Sunday 28 September 2008

asuma dan pengorbanan

naruto shippuuden episod 78-79: asuma akan mati dibunuh hidan. 'macam dalam permainan shougi', kata asuma, 'walaupun aku tak berapa suka dengan taktik korbankan askar untuk dapatkan kemenangan yang lebih besar.' shikamaru pandang asuma minta penjelasan, 'kadang-kadang ia perlu dilakukan.'

dan itulah yang asuma buat untuk selamatkan ahli kumpulannya. untuk selamatkan konoha dari serangan akatsuki. orang yang paling kuat, berkorban untuk melindungi orang-orang lain yang lebih lemah darinya.

aku juga seperti asuma yang tak berapa sukakan konsep pengorbanan, kerana ia menyakitkan. sesuatu yang aku rasa perlu dijauhi selagi boleh. kerana melihat suatu kerusi yang dulunya diduduki oleh seorang manusia kesayangan kamu tetapi sudah kosong sekarang amat menyayatkan hati, walaupun aku percayakan pertemuan semula di akhirat.

ahh, tapi dah tak dapat nak ditolong lagi, kan. kita semua pun berkorban. kita semua pun berusaha. lagipun, bila kita berpisah tak renggang, bila kita jauh tak hilang. maka mari, aku akan buat kamu senyum seperti mana kamu buat aku senyum.

: )

Friday 26 September 2008

incomplete

mungkin juga raya kali ni tak bermakna, ya?

mungkin.

Sunday 21 September 2008

sorry ya Allah~

1. narrated shaddad bin aus r.a: the prophet SAW said, 'the most superior way of asking for forgiveness from Allah is: "Allahumma Anta Rabbi, la ilaha illa Anta. Anta khalaqtani wa ana 'abduka, wa ana ala 'abdika wa wa'dika mastata'tu. a'udhubika min sharri ma sana'tu, abu'u laka bini'matika 'alaiya, wa abu'u laka bidhanbi faghfirli fa innahu la yaghfiru-adhdhunuba illa Anta." the prophet added, 'if somebody recites them during the day with firm faith in it, and dies on the same day before the evening, he will be from people of paradise; and if somebody recites it at night with firm faith in it, and dies before the morning, he will be from the people of paradise.'

2. nabi bercerita, tentang reaksi Allah bila seorang hambaNya bertaubat, dengan perbandingan sebuah kisah yang lebih kurang begini (untuk exact translation sila cari sumber sendiri):

seorang lelaki dengan untanya yang penuh muatan, berjalan di padang pasir. tiba-tiba untanya terlepas dan lari entah ke mana. lelaki itu frust dan tak tau macam mana nak dapatkan balik untanya. dia berdoa dan berjalan-jalan tak tentu arah di padang pasir yang luas tu sambil bingung memikirkan jalan untuk mencari untanya semula. macam orang hilang punca dan tensyen ya amat. maklumlah unta kan mahal, sekali dengan muatan dan barang-barangnya lagi. kemudian, dia jumpa sebatang pokok dan berehat di situ. dia baring pandang awan luas sambil tertanya-tanya di mana untanya sekarang. tiba-tiba, dia tersedar yang untanya ada di sebelahnya, unta yang lari tadi datang balik dan bergerak perlahan-lahan mendekatinya. muatan dan barangan dia pun ada sekali, semuanya selamat. dia punyalah gembira, melompat-lompat bila jumpa untanya semula. dia nak cakap terima kasih pada Allah sampai tersasul, bila dia cakap 'Allah, kau hamba dan aku Tuhan.'

reaksi kegembiraan Allah bila seorang hambaNya bertaubat, ialah lebih dan lebih lagi dari kegembiraan lelaki tadi.

3. masa zaman nabi musa, ada satu musim darurat sebab hujan tak turun. tanah kering kontang, semua orang sangat dahaga dan lapar. nabi musa berdoa pada Allah supaya Allah turunkan hujan, kemudian Allah bagitau yang Allah taknak turunkan hujan sebab ada sorang dalam masyarakat tu yang dosanya besar sangat-sangat pada Allah. selagi orang tu ada kat situ, selagi tu Allah taknak turunkan hujan..

