan lagi diri sendiri merenung skrin komputer buat kesekiaan kalinya. Dan selepas pulang dari sana apa yang aku fikir akan berlaku telah berlaku. Seperti kembali ke titik satu aku merenung sebentar siling bilik, sambil mengeratkan lilitan selimut tika aku merasakan badan aku semakin panas seperti tanda orang sedang demam. Fikiran aku kalut dan buntu; terasa diri sekali lagi seperti didesak melakukan keputusan gila itu. Dan selepas beristighfar aku memanggil-manggil nama Tuhan dan meminta Dia menenangkanku.

Walaupun aku penat dan aku fikir bahawa aku akan mengantuk dan terus lelap sejurus selepas aku berselimut, tapinya tidak begitu. Sekejap-sekejap aku mengalihkan badan ke kanan dan ke kiri sebelum mataku terbeliak semula. Mencongak-congak betapa banyak lagi waktu yang aku ada untuk menunaikan solat asar sebelum masuknya maghrib. Fikiran aku beransur-ansur jernih semula, aku tutupkan kekalutan itu dengan kemaafan dan bergerak ke bilik air untuk mandi dan solat. Dengan langkahan sedikit lemah ke bilik air aku berdoa semoga Tuhan sentiasa bersama-sama aku.

Usai solat aku terdengar rancangan di radio apa entah, suara seorang ustaz mengulas ayat 90 surah albaqarah. Dia bercerita tentang bagaimana nabi sayang itu Allah pelihara dari setiap onar dan cubaan membunuhnya. Terdetik di hatiku, ‘ah..nabi sangat bertuah. Doa-doa Allah memelihara diriku juga.’

Di hadapanku kain penutup almari buku terselak dan terangkat di atas, melihatkan susunan buku-buku di rumahku. Bertimbun buku-buku yang hampir berhabuk; jarang disentuh ahli keluargaku yang bukanlah ulat buku tegar semuanya. Dari buku-buku rujukan sekolah PMR, SPM dan pengajian mama, ke fail-fail setiap ahli keluarga yang memuatkan sijil-sijil dan dokumen lain yang penting, sehinggalah ke buku-buku agama dan novel. Tiba-tiba aku terlihat sebuah buku bertajuk ‘Memoir Seorang Guru’ karya Azizi Abdullah.

Melalui mama aku mencintai penulis ini dan apa yang ditulisnya, getus hatiku. Tapi entah mengapa baru sekarang aku perasan di antara banyak-banyak novel yang tersusun di dalam almari itu bukunya setia menanti pembaca. Menanti aku.

Menyelak, mukasurat pertama terus memberitahu aku tentang tema novelnya tu- keberkatan. Terus aku merefleksi pada keadaan diriku. Segala kekayaan, kehormatan, kecantikan dan kepandaian diri aku ini, adakah berkat? Adakah aku berkat pada orang-orang di sekelilingku, bila dengan kehadiranku mereka merasa senang hati dan sejuk lapang, cukup serba-serbi dan gembira?

Dari dasar hati aku hanya menginginkan yang sederhana. Selalu aku risau dengan kegembiraan yang tak pernah hilang, kekayaan yang melimpah-ruah dan tidur yang sentiasa lena. Sebab mati itu bila-bila, sedih itu tiba-tiba dan hancurnya semua sungguh mampu sekelip mata.

Mampukah kau janjikan padaku esok matahari pasti terbit?

Maka mari kepada yang mampu ;-)

Saturday 6 December 2008

reader's digest, august 2008

Kau dan aku, ketika berbicara tentang masa depan, takkan berkisah tentang lepu luka dan akhiran. Semuanya adalah pelangi dan jika ia benar-benar berkesumat maka ketika itulah kita hadapinya.

Aku mahu kau tahu yang aku menginginkan sangat banyak denganmu. Sehingga aku fikir hanya Tuhan yang mampu menyelamatkanku berkaitan urusanku denganmu. Kerna dalam keinginan yang sangat banyak kau tahu aku kadang-kadang membenci diriku yang punya banyak kesingkatan. Dan kau berbicara dengan lembut dengan mengatakan hikmahnya ialah segalanya adalah milik Tuhan.

Ringkasku, denganmu Dia mengizinkan keringanan buatku. Alhamdulillah.

Dan melihat mereka dengan identiti sangat pejal sejujurnya membuatkan aku berasa sangat bangga dengan darah ini. Mengelukan aku dalam tafakur syukur di perbaringan tadi, walaupun dalam masa yang sama aku kesal dengan khilaf yang masih memerlukan pembetulan.

Namun, untuk saat ini dan selamanya insyaAllah. Kau, aku dan mereka menjadi manusia; adalah suatu yang amat menggembirakan.

Ampuni kami dan terima kasih, Tuhan.

Terima kasih banyak-banyak.

Thursday 4 December 2008

i don't know

p/s: selamat hari lahir ke 14, aqil aslam bin amir jamalullail : ) dan selamat hari raya haji 1429H..