Tuesday 30 October 2007

bila kau melihat dari mata aku

exam pertama tadi tamat pada pukul 440 ptg. arigato ne, Allah- satu paper telah selesai.

selepas menunggu lebih kurang 5 minit, bas pulang ke uni datang. manusia mula berhimpit-himpit masuk. ada juga yang ketinggalan, terpaksa menunggu bas seterusnya sebab bas yang aku naiki dah sesak.

aku akan sentiasa rindukan awan di ausie bila aku pulang nanti. awan ausie melukis banyak benda, bermacam warna, saiz dan bentuk. berlatarkan langit yang biru, dari jauh nampak macam lukisan. terutamanya bila padang hijau terbentang di depan mata, dengan beberapa burung merpati terbang berkumpulan, mengepak sayap-sayap mereka. walaupun kadang-kadang sayap mereka terbang laju dan deras, tapi tak pernah berjaya mengubah sedikit pun bentuk awan-awan tu. hanya angin yang lembut, fleksibel, segar dan membawa pesan juga yang berjaya mengubah posisi awan-awan. wajah aku semakin dekat dengan cermin tingkap bas, dan ikut bergerak ke atas dan ke bawah mengikut rentak bas. tapi nampaknya mataku tak dihalang tingkap bas sepertimana wajahku. lawa awan tu, kan sayang?

kereta merah, biru, kuning dipandu orang pelbagai warna kulit, baju dan rambut mengisi liang-liang jalan. lelaki dan perempuan. tua dan muda-mudi. kebanyakan kereta hanya diisi pemandu, ada dua tiga ruang kosong dalam kereta masing-masing. dan aku berpaling pada kami ramai-ramai yang bersesak dalam bas. terbayang apa akan jadi jika seorang-seorang dari kami dibawa masuk ke dalam setiap kereta untuk mengisi ruang-ruang kosong itu. pasti lebih menjimatkan. mungkin fikiran inilah yang membawa kepada idea untuk menggalakkan semua orang meggunakan public transport. ya, tentu mudah dan ringkas jika semua orang mahu pergi ke tempat yang sama. bekerja di hanya satu tempat, bersekolah di kawasan yang sama. jadi tak perlulah jalan sehingga empat atau lima liangnya. semuanya amat mudah jika semua orang sama.

kemudian aku pandang semula ke langit. ke awan yang bermacam-macam bentuk dan warna. aku tunduk dan senyum. ya, jika semuanya sama, Allah tak dapat nak tunjukkan magiknya. tak ada yang unik, hidup yang penuh kebosanan. dengan itu hatiku riang kembali. ne, Allah- Kau selalu tahu macam mana nak buat seseorang gembira, eh? dan kemudian aku tiba-tiba bermain dengan kata-kata ini: "have you heard? I hear you, no matter how soft your whisper is."

dalam keramaian kereta, bas, lori, van dan motorsikal yang menyusur jalan, aku ternampak sesuatu- seorang tua sedang berbasikal di antara keberlambakan kenderaan itu. aku memandangnya dengan dagu terangkat dan mata yang tak berkelip, sebab walaupun dia tahu dia takkan mampu mengatasi kereta, lori, van, bas dan motorsikal yang sama-sama menyusur dengannya, dia mengayuh basikalnya dengan bersungguh-sungguh. sangat, bersungguh-sungguh. aku lega melihatnya dan tersenyum puas. biar kecil seperti semut yang insignifikan sekali kewujudannya, aku masih penting bagiMu.

oh, dah sampai rupanya. aku berjalan dari stesen bas dan singgah ke library untuk pulangkan buku psikologi kegemaranku (betul ni) sebelum balik ke halls. dalam perjalanan, aku terserempak dengan seorang perempuan berkulit putih, rambutnya pendek dan dia pakai kot kelabu. tinggi lampai, walaupun mungkin dah berumur tapi cantik. dia sedang senyum. dengan lipstick merah jambu menghias bibir dan matanya yang redup, dia nampak lawa sangat bila senyum. bila dia perasan aku berjalan di depan dia sambil memandangnya, dia angkat muka dan senyum kepadaku. oh, alangkah indahnya sedekah itu- infectious.

di depanku ada seorang lelaki, memakai jaket hitam dengan corak di tepi kedua-dua lengan bajunya. dipadankan dengan begnya yang lonjong, dia yang tinggi lampai berseluar jeans- smart giler. aku rindu jaket merah aku...aku rindu jaket merah aku...aku rindu jaket merah aku...arrghhhh.

lambat lagi sebelum tunggu ia sampai. mama kata hina betul anak dia ni, rindukan jaket merah lusuh yang dah stained di hujungnya dengan tar. kah, kah, kah. peduli apa aku.

soredemo- arigato, ne.

Monday 29 October 2007

ajil seorang hero

Kejayaan ke angkasa lepas hadiah untuk arwah adik
29-10-2007 09:54:52 AM
OLEH: Norshazlina Nor'azman

PETALING JAYA: Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mendedikasikan kejayaan beliau di angkasa lepas kepada arwah adiknya Ajil yang menjadi pemangkin dan tulang belakang kejayaannya selama ini.

Ajil atau nama penuhnya Sheikh Mustapha Shukor AlMasrie, 32, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas seminggu dalam keadaan koma akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata kejayaan beliau selama ini banyak didorong oleh arwah Ajil jadi sejak awal lagi beliau berhasrat untuk menghadiahkan kejayaan ini khusus untuk Ajil.

"Boleh dikatakan Ajil adalah peminat fanatik saya dan daripada awal penyertaan saya dalam Program Angkasa Lepas ini, beliau memberikan sokongan jitu. Beliaulah yang paling seronok apabila mendapat tahu saya layak menyertai program ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman keluarganya malam tadi.

Beliau yang kelihatan tenang tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila beliau tidak sempat melihat jenazah Ajil buat kali terakhir dan terkenangkan katakata akhir adik kesayangannya itu.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap dan mengucup jenazah arwah sebelum dikebumi kerana tiba agak lewat berikutan pesawat yang dinaiki mengalami masalah," katanya.

Beliau berkata kali terakhir beliau bertentang mata dengan Ajil adalah pada Jun lepas ketika beliau pulang ke Malaysia.

"Ajil berkata pada saya yang beliau akan menanti kepulangan saya biar berapa lama pun masa diambil dan tidak sabar mendengar cerita saya tapi... beliau tidak sempat melihat kepulangan saya. Saya amat akrab dengan Ajil yang merupakan anak keempat dan sememangnya kami lima beradik amat rapat sejak kecil dan sering berkongsi segala cerita dan masalah," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau menerima berita daripada ayahnya Datuk Sheikh Mustapha Shukor yang Ajil sedang bertarung nyawa, dua hari selepas mendarat ke bumi iaitu pada 23 Okt lepas.

" Saya berasa sedih dan tidak sangka yang Ajil akan pergi secepat ini tetapi ini adalah dugaan yang turun dari tuhan, saya menerima ketentuannya, dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.

"Apapun saya perlu kuat menghadapi dugaan ini terutamanya apabila terpandang dan terkenang wajah ibu (Datin Zuraida Sheikh Ahmad) yang amat terasa kesan kehilangan Ajil," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar menyifatkan Ajil seorang yang berpandangan jauh, suka menolong, bercita-cita tinggi dan petah berbahas.

"Sejak kecil lagi Ajillah yang paling bijak antara kami berlima dan ada sahaja topik yang ingin didebatkan beliau. Ajil memiliki kekuatan mental lebih daripada saya sendiri, beliau tidak mudah patah semangat dan berputus asa," katanya.

Walaupun sedang dihantui kedukaan, Dr Sheikh Muszaphar yang akan kembali ke Moscow pada 6 Nov ini tidak sabar untuk meneruskan penyelidikan tentang angkasa bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

"Seperti saya katakan tadi, demi Ajil saya perlu kuat hadapinya kerana saya menjadi harapan negara dan ini adalah hadiah untuk beliau," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Hayati Redha, 29, serta dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, 3, dan Siti Balkish Shukor, 1.

Sementara itu, di kediaman keluarganya diadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin selama tiga hari bermula malam tadi. BERNAMA


ya. betul kata mama. manusia memang sangat lemah, tak mampu buat apa pun. dan sebenarnya tak tahu banyak benda pun. macam sir isaac newton pernah cakap, "I do not know what I may appear to the world; but to myself I seem to have been only like a boy playing on the sea-shore, and diverting myself in now and then finding a smoother pebble or a prettier shell than ordinary, whilst the great ocean of truth lay all undiscovered before me." di saat sepatutnya semua ahli keluarganya gembira meraikan kejayaannya, Allah ambil kembali adik kesayangannya. terlalu mudah. terlalu cepat. tak siapa pun sangka ia akan berlaku.

dan memikirkan tentang itu, aku terasa sangat hopeless dan tak bermaya.

kenapa..? kenapa mesti jadi macam ni..? kenapa..?

mama kata, bukannya salah sesiapa. dr muszaphar tak buat salah. ahli keluarganya tak buat salah. aku tak buat salah. cuma, masanya sudah sampai. janjinya dah tiba. dan Allah, terlalu banyak rahsianya. cuma yang mama bagi aku faham, Allah sayangkan mereka. Allah mahu seimbangkan semua yang berlaku. Allah mahu ampunkan dosa semua. hanya dengan mengambil ajil semula, cukup untuk mengingatkan semua tentang betapa ilmu Allah itu masih sangat luas jika mahu dibandingkan dengan pencapaian kita. bukan sebab ada orang buat salah, bukan sebab ada sesiapa yang jahat. Allah mahu ajar kita sesuatu, Allah mahu kita jadi kuat. ajil sudah jadi hero. maka ajil juga sebenarnya seorang yang bertuah, sebab Allah bagi dia peluang jadi hero yang sedarkan keluarganya, sedarkan rakyat malaysia, sedarkan aku.

dan mama juga kata, walaupun manusia ini lemah, manusia ini tak mampu buat apa-apa pun tanpa izin Allah, tapi Allah maha pengasih lagi maha penyayang. manusia boleh pilih apa yang dia mahu jadi bila dia besar, manusia boleh pilih warna apa yang dia suka, manusia boleh pilih dengan siapa dia mahu berkawan. Allah tak pernah kurung manusia, Allah bagi manusia bebas untuk memilih. supaya, apa yang kita pilih, kita sayang. dalam masa yang singkat ini.

jadi, apa yang kita ada, kita mesti hargai. kita mesti jaga sebaik mungkin. dan yang paling penting, kata mama, protect orang-orang yang kita sayang. protect mereka, mama ulang lagi. and give love while you can. even though to people you never meet before- give love. even pada orang kafir. start with the kids and the elder ones. sebab dengan mereka, kita dapat rasa lebih magik dalam hati. as they always accept love without any conditions.

maka apa pun yang berlaku, biar baik atau buruk, kita harus fikir positif. tentu ada hikmah di sebaliknya. biarpun susah, usah hilang harapan. usah buruk sangka dengan Allah, usah buruk sangka dengan diri sendiri. dont think too hard, usah jadi murung, dan live your life to the fullest.

insyaAllah. Allah, arigato ne.

mama, arigato ne. as always.

Sunday 28 October 2007

sedikit dari hari ini

kuatnya angin hari ini. sejak malam tadi, bunyi angin macam hujan lebat yang garang. bila aku tengok weather chart di laman web dr lyle, aku tahu yang sekarang ni melbourne sedang berada di antara dua sistem- between high pressure and low pressure, kawasan di mana pressure gradient sangat tinggi, dan bila angin bergerak mengikut pressure gradient yang steep itu, maka terhasillah angin yang laju dan kuat.

seperti biasa aku ambil sedikit masa untuk membaca berita di islamonline dan mstar online. di canada, officials nya tak benarkan perempuan berhijab dan berniqab (cover muka) untuk pergi mengundi. dan orang-orang kuat islam di sana mempertikaikan betapa tak perlunya undang-undang itu melainkan bertujuan untuk mendiskriminasi hak-hak orang islam. bagi aku, selagi mana seseorang itu jujur menyampaikan pendapat, tak patut sesiapa pun menolaknya bulat-bulat. jika sebab canadian officials untuk tak membenarkan orang perempuan islam mengundi berasas dan beralasan kukuh, maka kita perlu dengar. dan cari persetujuan bersama untuk selesaikan masalah ni. sesiapa pun dia, pandangannya harus dihormati dan didengari untuk kepentingan sosial. sebab selalu terjadi, bila orang islam dengar berita saudara islam mereka punya masalah dengan orang bukan islam, mereka melenting dan terus arahkan jari telunjuk kepada orang bukan islam itu. niat aku ialah tune sedikit pemikiran semua supaya jadi lebih rasional. aku tak maksudkan dalam hal ini, canadian officials betul dan orang islam canada salah, aku tak pinpoint sesiapa pun. nasihat aku, mari kita jadi adil. lagipun, yang aku tahu hanya secebis dari kisah tentang islam di canada, aku tak tahu the whole story. aku hanya ambil kisah ini sebagai contoh untuk jelaskan mesej yang aku nak sampaikan, bukan untuk draw anyone's attention untuk judge sesiapa. lagipun, hidup aku di dunia bukan untuk menghakimi orang.

kemudian aku baca berita tentang malaysia. ya, erra kahwin lagi. lisdawati juga sudah kahwin. rupa-rupanya lisdawati muda setahun aja dari abang. ohh..ada cerita cinta terbaru yang dilakonkan dan ditulis skripnya oleh pierre andre. 9 september. bersungguh-sungguh nampaknya orang muda ni berusaha dalam bidang lakonan. mula-mula jadi pelakon, kemudian penulis skrip, nanti pengarah pula.

ada dua berita yang menarik perhatian aku selain berita tentang artis. seorang budak 11 tahun mati lemas di kota bharu. kematian, selalu jadi misteri Dia, pada pendapat aku. sesetengah orang, seperti budak itu, seperti abah, dapat 'membaca' yang mereka akan mati tak lama lagi. dan kadang-kadang, orang-orang kesayangan mereka seolah-olah juga dapat 'membaca'. tetapi sebagai manusia biasa yang maha lemah, siapalah yang mahu mengaku, bukan? aku doa, ya Allah, biarlah aku mati dalam keadaan baik fizikal mental spiritual, dalam islam, dan aku juga dapat 'membaca' yang aku akan pergi. dan ya Allah, biarlah orang-orang kesayangan aku juga dapat 'membaca' yang aku akan pergi tak lama lagi, supaya aku dapat luangkan sebanyak-banyak masa dengan mereka, beri mereka inspirasi dan semangat sebanyak mungkin, beri mereka kekuatan. dan ya Allah, jika ada orang kesayangan aku yang pergi sebelum aku, izinkan aku 'membaca'nya juga. dan izinkan aku bersama mereka selama mana mereka memerlukan aku. aku mahu contohi ikeuchi aya. dan aku mahu orang-orang kesayangan aku juga contohi ikeuchi aya. macam aqil, macam abah.

ehe, macam sedih la pula, naa? ini kalau orang-orang kesayangan aku dengar, for sure kena sound.

oh ya. ada lagi seorang mati- ah kam. boleh baca kisahnya di sini. membaca tentang pengorbanannya tu membuat aku sedih, aku teringatkan abu talib dan orang-orang bukan islam lain yang baik. yang baik sangat.

seorang senior aku juga baru meninggal 2 hari lepas. umur dia 22 tahun. alfatihah untuk senior aku dan adik dari kelantan itu. moga Allah gembirakan mereka di akhirat nanti, ameen...

Saturday 27 October 2007

burung

alangkah gembiranya burung.

bila dan ke mana sahaja mahu pergi, ia boleh terbang.
mula sahaja rasa rindu, ia boleh datang.
menemani.

alangkah bertuahnya burung.

tatkala bosan, boleh mengambil angin luar,
bebas untuk ke mana-mana.
bersembang dengan angin, melihat bunga mekar,
merasa panasnya cahaya, tanpa sedikit pun sirna.

alangkah indahnya burung.

bila mengepak sayap dan menari di bawah awan,
boleh menyanyi riang.
dipuji dilukis manusia dilagukan sebagai kawan,
selalu buatkan jiwaku tenang.
datang sebagai ilham,
pada petang yang kelam,
dan diam.

eh eh
burung itu senyum kepadaku
katanya ada orang menyampai pesan
nakalnya orang itu
tak beriku peluang untuk aman
tak beriku peluang keseorangan

dan burung itu senyum lagi
sebelum pergi.

Tuesday 23 October 2007

riang tanpa calar

aku baca blog seorang budak umurnya 14 tahun tadi. sejak mula-mula aku baca blog dia, aku rasa gembira.

latar blognya hitam dengan tulisan biru. kreatif juga budak ini. yang paling aku suka ialah bahasa dan ideanya.

bahasanya ceria, mudah difahami, mungkin kadang-kadang 'lack of depth' atau penggunaan kata kurang tepat, tapi bagi seorang yang baru 14 tahun, aku rasa ia ok.

ada ruangan tepi kanan yang dia penuhi dengan macam-macam..banner neon dengan namanya, biodata ringkas dirinya, nama kawan-kawan baiknya. dia tak membangga diri, dia riang gembira menceritakan tentang dirinya, dan dia ada kawan-kawan yang dia sayang. semasa aku sebaya umurnya, aku tak punya kawan karib. akibat pengalaman dan sikap. aku kurang beri tumpuan pada aspek sosial aku sebab pengalaman susah dan pahit membuatkan aku sepertinya tak ada masa untuk berkawan. dan sekarang, bila aku punya kawan-kawan baik dan orang-orang yang aku sayang, aku rasa sangat bersyukur dan gembira. dan bila aku lihat budak ini punya kawan-kawan yang dia sayang, aku gembira bagi pihaknya. tentu dia takkan rasa sunyi sepertimana yang aku rasa. pasti dia tak perlu menangis seorangan sepertimana aku dahulu. pastinya dia tak perlu bersusah-payah berusaha gila-gila untuk dapatkan apa yang dia mahu supaya dia tak rasa sedih kalau gagal mendapatkannya.

idea tulisan budak ini sederhana, tapi sensitif dan matang. tulisannya pendek-pendek saja, maka kupasannya cetek, tapi perkataan-perkataan yang dia gunakan melambangkan yang dia telah berfikir mengenainya 'to some extent'. kiranya dia bukan menulisnya sekadar melepaskan perasaan atau sekadar menulis akibat kebosanan. ideanya ada isi, tapi sebab dia kurang pengalaman makanya masih banyak yang perlu dan boleh dibaiki. ramai budak yang aku jumpa tulisannya seperti ayat 'marah-marah' dan tak puas hati (orang tua pun, aku pun, kadang-kadang, heheh), bukan sahaja tak matang malah kosong. lepas tu asyik menulis tentang boyfriend, tentang siapa paling cute, tulisan bermacam-macam font, warna dan corak, seperti hiasan dinding sahaja lagaknya. tapi tak ada isi yang boleh buatkan pembacanya berfikir. tak ada ruang di mana pembaca dan penulis boleh bersatu dalam medium dan frekuensi yang sama untuk berkomunikasi.

dia berani menulis, bahasanya tajam walaupun kurang tepat. aspek ini insyaAllah boleh dibaiki dengan pengalaman. walaupun masih muda, dia faham kepentingan 'menjadi diri sendiri' dan 'menghargai agama, orang-orang kesayangan bahkan kucing peliharaannya'. aku fikir ibu bapanya telah mendidik dia dengan baik. setiap kali dia punya soalan, ibu bapanya telah menjawab dengan logik beserta contoh dan berjaya membuatkannya berfikir tentangnya.

dia bertuah. ada ibu bapa yang bertanggungjawab dan berjaya 'instill' elemen-elemen baik dalam dirinya. aku doakan dia membesar tanpa calar dan sentiasa gembira, positif, tak pernah putus asa, belajar untuk kenal dunia dan bagaimana untuk hadapinya, di samping orang-orang yang dia sayang yang sentiasa bersama-sama dia sejak kecil. aku membesar 'in a hard way' dan dah banyak kali aku luka. dan Allah selalu ada di situ untuk mengubati aku, tapi aku pernah rasa sakit dan aku sangat faham bagaimana rasanya. melihat seorang tua di tepi jalan sahaja sudah cukup untuk mengubah mood aku, dan aku perlu 'counter attack' perasaan itu secara sedar. budak ini sentiasa riang dan gembira, dia percaya setiap masalah pasti ada jalan keluar, dia tak pernah menukut seorangan dalam gelap dan melihat orang lalu tanpa seorang pun peduli akannya. sebab dia sentiasa ada keluarga dan rakan-rakan rapat, yang sentiasa memimpinnya bila mana dia hampir terjatuh.

tapi itu tak bermakna dia tak boleh faham perasaan orang lain. maksud aku, dia sangat bertuah sebab dia tak perlu rasa sakit untuk faham bagaimana sakitnya perasaan itu. dan aku bersyukur pada Dia bagi pihaknya. aku berdoa, biarlah ramai lagi adik-adik dan anak-anak aku yang tak perlu rasa begitu.

dan aku juga suka bersama dengan orang-orang begini. sebab mereka selalu ada cara untuk buat aku senyum. seperti yang aku rasa dengan narutoku.

cumanya, naruto aku dah semakin diam dan tak begitu banyak bercakap seperti dahulu. aku rasa, dia dah 'grow up' sedikit. menjadi semakin matang dan lebih banyak berfikir. berusaha dengan semakin gigih terutamanya bila musim peperiksaan. ada beberapa peristiwa menyakitkan yang telah membuatkan dia sedar, hidup bukanlah terlalu ringkas kadang-kadang. narutoku dah besar...

tapi lawak dia, perangai sensitif dia, sikap kebudak-budakan dia, lagu dia- masih macam dulu, tak berubah! bertuah punya manusia...hishhhh! (hehehe...habis aku kalau dia tahu ini)

Monday 22 October 2007

kerana cintaku saerah???

adik aku kata cerita "kerana cintaku saerah" best, sebab sedih. dia suka lagu yang imran ajmain nyanyikan tajuknya 'seribu tahun' tu.

maka aku pun cepat-cepat cari di youtube. seperti mana biasa, library terbesar dunia ni sentiasa ada jawapan untuk hampir semua benda (aku cari translation lagu 'kuroneko no tango' belum jumpa lagi ok. aku kena pandai jepun sebelum boleh translate sendiri. nanti by the time aku dah pandai dan masih tak ada translation untuk lagu tu di internet, aku akan letak. insyaAllah.)

da.ke.do.- aku tak suka cerita tu. latar kampung, pemikiran kampung, tema kampung, langsung tak akademik. melayu ni malas sungguh ya nak mengkaji sejarah dan menyampaikan pemikiran positif. kalau macam ni bila nak maju? sudah-sudahlah buat cerita cinta sedih macam tu, macamlah kita tak ada Tuhan. baik lagi cerita naruto yang dihasilkan oleh orang jepun tu. aku banyak belajar dari cerita tu, mengajar aku jangan sekali-kali putus asa dan kalau kita betul-betul percaya, tak ada apa yang mustahil.

cinta macam tu bukan segala-galanya. setakat jadi bapa dan mak kambing..alahai kasihan. kasihan adik-adik aku. kasihan kawan-kawan aku. ubahlah, usah buat cerita-cerita hopeless macam tu. kamu nak lagi ramai warga malaysia sambung belajar di luar negara kan? kamu mahu lebih ramai orang di malaysia yang kaya-raya kan? kamu mahu lebih ramai orang malaysia yang bijak berfikir, jadi pereka cipta pemacu teknologi dan jadi pakar segala bidang kan? kamu mahu lebih ramai angkasawan buat kajian sampai kita mampu hantar kepakaran yang diiktiraf dunia dan tak ada siapa pun boleh perlekehkan kan? kamu mahu umat yang maju kan? kamu mahu jadi orang yang dirujuk bukan yang merujuk, kan? kamu mahu anak-anak sihat, cergas, pandai dan berakhlak mulia, kan?

baik.

mana 1 litre of tears malaysia?
mana naruto malaysia?
mana forrest gump malaysia?
mana good will hunting malaysia?
mana love story in harvard malaysia?
etc..

