Sunday 6 May 2007

suke cerita ini~

Rama-rama

Suatu petang yang tenang, anginnya juga tidak berapa kuat menyapa kulit seorang budak yg baru sahaja selesai memakai kasut sukannya. Suka sekali dia petang itu kerana cuaca yg baik seperti mengizinkan dia meneruskan rutin hariannya. Menangkap dan memerhati rama-rama. Ya, rama-rama yang berwarna warni itulah yg mampu menarik dia keluar bermain petang, walaupun keseorangan. Dia tidak suka bermain bola sepak bersama rakan rakan. Ganas dan kasar. Rungut hati kecilnya. Lebih baik dan bermanfaat jika bermain rama-rama. Puas sungguh sanubarinya apabila dapat melihat berbagai jenis rama di hutan belakang rumahnya. Ada yg biru kuning, ada yang hitam merah, hitam berkilat dan juga putih susu seperti mana kulitnya. Namun dirinya bukan kejam seperti peminat rama2 yg lain, dia akan menangkap dgn berhati-hati, takut akan mencederakan rama-rama itu, lalu dia memasukkan ke dalam balang dan diperhatikannya rama-rama itu sehingga puas. Kemudian dia akan melepaskannya semula ke alam hijau di mana rama-rama itu sepatutnya hidup. Puas sungguh hatinya. Puas. Tersangat puas.
Namun pada petang itu lain halnya seperti yg biasa berlaku. Tidak banyak rama-rama berterbangan seperti biasa. Mungkin musimnya telah habis. Masakan begitu, ada kurang dua bulan baru rama-rama akan habis musimnya dan bermigrasi ke tempat lain. Dia sudah membuat perhitungan sejak dahulu lagi. Sedang asyik melayan fikiran dan meneropong ke mana hilangnya rama-rama itu, matanya tertumpu pada sebuah kepompong yg agak besar namun hodoh rupanya. Tapi dr celahan kepompong itu dia dapat melihat sekilas seekor rama-rama didalamnya sedang bersusah payah utk keluar. Hatinya yang sememangnya amat kasih kepada alam tersentuh melihat kesukaran rama-rama itu keluar dr kepompongnya. Sedikit demi sedikit, dengan segala kudrat yg ada rama-rama itu cuba utk keluar namun amat payah sekali. Sesekali rama-rama itu berhenti mengoyak kepompongnya. Letih agaknya, fikir budak itu. Dr pandangan budak itu, apalah susahnya kepompong yg rapuh itu utk dikoyakkan. Senang sahaja. Hati kecilnya amat bersimpati dgn kesusahan rama-rama itu. Ingin ditolongnya. Tapi bagaimana. Dia dalam kesusahan,fikirnya. Perlu ditolong segera menjadi seekor rama-rama yg terbang gah mengepakkan sayap yg berwarna-warni.
Tanpa berfikir panjang budak itu berazam mahu membantu rama-rama tersebut. Diambil gunting dr poketnya, disuakan ke dalam kepompong tersebut dan dikeratnya sedikit demi sedikit kepompong itu agar cukup luas bagi rama-rama itu keluar. Akhirnya rama-rama itu berjaya keluar dr kepompong itu.
Berjaya!!
Girang hati budak itu melihat rama-rama itu berjaya keluar. Dia terus menanti agar rama-rama itu terbang. Seminit. Dia melihat rama-rama yg keluar itu merangkak-rangkak mahu terbang.
Lagi! Lagi! Bisik hati kecilnya.
Lima minit berlalu. Rama-rama itu terus merangkak-rangkak.
Sepuluh minit. Rama-rama itu merangkak-rangkak lagi. Tapi dgn kudrat yg lebih lemah. Apa terjadi,tanyanya pada diri sendiri. Setelah melihat dgn lebih dekat, dia mendapati kepak rama-rama itu masih terlalu muda. Di bahagian bawah sayapnya masih pudar warnanya. Belum cukup matang. Kakinya juga belum cukup kuat utk berjalan.
Astaghfirullah!! Apa yg aku lakukan ini!! Jeritnya.
Rama-rama yg diharapkan terbang gah menayangkan kepak berwarna-warni tidak mampu terbang. Tetapi hanya merangkak-rangkak sepanjang hayat mengheret kepak yg tidak matang. Kaki yg hampir lumpuh. Sepanjang hayat rama-rama itu tersiksa begitu. Sepanjang hayat begitu kerana budi baik budak itu.

p/s: aku salin dan lekat cerita ini dari blog seorang ukhti. sorry ukhti, ana xdapat bgtau kat ukhti...sorry naa...
yang penting, pengajaran darinya.
semua benda,
ada perhitungannya,
ada masanya.
usah dipaksa-paksa.
usah diminta dipercepatkan.
sebab tak ada apa yang Allah tentukan tu, sia-sia.
semua bersebab.
cuma Allah yang tahu segala sebab tu.
kadang2, di luar logik akal kita yang lemah.
kalau Allah kata belum, maka belum lah.
sabar dan tenang, kalau dah Allah tentukan, tak akan ke mana.
benda ni bg pendapat aku, applicable pada semua benda-
result exam,
perkahwinan,
pekerjaan,
dakwah,etc...korang tahu sendiri. setiap org ada pengalaman masing2.
yang penting,
yakin dengan Allah,
berbaik sangka dengan Allah,
berusaha dan bertawakkal.
hasil akhir, Dia tentukan.
hadis qudsi: "Aku mengikut sangkaan hambaKu."
aku juga belajar,
kita tak boleh sombong.
kena akui salah, minta maaf dan berubah.
insyaAllah,
Allah acknowledge punye.
kan sehelai daun yang gugur pun tak lepas dari pengetahuanNya?
lagipun, yang penting, ialah pandangan Allah.
bukan pandangan manusia.

ya Allah, ikhlaskan segala amal kami...tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus...ameen

No comments: