Thursday 31 May 2007

jihad

biar tumpah air mata darah sekalipun
mata yang melihat, hati yang merasa
jantung yang berdegup
takkan pernah bosan
menanti-nanti
apa Tuhan sediakan untuk mereka
maka bodohlah sesiapa yang berputus asa!
bodohlah mereka yang hilang harapan!
kerana Allah itu ada
bukan hanya hari ini atau semalam
tapi untuk selamanya

apa yang penting, mana satu prioriti

tadi, kak baie bentangkan buku 'fiqh alawwaliyyat' karangan dr yusuf qardhawi. tentang mana satu yang lebih utama dalam islam, dan perbandingannya dengan pemahaman melalui tindakan umat islam hari ini.

senario 1: daripada berjuta-juta orang yang buat haji setiap tahun, hanya 15% daripadanya yang pergi haji buat pertama kali. padahal, duit yang digunakan untuk haji kali kedua dan ketiga itu lebih patut untuk diguna buat membela orang islam yang tertindas di palestin sekarang ataupun membiayai pengajian seorang anak yatim sehingga berjaya.

senario 2: ramai pelajar-pelajar cemerlang islam yang sedang mendalami ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti sains, perundangan, pertanian, akaun etc di universiti meninggalkan kuliah dan bidang mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang dakwah dan tabligh, padahal ilmu-ilmu fadhu kifayah itu sangat penting untuk pembangunan ummat islam.

senario 3: ramai anak-anak yang kuat agama melayan kasar ibu bapa dan saudara mereka kerana ibu bapa dan saudara mereka tidak taat dan patuh pada agama, padahal Allah suruh melayan ibu bapa dengan baik walaupun ibu bapa itu menyuruh anak-anak musyrik dan saudara patut lebih dicintai dari diri sendiri.

senario 4: ramai yang suka berdebat hal-hal juzu'iyyah dan khilafiyyah (perkara-perkara kecil dalam islam) daripada membincangkan masalah yang lebih besar contohnya bagaimana nak menyelesaikan masalah remaja, bagaimana nak bangunkan semula sistem khilafah, bagaimana nak mantapkan akidah ummat etc

senario 5: ramai yang akan menderma untuk membina masjid padahal masjid dah banyak, tapi tak ramai yang bersungguh-sungguh dan sudi menyumbang untuk membela nasib adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kawan-kawan di palestin, iraq dan somalia padahal dalam islam aspek nyawa adalah aspek paling penting yang perlu diambil kira dan mesti paling dipelihara. tapi masyarakat islam di seluruh dunia sekarang lebih selesa, 'approve' dan 'acknowledge' pembangunan batu-bata dan materialistik berbanding pembinaan insan. masjid dah berlambak- yang kosong.

sebelum tu, ada dikupas subtopik tentang ummat islam yang meletakkan prioriti lebih tinggi kepada pembangunan fizikal berbanding pembangunan akal dan iman.

senario 1: dalam masyarakat sekarang, lebih banyak perhatian ditumpukan kepada aspek seni dan hiburan berbanding pembinaan iman dan ketajaman akal. ramai yang sanggup berhabis duit dan masa untuk rancangan-rancangan hiburan berbanding meluangkan masa untuk perkara-perkara ilmiah. ramai yang lebih suka berdebat tentang artis mana akan menang pertandingan akhir akademi fantasia atau malaysian idol atau world idol berbanding dengan bagaimana nak mengelak masalah kemalangan jalan raya yang semakin meningkat. sampaikan orang-orang besar negara pun punya masa untuk beri pendapat mengenai artis-artis. sepertinya malaysia (contoh paling sesuai tentulah negara sendiri walau aku di rantau orang) tak punya masalah lebih besar daripada rosma peserta AF terkeluar daripada senarai akhir, padahal adik-adik aku di palestin ramai sudah yang syahid dan pada masa yang sama mereka menangis ketakutan sebelum ditembak, aku di sini menangis sebab rosma seperti sudah dicabuli hak dan bakatnya sebagai penyanyi berpotensi bermasa depan cerah. sepertinya itu sahaja yang layak difikirkan oleh ummat islam di malaysia sekarang. mulia ummat islam dengan islam, dan bila mana ummat islam itu memilih selain dari islam, maka kemuliaannya jatuh ke tahap yang sehina-hinanya, lebih hina daripada binatang dan orang kafir. amat berpadanan dengan keadaan ummah sekarang secara global.

senario 2: walaupun bertujuan menajamkan akal, tapi pada hal-hal yang salah. kuiz itu baik tapi mana baiknya kalau kuiz itu tentang artis. banyak rancangan-rancangan tv dan media lain yang salahgunakan peranan mereka mengaut untung dari golongan yang cetek akalnya. golongan-golongan cetek akal ini lebih suka dan selesa menajamkan akal mereka pada hal-hal yang tak patut, tak produktif dan tak selaras dalam islam.

senario 3: lebih kepada pembangunan fizikal daripada pembinaan akal fikiran. bersukan itu baik; banyak kelab dan persatuan yang agendanya setiap petang ialah beriadah untuk menyihatkan badan, tapi tidak meletakkan prioriti lebih tinggi kepada aspek menajamkan akal fikiran melalui perkongsian ilmu pengetahuan yang membina. petang-petang main bola tapi nak berbincang pasal masalah rogol yang semakin berleluasa, masalah rasuah dan isu murtad amatlah kurang; boleh dikatakan di kalangan anak-anak muda tak ada langsung. kalau ambil contoh orang yang kuat bersukan tapi ambil dadah akibat akal cetek dengan orang cacat tapi berjaya ke universiti, mana yang lebih baik?

tiada yang 100% salah dan 100% betul dalam hal ini. melakukan sebahagian darinya tak bermaksud meninggalkan yang selebihnya. keyword di sini, ialah "prioriti".

sepanjang masa (dilamputinggikan)

10 tahun.
"mama mama, saya nak kahwin."
mama tengok sekilas dengan sebelah mata kemudian kembali kacau gulai kat dapur. hancur perasaan, pilu hati gugur jantung bila diperlakukan sebegitu rupa.

18 tahun.
"mama mama, saya rasa dah jumpa bakal suami."
cakap di telefon. takkanlah mama nak buat tak tahu lagi?
"usah jadi zalim. kau belum habis melihat dunia."

terfikir sejenak. oh, patutlah ada course geologi kat sekolah (uni). supaya nanti dapat tengok dunia habis-habis.

Wednesday 30 May 2007

call umah lagi

hadoi. aku tak boleh la selalu telefon rumah. kalau tak, aku akan ketawa pecah perut sampai menangis. ape punya adik-adiklah. aku tak tau nak sedih ke bersyukur.

hasif: kat sini sejuk, malaysia macam mana?
aku: hekeleh perasaaaaaaannnn...
acu(9 thn): yong, kami kat australia ni dah beku dah ni. yong kat malaysia macam mana?

aku tergelak terbahak-bahak (gaya seorang perempuan, ok!). acu ni pun. buat lawak tak jadi. kalau pun nak berlagak duduk aussie, usahla kata dah beku. kat uni aku ni sejuknya tak adalah sampai tahap beku. hik hik. (bila budak kecik nak melawak dengan orang tua. itu pasal orang tua-tua selalu pesan, usah menyampuk. nak menyampuk pun bagi la salam dulu).

acu: eh afiq dia lari ke matahari (sebab afiq berkulit gelap, mustahil orang duduk tempat sejuk boleh jadi gelap, kononnya pada fikiran budak kecik). tengok tu, rambut dia dah terbakar.

hadoi...aku rasa malam ni aku boleh tergelak dalam tido.