(nota: bukan meniru, tapi kaji, tapis, cari sumber dan maklumat, gali, reevaluate, tafsir, sampaikan)

beritahu aku, apa yang mahu kamu semua buktikan melalui cerita-cerita itu? yang Tuhan tu suka yang sedih-sedih? kita selalu doa "allahumma inna na'uzubika minal hammi wal HAZAN" (Tuhan, jauhi kami dari rasa gelisah dan SEDIH) maka kenapa suka buat cerita sedih? sangat suka ya ramai orang malaysia yang sedih dan miskin? bukan setakat miskin harta bahkan jiwa dan akal. kasihan sungguh rakyat malaysia.

padahal, kita berada di sini bukan hanya untuk mati tapi juga untuk hidup.

p/s: entah bila aku BOLEH mencintai produk visual penerbitan malaysia. jangan fikir aku akan bosan menunggu. ;-) aku positif. kita boleh. sebab Tuhan itu adil.

seterika duit raye

"yong dah tau cerita duit raya acu?"

"tak. nape?"

(aisyah gelak) "takde. hari tu kan, duit kertas seringgit awin basah."

"duit raya?"

"aah. pastu dia pun seterika duit tu."

semua benda yang nak dikeringkan boleh diseterika. aku gelak sokmo. "bijak, bijak. pastu?"

"tak apalah duit seringgit kan. bila acu nampak, dia pun seterika duit raya dia. nak 'luruskan'. masalahnya.."

"kenapa?"

"dia seterika duit keping 5 ringgit. habis duit kertas tu mengecut, menggelembung dan dah jadi semacam saiz duit jutaria pulak."

hahahahaha...lawak tol..."habis tu dia tengah merajuk lah sekarang?"

"aah. tau je laa dia tu. dia kata nanti bila dah bukak sekolah dia nak mama ganti duit raya dia."

"bertuah punya budak."

budak-budak kecik, selalu teruja dengan duit. kalau boleh nak di'laminate'kan. nak simpan baik-baik, tapi nak beli macam-macam. bila duit raya dah habis, menangis dan mintak mak bapak 'ganti'. walaupun dia yang belanjakan semua duit tu beli aiskrim atau sarung tangan naruto. -aku, bukan bercakap dari pengalaman.-

Saturday 20 October 2007

angkasawan oh angkasawan

ini aku ambil dari blog seorang junior aku (kalau tak silap) di alamat http://sopek.blogs.friendster.com/manga_n_soccer/2007/10/angkasawan_lagi.html:

Maaf cakap la, pada saya tak ada apa pun yg hebatnya cara pemergian Dr Muzafar ke ISS. Ianya hanya sekadar satu trip untuk membawa pulang astronout yang telah tamat tempohnya di ISS. Sambil nak pi sana tu bawa la sapa2 pi sekali dan dia akan membiayai sebagian dari kos perjalanan tersebut.

Kita tidak membina platform sendiri dengan program angkasawan ini. Dan sememangnya kita tidak akan mampu untuk meneroka angkasa secara sendirian seperti mana Jepun China dan India. Hatta Korea yang lebih maju dari kita pun tidak teruja untuk meneroka angkasa.

Bukan saya tidak setuju dengan program angkasawan ini, cumanya ini bukan priority kita buat masa ini. Disaat rakyat dibebankan dengan kenaikan kos tol, minyak, barang keperluan harian dan macam2 peningkatan kos, wajarkah kerajaan berbelanja sehingga RM95 juta hanya semata2 untuk memberitahu dunia yang kita mampu menghantar rakyat ke ISS dengan menumpang Soyuz Russia?

Kerajaan juga sering menyebut2 tidak lagi mampu menanggung kos subsidi minyak dan lain2 subsidi untuk menampung keperluan rakyat, tetapi kenapa pula kerajaan sedia membazirkan jutaan rinngit hanya sekadar untuk berbangga kepada dunia tentang keupayaan kita menumpang pergi ke ISS? Apakah impak keseluruhan kepada rakyat Malaysia dengan kepulangan Dr Muzaffar nanti? Mampukah Dr Muzaffar memimpin satu kesinambungan untuk benar2 meletakkan Malaysia sebaris dengan USA dan Russia dalam meneroka Angkasa?

Saya lebih berbangga jika Pak Lah dengan rasa tanggungjawabnya sebagai PM Malaysia mengumumkan bahawa mulai tahun depan, rakyat Malaysia tak perlu lagi bayar tol sebab kerajaan menggunakan duit dari sumber XXX untuk membayar kesemua konsesi PLUS. Ada juga direct impact of interest kepada keseluruhan rakyat dan bukan hanya sekadar berbangga dengan pencapain yang pada USA dan Russia menggunakan penumpang Soyuz untuk membayar kos perjalanan mereka ke ISS. Banyak lagi perkara di atas bumi Malaysia yang belum selesai dan berikan prioriti kepada perkara tersebut sebelum bercita2 hendak meneroka angkasa.

aku salute keberanian dan kemahuan dia menulis. ini pula komen aku. apa komen korang...?

hehehe...negara2 yg dah hantar angkasawan mereka pun belum lg setel mslh ngr eg kemiskinan, ageing population, globalisation ngan overpopulation due to urbanisation. setiap ngr ada mslh sendiri, terpulang mana satu prioriti yg mereka nak ambil.

sy lihat program angkasawan ini sbg peluang terbuka, yang susah nak dapat memandangkan kita belum mencapai tahap spt yg awak ckp "membina platform sendiri". tapi sikap orang bijak, sentiasa mengambil peluang. lagipun, dr muszaphar memang layak- dia dah undergone training dan ujian secukupnya, dan nanti bakal diiktiraf cosmonaut negara bukan oleh msia, tp dr kerajaan rusia. jadi saya tak nampak sebab kenapa mesti kita sia-siakan peluang dan umurnya.

cuba lihat pd the positive side- semakin ramai anak muda minat dan gigih belajar sains dan matematik, msia diiktiraf dunia barat dan dunia islam, msia dianggap sbg slh satu ngr elit. dlm banyak2 ngr asia tenggara, msia brjaya mendahului even singapura dlm program angkasawan ini. dan ini mencerminkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial ngr, maka makin ramai pelabur asing akan melabur di ngr kita. taraf ekonomi bertambah baik- bukankah itu yang awak mahukan?

tentang mslh yg "diabaikan" oleh kerajaan, sy rs itu pendapat yg kurang tepat. sebab mslh spt kemiskinan, hrga barang naik tu semuanya "on going problems", yang kalau kerajaan nak selesaikan pun, bukan ambil masa sehari dua. dan kerajaan jg bukan satu-satunya pihak yang perlu berusaha ke arah mengatasi masalah tu, tp juga pihak2 lain- kita sbg rakyat kena belajar dan usaha sungguh2 tingkatkan ekonomi ngr, buktikan yg kita mampu dan layak untuk hidup senang, kamudian bantu org2 yg memerlukan. bukan setakat bergantung pd kerajaan shj. pemikiran dan mentaliti rakyat kena ubah, dan ini perlu bermula dari dasar- pendidikan di rumah, ke sekolah dan institusi pengajian tinggi serta badan-badan dan organisasi. jika mahu ubah negara, bukan kerajaan yang kena mula berubah, tp rakyat. dan jika betul2 mahu taraf hidup rakyat naik, sejauh mana kita dah berusaha ke arah itu?

cuba ambil contoh paling mudah- tahap kemalangan di msia. sebanyak mana pun ops sikap yang kerajaan buat (dan kos untuk buat ops ini saya positif semakin meningkat dr thn ke thn) adakah akan berubah kalau mentaliti dan sikap rakyat tak berubah? cuba lihat ngr maju- jepun, australia, amerika- kenapa mereka maju? kerana kerajaan mereka maju? tak- kita lihat sendiri bagaimana sialnya kerajaan bush membazirkan harta kerajaanya untuk membunuh saudara-saudara kita di palestin dan iraq, tapi mereka masih dapat hantar angkasawan mereka. kenapa? mentaliti dan sikap rakyat mereka yang gigih berusaha dan tak pernah mengharapkan kerajaan. di jepun, tak ada subsidi untuk kos perempuan mengandung sampailah pendidikan ke universiti. setiap keluarga kena fikir dan usaha sendiri mana nak cari duit untuk sara keluarga mereka. tak ada biasiswa, tak ada RMT, tak ada yayasan apa-apa, tak ada ubat free di hospital kerajaan macam di teluk intan. tapi kenapa mereka masih lebih maju dari kita? sikap dan usaha yang tak pernah kenal erti putus asa.

bila kerajaan hantar angkasawan, diharap program tu dpt injakkan mentaliti rakyat sedikit ke hadapan- fikir positif, kita sebenarnya boleh. kalau kita benar2 fikir yang kerajaan salah, jadilah kerajaan dulu dan ubahlah. tak guna menyalahkan pihak lain as if kita terbukti boleh buat lebih baik dari mereka.

sy tak fikir kerajaan "abaikan" rakyat. kerajaan sedang usaha serampang dua mata- berusaha untuk iktiraf negara di mata dunia di samping atasi masalah2 rakyat sedikit demi sedikit. dan saya rs sy tak layak untuk persoalkan tindakan kerajaan padahal sy bukan seorang yang betul2 faham mengenainya. kamu pun begitu kan?

tindakan saya- fikir positif dan jalankan tugas saya. sebaik mampu. insyaAllah.

Wednesday 17 October 2007

hari kayu

ini haku ;-)

haku tinggal di tingkat dua.

pagi-pagi, haku buat regangan badan dulu.

lepas tu, haku buat tekan tubi.

hobi haku ialah memanjat pokok. pokok rambutan baginya paling seronok.

kadang-kadang, haku suka meniarap.

haku ni pandai gimnastik juga tau!

walaupun haku banyak main, tapi dia suka hujan. bila hujan, dia suka pandang ke luar untuk tunggu pelangi.

bila malam, haku pakai selimut tebal-tebal supaya dia tak rasa sejuk dan jatuh sakit. oyasuminasai!



p/s: hari ini hari kayu sebab aku baru beli mainan kayu- haku dan jungle dominoes (kalau peka akan perasan ia latar cerita haku). tujuannya untuk stimulate pemikiran aku dan jadi ubat kepenatan dan kebosanan aku. hari ini istimewa, sebab akhirnya baju raya aku sampai juga dan aku sangat sukakannya! terima kasih, maksu. terima kasih, acik yus! ;-) alhamdulillah...yippee!!!

