Wednesday 30 July 2008

27 rejab 1429 hijrah~

kenyang, alhamdulillah. dan ada kerja. ada kerja. kau tak berilusi aqilah.

sejak lelangit aku sakit dan kulit di tepi mulut aku luka-luka, aku jadikan nasi dan lauk itu bubur. campurkan semuanya dan tambah air. panaskan atas api kemudian makan dalam mangkuk.

nikmat. sekejap-sekejap aku makan lagi. sedap betul! teringat bubur lambok faveret aku tu. ahh, ramadhan. gembira puasa gembira berbuka :)

on the way balik dari uni aku jumpa seorang budak kecil cina comel yang berjaja cokelat untuk kutip derma. lancar cakapnya, cantik senyumnya. membuat dia gembira menggembirakan aku juga. iya, macam tu lah kita jadi cantik.

atmospheric science's first practical was okay. huwaa, tak sangka kita bertemu lagi, fabrizio. terus membuatkan aku berfikir yang aku perlu bersedia dengan lebih awal lain kali. sepanjang practical tadi aku lebih banyak belajar sendiri berbanding bertanya soalan. aku dah mafhum kesulitannya. tapi sebelum aku keluar bilik practical tadi fabrizio sempat senyum pada aku maka aku katakan terima kasih. aku tahu dia faham yang 'slang' english-nya yang berbeza tu jadi masalah besar students nak ber-communicate dengan dia dan aku boleh baca depression pada muka semua students dalam practical tadi. iya kita sama-sama tahu maka jomlah buat mana yang mampu, kan- membuatkan aku belajar untuk jadi indipendent dan tak expect apa-apa serta cuba baca dan fahamkan sendiri; kalau aku betul-betul stucked baru aku tanya.

namun aku datang lambat 15 minit untuk earth science's lecture hari ini. ada jugak rasa malas tadi, rasa macam nak escape kelas je tapi sebab aku dah azam nak attend all classes sebab eventually aku sedar lectures itu penting sebosan mana pun dia, maka aku bangun bersiap jugak walaupun aku sedar aku memang akan lambat. aku kene buat reading awal untuk unit ini, sangat-sangat kena buat early reading. gitu juga dengan units lain, aku mahu buat sungguh-sungguh. Tuhan mudahkan aku, mudahkan aku. ameen~

dan pagi ni orang yang patutnya aku kejut kejutkan aku. hehe. sorry yerk..pagi tadi tidur pukul 5 lepas qiam..ingatkan boleh bangun sebab dah tido sekejap malam tadi tapi..uhmm..but you made it, kan..iyelah orang dah besar lagi matang lagi sudah pandai menjaga diri sendiri..hehe.. ;p

lalu buat sesuatu yang baik, contohnya puasa pada 27 rejab bersama bestfriend walaupun jauh, adalah suatu yang sangat menggembirakan..kan? ;) for some reasons i've been so afraid to do that..thanks for asking me to do it together..really appreciate it..

soshite, selamat menyambut 27 rejab.. ;)

Sunday 27 July 2008

domestic blitz, thanks ya Allah~

xde mood hari ni. malam tadi aku realized yang aku ada banyak, banyak, banyak sangattt keje kene buat..im starting to feel depressed dengan core unit yang kitorang kene amek ni- sci2010. workshops lain, assignments lain, lepas tu semua tasks sama penting, semua kene buat dengan konsisten dan sungguh-sungguh, tak boleh buat keje last minute lagi. aku kene cari article yang aku masih belum jumpa dan ada online quiz yang aku belum buat lagi dan ada konsep-konsep yang aku belum faham etc..etc..oh my God..

aku mencari di internet dan baca sikit-sikit benda yang berkaitan dengan smart building materials, area yang aku cadang nak explore. lepas beberapa jam mata aku tiba-tiba rasa sangat penat. jadi aku tidur sekejap. aku terbangun bila dengar bunyi orang cakap-cakap dalam tv, cerita gilmore girls. suara perempuan yang bagi aku bising, sebab aku tengah tidur. dan bila aku terjaga aku teringat yang aku ada banyak keje belum aku siapkan, lepas tu mood aku terus hilang. aku solat dan rasa lapar, cadangnya lepas solat terus nak makan. sambil tu aku rasa kalau ada orang cuba nak bagi aku nasihat time tu, eg 'doa banyak2 nanti ade lah mood balik/relax lah nanti sume akan oke/tak best lah sedih-sedih camni' pasti aku akan tampar muka dia. jangan kacau aku time ni!

sebenarnya sejak dua tiga hari ni aku tak sihat. cuaca sejuk dan kering, kulit aku kat bahagian mulut tak tahan, kering sangat sampai kulit mengelupas, bibir rasa pedih dan luka-luka. nak senyum pun tak boleh. lelangit aku pun sakit, rasa macam kurang minum air sangat-sangat. aku dah sapu losyen, minyak zaitun, pakai lipbalm tapi dia still cenggitu. aku tak tau nak buat apa lagi. sakit...

time makan, aku panaskan nasi dan tambah banyak air supaya dia jadi bubur. banyak jugak aku makan tadi, sebab aku tensyen. lelangit aku sakit bila aku makan epal yang crunchy tu tapi bila makan nasi dia oke.

sambil makan aku tengok tv. mula-mula rasa macam nak tutup je tv tu sebab macam memekak, tapi x pelah aku biarkan je dia terbukak. rancangan domestic blitz. dalam rancangan ni, satu keluarga dipilih untuk ditolong. keluarga ni selalunya keluarga yang baik, banyak tolong masyarakat dan sekarang sedang hadapi masalah tapi diorang tak mintak apa-apa sebagai balasan; mereka cuba hadapinya semampu mereka. jadi orang-orang dari rancangan domestic blitz ni datang ke rumah diorang, tolong renovate dan elokkan rumah diorang supaya diorang happy walaupun sedang dalam masalah. sementara tu family tu diberi cuti beberapa hari ke gold coast untuk bercuti, berehat and to take some time off.

dalam rancangan kali ni, suami isteri tu banyak tolong masyarakat; mereka bertugas sebagai fireman dan penyelamat. si suami dah diagnosed with cancer stage 3 dan terpaksa jalani pembedahan. dia selamat tapi sekarang mereka hadapi masalah kewangan dan si suami masih dalam recovery jadi tak dapat kerja. tapi mereka lakukan apa yang termampu; tak merungut dan si isteri sentiasa di sisi suaminya, teruskan kerja, teruskan bantu orang lain dan jaga anak-anak walaupun hadapi masalah macam tu. even father in-law dan kawan-kawan mereka puji sikap mereka yang tabah tu.

melihat tu aku rasa sebak. kenapa senang sangat aku jadi tak bersyukur. masalah orang lain lebih besar tapi diorang masih dapat bersabar.

entah lah. selalu bila aku fikirkan tentang masa depan dan di mana aku berdiri dan dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku aku jadi takut. being afraid to love and being afraid to get hurt. having very high expectations. thinking of what i might have done wrong and puzzling about what i havent done to make everything okay. sometimes everything got so messed up and i feel as if life is so hard and there's no one that i can tell about it.

yeah. jadi kadang-kadang Allah ingatkan kita balik, usah sedih-sedih. buat baik pada orang tanpa harapkan balasan dan insyaAllah Dia akan tolong kita. buat kerja kita sungguh-sungguh dan sabar, sabar dan sabar, insyaAllah Dia akan perkenankan doa kita di waktu kita tak sangka dan ketika kita sangat memerlukannya. buat baik dibalas baik, kan. Allah dah pesan itu dan Dia maksudkannya sungguh-sungguh. Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

ameen.

Friday 25 July 2008

transisi zaman

semakin jarang aku menulis ek. entah lah.

membaca blog afifah membuatkan aku berfikir tentang sesuatu. sama juga bila aku chat ngan maksu tentang wardah.

transisi zaman.

i never wonder myself writing a blog while i was only form 3. internet pun suatu yang hampir sangat asing pada aku. tapi serentak dengan kemasukan ke kolej, semua exposure tu macam blooming dengan pantas seiringan dengan attachment aku dengan teknologi ini.

iya, aku seorang yang sukakan teknologi dan selalu sangat cemburu dengan orang-orang yang pandai sesuatu yang aku suka lebih dari aku. itu antara suatu inspirasi pencabar yang membuatkan aku explore dengan lebih banyak dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh tentang apa yang aku suka.

maka melihatkan betapa budak2 sekarang yang punya exposure, dalam kes ni exposure yang positive, constructive and beneficial tentang teknologi, membuatkan aku cemburu dengan mereka. jika aku yang mula dapat exposure pada umur 17 tahun pun mampu buat sebanyak ini dengan teknologi (punya blog yang ada kredibiliti, popular di friendster [ehem ehem], connected to lots of different people and mindsets, and learn so so much from this technology) inikan pula budak-budak sekarang yang peroleh exposure yang lebih banyak lebih awal.

jadi bila maksu khabarkan tentang anak perempuan sulungnya wardah yang sebijik pemikiran dan perangai macam aku (sekarang umurnya 9 tahun) dan dia kata 'doa-doa wardah jadi macam qilah..' aku diam sekejap dan berfikir 'hmm..mungkin dia akan jadi lebih baik..dan akulah yang perlu jadi macam dia..kene usahakan untuk explore dan belajar lebih banyak, berfikir dan merasa lebih banyak dan berusaha lebih sungguh-sungguh..'

hehe. kan aku dah kata aku cemburu.

p/s: selamat menyambut hari jumaat.

Sunday 20 July 2008

ingatkan aku~

||rabu, 18081999||

hari itu agak terik. kelas yang sempit dan penuh itu terasa berbahang. peluh memercik membasahi baju sekolahnya. dia semakin berusaha memberikan tumpuan pada cikgu yang sedang mengajar di hadapan, sambil sekejap-sekejap matanya menoleh ke arah pintu kelas. terdengar gelak tawa kanak-kanak lain berkejaran di padang hijau sekolah yang kecil itu.

iya, pada masa itu dia hanyalah seorang budak kecil.

serentak dengan bunyi loceng, semua orang bangun dan mengemas beg masing-masing, sibuk membetulkan lipatan baju dan menyusun buku-buku serta memasukkan alat tulis ke dalam beg warna-warni. ada yang kecil, ada yang besar. ada yang baru dan ada yang lama. begnya masih setia berkhidmat dengannya, tanpa koyak atau menjadi terlalu lusuh, tapi kasutnya perlu diganti.

'yes, nak suruh abah beli kasut baru hari ni,' hatinya berdetik. lama sudah dia mengidam kasut baru.

selepas semua murid memberi ucap terima kasih pada cikgu, dia separuh berlari menuju pondok di hujung padang, tempat biasa dia menunggu abah. semakin hampir dengan pondok, langkahnya semakin perlahan.

'pelik, motor abah ada, tapi abah kat mana?' bisiknya dalam hati, sambil matanya melilau mencari di mana abah. dia meletakkan begnya ke dalam poket hadapan motor dengan hati-hati, takut motor terjatuh dan takut dia tersilap motor.

'eh, tapi betullah ini memang motor abah,' hatinya mengesyorkan. tapi bayang abah pun masih tak dapat dilihatnya. dia mula mencari di sekeliling pondok.

'huarghh!!' tiba-tiba ada orang menyapanya dari belakang pokok.

'abah! ishh..buat qilah terkejut je..abah menyorok ek..' dia separuh menjerit sambil memukul manja tangan abah. abah gelak sakan.

'penakut anak aku yang sulung ni,' hatinya mungkin berbisik macam tu. abah naik motor dan memakai topi keledar kegemarannya. kemudian dihulurnya topi keledar hitam yang satu lagi kepada anak perempuannya. topi keledar hitam itu nampak besar tapi sebenarnya muat-muat saja untuk kanak-kanak itu.

'abah, bila abah nak beli kasut hitam qilah? kasut qilah dah kecik lah..' katanya sambil menguis-nguis kaki ke tanah, sengaja menunjukkan rasa tidak selesa dengan kasut yang sedang dipakainya.

abah memandangnya sekejap. 'iyelah, jom jom abah bawak pegi kedai,' abah membalas. budak kecil itu melonjak.

'yeayy..!' dan selepas mengancing topi keledar, anak itu naik di belakang sambil memeluk pinggang abahnya. sekejap-sekejap dia menekup mukanya di belakang badan abah sambil senyum. badan abah sangat berpeluh, tapi abah tetap wangi. abah suka mandi lama-lama, kalau dia mandi memang sangat bersih. dia suka bau badan abah yang segar tu. abah sentiasa harum walaupun tak pakai apa-apa pewangi kecuali sabun mandi Lux kegemarannya. dan mama selalu tak bagi abah mandikan anak-anak sebab kalau abah mandikan, abah akan mandikan anak-anaknya sampai jari-jari anaknya kecut dan badan mereka menggigil sebab mandi lama sangat. kesan sikap abah yang sangat mahukan kebersihan.

angin sedikit-sedikit menghilangkan peluh abah yang melencunkan bajunya, tapi terik mentari semacam tak mahu memberi peluang. tambahan lagi bila sampai ke kedai kasut cina yang mereka selalu pergi itu, yang kecil dan sempit. tapi anak itu sukakannya, sebab ada banyak benda dalam kedai itu.