jadi nabi musa pun bagitau pada semua orang pasal benda tu. dan nabi musa cakap untuk kebaikan semua, baiklah kalau orang yang berdosa sangat-sangat tu pergi dari kawasan tu supaya Allah turunkan hujan. time nabi musa cakap tu, orang yang berkenaan itu rasa bersalah; disebabkan dosa dia semua orang kena tanggung. sampai Allah taknak turunkan hujan pulak tu. jadi dia minta ampun pada Allah dan bertaubat. belum sempat dia keluar dari kawasan tu, Allah turunkan hujan lebat. kiranya Allah dah ampunkan dosa dia. kemudian Allah cakap pada nabi musa, yang orang sama yang berdosa sangat-sangat pada Allah itu lah yang jadi penyebab turunnya hujan. kemudian, bila nabi musa tanya pada Allah siapa orang tu, Allah cakap yang dosa dia pun Allah rahsiakan, inikan lagi identiti dia. jadi orang tu kekal misteri sampai sekarang. (untuk exact translation sila cari sumber sendiri)

Saturday 20 September 2008

Friday 19 September 2008

was it a rocky rain?

olivia kata hari ini sejuk. mungkin saja dia yang berpakaian nipis. tapi bila kami sama-sama pandang awan, aku setuju. aku katakan pada dia, iya, mungkin petang ni akan hujan, sebab sekarang awan mendung. masa kelas tadi dia usik brooch kat tudung aku. comel katanya. lepas tu dia senyum. habis kelas, kami keluar sama-sama dan dia usap kepala a.k.a. tudung aku, kononnya dia rasakan aku ni adiknya. ish, taulah aku lagi pendek dari dia. dia gelak aje. mau aje aku offer dia pakai tudung aku sekejap. tapi tadi tak berpeluang pulak.

internet dalam bilik aku slow sikit sekarang ni. sambil hadap komputer aku pandang awan lagi. guruh berdentum; sesuatu yang agak jarang berlaku di sini. kepul-kepul awan pun berganda lebih besar dari selalu; ahh..iya, petang ni memang akan hujan.

sekejap lepas tu hujan mula turun. besar amat rintik-rintik hujan tu, mungkin saja ia hujan batu. aku hanya lihat melalui tingkap; rintik-rintik besar yang bersilau dalam kilauan cahaya matahari. bak kata orang, hujan panas. jadi aku tak dapat tangkap sangat sama ada itu hujan yang rintiknya memang besar ataupun betul-betul hujan batu. bila jatuh ke atas konkrit dan lantai, butir-butir hujan itu pecah sendiri dan hilang. teringat abah sewaktu kecil; cepat-cepat dan tiba-tiba berlari ke luar rumah bila ternampak hujan batu. dia kutip sebutir-sebutir dan suapkan pada anaknya lepas dia baca salawat. katanya berkat. iya, abah juga tak pandai memendam kasih sayangnya walau se-cool mana pun dia; hujan batu itu jadi bukti.

dari jauh kelihatan pelangi juga. dan rintik-rintik hujan tadi membasahkan permukaan daun, pokok, konkrit, tanah, batu dan rumput. warna-warna mereka tak pudar lagi. segar dan kuat, ditambah dengan bau hujan yang wangi. aku selalu berasa tenang dan luas dengan bau hujan; nampaknya air mengalir memang betul-betul boleh membantu seorang aku yang claustrophobia.

tak sampai 15 minit, hujan berhenti. tinggal baki-baki rintik yang segan-segan mengikut graviti. awan seperti gula kapas yang ditarik hujungnya; membentuk semacam berus halus yang mengunjur ke bawah, dengan sedikit alunan. kecantikan yang selalu membuatkan aku lemah, terdiam, terpaku. sebab aku bingung bagaimana ia berlaku dan bagaimana harus aku jelaskan rasa itu. kekuatan rasa yang aku selalu kalah dengannya.

oh, ya. minggu depan dengan minggu lagi satu olivia mungkin tak datang seminar macam biasa sebab dia ada presentation dan interview session dengan accountancy institutions dan lecturers. tadi dia ajak unjurkan kerusi aku ke depan, duduk sebelah dia dalam kelas dan lepas keluar kelas tadi pun kami sempat sembang sampai masuk keluar toilet. iyalah, dia sibuk, maklumlah dah final year. emm.

aa. dah nak berbuka puasa. aku sedikit ragu-ragu mahu tinggalkan kerja yang belum siap. tapi kaki dah mula bergerak. mungkin sudah masanya untuk berhenti sekejap.

p/s: selamat menyambut hari jumaat :)

Sunday 14 September 2008

shh~

diam-diam ubi berisi,
diam-diam budi dibalas,
diam-diam tersengih sendiri,
diam-diam mimpi kian jelas,
diam-diam cinta bersemi,
diam-diam telinga dipulas.

ouch. tapi,

diam-diam sungguh-sungguh,
diam-diam jangan mengeluh,
diam-diam buang yang keruh,
diam-diam usah mengguruh,
diam-diam bukan jatuh,
diam-diam sampai utuh.

ameen.

p/s: happy beday kepada aisyah dan acu :)

Saturday 13 September 2008

ahnaf, 11 tahun

'mama dah dapat baju raye kamu tau. F buatkan.'

'fuyoohh. bia btul! mama cakap ape?'

'mama hepi giler. mama kate nak pakai hr first raye.'

'giler ah. x aci btul. potong line ni. haha. ni macam F sayang mama lebih dr dia sayang hasif jek.'

'aii. kate nak amek ati bakal mak mentua. kena lah wat camtu..'

'kamu lak ahnaf, xde awek ke?'

'emm..ahnaf xde awek..hari tu kawan ahnaf mintak ahnaf tlg carikan awek untuk dia. pastu skali tu die kte dia dah jumpe. cumenya, dia kata satu je slack kat perempuan tu.'

'apenye?'

'budak perempuan tu tak pakai tudung.'

'ohh. kamu ni cakap orang, kamu tak de ke?'

'alahh..hari tu ade gak jumpe. pandang-pandang camtu je lah..'

'apsal kamu tak tegur die..?'

'jumpe kat rawang lah..'

'haha..awek mane laa kamu pandang-pandang ni. entah keling mane ke ape ke. weh, die putih ke gelap ke cokelat?'

'cokelat..'

'hahaaa..lawak gile kamu nih. boleh lak cite pasal awek camtu. ececece ahnaf da ade awek..'

'yong, dah dah lah tu. enough, k. enough.'

aku rasa nak gelak terguling-guling. ahnaf langsung tak gelak, serius memanjang. dah matang katenye. lagi lah aku rasa nak gelak.

aihh. kadang-kadang aku confused; aku tak balik rumah dekat 2 tahun ke 10 tahun senanye? siapa tua siapa muda senanye ni?

haha. lawak seyh adik-adik aku.

Tuesday 9 September 2008

i've been childish, haven't i?

:)
thanks dr Ng. i owe you one.

Monday 8 September 2008

just tell me that everything will get better..

~ sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He sends us illness so we can take care of ourselves. Sometimes, God takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us..Allah is great! (quotes sent by mak unggal- learn something)

~ honestly i also learnt that im not very strong, ma..now im far from home so please..please dont make me think im losing some more..that something not pleasant might happen and all i can do is watch and accept it..coz im not that strong to simply bear it empty-handed..just help me to believe that things will get better..that's all i need..

~ insyaAllah, ma doakan anak ma tak lagi hadapi banyak kesedihan. tujuan ma cume nak ingatkan, banyak minta dan berdoa pada Allah, benda yang baik2

~ insyaAllah will always do that..will do that in my every breath..thanks ma..

~ only time, age and lots of experience will teach you to be stronger. walaubagaimanapun berbaik sangka dengan Allah. ingat apa cakap pakcik amer! Allah tak duga hambaNya kecuali pada yang mampu sahaja. Kalau Allah duga kamu, maknanya memang kamu mampu bersabar

~im trying..

i've opened my heart to love,
so i've opened my heart to pain.
and all i have to face it all,
is You.

Sunday 7 September 2008

double blasts in 3 days

dan semalam seorang lagi semestian meninggal. arwah seorang budak lelaki form 3. innalillah. 2 deaths in less than a week..i told him 'please and do take care, because im not that strong to face anymore of these'. and i wish to say that to everyone i know, especially the ones that i love.

please, do take care. please.

still His wishes are more powerful than mine. some prayers are just not answered. and He said that if He doesnt answer that means He has better plans for us.

and that we should hold on. appreciate everything we have and work hard.

im trying. im trying.

p/s: alfatihah.

Wednesday 3 September 2008

innalillah

malam tadi aku dpt nightmare. sorang member family ak meninggal. terkejut aku bila bangun dari tido. wondering nape aku mimpi macam tu.

dan hari ni abal bagitau paah dah meninggal. pukul 11 pagi tadi 3 ramadan 1429H kat HUKM. pemphigus vulgaris tu nampaknya lebih kuat dari paah kali ni. belum pernah kawan aku meninggal. cantik orangnya, muda lagi, putih tinggi lampai, suka senyum dan sangat baik hati.

tadi aku sempat tengok friendster dia walaupun tak dapat jenguk dia time sakit. sedihnya. insyaAllah ada kelapangan aku akan ziarah family n kubur dia.

alfatihah.

Monday 1 September 2008

はたち

+
0223H @ 0008H
00:05:56

-
farah fatin jamil
pemphigus vulgaris

p/s: ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan perkenankanlah doa-doa kami. ameen...