Tuesday 16 October 2007

magik 1 syawal 1428H

pertama kali aku beraya di aussie.

aku rindu malaysia, rindu semua. dan lagi, aku tak sihat. ape-ape jek laa aqilah ni.

soredemo- selepas solat sunat, dengar khutbah raya, makan-makan, jumpa-jumpa dan salam-salam, aku, kak kery dengan budak Y (sory aku tak ingat nama) balik ke halls. kak kery dan budak itu jalan mendahului aku, sebab aku nak kal umah. nak cakap dengan mama, wish raya, mintak maaf. on the way, ada seorang omputih tegur kami bertiga, "you are muslims, right?" dia bawak basikal. seorang labour. kami berhenti; aku masih bercakap dengan mama di telefon. pasal raya, pasal dr muszaphar.

07:23- length masa yang aku bercakap dengan mama. dan mereka- omputih itu (mr X sebab aku tak tahu nama dia sampai sekarang), kak kery dan Y masih di situ. ada perbualan yang sangat rancak rupanya. antara kak kery dan mr X. Y nampaknya diam. memerhati.

(dari sini, semua yang aku tuliskan adalah approximation, sebab aku tak ingat sebijik-sebijik kata-kata yang kami cakapkan)

Kisah ini mengingatkan aku yang selepas aku reread article abang, aku terbayangkan nancy. Aku terbayangkan chow dan jiva. Entah bila agaknya, Allah akan beri aku peluang untuk kongsikan islam dengan orang non-muslim yang aku kenal.

WOMEN VS MEN

ayat pertama yang aku dengar dari lelaki itu ialah "you as women, your strength is words, and for us men our strength is our muscles and physical. in our society, a woman cannot attack a man with words, and a man cannot punch a woman. because you might say something today to a man and 6 weeks later, he is still hurt. but you can punch us and we'll giggle, because you cannot punch very hard. the same goes for us." aku rasa ayat ini ialah untuk mengingatkan kami yang kami perlu menjaga lidah bila bercakap dengannya. dan sebenarnya, ayat ini mengingatkan aku pada orang-orang kesayanganku yang lelaki- serasa ingin meminta maaf. tapi kalau aku buat karang aku dimarahnya pulak. sorewa, aku hanya be positive aje lah. hehe

lelaki ini dibesarkan sebagai kristian. kebanyakan dari diskusi kami ialah perkongsian. sebab dia banyak mengkaji, banyak membaca, cumanya sayang sekali, dia banyak mendengar perkara-perkara yang negatif tentang islam. jadi dia mahu bertanya, untuk mendapatkan clarification. sebab dia positif yang Tuhan itu baik. syukurlah, dia mahu berfikir. itu yang penting.

KIBLAT

mula-mula dia bangkitkan soal kiblat. kan pernah sekali, kiblat kita bertukar dari masjidilaqsa ke kaabah? dia persoalkan isu itu.

dia kata yang Tuhan orang yahudi dengan orang islam adalah sama. benar, sebab kita sama-sama pegang agama samawi.

dia kata, "maka masjidilaqsa adalah tempat penting bagi Tuhan yahudi dan islam." benar.

kemudian dia kata, "tapi cuba lihat. bila Tuhan suruh umat islam berpindah kiblat dari masjidilaqsa ke kaabah, memanglah umat islam menghadap kaabah, tapi umat islam MEMBELAKANGKAN masjidilaqsa (rujuk peta dunia). jika benar Tuhan umat islam dan yahudi adalah sama, kenapa mesti Dia suruh membelakangkan kiblat yang dahulunya Dia suruh hadap?"

di sini dia dapat interpretasi yang salah. maka kami jelaskan, sebenarnya kisah ni Allah dah cakap dalam AQ. Allah tegaskan, tak kiralah di mana-mana pun kita menghadap, tempat itu bukan soal utama sebenarnya. sebab Dia ada di mana-mana sahaja, tak perlukan tempat spesifik. kiblat itu tujuan utamanya sebagai syiar penyatuan umat.

ADA APA DENGAN ISLAM

dia perhatikan ada banyak persamaan antara kristian dan islam, dan dia bangkitkan; kenapa kristian itu salah dan islam itu betul? kenapa Allah kata Dia lindungi AQ dari sebarang perubahan tapi tak lindungi Bible (Injil)? padahal ayat terakhir dalam Bible (yang mereka ada sekarang) bermaksud sesiapa yang ubah walau satu ayat pun dari kitab Injil akan diazab teruk nanti.

kemudian kami kata "but that doesnt mean that they didnt change it, right?" sebab mengikut kefahaman kita, kristian asal yang dibawa oleh nabi Isa adalah benar, tapi kristian sekarang dah dicampuradukkan oleh penganutnya terutamanya paderi-paderi, untuk kepentingan mereka sendiri. dan sebab utama ialah Allah dah mansuhkan semua revelations nabi sebelum nabi Muhammad, lengkapkan islam dan iktiraf islam sebagai satu-satunya agama pilihanNya (rujuk AQ). sebab itu, kita patuh.

dia persoalkan "then how do you know? how do you know which one has been changed and which one is not? how do you know that God really protect only the Koran and not the Bible?"

kami tak sempat mencelah sebelum dia sambung, "you know, there was this archaeology discovered just recently, and they found a scroll of God's revelation dated back 900 years before any revelations were found. and there are three words from the scroll that (mengikut interpretasi mereka) is from the Bible. and each of the words are exactly the same as in today's Bible. this can be a prove that Bible has truly never changed."

kami jelaskan yang bukan keseluruhan kandungan Injil dah diselewengkan. tapi banyak bahagian dalam kristian sudah bercanggah dengan islam. sebab kami percaya Tuhan itu satu, nabi Isa bukan anak Tuhan, tiada konsep trinity dan tiada 'new testament' dan 'old testament'. (pada waktu ini aku bersyukur sebab kak kery ada. aku masih sangat jahil tentang kristian, dan kalau dia utarakan point tentang kristian, aku takkan dapat jelaskan perkara yang sebenar pada dia)

dia pun kata 'betul juga.' sebenarnya dia juga tak berapa setuju dengan sesetengah bahagian dalam agamanya. dia jelaskan yang dalam kristian ada kristian biasa (aku tak ingat nama spesifik) dan katolik. yang katolik inilah, katanya, tak kahwin, extreme dan macam-macam lagi. padahal ramai je paderi biasa kahwin dan berkeluarga. contoh lain, dalam Bible ada kata, jangan panggil sesiapa pun 'father', kecuali Tuhan dan ayah-ayah kandung mereka sendiri. tapi lihatlah, paderi-paderi mereka dipanggil 'father'. kemudian, mereka tak dibenarkan berdoa pada Mary (Mariam) tapi paderi mereka pesan "say Holy Mary 10 times and your sins will be forgiven". Kemudian dia persoalkan kenapa mesti Mary? ada apa dengan Mary? kalau benar dia ibu Nabi, kenapa tidak mereka pilih mana-mana je ibu nabi lain dan berdoa padanya?

kami tekun mendengar. dia sepertinya terlalu banyak yang ingin dikongsikan.

A BIG MISCONCEPTION

kemudian dia sambung, 'tapi kalau islam itu benar, kenapa mesti bom sana, bom sini? kenapa mesti bunuh orang dan bersengketa dengan orang lain? Tuhan yang sama, yang menjadikan seorang "islam" dan seorang "yahudi", menyuruh seorang "islam" membunuh "yahudi" yang Dia dah ciptakan itu? adakah Dia pernah kata "I dont like him because he is a bad boy, so you can kill him then." itukah sifat Tuhan?'

sekarang aku amat kasihan dengan dia. 'this is a big misconception in islam, and it doesnt only happen to non-muslims but for muslims as well...God is not like that. God never want us to do that.'

'yeah, that's what i believe...no one should be extreme. we should all live together happily.' dia sambung. aku faham. kalau aku jadi seperti dia juga, aku akan rasa sesak dan macam neraka. sebab aku tahu Allah itu baik, tapi bila ada orang yang mengaku islam dan cinta pada islam buat benda yang memang tak selari dengan sifat Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang, aku memang takkan boleh tidur. sebab aku akan rasa seperti semua yang aku percaya selama ini telah hancur.

'i may not know everything about my religion, and i may not know everything about Him. but i want to believe, that He's good. i want to believe that He's loving. and i want to believe that i can put my hope on Him.' dari hati aku.

'He loves everyone. He loves you.' itu antara rasa yang aku sangat ingin kongsikan dengan semua orang. sebab aku sendiri, bila ada orang beritahu yang Allah sangat sayang aku- adalah perkara yang paling melegakan dan menyenangkan. mengendurkan urat saraf dan meringankan air mata merembes. dan aku sangat bersyukur yang aku telah kongsikannya dengan lelaki itu.

AHLI NERAKA VS AHLI SYURGA

‘you see, this thing keeps bugging me and bugging me all the time. I see the world now, it isn't rainbow. I read the newspaper about a 2 year old kid who was found with bruises all over his body due to cigarettes. I have a 2 year old at home, and I cant understand why parents did that to their child. If God is really good, why does He let this? Is it true, that even before we were born, God has decided which one of us will go to heaven and which one of us will go to hell?’ soalan yang selalu bermain dalam kepala semua orang yang percayakan akhirat.

‘yes.’ Kak kery cakap.

‘but, we can change it. That’s why He let us live, now. To learn, to find Him, to work our path towards heaven.’ Aku sambung.

‘yeah, I believe so. We all have an opportunity to find which one is right and which one is wrong. That’s why I said that we should all live in peace. We should all sit together and discuss, which one is actually right. Look, I want to know if I am wrong, and I bet you guys want to know if you are wrong, right? If you are right, then everyone who are not muslims will be burnt in hell eventually, right? Man, I cant even stand the heat during Melbourne's summer. What makes you think I can stand heat in the hell?! I want to go to heaven.’ Benar. Sesangat-sangat.

Sayunya mendengar hasrat itu.

JUJUR DAN PERCAYA

‘as long as you are honest with Him, I am confident that you will find Him. You will definitely find Him.’ Suatu yang aku pasti dengan rahmat Dia.

‘yeah, that’s why I was thinking- I work as a labour almost all my life. Sometimes I just wonder how is it like to work building houses, and suddenly after some time, I got a job building houses, when actually I never told anyone that I want to work building houses. Then, I wondered how it is like to build a tennis court. And all of a sudden, I found myself building tennis court and get paid for that. I figured out that there must be someone who knows everything about me, eventhough I never tell anyone about it. And I guess they are God’s works. That’s why I believe that there’s nothing insane about talking to yourself, because actually you are talking to God. He is always listening.’

Wow. Magik Allah di depan mata aku.

‘once, I went to a bar, and a drunken lady came to me and said ‘I think I am drunk. I feel like vomitting.’ So I told her to get some fresh air outside, and she asked me to bring her out.’

‘I brought her out, and I could see everything in the dark- her clothes were all opened up from the top to her waist. I had very nice view- I could rape her there and then- no one was watching. But then I told myself, ‘just be a good boy, treat her well, because eventhough no one sees you, He is watching you’. So I helped her and I didn’t rape her.’

Dia jujur pada Tuhan.

‘the next thing I knew, she became my wife.’

‘eventhough she has left (mereka bercerai) but that is okay. Because now I can concentrate on finding God. I never thought that I already read 20 books on christianity and religion. Because when I was a boy, I thought books are only for dogs.’ Dia senyum, separuh gelak.

Aku menyampuk. “you know, the first revelation in the Koran is “iqra’” which means read.”

“yeah, the first revelation in the Bible was for us to seek for knowledge.” Dia sambung. Oh, betapa kongruen.

“I have been trying to ask about this to many people. But almost everytime I want to ask something, they thought that I wanted to offend them. no! I just want to clarify about these things. I cannot stop thinking about it.”

“you can go to any islamic council for explanations. But just bear in mind, that people are different. Apart from language barrier, some people think differently.” Kak kery.

"yeah, i know."

AQ DAN SUNNAH

“Oh ya, I was thinking about one thing- if you muslims follow the Koran, then why some people use what Muhammad’s sayings as their rule? Why then, we christians who follow jesus, are wrong? What is the difference?”

“in islam, we have two sources- the Koran and the sunnah. Sunnah is everything that Muhammad said, did- everything about him is called the sunnah. In the Koran, God orders us to do things, but it was Muhammad who showed us how to do things. And what Muhammad did, was all based from God, so the source is the same. Therefore, these two are always parallel to each other- they never contradicts each other. Both can be used as rules.”

Dia masih mendengar.

“We believe that Muhammad and Jesus are God’s prophets. But we do not believe that Jesus is the son of God. Thus we never pray to him; we only pray to Allah. That is the difference.”

Dia angguk, tanda faham.

SALAH FAHAM

“I heard this from the media, that Muhammad was kicked out from Mecca by his clan. Then, he moved to Medina and built a new home. But if he truly believed that Allah is there for him, why must he killed other people who were not muslims before he moved to Medina?”

Kami menggeleng-geleng kepala sepanjang ayat-ayatnya tu.

"we are very sorry to hear that, but you got it all wrong there. Muhammad was not kicked out, he was invited to become the leader of Medina. And he didn’t kill any people of hatred. That story is very wrong."

Kasihannya.

“yeah, that’s why- I heard all these stuffs all over the place and I don’t know where to get the correct information. I knew that God is good, so that’s why I cannot believe it when I saw some people, like muslims who do not act like one. Once I was in a train, I heard some muslim teenagers talking about killings of non-muslims somewhere, and they were so eager to join the killings. They said “I cant wait to bash them too!” and I was so sad- I don’t understand why must they do that. I believe that He never want us to fight among each other.”

“well, if you want to get some good and reliable books about Muhammad, we can give you a title of it. It is a very interesting book. Or you can have mine,” kak kery usulkan.

“no, thanks. Just give me the title and I will get it by myself. I want to work for it. I don’t want to rely on other people. if you work for it, then you deserve it, right? It is okay, I will find the book by myself. Just give me the details.”

Aku keluarkan pen dan kertas. Kami tuliskan tajuk dan kedai bukunya. Kagum, aku suka sifatnya yang gigih berusaha dan tak mengharapkan orang lain.

MAGIK DIA DI DEPAN MATA AKU

Dia teruskan cerita tentang magik hidupnya.

‘I go to church sometimes, do the prayers and stuffs. And when I saw the priest, he told me that I will become an evangelist. I said, wow! I am glad to hear that. I always wanted to become like jesus. I always wanted to be like abraham.’

Evangelist, dalam agama kristian ialah pejuang agama.

‘usually after the prayers, before everyone goes home, the priest will quickly touch each head and pat it gently while saying ‘new life.’ (seperti mendoakan setiap orang yang datang dapat kehidupan yang lebih baik) but when he came to me, his hand was shaking, and he looked at me and said, “extraordinary new life!”’

Aku tergamam. Biar betul mamat ni. Punyalah Allah sayang dia.

“I think, if you are honest, and you really want to find Him, you will eventually find Him. As long as you believe, you will be okay.’ aku rasa he deserves those words. dan aku sangat positif tentangnya. aku mungkin tak kenal dia lama, aku tak tahu pun nama dia. tapi, tapi. aku dapat rasakan, dia akan jumpa apa yang selama ni dia cari.

“I am glad to know that!” dia berkata dengan senyum gembira. “Looks like I am on the right track!”

Kemudian dia minta izin pergi, sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Kami juga harus terus, persiapan hari raya belum siap! Wawawa..

Bila aku lihat dia berlalu, aku sangat-sangat bersyukur. Wah, dia dah sangat dekat dengan Allah! Gembiranya aku dengar cerita dia. Bertuahnya dia. Dan bertuahnya Allah takdirkan dia pilih untuk bercakap dengan kami pada hari raya tahun ini.

Aku belajar 4 perkara penting dari dia- hadiah hari raya yang sangat-sangat bermakna-

ai (love),
nao (honest),
shinjiru (believe) dan
akiramenai (never lose hope).

Dan kemudian aku teringat tentang konsep kesaksian. Bagaimana Nabi sayang jadi saksi kita dan kita pula jadi saksi kepada manusia.

Aku mahu jadi saksi akan rahmat Dia. Sebagai seorang yang melihat, sekaligus membuktikan yang Allah tu memang maha pengasih dan maha penyayang. Sebab itu aku berdiri sekarang- sebagai saksi. Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan Allah itu memang, memang dan memang sangat-sangat pengasih dan penyayang.

Dr lyle, pernahkah engkau terfikir...?

semuanya tentang akidah

Assalamualaikum.

Cuba adik baca artikel yang sempat saya buat nie..Byk benda yang boleh adik jadikan panduan.Saya on the way nak ke Labuan.Bye...

Islam bukan agama ikutan dengan serba kejahilan tetapi Islam adalah ad-Din kefahaman dan penghayatan. Kefahaman dan penghayatan adalah satu-satu cara untuk mempertahan dan memperkukuhkan umat. Dukacita apabila orang Islam sendiri tidak berusaha memahami Islam apatah lagi untuk benar-benar menghayati dan menyampaikannya .

Dalam konteks dakwah, betapa kita umat Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim. Malangnya kebanyakan umat Islam bahkan hampir keseluruhannya begitu gagal melaksanakan tugasan ini. Setiap hari kita berurusan dengan mereka yang "non-muslim" atau bukan muslim tetapi sepatah pun dari dakwah Islam tidak kita sampaikan kepada mereka sehingga mereka terus terbabas tanpa dihulurkan sebab-sebab untuk sampai kepada hidayah. Lebih malang dari itu, kita kadang-kala memberikan gambaran yang buruk tentang Islam terhadap mereka. Apakah kita tidak merasai betapa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak di atas kecuaian ini...

Saya begitu tertarik dengan apa yang diceritakan oleh as-Syeikh `Ali at-Tontawi dalam bukunya Ta’rif al-`Am bi Din al-Islam, katanya:"Pernah aku bertanya kepada para pelajarku, "Sekiranya datang kepada kamu seorang lelaki asing dan berkata kepada kamu bahawa dia hanya ada waktu sebanyak sejam sahaja dan ingin memahami apakah Islam dalam tempoh tersebut? Bagaimanakah kamu boleh memahamkan Islam kepadanya dalam tempoh sejam?. Mereka menjawab: "Ini mustahil, dia mesti mempelajari tauhid, tajwid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, melibatkan diri dalam perbahasan masalah-masalah agama, dan dia tidak akan tamat melainkan setelah lima tahun". Aku pun berkata: "Subhana Allah! Adapun seorang `arab badawi datang menemui Rasulullah s.a.w. dan tinggal bersama baginda selama sehari atau setengah hari lalu mengetahui Islam lantas membawanya kepada kaumnya. Selepas itu, dia menjadi pembimbing dan guru, menjadi pendakwah dan mubaligh untuk Islam. Lebih dari itu, Rasulullah pernah mensyarahkan ad-Din keseluruhannya (dalam hadith Jibril) dalam tiga ayat sahaja. Baginda berbicara dalamnya mengenai Iman, Islam dan Ihsan....Kenapa tidak kita hari ini mensyarahkan Islam dalam tempoh satu jam!!?"
[m.s. 27, Dar al-Wafa, Mesir]

Demikian menariknya tokoh pendakwah Islam yang terkenal ini mengemukakan contoh kesilapan dalam menguruskan dakwah. Ya! Kebanyakan kita apabila diminta memulakan dakwah terutama kepada bukan muslim dia akan bertanya "Apakah perkara pertama yang hendak diterangkan?". Inilah persoalan yang bermain di kepala kebanyakan muslim ketika di minta berdakwah. Lebih malang lagi ada yang penerangannya bermula dengan masalah berkhatan...

Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan "Engkau wajib menghafal sifat dua puluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna....

Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.

Manusia Dan Agama

Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya. Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini. Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.

Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.

Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia. Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup. Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya. Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.

Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.

Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui watak yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s., firman Allah dalam menceritakan kisah ini:

Maksudnya:
Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]

Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan kesempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan sesat.

Manusia Dan Persoalan

Insan yang waras senantiasa menimbulkan tanda tanya tentang tuhan atau dalam kata lain bertanya "siapakah yang telah menjadikan dirinya dan alam di sekelilingnya". Akal yang waras meyakini bahawa dirinya tidak muncul dengan kehendaknya tetapi tentulah adanya kuasa yang maha agung yang menciptakannya. Tidak terhenti untuk itu sahaja, dia tentu juga merasai keperluan diri bergantung kepada zat yang agung itu kerana dalam hidup dia pasti menghadapi peristiwa-peristiwa yang terjadi tanpa pilihan atau kemampuannya. Perasaan mencari tempat pergantungan akan terus timbul dan keperluan kepada pertolongan tuhan akan benar-benar dirasai oleh setiap insan. Seterusnya, apabila insan memerlukan tuhan tentu insan ingin mengetahui kehendak atau tuntutan tuhan terhadap dirinya. Ini bagi memboleh insan merasai tuhan bersamanya dan merestuinya. Insan melihat berbagai kejadian dan peristiwa di alam ini, ada golongan yang baik dan ada pula yang jahat. Ada golongan golongan yang zalim dan ada pula yang dizalimi. Ini sekali lagi mendesaknya bertanya "Apakah kesemua ini akan berlaku begitu sahaja. Apakah yang zalim tidak ada sebarang tindakan tuhan terhadapnya sedangkan dia telah menzalimi hamba tuhan yang lain? Apakah selepas adanya penindasan dan penganiayaan maka hidup pun hilang begitu sahaja? Apakah sama antara hamba yang ingin mentaati tuhan dengan yang memusuhi tuhan?

Demikianlah berbagai persoalan timbul yang mendesak jiwa insan sekaligus membawa sekali lagi insan bertanya ke manakah perginya manusia selepas berakhirnya kehidupan di dunia ini...

Perumpamaan Yang Menarik

Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti telah memberikan perumpamaan yang menarik dalam bukunya Madkhal ila Fahm al-Juzur katanya: "Apa pendapat kamu mengenai seorang insan yang membuka kedua matanya selepas tidur yang panjang, dia yang sebelum ini berada di atas katil di dalam bilik tidurnya, tiba-tiba dia dapati diri berada di dalam salah satu gerabak kereta api. Dia dibawa oleh suatu perjalanan ke arah yang dia sendiri tidak tahu. Merentangi bukit-bukau dan lurah yang dia tidak pernah lihat dan tahu mengenainya.

Siapakah yang membawa dan meletakkan dia di dalam keretapi tersebut? Bilakah perkara ini bermula? Siapakah yang sedang memandunya? Siapakah pula yang menyusun dan mengatur perjalanannya? Apakah yang orang tersebut mahu daripadanya secara peribadi selepas ini?
Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu semua ini.....!

Apakah anda berpendapat insan berkenaan boleh menutup fikiran dari segala persoalan tersebut? Bolehkah dia merehat urat sarafnya dari terus mendesak dan mencari jawapan mengenai apa yang dia tidak tahu itu?. Bolehkah kemudiannya dia terus asyik berseronok suka dengan melihat jalanan yang cantik dan pemandangan yang asing?

Sama ada gerabak tersebut dipenuhi dengan peralatan mewah dan terhias dengan segala perkara yang melalaikan, atau ianya dipenuhi dengan perkara yang menduka dan menyusahkan, namun apakah mungkin untuk dia menjadikan semua itu melupakan dia dari apa yang didesak kepadanya oleh tekanan fikiran dan akalnya? Juga dari kerisauan dan kekeliruan disebabkan keadaan yang tanpa pilihannya, dia dalam lautan kejahilan.

Sekalipun demikian, namun masalah tersebut adalah masih kecil lagi terhad, bilamana keluasan keretapi tersebut adalah terhad dan dalam lingkungan alam yang diketahui tanda-tanda dan kebiasaanya. Ini kerana, bagaimana sekalipun ia bergerak ke timur atau ke barat ia sama sekali tidak akan keluar dari ruang lingkupnya dan tidak akan melepasi melainkan dalam lingkungan bumi.

Namun masalah tersebut bertukar menjadi besar dan begitu besar bilamana keretapi tersebut adalah alam ini keseluruhannya. Bilamana pergerakannya itu adalah merupakan keadaan rangkaian kehidupan insan....[m.s. 6-7, Cetakan Dar al-Fikr al-Mu`asir, Lubnan]

Demikian Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti cuba membayangkan keadaan insan yang sejak kecil membuka matanya dan melihat alam serta pergerakan di sekelilingnya. Juga yang lebih penting melihat dirinya sendiri serta rangkaian perjalanan hidupnya. Apakah tidak terdesak jiwanya untuk bertanya tentang hakikat diri, apakah keadaan yang sedang dihadapinya dan apakah kesudahannya nanti? Mungkinkah pengaruh suasana sekelilingnya boleh atau mampu melupakan dia untuk mencari jawapan bagi erti kehidupannya? Kalaulah ada insan yang demikian tentulah dia sejahil-jahil manusia secara mutlak kerana dia telah lalai memikirkan perkara yang menjadi dasar insan berakal.

Perlunya Hidayah Islam

Persoalan-persoalan ini walaupun muncul dari fitrah manusia dan ianya sesuatu yang sangat baik untuk membolehkan insan mencari kebenaran namun jika insan tanpa bimbingan hidayah atau petunjuk dari Allah, persoalan-persoalan tersebut juga boleh menjadi punca insan sesat dengan sesesat-sesatnya. Jika insan tidak dibimbing dengan petunjuk daripada Allah maka persoalan-persoalan tadi terus mencari berlegar dalam fikiran insan dan akhirnya mereka mencipta jawapan yang salah lagi sesat dalam kehidupan. Jika petunjuk sebenar tidak sampai kepada insan maka tuhan-tuhan palsu pasti akan muncul, kehendak-kehendak tuhan secara palsu juga akan diandaikan dan alam selepas kematian akan dibayangkan mengikut kehendak fikiran dan kepentingan tertentu. Akan ada yang mengambil kesempatan dari kehendak atau tuntutan fitrah tersebut dengan mencari kepentingan dunia lalu mencipta ajaran agama untuk kepentingan diri dan harta. Maka lahirlah agama-agama palsu di atas muka bumi.

Allah Tuhan Yang Sebenar tidak akan membiarkan insan tenggelam dalam kesesatan tanpa bimbingan hidayah yang asli dariNya sendiri yang menciptakan alam keseluruhannya serta Maha Berkuasa dengan penuh keagungan. Untuk itu, setiap umat diutuskan Rasul yang membawa ajaran Islam bagi memberikan jawapan sebenar terhadap persoalan insan dalam hidup. Para Rasul bukan mencipta ajaran mengikut akal mereka tetapi mereka menyampaikan ajaran daripada Allah Yang menurunkannya kepada mereka menerusi proses yang dinamakan wahyu. Tiada siapa yang berhak berbicara mengenai Allah melainkan Allah sendiri dan perbicaraan Allah itu telah disampaikan kepada sekelian insan menerusi para Rasul. Para rasul bukan sekadar memberitahu tetapi membimbing dan mendidik. Rasul yang terakhir ialah Muhammad bin `Abdillah yang membawa ajaran Islam dari Allah.


Firman Allah: (Maksudnya):Sesungguhnya ad-Din (agama) di sisi Allah ialah Islam.
[Surah Ali `Imran ayat 19]

FirmanNya lagi: (Maksudnya):

Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk dari kalangan mereka yang rugi.[Surah Ali `Imran ayat 85]

Maka kedatangan Islam daripada Allah yang mencipta alam dan segala isinya telah memberikan jawapan yang sebenar kepada semua persoalan tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. adalah kesinambungan dalam menyampaikan risalah dari Allah dan memberikan jawapan kepada persoalan insan.

Justeru itu wajib kepada semua insan -tanpa pengecualian- yang hidup selepas kedatangan Nabi s.a.w meyakini, menerima dan menghayati ajaran Islam yang bawa oleh Muhammad bin Abdullah, utusan Allah yang akhir itu demi keselamatan kehidupan mereka yang hakiki.

Setiap insan tahu bahawa dia tidak datang ke dunia ini dengan kebijaksanaannya. Tidak juga kerana kebijaksanaan kedua ibu bapanya.

Kalaulah insan wujud di dunia dengan pilihan dan kebijaksanaannya tentulah semua insan dapat menentukan rupa paras yang cantik lagi menawan bagi diri dan keluarganya. Tentu kesemuanya memilih untuk lahir di tengah banglo atau istana mewah dan keluarga yang kaya-raya. Namun keadaannya tidak begitu. Hinggakan pasangan suami isteri pun sama sekali tidak boleh memilih paras rupa anak yang bakal lahir. Kalau hal ini boleh ditentukan sudah pasti setiap insan lahir dalam keadaan paling sempurna. Namun ternyata ianya di luar kawalan insani.

Ini semua menyedarkan insan bahawa adanya suatu kuasa yang Maha Agung yang mewujudkan manusia dengan kehendakNya. Dia adalah Allah. Dia tidak akan mempersoalkan insan tentang keputusan yang dipaksa ke atas mereka seperti hitam atau putihnya warna kulit seseorang, siapa ibu atau bapanya, di mana negeri kelahirannya, mengapa dia tidak pintar atau cerdas, sempurna atau cacat dan seumpamanya. Dia hanya akan menyoal apakah mereka telah menunaikan tanggungjawab yang Dia wajibkan ke atas mereka. Adapun segala kejadian tanpa pilihan insan itu adalah bagi mewujudkan sistem hidup di alam ini dan menyedarkan insan betapa mereka semua bergantung kepada Tuhan, Allah Yang Maha Esa.

Firman Allah di dalam al-Quran:

Maksudnya:
Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Diaa menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur.
[Surah an-Nahl ayat 78]

Firman Allah dalam al-Quran lagi:
Maksudnya:
Dia (Allah) membuat setiap yang Dia cipta sebaik-baiknya (yang paling sesuai) dan Dia telah memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia telah menciptakan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniup ke dalam tubuhnya ruh dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sedikit sekali yang bersyukur.[Surah as-Sajdah ayat 7-9]

Berbagai-bagai lagi sifat dan ciri insan yang Allah bentangkan di dalam al-Quran bagi menggambarkan betapa setiap insan faqir kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Apabila menyedari diri sebagai makhluk (yang diciptakan) dan Allah sebagai Khaliq (Pencipta) dengan segala rahsia ciptaan dan kehebatannya maka timbulnya perasaan kehambaan dan mengharapkan Allah dalam segala hal. Timbulnya perasaan bergantung serta bertawakal kepada Allah.

Bahkan Allah juga telah membekalkan ke dalam jiwa manusia secara fitrah atau sejak kelahirannya beberapa sifat dan perasaan secara tersedia dari sisi Allah. Dibekalkan kepada insan sifat kasih-sayang, perasaan marah, perasaan sedih, perasaan ingin dihargai, ingin dikasihi, perasaan cinta antara lelaki dan perempuan dan berbagai lagi. Antara yang paling nyata dibekalkan tuhan dalam jiwa insan adalah sifat atau perasaan merasai kewujudan Tuhannya. Sebab itu kita dapat saksikan walau di mana pun manusia berada mereka tetap mempercayai Tuhan. Sekalipun ajaran agama tidak sampai kepada seseorang namun hati nuraninya tetap bertanya tentang Tuhan.

Golongan yang mengaku diri mereka komunis pun pada hakikatnya tetap merasai kewujudan Tuhan. Sifat ego sahaja yang menjadikan lidah mereka menafikannya.

Adapun golongan mereka yang mendakwa free-thinker atau bebas dari segala ikatan kepercayaan atau agama meraka sebanarnya bukan tidak percaya tentang adanya Tuhan tetapi mereka terkeliru dalam menentukan "siapakah Tuhan yang sebenar, sifatNya, juga apakah ajaran yang sebenar dariNya?" Mereka terkeliru dengan agama-agama palsu yang mereka lihat. Atau nafsu mereka ingin bebas dan bermaharaja agar mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ikatan agama. Sebab itu kita lihat apabila Islam yang sebenar diterangkan kepada mereka dengan jelas kita mendapati kebanyakan daripada mereka bersegera menyahut panggilan hidayah Islam dengan rela dan gembira..

Di atas ciri ini, maka Allah yang menciptakan manusia, menyebut di dalam al-Quran tentang golongan kafir yang menentang Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka (golongan kafir); "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan (mentadbir) matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar) [Surah al-'Ankabut ayat 61]

Menentukan Tuhan Yang Sebenar

Kesimpulannya, manusia semuanya percaya wujudnya Tuhan tetapi mereka gagal menentukan bagaimanakah Tuhan yang sebenar. Bagaimanakah sifatNya dan jalan menghampirkan diri kepadaNya. Lalu mereka meramalkan Tuhan mengikut fikiran dan suasana masing-masing. Ada yang meramalkan Tuhan itu seperti manusia atau seperti binatang yang besar atau beranak-pinak atau apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Pengikut ajaran hindu umpamanya, mereka membayangkan Tuhan itu seperti orang-orang India . Mereka mengukir bentuk Tuhan dengan rupa paras orang-orang India . Mata, warna kulit, bentuk badan dan segala-gala seperti rupa bangsa mereka. Seakan-akan Tuhan hanyalah untuk manusia di negeri India sahaja. Begitulah juga agama-agama lain yang menyesatkan. Mereka mengukir atau melukis dengan tangan mereka lalu mereka menyembahnya.

Ada juga manusia yang memilih Tuhan berdasarkan apa yang dia takuti. Bilamana dia kagum atau gerun dengan pokok yang besar atau sungai atau laut lalu mereka merasai di situ bertahtanya tuhan lalu mereka menyembahnya, ini seperti kebanyakan suku kaum yang hidup di hutan.

Demikian gambaran kekeliruan manusia dalam mencari Tuhan yang sebenar.

Keterbatasan `Akal

Insan pasti akur bahawa segala kemampuannya sekali pun hebat ada had atau batasan yang dia tidak dapat lakukan. Mata yang dimilikinya ada batasan jarak, bentuk, warna yang tidak mampu dilihatnya. Telinga yang dimiliki ada batasan gelombang yang tidak mampu di dengar.

Bahkan kalau insan menulis angka dari satu hingga sepuluh di dalam sepuluh keping kertas yang kecil lalu dimasuk kesemuanya -secara bercampur- ke dalam sakunya dan diminta supaya dia mengeluarnya semula menurut susunan satu hingga sepuluh tanpa melihat kepada kertas-kertas tersebut, sudah pasti dia tidak mampu mengeluarkan secara tertib dan teratur kerana matanya tidak dapat mengesan, sekalipun kertas-kertas itu berada dalam sakunya sendiri.

Demikianlah keterbatasan jangkauan insan. Maka akal insan juga amat terbatas. Bukan semua perkara boleh dirumuskan oleh akal. Kalau hanya sepuluh keping kertas insan tidak dapat mengagaknya dengan tepat bagaimana insan ingin memikirkan tentang diri Tuhan yang sebenar, sifat Tuhan yang sebenar, kehendak atau tuntutan Tuhan kepada insan dan apa yang bakal Tuhan lakukan kepada insan. Ini semua gagal dicapai oleh insan tanpa bimbingan dari Tuhan sendiri melalui pengutusan para Rasul.