'yang ini macam mana? suka tak, aqilah?' abah membelek-belek kasut hitam itu sambil memasukkan kaki anaknya ke dalamnya. seakan puteri. anak itu diam sambil matanya meneliti pilihan kasut-kasut hitam di rak kedai. lepas itu matanya tertumpu pada kasut yang sedang dicubanya.

'emm..ok jugak,' balasnya pendek. selepas mencuba dua tiga pasang, anak itu membuat pilihan. teringatkan kipas mengkuangnya yang semakin layu dan sudah koyak-koyak di rumah, abah mengambil kipas mengkuang baru dan membayarnya sekali. kasut itu diberinya pada anaknya.

'nah..jaga baik-baik..lepas ni abah tak beli dah kasut untuk aqilah,' abah berkata dengan nada bersahaja. anaknya berasa pelik.

'kenapa pulak..tahun depan kena lah beli kasut baru lagi..takkan nak pakai kasut yang sama..' anak naif itu merungut. abah senyum kelat.

namun hari itu anak sulungnya memang amat gembira sebab dapat kasut baru.

||jumaat, 20081999||

mama keluar ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan kerja abah. anak sulung itu sendiri tak faham kenapa seorang inspektor polis masih perlu membaca buku.

bila mama balik, rumah bersepah dan anak-anak kecilnya tak terurus.

'aqilah, kamu buat apa kat rumah? tengoklah adik-adik ni...!' mama separuh menjerit sambil melihat rumah yang bersepah. memang pantang mamanya melihat rumah bersepah walaupun anak-anaknya yang seramai lapan orang itu terkenal dengan perangai yang macam-macam. anak sulung itu runsing sambil merampus mengemas rumah.

'nak tengok tv pun tak boleh laa..!' bentaknya, entah pada siapa. dia bingkas sambil marah-marah dan mula mengemas apa yang patut. mama juga turut mengemas.

tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah. dua tiga kawan abah muncul di hadapan pintu. mama menyambut mereka.

'puan, tuan amir ada masalah kesihatan..di hospital..puan mahu tumpang..kami boleh hantarkan puan..agak serius..' itu adalah bibit-bibit yang dapat didengar anak itu. entah kenapa tangannya menggigil dan peluh sejuk mula membasahi tengkuknya. ada sesuatu yang tak kena. muka mama juga sudah berubah.

'tak apa saya boleh 'drive' ke sana sendiri,' mama memberitahu. mama bersiap sekejap kemudian mencapai kunci kereta.

'aqilah, kemas rumah. sapu dalam bilik semua. kemudian siapkan adik-adik, tukar baju semua. tunggu orang datang ambil,' mama berkata sambil muka mama seperti orang hilang arah tetapi masih cuba mengekalkan warasnya. anak sulung itu mencari-cari senyum dan tenang yang semakin hilang dari wajah mamanya. kemudian mama bergegas pergi. anak itu menyambung menyapu sampah, dan kerana terlalu takut dia menangis. kemudian dia berdoa. suatu doa rahsia yang akhirnya tak diperkenankan Tuhannya.

entah kenapa tiba-tiba semuanya menjadi kelam-kabut; kawan-kawan abahnya datang ke rumah dan menunggu di depan rumah untuk mengambil mereka adik-beradik. mama sudah di hospital, jadi kawan-kawan abah mahu membawa mereka pula ke hospital. tapi kenapa?

'dik..pakaikan baju adik-adik nak, makcik nak bawak kamu semua ke hospital,' seorang kawan abahnya mendekatinya. dia tercari-cari penjelasan. nak bertanya dia takut. tapi untuk apa semua ini? siapkan adik-adik, kami semua? bawak ke hospital? kenapa? kenapa?!

dia mencapai baju yang sesuai dari bakul pakaian kemudian mula memakaikan baju pada adik-adiknya. adik-adiknya yang kecil itu merungut dan buat perangai; mereka tak mahu pakai baju dan membuatkannya meradang.

'cepatlah pakai baju..!' tangannya yang menggigil itu hampir terlepas baju adik-adiknya, dan adik-adiknya hampir menangis.

'dik..jangan marah adik-adik tu..' makcik polis tadi bersuara. dia semakin hilang arah; ada sesuatu memberitahunya perkara yang sangat buruk akan terjadi, dan tak ada apa yang boleh dia lakukan untuk menghalangnya.

akhirnya mereka semua dibawa polis-polis itu ke hospital. entah bagaimana mahu dijelaskan perasaan anak itu. yang pastinya, dia takut teramat sangat.

sesampainya di hospital, ramai orang sudah berkerumun. kebanyakannya polis, tetapi ramai juga yang tidak dikenalinya. beberapa makcik menangis sejurus melihat mereka adik-beradik keluar dari perut kereta. ramai juga yang tunduk menatap lantai lama-lama, seperti cuba menahan sebak masing-masing. anak sulung itu semakin keliru, kenapa ni..??

sambil mencari-cari kelibat mama. pada mama lah mahu diajukan semua soalan. mama mesti punya jawapan untuk setiap kegelisahannya, mama mesti tahu bagaimana untuk menenangkan ketakutannya. mama mesti tahu bagaimana memeluknya supaya dia tak menangis.

polis-polis itu membawa mereka ke bahagian kecemasan. di situ dia nampak mama yang sedang menangis, sambil memegang dan memeluk adik-adik kecilnya. dan serentak dengan itu, dia ternampak sekujur tubuh yang kaku di atas meja bedah hospital. tubuh yang dikenalinya. yang selalu dipeluknya. yang selalu berpeluh untuknya. yang pernah mengangkatnya seperti puteri ke dalam bilik ketika dia tertidur di luar. yang mengambilnya dari sekolah. yang membawanya makan ke luar. tubuh itu sudah diam sekarang. tak mahu bangun-bangun lagi.

'abah dah tak ada, sayang..' suara mama tersekat-sekat. serentak itu dia hilang.

'tipu..! mama tipu..! semua tipu..!!' dia memberontak. beberapa orang cuba memegangnya. ada yang menyuruhnya sabar, ada yang semakin kuat menangis apabila melihatnya sedemikian. mama hanya terus menangis sambil memegang anak-anaknya. tak ada kata yang keluar dari mulut mama. anak sulung itu mula tenang sebentar, mungkin kerana malu dengan tindakannya.

namun selepas dia sedar semula yang abahnya sudah tiada, dia kembali memberontak dan menjerit tidak percaya, sehinggalah mama datang memeluknya. matanya sudah merah dan badannya menggigil. hidupnya dirasakan sudah musnah.

'pergi dengan adik-adik bacakan surah fatihah untuk abah sayang..' mama memimpin mereka ke sebelah mayat abah dan mereka sama-sama membacakan alfatihah untuk abah. syahdu seketika, semua orang diam memerhati. mama meminta doktor untuk tak menjalankan 'post mortem' dan doktor bersetuju untuk hanya menulis 'cardiac arrest' sebagai sebab kematian. mulut anak-anak kecil itu membacakan alfatihah dengan suara perlahan dengan tersedu-sedu. lapan beradik itu sudah menjadi yatim.

pihak polis memberitahu mayat arwah akan dibawa ke balai dan orang akan berkumpul di sana mengutip derma dan membaca yasin sementara kenderaan disediakan untuk membawa mayat dengan secepat mungkin ke kampung. orang kampung juga sudah diberitahu.

mayat abah ditutup dengan kain batik lepas dan diletakkan di tengah-tengah bilik, sambil kedengaran bacaan yasin memenuhi ruang bilik. adik-beradik itu duduk sebelah menyebelah, membaca yasin perlahan-lahan sambil sekejap-sekejap menoleh dengan berlinangan air mata ke arah mayat abah mereka di tengah bilik, dengan pandangan yang amat mengharapkan abah akan bangun dan memeluk mereka. dengan pandangan supaya seseorang memberitahu mereka semuanya hanya mimpi buruk, dengan pandangan supaya seseorang memberitahu mereka semuanya akan oke.

dan dengan pandangan yang telah akhirnya dikecewakan. mama sendiri diam tanpa sebarang kata, termangu. mungkin mama juga hilang.

adik mama datang tak lama kemudian, dan mereka bawakan nasi ayam untuk anak-anak kecil itu makan. betul juga; selepas abah pergi semua mereka seperti tak dipedulikan lagi. semua perhatian diberikan untuk menguruskan mayat. selepas dipujuk mama barulah mereka makan. selepas mandi dan bersiap, polis datang untuk membawa mereka ke kampung. mayat abah sudah pun dibawa ke sana.

perjalanan pulang ke kampung kali itu tak dipandu abah. tak ada gelak tawa, jenaka dan teka-teki dari abah. tak ada suara yang berkata 'kenapa kereta ni jalan lambat..aqilah, cepat suruh gajah tolak kereta ni, cepat..! hahaa..' tak ada bahu untuk diurut, tak ada angin luar yang berpusu-pusu mencium muka dengan mesra. semuanya diam dan sangat sejuk. sekejap-sekejap kedengaran kawan polis abah bercerita pada mama bagaimana abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. tanpa seorang pun orang kesayangannya menyaksikan saat itu.

'syukur, kawan saya tu dah ajarkan arwah mengucap..' kata kawan abah yang bermisai itu, sambil mukanya sedikit-sedikit dapat dilihat oleh anak sulung itu bila disimbah lampu jalan. hari sudah lama malam, dan kegelapan itu tambah mendiamkan semua adik-beradik yatim yang hilang punca itu. perjalanan pulang ke kampung kali itu dirasakan tersangat lama.

ramai juga yang sudah menunggu mayat abah di kampung. adik beradik abah dan opah seperti orang separuh histeria apabila tahu abah sudah tiada, sambil menyalahkan mama dan mengatakan mama membunuh abah; yang mama tak pandai menjaga suami. anak sulung yang mudah baran itu menyorot tajam ke arah wajah-wajah mereka dengan marah yang dipendam. berhati-hati dengan setiap pergerakan, sensitif dengan setiap perubahan dan bersedia untuk melindungi mamanya bila diperlukan. mama hanya memegang anak bongsunya yang 11 bulan itu, bercakap sesedikit mungkin.

keluarga itu mula merasakan seperti mereka sudah dibuang. namun mereka lega selepas keluarga angkat mereka dan keluarga sebelah mama datang menjenguk, kerana akhirnya ada juga orang yang masih peduli. malam itu, anak sulung itu tak dapat melelapkan mata. sambil duduk di sebelah mayat abah dan seperlahan mungkin memegang tangan abah yang sejuk, dia memikirkan apa akan terjadi esok. bagaimana dengan sekolah. dapatkah mereka hidup tanpa abah? dia tak dapat membayangkan apa-apa yang baik lagi mungkin dan boleh berlaku. semuanya seperti neraka masa itu. sekejap-sekejap dia merasakan seperti tak mahu fikir atau peduli apa-apa lagi; dia hanya mahu bersama-sama abah selama mungkin.

||sabtu, 21081999||

dua adik-beradiknya yang lelaki membantu memandikan abah mereka. ramai yang datang menyembahyangkan abah, sehingga sesi solat jenazah dijalankan dua kali. ketika jenazah diarak ke kubur, hujan rintik-rintik membasahi bumi; terasa sayu apabila abah perlahan-lahan dibawa ke kubur sambil berkerumun orang mengikut untuk menghantar abah. mama dan adik-beradik itu dibawa ke kubur dengan kereta.

anak-anak kecil itu melihat sendiri bagaimana abah mereka dikafankan dan dikebumikan, mendengar sendiri suara tok imam perlahan-lahan mengkafankan abah dan mengatakan abah seorang yang baik kemudian membacakan tahlil di kuburan. terdetik di hati anak sulung itu yang benarlah, tiga hari lepas abah sudah membelikannya kasut baru dan hari ini abah sudah tiada. dan semuanya semakin jelas semasa wajah abah semakin hilang dari pandangan ditutup papan kayu dan disimbah tanah, kemudian seorang demi seorang menyiram air di atas kubur abah.

abah benar-benar sudah tiada.

||ahad, 20072008||

神様、私たちを守ってください。。ずっと助けてください。。光につれてください。。アミーン。。

Thursday 17 July 2008

my units so far



aku tengah buat analisis tentang possible units yang aku boleh ambik next year. ada dua tiga unit yang prerequisites-nya beberapa science units, jadi aku perlu make sure yang aku boleh penuhi all the prerequisites supaya senang aku nak pilih mana-mana units yang sesuai untuk third year nanti.

jadi aku wrote down units yang aku dah ambik so far, skali dengan results.

melihat nombor-nombor tu. ada yang besar, ada yang kecil. bukan semuanya bagus dan membanggakan, tapi deep inside aku rasa aku sayang dengan semua units yang aku dah ambik. ada yang susah, ada yang senang, ada yang buat aku rasa nak muntah dan ada yang aku stadi sampai aku jatuh sakit, tapi nampaknya semua mereka amat valuable bagi diri aku.

dalam hidup tak semuanya yang kita dapat adalah apa yang kita rancang, tapi kalau kita jalaninya pelan-pelan dan cuba buat sehabis baik insyaAllah eventually semuanya akan jadi oke. kadang-kadang di mata orang apa yang kita ada bukanlah yang paling best, paling gempak atau paling grant tapi yang penting sebenarnya nilai sesuatu itu pada diri kita sendiri.

samalah juga dengan orang-orang yang kita sayang.

okelah, nak sambung buat kerja yang tak siap lagi. later~

p/s: selamat menyambut hari jumaat :)