sedia

ya.
rilek itu keypoint nya.
kalau ini pun tak boleh settle, apakan lagi masalah yang lebih besar.
abang bukan suruh bergaduh. mama pun tak suruh bergaduh.
tapi benda ni tak boleh dibawak-bawak dek perasaan.
nanti hangus dek api sendiri.
ada masalah? fine. semua orang pun ada masalah.
nak settle? ok. no hal.
aku doa-doa, biarlah Allah permudah urusan. aku pula akan cuba sedaya mampu.
tenang. apa yang nak dibesar-besarkan sangat?
jadi. mari.
ini bukan dare. ini satu kemahuan. aku pun tak pernah nak bergaduh. cuma yang aku nak, sensitiviti dan hormat.
ya. kalaupun aku nak minta sesuatu, aku akan minta itu.
tapi setakat ini aku ok. bagi aku biasa je. kau buatlah macam mana pun, aku masih akan buat-buat biasa.
aku pun manusia yang baik. takde niat nak punahranapkan orang lain. aku juga mahu aman.
yalah. banyak lagi hal lain aku perlu uruskan berbanding nak melayan karenah kecik ni. nanti suatu masa, dah tak ada nilai pun bagi aku.
ameen...

kuaci berperisa


kuaci rangup dari asian groceries di kampus uniku. sebelum makan nampak sedikit. tapi bila isinya dah dibuka banyak pula kulitnya sampai meninggi bukit kulit hampas kuaci.

mula-mula kuseluk tangan ke dalam plastik bungkusan kuaci, kukeluarkan segenggam. kutimbunkan sekali atas tisu, kemudian kukopek satu-satu. macam gaya mama. mama suka makan kuaci satu-satu. dulu aku tidak begitu. aku suka buka kuaci banyak-banyak sekali kemudian makan banyak-banyak sekali. bagiku lebih nikmat.

tapi sekarang aku buka satu-satu dan kumakan satu-satu.

ada yang kubuka, isinya manis.
ada juga yang isinya tawar.
ada yang sudah hitam dan rosak.
ada yang kulit aje besar gabak tapi isinya kiut-miut.
ada yang kulitnya nipis tapi isinya lemak gebu dan memenuhi kulit. aku makan pun puas. sampai lupa dunia.
ada yang kulitnya keras, nak buka pun susah, tapi isinya halus kecil. macam tak berbaloi pula rasanya.
ada tu pula isinya besar tapi tawar.
ada yang kulitnya besar, tapi bila kubuka eh, isinya tak ada! mana perginya??? terasa macam kena tipu pulak.
ada yang rangup, ada yang macam dah lemau.

setiap kuaci punya kisah tersendiri.
begitulah juga dengan kehidupan kita. setiap dugaan itu rezeki juga. dengan kepayahan Allah datangkan kemudahan. dengan ujian Allah turunkan rahmat. habis dugaan, habislah rezekinya. habis rezekinya, berakhir jugalah hidupnya. errk...astaghfirullah.


buat selingan: ahlan wasahlan safiyyah nuha (lahir pada 29052007). selamat memamah kuaci-kuaci kehidupan.

kuaci terus kumamah satu persatu. eh, ada siapa-siapa tahu kandungan lemak dalam kuaci???

makna sebuah persinggahan

sebelum ini tak pernah kusangka akan jalani hidup seperti ini- dengan rasa, akal fikir yang begitu jelas.
bilamana hidup ini sepertinya sudah sempurna,
sebenarnya ia baru bermula.

mazhab makna

Faisal Tehrani,
Siaran Dewan Sastera, Mei 2007

SESUDAH kita merdeka selama 50 tahun, karya-karya sastera khususnya daripada pengarang muda tidak akan terikat lagi bentuk. Gaya bahasa indah adalah keperluan dalam sastera, tidak kita nafikan. Plot yang rancu mungkin akan menambah kekuatan cerpen atau novel. Watak dan perwatakan yang penuh warna-warni adalah cangkuk yang hebat untuk pembaca. Dan di sana sini ada ilmu bantu untuk meyakinkan khayalak.

Tetapi itu cara lama, cara sebelum merdeka. Pengarang sebelum merdeka barangkali masih terpengaruh oleh aspek luaran tersebut kerana mereka masih bergelut untuk membebaskan diri dari penjajahan Barat. Kerana itulah gaya realisme misalnya masih bentuk yang terpakai dalam karya sastera. Perbincangan dan persoalan dalam karya sangat mencerminkan realiti kehidupan semasa. Cerita adalah cerita yang tentu menghantar moral dan kebaikan tetapi masih terperangkap menyalin kemaksiatan dan kemunafikan di luar. Hasilnya campur aduk yang mengelirukan.

Tetapi kita tak menyalahkan, itu cabaran sebelum merdeka dan tahun-tahun awal sesudah kemerdekaan disemai. Betul, kita belum boleh menuai, musim yang dihadapi oleh pengarang seperti saya ialah banyaknya musuh untuk mengacau pertumbuhan pohon kemerdekaan bangsa. Saya mesti bersedia dengan pelbagai alat dan ubat untuk melawan serangga perosak yang tidak lelah menggasak.

Karya sastera adalah sekolah, jauh sebelum kita dijajah. Pantun, gurindam, syair, hikayat menjadi institusi pendidikan untuk memahamkan generasi mendatang tentang kesempurnaan kehidupan yang dilandasi akhirat. Tetapi penjajah datang dan menyebar pemisahan agama dari dunia. Dan karya sastera kita terikut-ikut sama.

Namun sudah 50 tahun merdeka. Kita jangan mengagungkan bentuk lagi. Kerana keagungan bentuk dalam karya seni ialah fahaman yang dibawa penjajah. Fahaman kita apa?

Makna, maknalah yang paling utama. Cabaran 50 tahun sesudah merdeka ialah menghantar makna dalam karya, memeriahkan wacana dalam kesusasteraan sehingga novel atau cerpen menjadikan pembaca pandai bila menelaahnya, bukan memperbodoh-bodohkan khalayak. Dan tidak ada makna kemerdekaan yang paling ulung selain merdeka diri dan jiwa dari perhambaan sesama manusia kerana kita hanya hamba Tuhan. Tauhid akan jadi makna kemerdekaan yang menakjubkan, juga luar biasa, kerana itu cabaran pengarang dekad-dekad seterusnya bukan lagi mencantikkan plot, menyedapkan bahasa yang sedia enak, atau menyediakan sisi pandang berbeza, bukan juga episod emosi yang meleret-leret duka dengan melankolia mengada. Cabaran kami, dan pengarang selanjutnya ialah bergelut dengan globalisasi, satu penjajahan baru yang luar biasa rempuhannya. Untuk itu ada banyak idea disuguhkan Barat untuk menguasai kita dalam bentuk baru.

Kita harus melawannya sungguh-sungguh. Caranya bagaimana? Caranya, dengan idea juga. Kita mesti bersiap untuk menjadi perisai supaya idea sesat dapat kita betulkan dan luruskan semula. Pengarang harus menguasai ilmu dan idea malah segala macam falsafah, jika tidak kita bakal karam dan tenggelam sama. Untuk itu, tidak saya tolak yang cerita sama pentingnya dengan makna. Bentuk hanya membawa, jadi kenderaan, jadi alat untuk menghubungkan makna dengan pembaca. Cabaran mazhab makna ialah menguasai ilmu, wacana, falsafah supaya kita dapat melawan kejahatan Barat yang ingin menjajah semula. Cabaran mazhab makna ialah kembali kepada jati diri dan jangan sampai tergoda-goda semula dengan bentuk dari Barat yang selalu mempesonakan tetapi sebenarnya memperdayakan. Jika ada yang terpesona kita pujuk jika munasabah, kita pukul jika keterlaluan. Macam mengajar anak.

Jati diri yang harus kita kuasai semula itu merangkumi spiritual, falsafah, nafsu, akal dan segala daya usaha peribadi. Bangsa yang gagal menguasai falsafah, yang menutup kursus falsafah di universiti ialah bangsa yang akan kalah dalam bidang sains. Falsafah dalam karya sastera adalah bumbu dan mangkin untuk kemajuan sains dan teknologi. Lihatlah sejarah umat berjaya di dunia, bangsa yang karya atau kerja sasteranya tepu dengan falsafah, bangsa itu jugalah yang mencipta-cipta bermacam ragam produk peradaban (yang kini kita namakan sains dan teknologi).

Inilah cabaran pengarang semasa dan seterusnya selepas merdeka. Kita harus memesrai falsafah supaya masyarakat saintis yang kalah oleh Barat akan dapat semula kekuatannya. Kerana itu kerja pengarang sastera bukan lagi menyempurnakan bentuk atau luaran karya tetapi harus mendalami makna dan wacana. Hanya dengan idea dan kekuatan daya taakul kita akan jadi bangsa yang terus merdeka.