AZLI YUSOF
10032007
1215AM

Monday 15 October 2007

latif mohaideen tu...

akhirnya aku sampai juga ke rumah abang nan dan kak su. jumpa dengan along, ika, faiz. sebuah keluarga yang baik.

aku memang mahu ke rumah abang nan. sebab tahun depan dia sudah pulang ke malaysia, dan dia dah lama mengajak ke rumah dia. jadi aku ke rumahnya dengan kak yus.

kak su memang pandai masak. aku tambah laksa penangnya sekali dan makan banyak kuih raya juga. ini antara perkara paling best tentang raya di aussie- aku dapat makan kuih raya, sebab aku ingatkan aku takkan dapat kuih raya kat sini. sayangnya kat sini tak ada lemang sebab tak ada buluh. soredemo, raya di rumah abang nan memang macam raya di malaysia. sebab orang-orangnya yang peramah dan suasananya yang happening, buat aku berasa seperti aku di kampung. tambah lagi, anak-anak abang nan dan kak su mesra; rasa macam adik-beradik sendiri. terutamanya ika, yang banyak bertanya itu ini dan sikapnya amat pleasant.

dan lagi, aku tak sangka berjumpa dengan latif mohaideen, adik razak mohaideen di sini. dia datang beraya dengan isterinya kak aida dan anak-anaknya aiman dan arif. memang mulanya tak sangka langsung yang aku dapat bersembang dengan seorang producer filem terkenal. aku tak adalah minat sangat cerita-cerita pembikinan mereka adik-beradik, tapi aku suka berjumpa dengan orang-orang yang dah mengenal dunia. sebab banyak yang aku dah belajar dan banyak teori yang aku dah garap boleh aku clarifykan dengan mereka.

dia dapat kal dari abangnya tadi, memberitahu filem 'otai' dapat untung 1 juta dalam masa sehari selepas release di pawagam. mereka target dapat 4 juta dalam masa 2 minggu, jadi 1 juta pada hari pertama ialah suatu yang impressive, kan?

kak aida sedang ambil phD di uni yang sama dengan aku. aku rasa sebab itu suaminya ada di sini. kemudian, dia bersembang tentang hidup, tentang anak yatim. inilah part yang aku suka, sebab ia related dengan aku.

dia cerita, masa umur dia 8 tahun dulu, dia bersama kawan-kawannya pergi mengintai orang cina sedang shooting. tiba-tiba mereka kena simbah dengan air panas. dia kata benda-benda macam tulah yang menghasilkan apa yang dia dapat capai sekarang. 'because we started from the ground-bottom. kita tahu macam mana rasa susah, itu mengajar kita untuk be brave to face the future. you girls yang dapat ke oversea, bertuah sebab dapat rasa susah sendiri hidup di negara orang. you are one step further than any local graduate di malaysia, because you have the exposure.'

teori ni aku dah fikirkan sejak aku di sekolah menengah lagi. yang membezakan kami budak-budak sbp dan sekolah harian, ialah exposurenya. dan sekarang pun sama- yang membezakan antara kami dengan budak-budak yang tak fly, ialah exposurenya. pengalaman, ajar kita makna hidup.

'that's why i work my ass now. i dont want my children to have the same experiences that i had, i want the best for them. without forgetting the past.'

itu penting. itu sangat penting. 'i agree. some people can suddenly change and forget about their past...i cannot accept that.'

'and you have to speak up. macam khair jamaludin dulu, bila mahathir datang uk, dia terus serang mahathir dalam conference- kenapa penjarakan anwar? sampai mahathir sent guards to watch over him- 'budak ni kena jaga.' kemudian, balik malaysia, langgar kereta anak perempuan mahathir, bercinta dan kahwin. that was all a strategy. sekarang tengoklah dia siapa. menantu mahathir, antara orang paling kaya di malaysia.'

kami tergamam.

'but you dont have to go to that extend.' kami semua gelak.

yang menariknya, selepas itu dia bersembang tentang kebajikan anak yatim. situasi semasa, bagaimana antara caring centre tu boleh jadi pusat bisnes dan sebagainya. maka aku utarakan tentang keadaan di sebuah negeri di mana, mama aku cuba minta bantuan pusat zakat, tapi sebab kuota hanyalah untuk yang berpendapatan RM500 ke bawah, jadi keluarga kami tak dapat bantuan walaupun masuk golongan asnaf. padahal sepatutnya mereka check pendapatan perkapita, baru dikira adil.

abang latif kata, sepatutnnya kuota tu direview balik, sebab sekarang ni tak jumpa lagi orang yang berpendapatan bawah RM500. walaupun ada tapi cuma sedikit. kiranya key point di sini ialah kuota tu sepatutnya dinaikkan.

dia sedang dalam planning salurkan hasil pendapatannya ke arah kebajikan anak yatim. cuma dia belum jumpa seorang yang boleh jadi care taker.

pada pandangan aku, ke arah membasmi kemiskinan terutamanya di kalangan kami anak yatim- perjalanannya masih jauh.

sebab ada beberapa perkara yang harus berlaku.

1. projek seragam dan terancang di peringkat kebangsaan
2. kesedaran optimum di kalangan rakyat
3. naik taraf ekonomi
4. perubahan mentaliti. perubahan mentaliti.
5. kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan. kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan. kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan.
6. perubahan dari terlalu menumpukan perhatian kepada utopia dan perkara-perkara mimpi sampai terlupa situasi realiti. sebab kadang-kadang fokus itu kurang tepat dalam menyelesaikan masalah. (ini juga applicable pada situasi lain)

dan diskusi ini membuatkan aku berasa aku semakin dekat dengan rumah. semakin dekat. semakin rindu.

sebelum pulang, abang latif pesan, "well girls, best of luck in your studies. yang lepas tu biarlah lepas, yang sekarang ni usahakan untuk masa depan. tapi jangan lupa tentang yang lepas. sebab tulah yang menjadikan siapa kita hari ini. and remember to speak up your mind. keep in touch."

Thursday 11 October 2007

abang kata umat islam kena kahwin. taklah, semua orang pun kena kahwin apa. sebab...

walaupun aku selalu tak hadir kelas, tetapi ada perkara penting yang aku belajar dari ges1050 ni sebenarnya.

aku sedang mencari artikel tentang ageing population di jepun, sebab aku mahu dapatkan statistik tentang peratus penduduknya yang berumur 65 tahun dan ke atas.

mula-mula aku fikir, "tak sangka, panjang umur juga boleh jadi suatu bala", tapi kemudian aku recall balek, dan aku figured out yang ada suatu lagi faktor penting yang menyumbang kepada *masalah ageing population ini.

*masalah ageing population= semakin ramai orang tua (higher life expectancy a.k.a. panjang umur) dan dalam masa yang sama semakin sikit orang muda (sebab perempuan lambat kahwin, kalau kahwin pun tidak produktif, maka anak tak ramai)

sebab apa ia boleh jadi bencana?

1. semakin ramai orang tua= semakin ramai penduduk yang tak boleh sumbang apa-apa= semakin banyak beban negara= cukai naik= pencen naik= taraf hidup makin merudum= rakyat jadi susah= tak boleh nak salahkan sesiapa= kesiann

2. tak ramai orang muda= takdak sapa nak jaga orang tua= takdak sapa nak kerja= macam mana dengan ekonomi negara..? macam mana dengan bonus akhir tahun? macam mana dengan scholarships? RMT?

selalu manusia jarang fikir pasal benda-benda yang dia dapat free. dan tak pernah fikir macam mana dia boleh layak hidup dengan begitu senang.

masalah ni banyak jadi di negara-negara maju- US, Australia, Jepun, UK.

kemudian aku fikir seperti mahu salahkan perempuan pula. sebab tak mahu kahwin. sebab tak mahu dapat ramai anak. sebab fikir yang anak itu beban. (selingan: anak dalam islam pembawa rezeki)

sebab apa anak itu beban? sebab di Jepun, kos mengandung, lahirkan anak, sekolahkan anak, didik anak sampai belajar tinggi-tinggi semuanya kena tanggung sendiri. sebab semuanya bukan free. dalam budaya Jepun pula, lelaki tidak terlibat dalam soal penjagaan anak. 40% tak pernah tukar lampin atau tidurkan anak. (selingan: nabi sayang sama-sama jaga anak, sama-sama buat kerja rumah)

jadi rupa-rupanya bukan salah perempuan yang sengaja tak mahu kahwin. tapi sebab memang susah sekarang kalau mahu besarkan anak. kos amat tinggi. sebab orang semua fikir anak ramai itu beban. semua kena bayar. sepertinya "disebabkan bilangan budak kecik yang ramai tapi tak mampu sumbang apa-apa untuk negara semakin bertambah, mari kita kurangkan dengan kenakan pelbagai kos untuk bayar khidmat besarkan anak -kerajaan Jepun, tahun 1970-an-" (selingan: anak dalam islam pembawa rahmat)

syabas. lihatlah sekarang. siapa mahu jaga kamu bila kamu sudah tua?

tapi aku faham. kalau aku beritahu kamu yang anak itu pembawa rahmat 30 tahun lepas, kamu mesti mahu minta bukti tentangnya. sebab.

kamu tak percaya.

nota penting: isi ini amat lemah. ia hanya berada di taraf draf sahaja. sebab ini adalah lintasan pemikiran aku yang terlalu cetek, aku garap dengan sumber yang sangat terhad. dan skop yang aku ambil sangat limited, terlalu banyak faktor yang aku tinggalkan atau tidak tahu. tujuan aku menulis, ialah untuk visualize apa yang aku fikir. mungkin dalam 10-15 tahun akan datang, bila aku baca balik tulisan aku ini, ada beberapa ayat yang aku akan pangkah dan tolak habis-habisan dan gantikan dengan yang baru. jadi, isi ini hanya baik untuk jadi trigger, bukan hujah utama. pun begitu, aku mahu mengangkatnya sebagai salah satu permulaan yang baik, untuk aku lebih mengenal dunia. suatu kegemaranku.

entri ini mungkin tiada kaitan langsung dengan anda. sekian

aku tengok friendster kawan-kawan aku. yang perempuan.

aku tengok friendster orang-orang lain yang bukan kawan aku. tetapi perempuan.

aku tengok gambar-gambar mereka.

mereka tangkap gambar dengan bunga-bunga kuning, merah, biru, hijau(?), oren dan sebagainya.

mereka tangkap gambar ramai-ramai di restoran serba mewah, makan berbuka puasa bersama rakan-rakan.

mereka tangkap gambar bersama teddy bears.

mereka tangkap gambar dengan memakai baju pink, selipar pink, tudung pink (bagi yang bertudung).

mereka tangkap gambar di pantai, kadang-kadang seorangan, kadang-kadang berteman, kadang-kadang berpegangan tangan.

mereka tangkap gambar di rumah mereka yang berhias indah, langsir beli di kamdar harga separuh dari harga sofa empuk tempat mereka duduk (aku teka jer..)

dengan berbagai-bagai posing.

itu apa yang aku nampak (dan apa yang mereka tunjuk. bukan salah aku kalau ada sesiapa tak suka, sebab itu realiti. walaupun bukan keseluruhan realiti, tapi sebahagian dari realiti. dan ia memang benar)

dari sudut aku, sudut yang aku tonjolkan sedikit berbeza.

aku lihat friendster aku.

aku lihat gambar-gambar aku.

aku tangkap gambar awan. (gambar aku di pagar uni belum lagi aku ambil- sebagai rekod, mama sudah lama sound sebab dia nak tengok gambar uni, bukan gambar awan)

aku tangkap gambar fosil-fosil aku.

aku tangkap gambar batu. (hanya signifikan bagi segolongan yang faham)

aku tangkap gambar kerusi. (aku memang suka kerusi. maaf)

aku tangkap gambar kasut. (salah satu kegilaan aku)

dan ada sedikit gambar aku, kadang-kadang seorang dan kadang-kadang ramai-ramai (aku juga mahu buktikan yang aku comel, ok) tapi selalunya ia beroccasion, bukan secara tiba-tiba gambar itu muncul dengan berlatarkan pintu tandas, hanya kerana cermin di sana besar dan boleh muat seluruh tubuh dari kepala hingga ke pinggang, ada cermin yang boleh nampak sampai ke kaki.

baiklah. itu adalah apa yang aku tonjolkan. (kamu orang boleh tonjolkan apa sahaja, aku juga boleh tonjolkan apa sahaja, ia berkadar dengan tahap malu kamu dan aku)

dan tiba-tiba soalan yang aku tanyakan pada diri sendiri ialah,

"mama, nanti qilah dapat kahwin ke idak?"

nota: tentu pasti aku tak tanya pada mama aku. nanti dia akan kata "pergilah nak kahwin sangat". dan tentu pastinya aku tak tanya abang aku. nanti dia kata (sebab dia jauh) "hang memang tak malu" dengan penuh seringai atau dia (kalau dia dekat) lempang aku dengan buku nota kulit keras A4 cover hijau, dan sedikit pun dia takkan menyesal sebab buat begitu. dan akhirnya soalan aku bukan terjawab pun. korang yang letak gambar-gambar begitu, akan dapat kahwinkah? entahlah, aku pun tak tahu. tapi aku mau doakan korang dan aku bahagia dan ceria selalu. selamat hari raya sekali lagi!