Wednesday 16 July 2008

the beginner's guide to winning the nobel prize- peter doherty

i just realized that this sem, i wont be having any field trips. all the units im taking will only be assessed through exams and practicals/workshops, so i dont have to feel the chill of waiting an upcoming, cold field trip during this six months. one of my friend said that it is a shame to not having any field trips, well, yes, i do kinda feel the same.

i was thinking of switching my core unit of application of science with a geoscience unit with no pracs but one assessible 7-days field trip. my friend did the application of science's unit last sem, and he told me he hated the unit- if it is not because of it is a core unit he wouldnt have taken it. i started walking into the lecture room with less spirit due to his claim, and somewhat felt guilty that i asked his opinion about the unit.

but the unit is awesome. do you know how something can be so boring for most people but is just the right thing for you? because that's what i feel about this unit. sci2010- the application of science. it makes me wonder about what science actually is- one i have always have taken for granted eventhough my ambition insyaAllah will be a scientist. kinda awkward, isnt it? but i guess it is not strange at all. sometimes we never think of why we believe in something or doing something and what defines it. only after we go through lots of confusions, conflicts and experiences that make us think of who we really are and what do we do. and whether we still want to continue with what we are doing or perhaps we change.

anyway. our required reading for this week is chapter 2 from this book- the beginner's guide to winning the nobel prize, by peter doherty: the science culture, which is really an interesting chapter. it defines and marks the meaning and how actually science works, and some of the conflicts arised from it, especially regarding ethics. while reading it i almost jumped off my seat, amazed by how the words in the book speak my thought. although i dont agree with all the points presented, but i like the way of thinking it is proposing. i guess im a born scientist after all, well, to some extent ;p

it will be great if i can include some sentences from the book and elaborate them from my perspective, which i actually eagerly want to do. but i also dont want to be hasty, to start questioning things beyond my own capability and knowledge about the issues related to them. yeah, im still munching them to taste them, and yet have to first digest them thoroughly.

it is still early, and i have lots of things to do.

p/s: Allah, please lead us. ameen~

Saturday 12 July 2008

family update~

gembira bila aku dengar satu family aku puasa isnin khamis sekarang ni. mama masak yang special special pulak tu. jeles pun ade. huhu. hari tu ahnaf mintak mama masak ikan goreng, membuatkan mama teringatkan aku yang suka makan ikan goreng. kriuk krap krap..rangup..yummy!!

dan macam biasa mama bercerita tentang progress adik-adik aku kat rumah.

+ hari tu aisyah dapat no 2 dalam batch. markah purata dia lebih tinggi dari budak no 1 tu, tapi budak no 1 tu dapat 8A. aisyah dapat 7A 1B.
- padan muka aisyah. haha. ape yang die dapat B tu?
+ kemahiran hidup. dia ambik perdagangan.
- oo..
aisyah pulak cakap.
- oih, apsal kamu dapat no 2?
+ masalahnya markah orang lebih tinggi dari budak no 1 tu..cume orang dapat B untuk kemahiran hidup..
- kesiann..stadi la wei..jangan asyik ber-'jew jew' dengan boyfren jek.
+ mana ada orang layan dia..dia yang minat kat orang..sampai tulis nama orang kat lengan dia..
- wakakaa..ciannye budak-budak sekarang..
+ lagipun dia yang topupkan..takkan tak nak mesej kot..
- harga minyak dah naik pun boleh lagi topupkan kredit awek. ish3
+ dia bukan pakwe orang la.
- haha. ape-ape jek. stadi, stadi, kate nak masuk asrama.
+ ye lah..

aku cakap dengan mama pulak.
+ mama nak hantar hasif ngan aisyah g program by NST nanti. bagus program tu. hari tu mama ada cakap kat hasif suruh ajak sesiapa kawan dia yang nak pergi, mama boleh hantarkan sekali.
- oo..
+ susah lah budak-budak sini..tak mau sangat..nantilah mama ajak F kot..
- emm..
+ hari tu F ade datang rumah blaja skali dengan hasif. amboi bukan main hasif tu dengan awek dia.
- ish. tak aci nih! qila pun nak gak..mana aci hasif dapat dulu..stadi sekali dengan awek..kat rumah pulak tu..
+ tulah..pastu die boleh tanye mama 'mama tak masak ke?' kurang asam punye budak. mentang-mentang awek dia datang rumah suruh mama masak pulak.
- haha..pastu mama cakap ape?
+ mama cakap nak makan masaklah sendiri.
- haha..
+ takde lah..mama masak gak..mama masak ayam dengan sotong..tapi F bukan makan pun..hasif kate dia diet..sama lah kamu dengan si F tu..
- haha..biase lah..nak jaga badan katakan..
+ tapi dia makan sotong yang mama masak tu..sebab itu faveret hasif..
- ciss..nak amek hati pakwe ngan bakal mak mentua nampaknye..
+ itu lah..lepas tu die kate next week dia nak masak mee goreng..mama kata boleh je..nanti mama sediakan bahan mentah pandai-pandailah dia masak sendiri..
- hehe..ini sungguh tak adil..qilah nak jugakkk!!
mama gelak jek. teringat aku yang F pernah cakap dia tercabar dengan hasif sebab hasif pandai masak.

