Monday 29 October 2007

ajil seorang hero

Kejayaan ke angkasa lepas hadiah untuk arwah adik
29-10-2007 09:54:52 AM
OLEH: Norshazlina Nor'azman

PETALING JAYA: Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mendedikasikan kejayaan beliau di angkasa lepas kepada arwah adiknya Ajil yang menjadi pemangkin dan tulang belakang kejayaannya selama ini.

Ajil atau nama penuhnya Sheikh Mustapha Shukor AlMasrie, 32, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas seminggu dalam keadaan koma akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata kejayaan beliau selama ini banyak didorong oleh arwah Ajil jadi sejak awal lagi beliau berhasrat untuk menghadiahkan kejayaan ini khusus untuk Ajil.

"Boleh dikatakan Ajil adalah peminat fanatik saya dan daripada awal penyertaan saya dalam Program Angkasa Lepas ini, beliau memberikan sokongan jitu. Beliaulah yang paling seronok apabila mendapat tahu saya layak menyertai program ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman keluarganya malam tadi.

Beliau yang kelihatan tenang tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila beliau tidak sempat melihat jenazah Ajil buat kali terakhir dan terkenangkan katakata akhir adik kesayangannya itu.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap dan mengucup jenazah arwah sebelum dikebumi kerana tiba agak lewat berikutan pesawat yang dinaiki mengalami masalah," katanya.

Beliau berkata kali terakhir beliau bertentang mata dengan Ajil adalah pada Jun lepas ketika beliau pulang ke Malaysia.

"Ajil berkata pada saya yang beliau akan menanti kepulangan saya biar berapa lama pun masa diambil dan tidak sabar mendengar cerita saya tapi... beliau tidak sempat melihat kepulangan saya. Saya amat akrab dengan Ajil yang merupakan anak keempat dan sememangnya kami lima beradik amat rapat sejak kecil dan sering berkongsi segala cerita dan masalah," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau menerima berita daripada ayahnya Datuk Sheikh Mustapha Shukor yang Ajil sedang bertarung nyawa, dua hari selepas mendarat ke bumi iaitu pada 23 Okt lepas.

" Saya berasa sedih dan tidak sangka yang Ajil akan pergi secepat ini tetapi ini adalah dugaan yang turun dari tuhan, saya menerima ketentuannya, dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.

"Apapun saya perlu kuat menghadapi dugaan ini terutamanya apabila terpandang dan terkenang wajah ibu (Datin Zuraida Sheikh Ahmad) yang amat terasa kesan kehilangan Ajil," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar menyifatkan Ajil seorang yang berpandangan jauh, suka menolong, bercita-cita tinggi dan petah berbahas.

"Sejak kecil lagi Ajillah yang paling bijak antara kami berlima dan ada sahaja topik yang ingin didebatkan beliau. Ajil memiliki kekuatan mental lebih daripada saya sendiri, beliau tidak mudah patah semangat dan berputus asa," katanya.

Walaupun sedang dihantui kedukaan, Dr Sheikh Muszaphar yang akan kembali ke Moscow pada 6 Nov ini tidak sabar untuk meneruskan penyelidikan tentang angkasa bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

"Seperti saya katakan tadi, demi Ajil saya perlu kuat hadapinya kerana saya menjadi harapan negara dan ini adalah hadiah untuk beliau," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Hayati Redha, 29, serta dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, 3, dan Siti Balkish Shukor, 1.

Sementara itu, di kediaman keluarganya diadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin selama tiga hari bermula malam tadi. BERNAMA


ya. betul kata mama. manusia memang sangat lemah, tak mampu buat apa pun. dan sebenarnya tak tahu banyak benda pun. macam sir isaac newton pernah cakap, "I do not know what I may appear to the world; but to myself I seem to have been only like a boy playing on the sea-shore, and diverting myself in now and then finding a smoother pebble or a prettier shell than ordinary, whilst the great ocean of truth lay all undiscovered before me." di saat sepatutnya semua ahli keluarganya gembira meraikan kejayaannya, Allah ambil kembali adik kesayangannya. terlalu mudah. terlalu cepat. tak siapa pun sangka ia akan berlaku.

dan memikirkan tentang itu, aku terasa sangat hopeless dan tak bermaya.

kenapa..? kenapa mesti jadi macam ni..? kenapa..?

mama kata, bukannya salah sesiapa. dr muszaphar tak buat salah. ahli keluarganya tak buat salah. aku tak buat salah. cuma, masanya sudah sampai. janjinya dah tiba. dan Allah, terlalu banyak rahsianya. cuma yang mama bagi aku faham, Allah sayangkan mereka. Allah mahu seimbangkan semua yang berlaku. Allah mahu ampunkan dosa semua. hanya dengan mengambil ajil semula, cukup untuk mengingatkan semua tentang betapa ilmu Allah itu masih sangat luas jika mahu dibandingkan dengan pencapaian kita. bukan sebab ada orang buat salah, bukan sebab ada sesiapa yang jahat. Allah mahu ajar kita sesuatu, Allah mahu kita jadi kuat. ajil sudah jadi hero. maka ajil juga sebenarnya seorang yang bertuah, sebab Allah bagi dia peluang jadi hero yang sedarkan keluarganya, sedarkan rakyat malaysia, sedarkan aku.

dan mama juga kata, walaupun manusia ini lemah, manusia ini tak mampu buat apa-apa pun tanpa izin Allah, tapi Allah maha pengasih lagi maha penyayang. manusia boleh pilih apa yang dia mahu jadi bila dia besar, manusia boleh pilih warna apa yang dia suka, manusia boleh pilih dengan siapa dia mahu berkawan. Allah tak pernah kurung manusia, Allah bagi manusia bebas untuk memilih. supaya, apa yang kita pilih, kita sayang. dalam masa yang singkat ini.

jadi, apa yang kita ada, kita mesti hargai. kita mesti jaga sebaik mungkin. dan yang paling penting, kata mama, protect orang-orang yang kita sayang. protect mereka, mama ulang lagi. and give love while you can. even though to people you never meet before- give love. even pada orang kafir. start with the kids and the elder ones. sebab dengan mereka, kita dapat rasa lebih magik dalam hati. as they always accept love without any conditions.

maka apa pun yang berlaku, biar baik atau buruk, kita harus fikir positif. tentu ada hikmah di sebaliknya. biarpun susah, usah hilang harapan. usah buruk sangka dengan Allah, usah buruk sangka dengan diri sendiri. dont think too hard, usah jadi murung, dan live your life to the fullest.

insyaAllah. Allah, arigato ne.

mama, arigato ne. as always.

No comments: