Friday 19 September 2008

was it a rocky rain?

olivia kata hari ini sejuk. mungkin saja dia yang berpakaian nipis. tapi bila kami sama-sama pandang awan, aku setuju. aku katakan pada dia, iya, mungkin petang ni akan hujan, sebab sekarang awan mendung. masa kelas tadi dia usik brooch kat tudung aku. comel katanya. lepas tu dia senyum. habis kelas, kami keluar sama-sama dan dia usap kepala a.k.a. tudung aku, kononnya dia rasakan aku ni adiknya. ish, taulah aku lagi pendek dari dia. dia gelak aje. mau aje aku offer dia pakai tudung aku sekejap. tapi tadi tak berpeluang pulak.

internet dalam bilik aku slow sikit sekarang ni. sambil hadap komputer aku pandang awan lagi. guruh berdentum; sesuatu yang agak jarang berlaku di sini. kepul-kepul awan pun berganda lebih besar dari selalu; ahh..iya, petang ni memang akan hujan.

sekejap lepas tu hujan mula turun. besar amat rintik-rintik hujan tu, mungkin saja ia hujan batu. aku hanya lihat melalui tingkap; rintik-rintik besar yang bersilau dalam kilauan cahaya matahari. bak kata orang, hujan panas. jadi aku tak dapat tangkap sangat sama ada itu hujan yang rintiknya memang besar ataupun betul-betul hujan batu. bila jatuh ke atas konkrit dan lantai, butir-butir hujan itu pecah sendiri dan hilang. teringat abah sewaktu kecil; cepat-cepat dan tiba-tiba berlari ke luar rumah bila ternampak hujan batu. dia kutip sebutir-sebutir dan suapkan pada anaknya lepas dia baca salawat. katanya berkat. iya, abah juga tak pandai memendam kasih sayangnya walau se-cool mana pun dia; hujan batu itu jadi bukti.

dari jauh kelihatan pelangi juga. dan rintik-rintik hujan tadi membasahkan permukaan daun, pokok, konkrit, tanah, batu dan rumput. warna-warna mereka tak pudar lagi. segar dan kuat, ditambah dengan bau hujan yang wangi. aku selalu berasa tenang dan luas dengan bau hujan; nampaknya air mengalir memang betul-betul boleh membantu seorang aku yang claustrophobia.

tak sampai 15 minit, hujan berhenti. tinggal baki-baki rintik yang segan-segan mengikut graviti. awan seperti gula kapas yang ditarik hujungnya; membentuk semacam berus halus yang mengunjur ke bawah, dengan sedikit alunan. kecantikan yang selalu membuatkan aku lemah, terdiam, terpaku. sebab aku bingung bagaimana ia berlaku dan bagaimana harus aku jelaskan rasa itu. kekuatan rasa yang aku selalu kalah dengannya.

oh, ya. minggu depan dengan minggu lagi satu olivia mungkin tak datang seminar macam biasa sebab dia ada presentation dan interview session dengan accountancy institutions dan lecturers. tadi dia ajak unjurkan kerusi aku ke depan, duduk sebelah dia dalam kelas dan lepas keluar kelas tadi pun kami sempat sembang sampai masuk keluar toilet. iyalah, dia sibuk, maklumlah dah final year. emm.

aa. dah nak berbuka puasa. aku sedikit ragu-ragu mahu tinggalkan kerja yang belum siap. tapi kaki dah mula bergerak. mungkin sudah masanya untuk berhenti sekejap.

p/s: selamat menyambut hari jumaat :)

1 comment:

fatimah munirah mior habidin said...

"awan seperti gula kapas yang ditarik hujungnya; membentuk semacam berus halus yang mengunjur ke bawah, dengan sedikit alunan."

~how u create that amazing sentences~

nice