Dan kerja mazhab makna ini bukan milik pengarang Melayu-Islam sahaja, kerana kita di Timur, khususnya negara kita amat harmoni dengan bermacam ragam agama dan budaya. Kita, pengarang sastera selepas 50 tahun merdeka mesti menguasai semula budaya tradisi kerana dari situlah landasan kita untuk bertitik tolak dengan inovasi. Kita, tidak kira Melayu, Tionghua, India, Kadazan, Dusun, Dayak atau Iban mesti mengambil tradisi spiritualitas dari agama-agama besar kita.

Sebagai pengarang Melayu-Islam saya menggunakan metod al-Quran dalam menyampaikan mazhab makna. Al-Quran telah menunjukkan betapa yang penting dari penyampaian satu-satu kisah itu adalah matlamatnya dan ia haruslah untuk memberikan pengajaran yang baik, peringatan kepada yang lupa, di samping paling utama dakwah kepada Allah. Untuk betul-betul merdeka kita harus berhati-hati dengan pendekatan sastera ala Barat yang semata-mata bentuk, iaitu cerita dan hiburan. Kita akan berdepan dengan cabaran untuk menguasai makna setelah 50 tahun menguasai bentuk.

Ini cabaran saya. Cabaran saudara-saudara juga.

sumber: http://tehranifaisal.blogspot.com/

p/s: dia ni selalu jadi pembantu aku dalam berfikir logik apa nya tindakan aku sekarang.

Tuesday 29 May 2007

di rumah tika cuti sekolah

telefon mama pun suara tersekat-sekat. sebab tadi hujan, line terganggu sedikit. tak apa, alhamdulillah masih dapat telefon.

"hasif dah jadi tukang jahit." mama.

"dia memang suka alter seluar baju, kasi lagi kecik dan ketat." aku.

"semalam mama baru baiki mesin jahit. sekarang menjahitnya makin lajulah. sekejap je dah siap. sampai menyanyi-nyanyi lagi. 'senangnya dalam hati...lalalalalalalala' (lagu p ramlee, selebihnya sambung sendiri)" mama.

"macam perempuan la ma. sekarang cuti sekolah, ramai orang kahwin, suruh dia jahit baju pengantinlah." dua-dua gelak.

"penat mama. tadi hantar ahnaf ke sekolah. esok pun kena hantar lagi."

orang cuti sekolah. "kenapa nak pergi sekolah?" aku.

"training. tau tak, ahnaf masuk ragbi. tu yang pergi berlatih tu."

"oOoo...dengan perut-perut buncit dia tu?" aku gelak.

"yalah. kalau menang diorang lawan di kuching." mama. oh ya, sekolah adik aku tu memang selalu johan ragbi. sampai peringkat kebangsaan. tough la adik aku tu lepas ni. mesti terkenal. dahla ada lesung pipit. jeleslah aku bila ramai awek terintai-intai dia. lepas ni kena assign seorang bodyguard.

mama sambung lagi. "tapi ragbi mereka tak boleh merempuh. ape entah nama game dia...'touch...' ape entah."

ahnaf sekarang di tahun empat sekolah kebangsaan sungai choh. aku tak menipu.

mana Tuhan???


mesejku pada ustaz:
"sedang sakit hati memerhatikan gelagat budak melayu di perantauan. angkuhnya berjalan atas muka bumi Allah ini. tak ada segan silu duduk berdua-duaan berkongsi minuman dan berjalan bersama. ada yang semalam bertudung pendek tapi hari ini dengan senyuman menayang rambutnya, macamlah rambutnya seorang sahaja yang lurus. tapi kenakan baju kurung. konon-kononnya tudung pendek baju seluar ketat boleh gantikan baju kurung dan free hair. aduh. ganggu konsentrasi betul. syukur diorang dah berlalu, kalau tak naya adik tak boleh stadi. nampaknya bagi diorang Tuhan di malaysia dengan Tuhan di australia ni tak sama agaknya (ataupun memang bagi mereka Tuhan tak kisah sepertinya aiman). masa usha friendster semalam pun sama. budak-budak exsemestian, junior-junior adik. wah wah wah keluar sekolah nampaknya semua orang dah maju bab-bab macam ni. tangkap gambar berdua-duaan, free hair, mesej yang jiwang-jiwang. baru keluar sekolah dah nak kawen! nak tergelak betullah. haih. risaukan diri sendiri dan adik-adik kat rumah."

adakah perlu aku lontar kata-kata pedas pada mereka bagi sedar sedikit?
atau seharusnya aku berdiam diri sahaja?
redhakan saja?
atau cukup sekadar mengambil pengajaran? didik diri sendiri?
ya, diriku juga belum berapa mantap. mengapa pula harus aku lilaurisaukan tepi kain orang? uh.uh-uh.

aku terus kunyah drama-drama pendek yang pahit-pahit belaka sejak semalam.
tak apa, pahit kan ubat.
tapi pahit tu rasa. rasa pula tak dapat kubuang ke tepi.
makanya kerjaku tertangguh lagi. sebenarnya ini kurang baik. majoriti undian konsentrasi seharusnya berpihak pada ulangkajiku untuk peperiksaan final first semester. tapi bila memikirkan hal ini ada kaitan dengan pembentukan diri aku untuk masa depan, aku tulis juga sebagai salah satu catatan hidup buat peringat diri sendiri. walaupun rasanya aku takkan lupa; mana tidaknya aku ke uni yang sama berulang kali tiap minggu, maka kebarangkalian terserempakan dengan kes yang sama adalah besar. dan sejujurnya sebelum ini pun aku pernah menyaksikan. tapi hari inilah pertama kali aku rasa betul-betul terusik. makanya aku berhenti, menilai dan membina perspektif supaya; bila aku terserempak dengan mereka sekali lagi, ada akar fikir yang dah tertanam dalam benakku; buat peringatan supaya konsentrasiku tak terganggu lagi. lagipun, setelah satu semester di sini, aku berazam mahu bina kehebatan yang tertangguh (atas alasan-alasan yang munasabah) bermula semester kedua dan seterusnya. bak kata orang tua-tua, 'mahu pulun habis'.

doakan aku wahai mak-mak, bapak-bapak, adik-adik, kekasih-kekasih dan teman-teman...

dan ini perspektif yang kubina dengan ilham dariNya:

tentang di hati, ingat di akal. kongsikan sebanyak mana mampu. ya, kongsikan di blog juga satu cara. makanya aku menulis di sini. seruku, ambillah pengajaran.
apabila kita mahu ambil jalan mudah dan ikut kehendak sendiri.
apabila diri tak betul-betul kenal Tuhan.
apabila dunia memperjuangkan hak sekularisme.
apabila sistem khalifah jatuh runtuh.
apabila ummat islam bebal hina.
apabila ketajaman akal tak diasah.
apabila hidup selesa.
apabila tak menjiwai tugas dari Tuhan.
apabila islam hanya satu perkataan 5 huruf yang dimulai huruf 'I' besar.

dulu akalku cetek. apa-apa sahaja yang bertentangan dengan islam, harus dilawan dikejar sampai ke lubang cacing. serang. apalagi bila diberi kepercayaan dengan jawatan. niat itu murni, tapi fikir itu pendek. tak apa, budak kecik. yang penting, semangat membara itu sudah ada.

sekarang akalku makin panjang. pengalamanku ubah persepsi. eh bukan, jangan salah anggap. yang salah tetap salah. cuma sekarang mataku makin celik. hatiku makin rasa, dan seperti kata orang, bila ilmu makin bertambah, rasa diri makin rendah dan hina di mata Allah sebab ilmu Dia itu luas dan banyak lagi harus kupelajari. makin sensitif dan berhati-hati sebelum pilih satu-satu keputusan. ambil tindakan bukan tak berani tapi selepas faham, unjuran watak perlu matang supaya tindakan tu tak hanya melepas batuk di tangga ataupun mungkin, tambah burukkan keadaan.