- mama, acu tengah buat ape?
+ acu? tengah main henfon lah, ape lagi. dia makin pandai bergaya sekarang. beauty consciuos lah katakan.
- hahaa.. (aku memang tak boleh terima betul budak 10 tahun tu amat-amat particular dengan penampilan dia)
+ hari tu dia dah pandai inai rambut. supaya rambut dia jadi perang. hasif punya lah mengamuk dengan dia, hasif kata 'nanti aku botakkan kau baru tau'. tapi mama kata usah la kejam sangat dengan acu..
- habis tu dia inai lah rambut dia?
+ inai..dia tumbuk inai tu sendiri, kemudian sapu atas kepala, kemudian siap balut kepala dia dengan plastik..lepas tu dia baring-baring lah menunggu rambutnya tu jadi perang.
- haha (seriously aku gelak tak henti-henti dengar telatah acu)
+ lepas tu kamu tau, dia suruh mama jahit seluar sekolah dia yang straight cut tu jadi slim cut, yang menguncup ke bawah tu. dia kata tu fesyen sekarang.
- sungguh??
+ iye..masalahnya kalau kantoi dengan cikgu cikgu potong tau seluar sekolah tu..biar nampak terus kaki sampai bawah lutut..haha..
- time tu padan muka lah dia..
+ itulah..lepas tu dia siap carikan bisnes untuk mama..die tunjuk seluar dia tu kat kawan dia, dia kata 'lawa tak mak aku jahit?' kemudian kawan dia puji kata lawa, kawan dia nak mama jahitkan seluar dia skali. balik dari sekolah dia bagitau mama, dia kata 'ma, kalau kawan rais nak mama jahitkan seluar dia mama rasa nak dia bayar berapa? 5 ringgit? kawan rais boleh bayar'.
- wakakakaaa
+ kemudian mama kata lah 'ish kamu ni..jahit sikit macam tu tak de nye sampai 5 ringgit..2 ringgit sudahlah..tapi rais, kamu ingat, nanti kalau kantoi dengan cikgu kamu jangan salahkan mama.'
- haha..siot serupa macam qilah masa darjah 3..qilah buat bisnes lain lah tapi..tulis cerita banyak-banyak kemudian sesiapa kawan-kawan nak baca kene bayar satu cerita 10 sen. kemudian bila kantoi dengan cikgu habis kene bayar balik semua duit tu..huhu
+ itulah..entah lah adik-adik kamu ni..

- ahnaf pulak ma? makin kurus tak?
+ ahnaf tu..mana ada kurus..makin bulat kamu tau..dia bukannye kisah sangat diri dia makin bulat..sekarang suka ajak mama bawak dia makan kat luar lagi..kejap kat kedai mamak la, kejap secret recipe la.
- eee..tak aciiii!!! nak g jugak..
+ haha..hari tu mama makan kat secret recipe dengan dia, dia ngan mama order satu kek sorang kemudian mama beli jugak croissant yang besar tu..bila mama tak larat makan mama suruh dia habiskan kalau tak mama taknak bawak dia keluar lagi..
- croissant tu muak lah..besar pulak tu..
+ tapi dia makan habis kamu tau..betul lah budak tu..makan sokmo..tapi lepas tu dia cakap pada mama takmo g secret recipe lagi, dia rasa nak muntah sebab makan banyak sangat..
- hahahaa..tau xpe..

+ cuma awin lah susah sikit nak makan..
- tulah..awin tu makan dah lah sikit..lepas tu tak berapa suka makan luar..takut nak mencuba lah tu agaknya..
+ mama pun rasa macam tu..perangai sebijik macam abah..tapi hari tu mama bawak jugak dia makan kat luar, mama order untuk dia nasi ladna..dia kata dia suka..lain kali kalau keluar lagi dia nak makan nasi ladna je..
- owh..xpe lah tu pelan-pelan..orang jiwa lembut ni kene slow and steady dengan dia kan..
+ aah..


okay. aku sangat HOMESICK. duhh.