Tuesday 9 October 2007

dan tiba-tiba aku berasa sedih

tadi aku terfikirkan sesuatu.

kenapa, perlu Dia wujudkan kisah abi talib?
kenapa abi talib perlu mati sedemikian rupa?
kenapa perlu ada kisah sesedih itu, buat kekasihNya?
kenapa mesti jibril tepis tangan nabi sayang untuk halang nabi beri syafaat?
benarkah, tiada harapan lagi buat abi talib?
buat seorang manusia kesayangan nabi dah tak ada harapan lagi?

selalunya dulu-dulu, bila mana aku ada soalan, aku akan segera tanya abang. tapi selepas abang kata dia mahu aku berfikir sendiri dan dia tak balas lagi mesej-mesej aku, aku akan membayangkan aku bertanya pada dia dan dia pula menjawab pertanyaanku.

dan kali ini, aku seperti mendengar abang berkata kepadaku:
kisah abi talib wujud sebab Dia mahu beritahu, Dialah yang pegang hidayah. kalau Dia tak bagi, maka tak adalah. sebabnya Dia sahaja yang tahu. dan Dia juga mahu beritahu, kita kena jaga hidayah yang kita dah dapat ni baik-baik. sebab islam adalah syarat pertama dalam apa jua pemilihan pun. dunia dan akhirat. orang yang tak islam, maksudnya dia tak percaya. orang yang tak percaya takkan sama dengan orang yang percaya. sebab percaya adalah basic.

aku tak sekuat nabi. aku tak tahu sama ada aku sanggup menghadap orang yang aku sayang tak diberi hidayah olehNya. syukur pada Dia, orang-orang kesayanganku setakat ni semuanya orang islam.

aku akan terhenti tanpa harapan. harapanlah yang membuatkan aku kekal terus. bila aku fikirkan tentang abi talib yang tiada harapan masuk syurga, aku jadi sangat sedih. sebab dia orang baik, dia orang kesayangan nabi. membuatkan aku sedar, syarat harapan juga ialah islam. tanpa islam, harapan tak punya makna. sebab betapa banyak harapan di dunia, tak terjamin harapan di akhirat tanpa islam.

itu juga buat aku sedar, aku mahu ramai orang masuk islam. sebab aku mahu semua orang hidup dengan harapan dan mati dengan harapan. aku tak mahu mati jadi pemutus harapan, sebagaimana aku mengharap akan berjumpa abah dan aqil satu hari nanti walaupun mereka dah pergi dulu. sebab kami orang islam dan Allah adalah Tuhan yang maha penyayang, Dia ampunkan semua dosa.

ya, kecuali syirik.

Allah, islam ini sangat besar ertinya buatMu, kan? islam ni amat besar ertinya buat kami, kan? sebab tanpa islam maksudnya tanpa Engkau, dan itu adalah penipuan paling besar.

Dia hanya mahu kita jadi jujur. itu sebab antara banyak-banyak nama, kekasihNya dipanggil al-amin. bukan al-bijaksana atau al-kaya atau al-pemurah. tapi al-amin.

maksudnya, yang tak pernah menipu. yang selalu jujur.

Tuhan, sejujurnya aku sedih dengan kisah abi talib. tapi, aku bersyukur- aku sudah ada islam. dan sebab itu, aku takkan putus asa dari harapan. aku takkan berhenti dari mengharapkan rahmatMu. dan dengan itu, aku terus.

Tuhan, ampuni aku. ampuni kami. ameen

Monday 8 October 2007

ya, aku sangat sayang kamu

manusia selalu jatuh cinta.

tapi tak ramai yang mahu mengaku.

manusia selalu menyayangi.

tapi tak ramai yang mahu tunjuk.

ada yang kata sebab mereka takut, cinta mereka tak dibalas.
ada yang tak mahu suspen dan magik cinta itu hilang selepas mereka meluahkan rasa sayang.
ada yang ego dan tidak mahu mengaku, sebenarnya dia juga sayang pada orang yang sayang padanya- bila diberi cinta, dia jarang mahu membalas.
ada yang dipisahkan oleh umur, ada yang dipisahkan oleh jarak, ada yang dipisahkan oleh ideologi dan kepercayaan.
ada juga yang merasa dia bersalah sebab mencintai.

aku telah belajar melalui seseorang, yang mencintai itu tidak salah. jika betul-betul jujur, maka mengakulah yang kita memang sudah jatuh cinta. dan lahirkanlah.

kadang-kadang, bila ibu belikan sesuatu yang kita suka, kita amat gembira, tapi kita tak pula peluk cium dia. selalu kaum ayah, bila lihat keputusan cemerlang anaknya, hanya sekadar melihat dan jarang sekali dipuji. pernah juga bila adik kita belikan hadiah hari jadi kita berupa sebatang pen parker dari duit yang dia simpan selama sebulan, walaupun hati kita sebak tapi kita jarang menangis. jarang sekali kita pandang muka orang-orang yang kita sayang, tatap lama-lama, renung dalam-dalam dan cakap dengan air mata menitis, yang kita memang sayang mereka.

tak ramai yang berjaya buat benda ini. sebab pengalaman ajar kita makna pahit. pengalaman ajar kita jadi kuat dan jangan menangis. sampai kita fikir, mencintai seseorang adalah suatu kelemahan. menangis sebab orang lain adalah sesuatu yang kebudak-budakan, yang tak macho.

fikirlah, nabi sebelum wafat, menangis sebab sayangkan umatnya. fikirlah, nabi sendiri mengaku dia rindu pada kita yang hina ini.

cinta tak pernah salah. dan cinta tak patut dirahsiakan. nabi sendiri tepuk bahu muaz suatu hari sambil kata, 'tahukah muaz, aku sayang kamu.' dan senyum pada muaz. bayangkan orang-orang yang kita sangat sayang, ucapkan begini pada kita. alangkah syahdu. rasa diri ini dihargai, disayangi, diambil berat. kehadiran kita di dunia ini ada erti, punya makna. kita tak hidup sia-sia, sebab kita ada orang-orang yang kita sayang. dan kalau boleh, kita mahu sama-sama dengan mereka sampai ke syurga nanti.

dan, selepas kita tahu orang-orang yang kita sayang adalah juga orang-orang yang sayang kita, biarlah dipisah 7 lautan, dijarakkan 7 benua pun, kita tetap dekat. dan bersama-sama.

cuma syaratnya, cinta itu hadir bukan atas faktor nafsu atau material. tapi kerana kita sejiwa, kita saling memahami, kita saling menyayangi. dalam keadaan apa pun- sedih, marah, gembira, sakit, sihat, sejuk, kaya dan miskin.

dan melalui orang-orang kesayangan kita itu, kita tahu yang.

Tuhan sayang kita. Dia sangat-sangat sayang. maka tiada sebab untuk kita berasa lemah. tak ada sebab kenapa kita harus putus asa.

beritahulah pada orang-orang kesayangan kita, yang kita sayang mereka, dan mahu mereka jaga diri baik-baik.


tengok, Dia sayang kita ;)



Warau kao mo okaru kao mo subete
Boku wo arukaseru

Your smiling faces, your angry faces, everything
Keeps me walking on

p/s: selamat hari raya ;) maaf salah silap, halalkan makan minum, terima kasih..

Sunday 7 October 2007

an inch towards understanding ;)

by Ahmed Abdullah, IslamOnline Network, 06102007

At a time when Muslims around the world worry about the negative view that several people hold about Islam, Naif Al Mutawa decides to bridge the gap by creating a new comic book, which is expected to be appreciated by kids as well as adults everywhere.

Born in 1971 in Kuwait, Al Mutawa pursued his college degree at Tuffs University in Massachusetts, where he gained three majors in clinical psychology, English literature and history. He then started his writing career in Arabic and English newspapers. Al Mutawa also worked as a clinical psychologist with former prisoners of war in Kuwait and with survivors of political torture in New York, which greatly shaped his opinions.

According to AFP, the social, racial and religious intolerance forced Al Mutawa to write his children book, “To Bounce or Not to Bounce”, which introduced concepts for international understanding and cultural diversity.

Al Mutawa was then granted a UNESCO award for his children literature. However, it wasn’t until 2006 that he decided to create his monthly series, “The 99”, which was recently launched in Indonesia.

Al Mutawa told AFP that the colourful, action-packed comic book seeks to act as a metaphor for what's happening in the Islamic world.

"Islam or the Quran can be used for good or for bad," he said, adding that when either are misused, people blame the Quran, "when in fact they should be blaming the person interpreting the Quran".

The book’s title might sound neutral to non-Muslims; but it holds a great meaning to Muslims as it’s about 99 attributes of God in Islam, which the superheroes supposedly possess.

The powers are driven from mystical gemstones originating from 13th-century Baghdad, and infused with lost ancient knowledge.

It’s not about weapons in this comic book as the heroes do not use arms and work in teams of three, each coming from a different country to give the perception that Islam is everywhere.

Al Mutawa explained that like all comic books the struggle is between the good and the evil with a little realistic side kept since superheroes are attracted to the evil side sometimes.

Even though there is a huge Islamic background that affects the comic book, Al Mutawa denies that there is anything “overtly Islamic” in it. The main messages of the series is the value of teamwork and importance of tolerance. “They are as religious as Spiderman," Al Mutawa said. "There's no mention of prayers or prophets, none of that."

The comic book is currently being sold in the global market including Kuwait and the U.A.E and is doing as well as Spiderman, which should be great news for Al Mutawa and his co-writer Fabian Nicieza.

According to the AFP, the book will hit the U.S. stands this month, followed by Malaysia next year, while Al Mutawa is in talks with publishers in Turkey and France.

Yudha Kartohadiprodjo, general manager of "The 99's" Indonesian license holder Femina Group, believes the book would attract many Muslims. He says 25,000 copies are already being sold in the market for USD 2 each, adding that a few national newspapers are considering printing extracts.

"In the market today there are no contemporary comics based on Islamic values," he said. "The creator understands Islamic history, and that's important for this Islamic-based story."