dan selepas faham juga, betapa diri ini kerdil rapuh lemah, terlalulah takut jadinya. siapa tahu esok hari siapa? maka diri ini harus dibajai dulu. apa yang Allah bagi nampak, ambil pengajaran. simpan dalam kotak otak. cerna satu demi satu, rungkai sikit-sikit secara berperingkat-peringkat. suatu hari, bila masanya tiba, (seperti kata ustaz masa itu pasti akan tiba, ya Allah tolong aku...) tindakan susulan akan dijalankan. watak perjuanganku akan mula memainkan peranan.
fokus hidup makin jelas.

tidak berpatah balik.

buat yang bergaul bebas dan tudungnya macam chipsmore (aku yang terkejut tengok dia macam nampak hantu je lagaknya, tapi dia siap senyum rilek-rilek lagi, aku beristighfar dalam hati), kalian usah fikir Allah itu buta. dan kalian jangan fikir kat akhirat nanti, ada babak-babak 'obscene' dalam hidup korang yang Allah deletekan macam dalam cerita 18SX (yang selalunya dibuang sebab takut kanak-kanak dan remaja terpengaruh dengan aksi seks berlebihan) semata-mata nak jaga aib korang. masa kat dunia nilah jaga aib. nanti dah mati dan bila dibangkitkan kat akhirat kelak pun, semua orang dah tak peduli lagi pasal aib. masa tu nak telanjang telanjanglah. tak ada siapa akan tergoda. dan bagi yang belum tutup aurat dengan sempurna (mungkin aku pun termasuk sama) marilah kita tambahfahamkan lagi tentang konsep aurat neh. aku pun setuju dengan orang yang tak mahu buat sebab mak bapak suruh, ataupun tak nak buat sebab takut akan tinggalkan suruhan bila berubah angin. tapinya, usaha ke arah memahamkan setiap tuntutan Allah tu usah diberhentikan. perjalanan kita masih jauh kawan...usah tenggelam dalam pelayaran pertama macam titanic, gahnya sebentar sahaja. riuh-riuh sambutan macamlah lagaknya nak sambut apa entah, kononnya merekalah paling berkuasa dan harus diraikan sebab dapat cipta kapal terbesar dunia. tapi kolek kecil buatan pak tua yang sederhana dan diguna pakai mencari nafkah buat keluarganya, yang dipakai berulang-ulang kali; bocor ditampal, rosak dibaiki, tahan dipukul ombak tsunami masih kukuh mahu menyumbang sebagai asbab rezeki si nelayan yang berumah di pinggir pantai, yang anak-anaknya menyambut dengan tawa riang kolek kecil itu setiap petang senja; menghilangkan penat si ayah menyabung tenaga bermain tarik tali dengan malaikat maut setiap hari...aku tak tahulah, tapi bagiku kolek itu lebih mulia. pesanku pada kawan-kawan dan diriku sendiri, usah putus asa mencari Tuhan.

p/s: hidung berdarah dah 3 bulan lebih, batuk-batuk sebab cuaca yang sejuk, sakit belakang, denyutan jantung tak stabil dan biological clock berubah. doa-doa multivits yang baru dibeli 2 hari lepas Allah izinkan bawa perubahan positif. ameen...mama, qilah nak balik...

Sunday 27 May 2007

mau hidup untuk apa

ada orang hidup untuk menang bertanding.
ada orang hidup untuk menjadi kaya.
ada orang hidup untuk mencari status di mata dunia.

aku hidup untuk mencari diri sendiri. noktah.

ilham dari sajak sajak suci

bagai bertemu diriku yang dulu.

yang selalu asyik dalam fikir, boleh kenyang dan kekal sedar tika semuanya gelap sunyi.

bagai bercantum kembali dengan nyawa aqilah yang selalu berpuitis dan berlagu-lagu dalam hati.

di niche yang diizinkan Rabbnya.

ohh aku rindu padamu. tetap rindu padamu dan padamu.

bergabung semula dengan tubuh yang kuat, senyum dan segar itu,

satu rahmat dari Tuhanku. aqilah, kembalilah.

dan selepas ini terus berjuang di atas jalanNya, dan selalu beristighfar. lalukan kata-katamu, ambil kembali jiwa ilmumu yang lenyap sekejap.

sekejap yang merantai jiwa yang meronta-ronta mencari-cari yang pernah menyelubungi dan dicintai.

dan bergabung kembali. mengalirkan aura memancar, dalam masa yang sedikit hasilnya berganda-ganda. insyaAllah.

dan maju ke depan bukan undur menghina.

aku ummat muhammad yang mencinta dan berjuang melalui cintaku.

berusaha menjauhi kemunafikan dan mengikut hadis ke9 imam nawawi. melangkah setapak demi setapak bertujuan bukan semberono ikut rasa dan pengaruh insaan.

menajamkan akal, mencantas panjang bicara agar tepat, diam dan senyum selalu.

belajar jadi hebat. belajar jadi ummat muhammad yang hebat.

Tanpa Tajuk #2

sebuah bongkah kayu
di tengah jalan
ditolak ke tepi
dibuang
menjadi iman

- dari Jiwa Kacau

dan sekarang aku mahu mendalami ilmu geologi. doakan aku...

p/s: kata-kata dari blog 'selak': "dalam tulisan yang dinilai bukan panjangnya, tetapi isinya. Dan, begitulah juga dengan kehidupan."

ilmu

"Dari Muadz Bin Jabal berkata, Rasulullah saw pernah bersabda, ‘Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah ketakutan, mencarinya merupakan ibadah, menyebut-nyebutnya merupakan tasbih, membahaskannya merupakan jihad, menyampaikannya kepada orang yang layak menerimanya merupakan taqarrub, kerana ilmu itu tanda halal dan haram dan menara jalan para penghuni syurga. Ilmu merupakan pendamping di saat ketakutan, teman saat terasing, teman bicara apabila berseorangan, dalil atas kesenangan dan kesusahan, senjata dalam menghadapi musuh, hiasan di hadapan teman. Allah memuliakan banyak kaum dengannya, lalu menjadikan mereka penggerak dalam kebaikan, dan jejak mereka apabila dituruti menjadi rujukan'.

p/s: ilmu...ilmu...ilmu. stay hungry, stay foolish.

Saturday 26 May 2007

fire alarm lagi!

geram punya pasal


tengah sedap-sedap chat ngan intan.

tiba-tiba berbunyi lagi fire alarm...

sape pulak yang main nih...tade keje betol la...

p/s: apis, maceh la tolong amek gamba. betul gak kate ko, kalau malu rugi. haha. rilek jek posing depan mamat-mamat aussie. fuhh..."tak boleh blaahhh..." kata nadia. aku: senyum. lepas tu balik bilik.

ingatkan nak ajak sorang fireman posing sama tadi. ehem ehem.

pasti berakhir

seperti mana mesej dalam 'inbox'ku
seperti mana masa yang tak menunggu
seperti mana air sungai yang mengalir

begitu juga sakit ini akan hilang
pahit ubat yang kutelan ini akan hilang
dan menyembuhkan
begitu juga gusar ini akan pergi
berlalu
dan menjauh
pergilah
dan aku doakan
Allah ikhlaskan segala amal
kau dan aku

dan kakiku
tak berhenti
terus berjalan
tak berpatah balik
tapi ke hadapan
Tuhan, ampuni kelemahanku
dan tuntunlah langkah-langkahku...

Friday 25 May 2007

masih ada

aku juga pernah jatuh dan luka
aku juga pernah menangis hiba
aku juga pernah merindu,
terasa sunyi
dan sedih bersendirian.

aku juga pernah membenci
lemas rasanya
selalu dalam kehinaan
letih dalam
keterpaksaan yang cuba
diikhlaskan
sakit jiwaku
menahan pedih
dan kata-kata manusia
sering aku penat
sering juga aku alpa
sering aku sedih
sering juga aku memberontak dalam diri
kadang-kadang kurasakan segala-galanya
sudah berakhir

bila kulihat kaki ini
masih berdiri
luka itu
masih boleh sembuh
tangan ini
masih boleh menulis
mata ini
masih boleh
jadi saksi
indahnya alam
dan aku masih boleh
memandang ke depan
dan senyum,

kufikirkan
hari esok masih ada buatku
masih ada nikmat yang berbaki
masih ada nafas yang kuhirup
masih wujud pelangi
masih damai hujan
masih mereka mampu
tersenyum untukku
masih mereka mampu
merinduiku dalam doa
masih ada masa
buatku
masih ada rahmat
untukku

Tuhan
tika aku terpesong
Kau datang menyedarkan
tika aku sedih
Kau datang menghiburkan
tika aku merasakan segalanya telah berakhir
Kau bawakan harapan
keampunan
dan kesejahteraan

ya Allah
mudahkan jalanku
menujuMu
kurniakanlah aku kekuatan
izinkanlah padaku kemampuan
rahmatilah aku dengan keampunan
yakinkanlah aku dengan pertolongan
dariMu

seteruk-teruk mana pun
sungguh
Allah itu ada
dan kerana itu
aku kan sabar dan menanti
terus berjalan perlahan-lahan
dan senyum
kerana seteruk-teruk mana pun
rahmatNya masih ada buatku
selagi aku meyakini

Wednesday 23 May 2007

kroni!


yeah! kroni-kroniku...
miss u all...
mama
abah
afiq
asif
aisyah
aqil
awin
ahnaf
acu

hidup macam roda berputar

ni aku nak pesan kat sume.
usah buat jahat dengan orang lain. jangan sakitkan hati orang padahal orang tu tak kaco awak pun, tak pernah ganggu hidup awak pun.
usahlah, usah.
sebab Allah tu ada. Dia nampak semuanya.
hari ni kita buat kat orang, esok orang lain yang kita tak sangka-sangka buat kat kita.
kan Allah tu maha 'Adil.
usah buli budak-budak kat asrama,
usah kenakan kawan-kawan,
usah suka gaduh-gaduh,
usah suka sakitkan hati kawan,
usah sombong dengan kawan yang 'kurang' dari kita,
usah niat baik tapi cara salah sampai affect orang lain,
usah putar-belit keadaan semata-mata nak selamatkan diri,
usah suka hati memandai mandai buat anak orang macam hamba dia,
usah mintak benda-benda tak patut-patut.
kang Allah balas punya, setimpaaaaaaaaallllllll...
bila dah kena nanti, rasakan laa...
tapi yang penting, amek pengajaran...taubat, ingat Allah selalu. nak dapat ketenangan.
dunia ni bukan kita yang punya, tapi Allah yang punya. sebaik-baik Nabi pun tak pernah cakap dunia ni milik dia.
ishhh...ishh...

p/s: aku nak mintak maaf kat semua yang kenal aku...kalau aku tak sempat jumpa semua orang, harap-harapnya sesiapa yang baca apa aku tulis ni dapat sampaikan pada orang-orang yang aku kenal dengan pesan, aku nak minta maaf banyak-banyak...halalkan makan minum somma...siapa tahu esok hari siapa???

Monday 21 May 2007

makanan-makanan asia

hari ni hujan macam chipsmore. mula-mula lebat macam tak hujan 10 tahun, kemudian tiba-tiba senyap, matahari keluar, burung berkicau. adeih, nampaknya kena pegi lecture jugak. bangunlah budak pemalas! tau tido jek.

lepas kelas, aku singgah kat kedai 'asian groceries'. he he. cari apa?
aku hanya nak belek-belek. sebab kat luar hujan. nak tunggu hujan reda kejap. lagipun aku nak beli milo. teruja jugak aku bila jumpa 'milo'. ingatkan kat sini ada choc malt jek. huhu

aku pun mula explore kedai. aku nampak biskut arnold's. aku ambik. nampak kuaci! wow wow. bagus ni untuk kunyah-kunyah. alamatnya meja stadi aku akan bersepah. silap hari bulan poket baju pun penuh kulit kuaci. huh. takperrr....aku amek jugak. nikmat malaysia tuh. manna nak dapat daahhh...

jalan-jalan lagi. nampak plastik merah-merah. eh apa ni? macam familiar...
haw flakes! oh Allah! ada benda ni kat sini rupanya! jajan aku masa kecik-kecik! waaaahhh rindunyeerr...
ok. mestilah aku amek kan.

hmm...keropok-keropok ni macam menarik. ada tanda halal lagi.
aku pun amek seplastik.
'Kusuka Keripik Singkong' --> buatan indonesia.
tibailah. asalkan dapat menguyap. boring aku makan chips yang lemak ringan. ni ada bunyi 'crack crack' yang ori sebab dibuat dari bumbu-bumbu (ape ni??!) emmm aku pun tak tau la tapi yang penting dia ori, bukan dibuat dari kilang dan machine yang tak ada perasaan dan dibuat dalam kuantiti yang banyak sekaligus (bulk). memang tak ada rasa kampung! hidup di bandar macam tak ada apa-apa yang real. ni baru 'real'. *note: aku tak makan tempoyak, sambal dan sardin. itu exception.

balik ke bilik, aku cuba nak makan keropok tu. tadi aku perasan yang warna packagingnya lain-lain. mungkin perasa kot.
bila aku teliti betul-betul perasa apa yang aku ambik, aku mengeluh.

"keju bakar"

aiseyhhh...bila nak kurus kalau macam nie???

p/s:
tadi tipon mama kejap. kata mama, adik-adik kat umah semua kutuk aku. "bagusla yong...dah gemuk..." (ayat sindiran)
ces. ape punya adek-adek lah. tau kutuk je. tak taula mama join ke tak?

Thursday 17 May 2007

tak percaya lagi

"aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
di sudut menunggu mati..."

amat terkesima masa aku mula-mula mendengar lagu ni. amat terlalu tidak ada harapankah? sudah terlalu terukkah? memang dah tak ada jalan kah?

aku ni cepat tertarik dengan lagu-lagu best. banyak lagu yang rentaknye best tapi lirik hampeh. takpe, tu boleh ditolak awal-awal. tapi ada sesetengah lagu tu liriknya makan aqidah. bahaya dan kalau difikir-fikirkan, menyeramkan. sebab akidah tu dasar iman, rosak akidah, boleh rosak segalanya walaupun dah banyak beramal. nauzubillah, takutnya.

tapi topik tu insyaAllah aku akan cuba bagi pandangan len kali. wat kali ni, aku hanya nak kupas sket mesej dalam lagu kat atas ni, lagu tema cerita sephia. (p/s: ako mustafa memang sangat hensem...subhanallah..=p)

sebenarnya ada sesuatu yang triggered mind aku yang buatkan aku teringat balik lirik lagu ni. satu senario.

"ah, pakai tudung pun buat maksiat. baik tak payah pakai tudung."

"name je ustaz, anak compang-camping join mat rempit jugak..."

"eleh die tu. cakap jek gempak. ambik dari hadis konon. entah die buat ke tak tu..."

"kenapa pulak akak naqibah buat macam tu? nama je naqibah. ini ke islam ajar?"

baiklah. saya tahu, mesti ramai nak jawab pertanyaan tu.

"alah, at least dia pakai tudung, lepas jugak azab. bukan macam ko, dah pakai tudung siap kutuk dia lagi."

"iman tak dapat diwarisi..."

"ish ko ni...memandai je...kalau dia memang buat macam mana?"

"entahla aku bukan naqibah mana la aku tau. ala ko ikut je, mesti betul punya..."

hehe. saya agak je pasal jawapan-jawapan tu. tapi yang soklan-soklan tu memang banyak dah saya dengar, terbaca, tertahu.

banyak, especially dalam masyarakat kita. dulu saya juga pernah punya rasa macam ni. tengok budak uni buat benda tak senonoh dalam gelap masuk berita tak apa lagi. tapi bila nampak budak perempuan tu pakai tudung, hati saya bengkak. itu baru satu kes. belum lagi kes-kes lain yang lebih 'menarik' dan 'mengelirukan'. semua ni membuatkan kita macam tak percaya lagi dengan islam. 'patutla islam tak maju', 'patutla islam asyik kalah' etc. stigma masyarakat tentang agama Allah. saya tak kata semua, tapi sebahagian darinya. perspektif berubah. cara pandang islam berubah. kononnya islam ni ganas. kononnya islam ni mundur. kononnya islam ni tak sesuai dengan zaman sekarang.

saya takkan defend sesiapa. dan saya tak hukum sesiapa. apa saya nak kongsi, kepada sesiapa yang ada dilemma macam ni, atau kenal sesiapa yang ada masalah macam ni, meh saya ingatkan pasal satu benda.

cite ni berlaku masa saya ikut satu majlis ilmu. akak tu cakap satu benda yang buat saya terdiam luar dan dalam buat sementara waktu.

