Sunday 24 February 2008

orang yang pernah direject doanya, adalah orang yang disayang

awan pagi ni warnanya macam kain sutera. kelabu yang bersinar, tapi sinarnya kelam macam mutiara. tak menyakitkan mata. angin yang bertiup sejuk amat, sampai hampir menggigil dan naik bulu roma. kadang-kadang sengaja mahu mengelak dari sejuk, aku sentuh papan lappie yang suam. 2-3 saat, kemudian lepas. kadang-kadang dalam masa sekejap itu, tapak tangan boleh berpeluh.

kemudian satu awan biru gelap yang besar, lalu di antara awan-awan mutiara tadi. bergerak perlahan melepasi awan mutiara. awan itu panjang, dengan bentuk tirus di bahagian hadapannya, macam kepala naga. kemudian aku juga nampak misai naga tu. walaupun ia bergerak perlahan, ia nampak perkasa. dan amat signifikan di mata aku.

ahh. awan memang selalunya cantik.

sesuatu yang aku cari dah lama. lagu yang selalu aku nyanyikan sejak aku kecik. aku baru jumpainya. ending song cerita fantaghiro. aku hafal tune-nya dan aku selalu nyanyi di celah-celah sunyi. atau ketika membasuh baju. atau ketika berjalan seorangan. atau ketika aku melipat baju. haha. siot jek.

dan mendengar lagu itu kali ini, dengan mengetahui lirik dan maksudnya.

sebenarnya tiada apa sangat yang berubah. sebab, perasaan itu tetap sama.

ketika aku seorang budak kecik melangkah separuh berlari ke sungai dengan tuala melitup kepala. menyanyi riang sambil membayangkan sejuk deras air sungai yang memang menyeronokkan. dan ketika hampir sampai kedengaran suara budak-budak lain yang sedang bergelak ketawa membuatkan aku juga gembira dan semakin tak sabar-sabar untuk sampai sungai.

dan ketika aku di kelas memilih buku-buku yang sesuai dengan pantas untuk ke makmal kimia. berjalan melintasi koridor panjang itu, dengan pencahayaan yang sedikit kurang. sedikit berpeluh akibat rushing, dalam pakaian sekolah menengah. berjalan pantas dengan ekspresi sifar yang selalu orang terjemahkan sebagai 'serius'. dan tanpa aku sedar ada orang memerhati dari jauh. orang yang berjaya menangkap senyum aku yang tak aku sengajakan.

kemudian waktu renyai di kolej, ketika aku berjalan perlahan-lahan dalam hujan, perlahan-lahan sampai aku seperti boleh mendengar bunyi tapak kasut aku menyerap air hujan di lantai konkrit depan pondok jaga apartmen kolej. dan kemudian aku toleh ke bawah melihat sepasang kaki yang sedang berjalan itu. setiap langkah ada ceritanya sendiri.

melepas nafas, aku memandang ke luar tingkap ini. dan membayangkan waktu-waktu itu bermain-main, menyusup dalam ketawa dan tangis lagu mio nemico ini. semuanya menyatu. menjadi satu perasaan. membentuk aku.

sebelum Kau menolak doa aku itu, pasti Kau sudah berjanji akan menjagaku, bukan? ahh...betul tu.

Saturday 23 February 2008

kalau kamu ada di tempat kejadian kamu akan tidur malam tu dengan muka tersengih

sebab muka mereka semua serius. maksud aku, mereka sangat menghayati watak masing-masing.

ada satu weighing scale yang terletak lebih kurang semeter dari bulatan yang mengelilingi pizza.

salmah pergi menimbang beratnya.

junaidah: eh, taknak tanggal jaket? henfon dah keluarkan dr poket? (separuh gelak)

(salmah sengih dan buat muka selamba menimbang beratnya. sesudah selesai, tersenyum simpul dan kembali ke bulatan pizza)

aminah (selepas meneguk air teh pekat): eh, orang kata kan kalau kita timbang berat sambil tengok sendiri scale, berat kita bertambah kan? (dengan muka concerned)

fatimah: aah.

junaidah: alaa..stakat 0.05 kg jek apalah sangat.

aminah: wah. 0.05 kg?! 500 gram tu!

salmah: bukan lah. 50 gram la kau ni. hish. ala berat macam angin kentut je tu.

aminah: angin kentut berat die 0.05 kg ke? sungguh?

hayati: beratnye!

p/s: semuanya bukan nama sebenar.

Friday 22 February 2008

beberapa points

lama aku tak menulis.

so.

1. beberapa hari lepas time basuh beg dan baju aku tersedar sesuatu. aku rasa aku dah faham apa maksud albert einstein bila dia kata "make everything as simple as possible, but not simpler." ayat ni haunted aku dah lama, first time aku baca kat kulit belakang buku physics mufy aku.

analoginya macam ni: dalam gebuk shower, ada sabun mandi. aku membuat kerja membasuh dalam gebuk shower tu, sebab tu je tempat aku boleh berbasah-basah dengan sesuka hati aku. serbuk pencuci pulak ada dalam almari bilik air. aku nak 'everything to be as simple as possible', so aku malas nak amek serbuk pencuci dalam almari. instead aku guna sabun mandi yang dah sedia ada dalam gebuk shower dan membasuh dengan riang gembiranya.

tapi, kalau aku 'make things simpler', aku basuh jugak baju dan beg aku tapi aku tak guna sabun langsung. sebabnya masih sama- aku malas nak amek serbuk pencuci dalam almari. aku tetap buat kerja membasuh, tapi aku tak guna sabun. kiranya, einstein suruh kita 'at least guna laa sabun walaupun malas gilak' daripada 'tak guna sabun langsung'.

em. tu, dari apa yang aku faham.

2. malam tu sejuk. aku berkelubung dalam quilt dan baring menghadap dinding putih bilik aku. ironinya aku fikir macam-macam. tapi semuanya yang bukan-bukan. kemudian aku tersedar 'ahh...aku buat benda bodoh bila aku sejuk rupanya.' dan bila aku recalled, salah satu keputusan bodoh paling bangang aku pernah buat ialah ketika aku sejuk sangat. sejuk sangat-sangat lepas main salji kat mount buller. aku berfikir dengan sangat laju, sangat dalam, tapi semuanya salah.

in contrast dengan time cuaca panas yang ekstrim, aku berfikir dengan lambat, selalu macam hilang arah, tapi kebanyakannya masih betul.

kesimpulannya- aku lebih tahan panas dari sejuk.

3. selamat menyambut hari jumaat ;-) dah seminggu. umaiwa, doko ka?

Tuesday 19 February 2008

ketika mencintaimu banyak kali menyelamatkan aku

kepada orang yang memanggil aku cantik ketika aku sangat selekeh- buta agaknya.
kepada orang yang tak bosan melayan perangai jelikku- bodoh mungkin.
kepada orang yang menunggu, menunggu, dan menunggu, tanpa sikit pun rungutan- malang barangkali.

orang itu yang tak pernah gagal membuat aku tersenyum...watashi no daiji na hito. arigato~

selamat hari lahir ;-)

Thursday 14 February 2008

selamat hari val...opss

mula-mula aku ingat nak menulis. ber'bla-bla-bla'an tentang ulang tahun aku di ausie. aku telefon mama juga, sengaja nak cari pasal dengan meng'highlight' tarikh aku fly. mama ketawa sambil kata "orang takde keje memang macam ni. takpe takpe mama faham mama faham". siot jek memperli aku.

mama juga ada kata "tak payah le ingat tarikh-tarikh ni. biar orang lain ingatkan, baru seronok. tengok macam mama ni, mana penah ingat bufday sendiri. sedar-sedar je ada orang wish (aku la tu). bukan macam orang tu, sebulan sebelum bufday dia dah bising bising kal rumah pasal 'ada apa lagi sebulan ek?' (aku lagi la tu). kemudian nak throw party la konon. entah siapa laa nak datang. haha. joking joking cume k."

cet.

so.

malas ah aku menulis. ahh. xde xde! menyamfess!!! huh.


(merajuk laa kunun)







HA HA.

p/s: selamat menyambut hr jumaat. selamat ulang tahun pertama aku di ausie. selamat selamat ;)

Monday 11 February 2008

dan kerana.

maka.

.

.

.

.

Wednesday 6 February 2008

single and available

lebih kurang pukul 5 petang tadi, aku yang masih di tempat lepak biasa memandang ke luar. selalu bila aku toleh ke awan dan langit, aku kecil dan sepetkan mata aku. macam budak yang berlakon dalam cerita titanic tu, ketika dia tolehkan muka comelnya ke arah kapal titanic yang bagak dengan wajahnya yang penuh ketakjuban. aah, macam tu lah.

dan aku lihat awan hitam besar berkumpul dan berarak ke bahagian timur. sedikit-sedikit bergerak sambil menutup dan memayungi kawasan sekeliling apartmen aku. perlahan-lahan mendasari langit, menyusup macam selimut yang ditarik sedikit-sedikit.

ahh. kadang-kadang menakutkan. mengingatkan aku pada kiamat.

kalau ikut weather forecast, hujan esok. bukan hari ini. mungkin mendung saja. agaknya.

tapi kemudian. hujan turun dengan lebat. cukup lebat dan drastik. tompok besar-besar jadi penghias lantai laluan apartmen aku dan di jalan-jalan. dan aku menghembus nafas lega.

ahh. ame ga suki dai. aku menarik nafas panjang-panjang dan senyum. dan seperti selalu bila aku dekatkan muka aku ke tingkap yang terbuka. aku mencium bau hujan yang tersangat wangi.

kadang-kadang. eh bukan. selalu. aku berfikir. atas apa aku berdiri.

sesuatu yang amat menyenangkan aku seperti hujan, mengingatkan aku pada mereka yang penting bagi aku. dan banyak kali aku berfikir. atas dasar apakah mereka itu penting. penting sehinggakan aku luka kerananya, penting sehinggakan aku menangis untuknya, penting sehinggakan aku berjuang untuknya.

dan juga.

sepatutnya kah aku sakit kerananya? sampai bila akan aku diperlukan di sini? apa akan aku buat, ketika aku sudah tidak diperlukan lagi?

should i, or should i not? should i stay, or should i go?

kesakitan ini membuatkan aku rasa seperti mahu serik. sehingga tangan aku menggigil ketika menjawab panggilannya. sehingga aku mimpi buruk akibat berjauhan dengannya. sehingga aku menangis bila merisaukannya.

tapi mendengar suaramu, melihat wajah bersihmu, melihat tulisanmu, dan mengetahui kamu sihat. sekali lagi.

sudah cukup membahagiakan aku. walaupun aku masih, dan belum mampu, beritahu betapa aku sayangkanmu.

hujan sudah berhenti. awan mula berkepul-kepul dan cahaya matahari semakin terang. burung bersiulan dan trafik kembali lancar. angin menyisir daun-daun dan menyanyi lagi.

semua yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya, kan? then, i shall stay.

iya, jalan kita masih jauh. jom, kita pandang ke depan.

Monday 4 February 2008

bukan si aku bercerita

jeng jeng jeng

dan akhirnya.

sebagai seorang yang memang terkenal dengan kedegilan dan sikap tak pernah penat menunggunya, si aku telah menjumpai kemeja idamannya secara magik.

kemeja itu terselit di belakang barisan baju-baju lain yang berbeza-beza jenis, corak dan warna. saiz: 8, harga: $29.99, style: ada, lengan: long sleeve, warna: putih.

kesimpulan awal: hampir sempurna.

selepas browse lagi ke barisan baju-baju lain. 2-3 pusing.

kesimpulan akhir: sempurna, untuk si aku. syukur!

maka si aku pergi membayar.

and to her surprise, the price had actually been reduced to $7.88! oh my God. syukur gilak si aku hari ni. serius!

.

.

.

buka puasa. hari ini si aku masak ayam masak lemak, dengan sayur kubis campur sekali dalam lauk ayam tu. senang cerita. tapi mungkin sebab ini pertama kali si aku masak lemak, si aku tak sukat berapa banyak kunyit patut dimasukkan- opss- terbanyak.

tapi takpe. adjust punya adjust, jadi lah jugak ayam kubis masak lemak. rate of success: 89%. ngeh~

nasi pulak masak 1 cup full. kubis tu banyak senanye, berserabut di antara ayam dua ketul tu.

dan semuanya dihabiskan dalam masa 30 minit. supergirl! silap nombor 1.

lepas tu berlaku kesilapan kedua- si aku minum air gas Solo, baki dari beberapa hari lepas. air gas tu dapat free oke. bukan salah sesiapa si aku minum. huhu.

dan si aku, benci membazir (chewahh).

maka dia lebih rela sakit kepala dari bazirkan air gas tu. ubatnya panadol sebiji. tengah tunggu effect, doa-doa lega.

combination kepada kedua-dua kesilapan itu, membuatkan si aku sedar beberapa suatu.

pertama- si aku memang alah air gas. terimalah hakikat aqilah oi.

kedua- si aku bukan diet sebenarnya bila dia makan sikit. tapi sebab dia memang tak boleh makan banyak. racun kalau makan banyak-banyak ni, kepalanya dah di-set macam tu.

ketiga- si aku kena banyak minum air sebenarnya. untuk lancarkan fluid process dalam badannya dan kurangkan kulitnya jadi kering. dan air itu bukan air gas.

sekian~