"jangan judge islam berdasarkan penganutnya."

paangggg...!!! rasa macam kena tampar. tapi memang tamparan tu antara tamparan paling best saya penah dapat dalam hidup. ayat tu menjawab hampir semua kemusykilan saya. tenangkan hati saya. ia buat saya fikir, apa sebenarnya yang aku cari?

ya. islam.

maka bagaimana nak tahu pasal islam?

"alQuran dan hadis"

Allah tak penah cakap 'kalau nak tau pasal islam, tengoklah dr fadzilah kamsah" ataupun "islam itu ustazah norbaiyah" ataupun "nak belajar pasal islam tengok yusuf islam la"

saya bukan cakap diorang jahat. tapi saya nak cakap yang diorang, saya, korang, ustaz-ustaz kat skola, mufti, budak perempuan kat uni tu, budak pakai tudung tapi buat maksiat tu,

tak sempurna. islam ialah apa yang disampaikan dalam alQuran dan hadis. maka jangan letakkan islam pada selain yang dua ini. sebab yang lain tu tak sempurna. kalau yang baik, amalkan, yang tak baik, tinggalkan (bagi yang selain dua ini). tapi jangan disebabkan sesetengah golongan yang buat salah, anda salahkan islam terus. dan tak mahu dalami islam lagi. dan tak percaya dengan islam lagi.

apa-apa nasihat, anda boleh pilih sama ada nak terima atau tolak, sebab tak semua akan sesuai dengan diri kita, tapi kalau ayat alQuran ataupun hadis, walaupun bagi kita berat, perlu akui dengan penuh sedar dan rendah diri yang semua tu benar, kemudian amalkan semampunya. bukan sebab nak ikut orang, maka kita nak amalkan islam. tapi sebab Allah. ingat Allah selalu. usah peduli apa orang lain fikir tentang anda. yang penting, apa Allah fikir.

siapa tu Allah? siapa tu Muhammad?

hehe. bukak alQuran dan buku hadis ye cik kak...cik abang...

p/s: kejap aku, kejap saya. kejap korang, kejap anda. aku pun pening...ape-ape pun, perlu diingatkan isu ni bukan hanya setakat ni, banyak lagi points yang berkaitan yang aku tak bangkitkan. contohnya proses nak belajar kupas alQuran dan hadis (sebab bukan boleh main interpret sebarangan), konsep kekuasaan Allahlah yang tentukan segalanya, eg tak semestinya pakai tudung makanye akhlak baik etc, kesedaran untuk kenal dan amalkan islam dengan sungguh-sungguh (sebab kalau orang yang tak peduli langsung pasal agama, dia takkan peduli pun orang pakai tudung ke tak ke, sebab dalam diri dia tak ada konflik pasal nak tahu islam tu apa, walaupun dia islam...wallahualam). dan lagi satu, tulisan aku ni lemah sebab tak disokong ayat-ayat alQuran dan hadis. kalau ada yang nak bagi silakan, dan kalau ada yang nak bangkang mana-mana isi aku dengan ayat-ayat alQuran dan hadis, sila tampilkan. sila jangan jadikan points aku sebagai isi hujah anda! jadi sama-sama la kita terus belajar ek! =)

kebakaran ke terbakar?

dekat-dekat pukul 11.30 malam.
beep...beep...beep...
aduuuuhhh
takkanlah lagi skali??? dah lewat malam la...
memekak. akhirnya aku bangkit jugak. manalah tahu, kalau-kalau itu amaran betul. ya Allah, selamatkanlah barang-barang aku...
aku pakai yang simple-simple kemudian turun ke ground floor.
kalau ada fire alarm macam ni, mesti malam yang sama gak ada parti.
macam-macam yang membingitkan telinga. dah dasar orang menumpang kan, takde surau yang proper. tahan je la masa kat 'surau' kami (bilik kecil) tengah solat jemaah berlatarbelakangkan muzik yang emm...pepaham je la.
anyway, hari tu pun penah jadi macam ni. ade orang yang sengaja kacau fire alarm, akibatnya dua keta bomba datang. semua orang kena keluar bilik, berkumpul kat car park. sama ada betul-betul sebab risaukan keselamatan ataupun tak tahan dengan bunyi fire alarm yang boleh pekakkan telinga. aku buat sebab...sebab...
sebenarnya aku tak kisah sangat kena berdiri kat luar tu. dapat tengok bintang-bintang, bulan, awan, langit...ohh syahdunya teringat malaysia..(almaklum aku 'agak' jiwang) tapi mengadap perangai omputih-omputih ni yang buat aku meluat. meh la aku cerita, amek pengajaran sket.
diorang masa tu tengah parti, makanye bila semua orang kene keluar berkumpul, omputih-omputih ni pun bawak segala harta benda diorang, arak dan rokok dan segala apa yang diorang pakai untuk berparti (cadar putih tandanya diorang tengah buat parti toga, aku pun tatau ape kejadahnya parti toga tu) ataupun pakai yang bagi diorang 'basic' wear je. ufff...segannya aku nak cerita. pastu buat benda sumbang depan orang dengan selamba, borak-borak, jerit-jerit macam orang histeria eg "i love fire fighters!!!" huh. ape kes???
sedihnya aku kalau ada sedara aku wat camtu, pastu yang jadi fire fighter tu bapak dia. sedihnya tengok anak macam tu! ayah susah-susah hantar ko masuk uni, ko buat perangai tak senonoh atas alasan 'nak lepas tension'. tambah-tambah lagi kalau anak tu perempuan. eeee...nauzubillah sedihnya. kalau dipk-pk kan, maunye tak tido tiga malam berendam air mata. lagi satu aku tak tahan- bau arak. aku hampir nak termuntah dah. siap dengan kepala pening sebab tak cukup tido, ditambah dengan mualnya aku tengok aksi-aksi diorang tu. ya Allah jauhkan kami dari perkara-perkara ni...

p/s: budak scholar negara pun ade jugak buat perangai tak senonoh...dia ingat Tuhan kat malaysia dengan Tuhan kat australia tu lain kot...astaghfirullah...siapa agaknya yang anta kami ke aussie ni? untuk apa agaknya???

hitam + putih

sejuk jugak hari ni. cuaca melbourne kadang-kadang mengelirukan. kejap ok, tak windy dan cerah, kejap lagi stat hujan pulak. confuse aku. nak beli payung pun tak advisable kalau kat sini. sebab angin boleh jadi sangat kuat, bila bertiup payung boleh terangkat ke atas, terbalek dan rosak. macam gaun orang putih yang kene electrocuted dalam crita2 lama dulu.
hujanla kot petang ni, aku agak-agak. well. biarlah hujan. aku enjoy je hujan. boleh main-main lopak bile tak ada orang nampak. haha. malang, aku tak jumpa lopak. kalau jumpa, emm...
masa jalan ke kelas, jumpa akak senior sorang, ngah on the way ke class kot. bertegur sapa macam biasa. aku nak cepat-cepat blah senanye. biarlah dia tak perasan.
kemudian dia pun jalan. ahh...leganya.
dah beberapa meter, dia berpaling kat aku dan panggil aku.

a-l-a-m-a-k----

"tahi lalat!!!" dia menjerit. gelak-gelak.
aduh. pick up jugak akak ni. mana tak nya. aku pakai tudung itam, kot hitam, seluar putih.
hitam + putih = tahi cicak.
ehh??? tadi dia cakap tahi LALAT???
aku baru nak berpaling, nak cakap 'eh, tahi cicak bukan tahi lalat kak..."
tapi dia dah jauh.
oh apalah nasib...
keluh sendiri. kena dipanggil tahi lalat la pulak.
eh silap. tahi cicak sepatutnya.
oh well. apelah bezanya?! tahi jugak. huh!
aku perlu bijak bergaya. huhu

p/s: akak usah marah kalau terbaca ye. no offence. saya sayang akak selalu. terhibur je sebenarnya. hehe.

Monday 7 May 2007

tanggungjawab

duduk di sini
tanggungjawab aku
makan apa yang aku dihidangkan
telan apa yang aku disuapkan
belajar apa yang aku diajarkan
buat apa yang aku disuruhkan
tinggalkan apa yang aku dilarangkan
tidur bila aku diizinkan
gembira bila aku dibenarkan
oleh Tuhanku
kata-kata ringkas yang
indah khabar dari rupa
tapi aku akan selalu cuba
atas nama Dia
dengan izinNya jua

Sunday 6 May 2007

masa

sebelum itu
wajar sebagai peringatan
bahawa aku sememangnya belum matang...



usah kau meminta kesempatan pada masa
tapi mintalah kepada si Pemilik masa

masa itu sendiri suatu misteri
apatah lagi pemiliknya
usah kau memaksa
minta dipercepatkan sesuatu
si Pemilik masa jua yang akan menentukan
bila tibanya segala sesuatu
berharaplah pada Dia yang menentukan
kerana Dia ada yang terbaik
dan memberikan yang terbaik
setiap dariNya adalah sesungguhnya
yang terbaik jua
bila masa yang sesuai
pasti ia akan tiba

usah menyombong dengan masa
segala yang telah kau capai selama ini
adalah izinNya jua,
si Pemilik masa
bergeraklah seiring dengan masa-
kadang-kadang kau tak terasa ia berlalu
dan kadang-kadang kau menunggu terlalu lama
asalkan kau bergantung pada Tuhanmu
dan bermujahadah kepadaNya
serta berusaha semampumu
dan berserah padaNya
insyaAllah
doanya dan doaku mengiringi langkah-langkahmu

contohilah masa
berlalunya tenang sekali
tapi ingatlah
kadang-kadang dalam sesingkatnya masa
apa-apa jua boleh berlaku
sungguh
tiada apa yang dapat lari
dari ketentuan Pemiliknya

masa
kau dan aku
hambaNya jua

suke cerita ini~

Rama-rama

Suatu petang yang tenang, anginnya juga tidak berapa kuat menyapa kulit seorang budak yg baru sahaja selesai memakai kasut sukannya. Suka sekali dia petang itu kerana cuaca yg baik seperti mengizinkan dia meneruskan rutin hariannya. Menangkap dan memerhati rama-rama. Ya, rama-rama yang berwarna warni itulah yg mampu menarik dia keluar bermain petang, walaupun keseorangan. Dia tidak suka bermain bola sepak bersama rakan rakan. Ganas dan kasar. Rungut hati kecilnya. Lebih baik dan bermanfaat jika bermain rama-rama. Puas sungguh sanubarinya apabila dapat melihat berbagai jenis rama di hutan belakang rumahnya. Ada yg biru kuning, ada yang hitam merah, hitam berkilat dan juga putih susu seperti mana kulitnya. Namun dirinya bukan kejam seperti peminat rama2 yg lain, dia akan menangkap dgn berhati-hati, takut akan mencederakan rama-rama itu, lalu dia memasukkan ke dalam balang dan diperhatikannya rama-rama itu sehingga puas. Kemudian dia akan melepaskannya semula ke alam hijau di mana rama-rama itu sepatutnya hidup. Puas sungguh hatinya. Puas. Tersangat puas.
Namun pada petang itu lain halnya seperti yg biasa berlaku. Tidak banyak rama-rama berterbangan seperti biasa. Mungkin musimnya telah habis. Masakan begitu, ada kurang dua bulan baru rama-rama akan habis musimnya dan bermigrasi ke tempat lain. Dia sudah membuat perhitungan sejak dahulu lagi. Sedang asyik melayan fikiran dan meneropong ke mana hilangnya rama-rama itu, matanya tertumpu pada sebuah kepompong yg agak besar namun hodoh rupanya. Tapi dr celahan kepompong itu dia dapat melihat sekilas seekor rama-rama didalamnya sedang bersusah payah utk keluar. Hatinya yang sememangnya amat kasih kepada alam tersentuh melihat kesukaran rama-rama itu keluar dr kepompongnya. Sedikit demi sedikit, dengan segala kudrat yg ada rama-rama itu cuba utk keluar namun amat payah sekali. Sesekali rama-rama itu berhenti mengoyak kepompongnya. Letih agaknya, fikir budak itu. Dr pandangan budak itu, apalah susahnya kepompong yg rapuh itu utk dikoyakkan. Senang sahaja. Hati kecilnya amat bersimpati dgn kesusahan rama-rama itu. Ingin ditolongnya. Tapi bagaimana. Dia dalam kesusahan,fikirnya. Perlu ditolong segera menjadi seekor rama-rama yg terbang gah mengepakkan sayap yg berwarna-warni.
Tanpa berfikir panjang budak itu berazam mahu membantu rama-rama tersebut. Diambil gunting dr poketnya, disuakan ke dalam kepompong tersebut dan dikeratnya sedikit demi sedikit kepompong itu agar cukup luas bagi rama-rama itu keluar. Akhirnya rama-rama itu berjaya keluar dr kepompong itu.
Berjaya!!
Girang hati budak itu melihat rama-rama itu berjaya keluar. Dia terus menanti agar rama-rama itu terbang. Seminit. Dia melihat rama-rama yg keluar itu merangkak-rangkak mahu terbang.
Lagi! Lagi! Bisik hati kecilnya.
Lima minit berlalu. Rama-rama itu terus merangkak-rangkak.
Sepuluh minit. Rama-rama itu merangkak-rangkak lagi. Tapi dgn kudrat yg lebih lemah. Apa terjadi,tanyanya pada diri sendiri. Setelah melihat dgn lebih dekat, dia mendapati kepak rama-rama itu masih terlalu muda. Di bahagian bawah sayapnya masih pudar warnanya. Belum cukup matang. Kakinya juga belum cukup kuat utk berjalan.
Astaghfirullah!! Apa yg aku lakukan ini!! Jeritnya.
Rama-rama yg diharapkan terbang gah menayangkan kepak berwarna-warni tidak mampu terbang. Tetapi hanya merangkak-rangkak sepanjang hayat mengheret kepak yg tidak matang. Kaki yg hampir lumpuh. Sepanjang hayat rama-rama itu tersiksa begitu. Sepanjang hayat begitu kerana budi baik budak itu.

p/s: aku salin dan lekat cerita ini dari blog seorang ukhti. sorry ukhti, ana xdapat bgtau kat ukhti...sorry naa...
yang penting, pengajaran darinya.
semua benda,
ada perhitungannya,
ada masanya.
usah dipaksa-paksa.
usah diminta dipercepatkan.
sebab tak ada apa yang Allah tentukan tu, sia-sia.
semua bersebab.
cuma Allah yang tahu segala sebab tu.
kadang2, di luar logik akal kita yang lemah.
kalau Allah kata belum, maka belum lah.
sabar dan tenang, kalau dah Allah tentukan, tak akan ke mana.
benda ni bg pendapat aku, applicable pada semua benda-
result exam,
perkahwinan,
pekerjaan,
dakwah,etc...korang tahu sendiri. setiap org ada pengalaman masing2.
yang penting,
yakin dengan Allah,
berbaik sangka dengan Allah,
berusaha dan bertawakkal.
hasil akhir, Dia tentukan.
hadis qudsi: "Aku mengikut sangkaan hambaKu."
aku juga belajar,
kita tak boleh sombong.
kena akui salah, minta maaf dan berubah.
insyaAllah,
Allah acknowledge punye.
kan sehelai daun yang gugur pun tak lepas dari pengetahuanNya?
lagipun, yang penting, ialah pandangan Allah.
bukan pandangan manusia.

ya Allah, ikhlaskan segala amal kami...tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus...ameen

konflik

tak salah bermula dengan konflik.
bahkan, konflik itu sebenarnya positif.
Nabi tersayang pun bermula dengan konflik.
kalau kita kekal dalam zon selesa,
tak ada apa yang gusar di hati,
tak ada apa yang memeningkan kepala.
bila ada konflik,barulah si otak ligat berfikir.
kenapa?
bagaimana?
apakah yang sebenarnya...???
barulah rasa terhimpit.
makan teringat.
tidur termimpi.
macam volcano.
dari dalam perut bumi,
magma yang selesa di bahagian mantel,
bila pressure dalam bumi berubah (berkurang) akibat ada 'ruang' yang dibuka dari bahagian kerak atau lithosphere,
ketumpatan magma berkurang;
lalu mula bergerak ke atas.
semakin dekat dengan permukaan bumi,
kalau banyak gases at the beginning,
and viscosity (ketumpatan) magma itu tinggi,
maka banyak gases yang akan terperangkap dalam magma,
dan akhirnya meletus,
sebagai volcanic eruption.
suatu hari pasti akan termuntah keluar jugak.

sama jugak dengan konflik dalam jiwa.
terlalu banyak si akal berfikir dan menilai.
salahkah aku?
jahatkah aku?
kenapa aku rasa begini?
kenapa sebenarnya sampai jadi begini?
apakah yang SEBENARNYA???

bagi sesiapa yang rasa begini,
tahniah saya ucapkan.
sesungguhnya,
Allah sangat2 sayangkan anda.

ceritanya panjang.
jalannya berliku-liku.
kalau tersalah, kaki mungkin terseliuh dan terjatuh lalu luka.
sakit, perit, tangis.
macam tak pernah berakhir.
penat yang amat sangat.
ya, saya rasa saya faham.
sebab saya juga pernah melalui semua itu.
dan saya mungkin tak ada segala penyelesaian terhadap masalah anda (chewah skema la pulak)

tapi
satu je saya pesan
tak kira siapa pun anda
jahat ke,
baik ke, (ohh perasannye)
miskin ke,
kaya ke,
ramai adik-beradik ke,
anak tunggal kesepian ke,
bohsia ke,
bohjan ke,
penagih dadah ke,
pembunuh hatta perogol wanita sekalipun (ya Allah, jauhkan kami dari golongan ini...jujur aku takuuuttt...!!!)
ingatlah

semua tu
hanya tanggapan manusia terhadap anda.
tak ada manusia yang layak menghukum anda
setiap yang terdetik dalam hati anda
hanya Allah yang tahu.
cubalah anda bercerita pada sesiapa pun,
anda takkan dapat buat orang itu betul2 memahami.
sebabnye senang aje.
mereka bukan anda.
tak ada siapa dapat judge anda.
hanya Allah sahaja.
sebab Dia yang cipta anda,
maka dia tahu setiap apa yang anda ada.
otak anda,
hati anda,
tangan anda,
kaki anda,
jantung dan limpa anda,
rasa sedih anda,
rasa bersalah anda,
rasa pilu dan gembira anda.
without exception.
tanpa pengecualian.

dan
dan
dan
siapa yang datangkan konflik tu pada anda?
saya?
kawan anda?
orang yang berdakwah pada anda?
mak anda?
ayah anda?
anda sendiri?
tidak...Dia, Allah
si Pencipta anda.

kalau nak ubat, pergilah mintak pada Dia.
macam mana nak mintak?
kalau nak mintak sesuatu dari saya,
mungkin anda boleh telefon saya,
atau pergi rumah saya,
atau kita boleh setkan satu date pastu kita berjumpa (bahaya nie..)
tapi kalau Allah?
nak jumpa masa bila ek?
bila ek?

ya...semua pandai2 nie...
betol, betol...
masa sembahyang.
masa tu,
mengadulah dengan jujur terhadap Allah.
berterus-terang.
baik ke kita,
jahat ke kita,
kita tetap hamba Allah,
hamba Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.
adukan konflik jiwa kita pada Dia.
sebab Dia yang datangkan,
Dia juga yang dapat membawanya pergi.
DEKATKAN diri dengan Dia.
macam mana nak dekatkan diri dengan Allah?
melalui kata-kataNya- alQuran.
anda faham alQuran?
kita faham alQuran?
kita TAHU sunnah?
apa hadis pertama?
apa hadis ke 36 dalam hadis 40?
apa surah ke 73?
apa summary surah addhuha?
apa mesej Allah dalam surah al-ahzab???

nak tahu macam mana nak settle masalah kita,
baik kecil mahupun besar,
adalah melalui alQuran dan sunnah ni.
ustaz saya pernah pesan,
'apa-apa masalah pun kena selesai ikut cara agama'
kalau kita tak faham apa itu agama, maksudnya masalah kita takkan selesai.
tak kiralah pandai macam mana pun kita.
tak kiralah betapa kaya pun kita.
tak kiralah berapa ramai kawan yang kita ada.
selagi tak balik pada agama,pada ISLAM,masalah kita takkan selesai.

ini kesilapan ramai parents dan remaja sekarang.
bila hadapi masalah tak selesai ikut cara agama.
saya tak kata mesti ada phD dalam bidang syariah baru boleh cakap pasal agama,
tapi kalau dalam diri sendiri tak percaya pada Allah serta tak yakin dengan Dia dan anggap kita boleh hidup tanpa Dia,
inikan lagi nak dalami islam.
basic tu sendiri tak kukuh,
sebab malas nak berfikir,
tak mahu susah2.
ini stigma masyarakat sekarang.
tak mahu kenal dan faham islam.
kemudian cari-cari salah islam.
prejudis!

maaf, saya memberatkan anda.
tapi kita mesti berfikir.
kenapa kita ada di sini sekarang, pada waktu ini dan tempat ini.
kalau saya tanya anda,
anda siapa?
mungkin anda jawab,
saya orang ipoh,
saya orang melayu,
saya pelajar di australia,
saya orang jawa,
saya orang pasir mas,
orang pasir puteh,
dan...err...banyak lagi.

kalau saya tanya anda,
apa sejarah anda?
pernah ke orang ipoh kuasai baitulmaqdis?
pernah ke orang melayu kuasai 2/3 dunia?
ada orang pasir puteh, pasir mas yang takluk syria?
buka kota constantinople?
habis tu, apa ada pada identiti anda?
anda ni siapa sebenarnya?
halimunan ek...

konflik.
konflik lagi.
arrgghhh...asyik2 konflik!
berterabur bersepah bercampur baur semuanya dalam jiwa.
anda kenal siapa diri anda,
tapi anda taknak mengaku.
anda tahu siapa Tuhan anda,
tapi anda diam-diamkan.
astaghfirullah...Allah jauhkan kami dari azabMu!

saya hanya mahu trigger minds anda,
buat darah dalam otak anda mengalir cepat sedikit.
kalau ada konflik,
pulang pada Tuhan,
pada Allah.
itu fokus saya.
sebab saya dah rasa,
sebenarnya Allah sangat sayangkan saya.
saya tak malu sebab pernah ada konflik ini.
tak macam sesetengah orang yang bertuah sebab asas didikan agama mak bapak dah tanam sejak kecik.
tak macam saya.
tapi tak apa.
ada hikmahnya Allah tentukan macam ni.
saya akan terus belajar.

ya Allah, ampunkan dosa2 kami, ikhlaskan amalan2 kami, tunjukkan kami ke jalan yang lurus, ameen...

Saturday 5 May 2007

bismillahirrahmanirrahim...

salaam
mama, qilah dah buatkan blog nie...untuk mama ngan adek2 nak berceloteh.
he he he
afiq hasif aisyah yang dah pandai taip tu leh la singgah
insyaAllah gambar2 pun qilah letak kat sini jek, ok?
kalau mama nak nak ley save dalam pendrive.
insyaAllah gambar2 nie ok, tak jadik kecik lagi.
mama, doakan qilah kat sini...
td kitrg g field trip ke you yangs ngan organ pipes kat national park,
tgk2 batu kat sana, siapkan assignment, jawab soklan pasal batu2.
best la gak.
ni ada sket gambar2.
cumenye xde muke qilah le.
he he he

ni kat lab mase practical. penat nak mengidentify batu2 ni sampai geram sangat. tu sebab qilah amek gambar2 diorang. haha
ni pulak kat organ pipes, kat national park. ni senanye volcanic flow dulu, dah mengeras jadi batu basalt. ada penerangan pasal formation die kat bawah nie...

kalau ak tgk gambar2 ni full size klik je kat gambar nie, k?
oklah ma, nanti qilah tulis lagik. nanti mama ke afiq ke hasif ke aisyah ke awin ke ahnaf ke acu ke tambah la ek! =)
wassalaam...luv n miss u all...mmmuuaaahh~