Tuesday 30 October 2007

bila kau melihat dari mata aku

exam pertama tadi tamat pada pukul 440 ptg. arigato ne, Allah- satu paper telah selesai.

selepas menunggu lebih kurang 5 minit, bas pulang ke uni datang. manusia mula berhimpit-himpit masuk. ada juga yang ketinggalan, terpaksa menunggu bas seterusnya sebab bas yang aku naiki dah sesak.

aku akan sentiasa rindukan awan di ausie bila aku pulang nanti. awan ausie melukis banyak benda, bermacam warna, saiz dan bentuk. berlatarkan langit yang biru, dari jauh nampak macam lukisan. terutamanya bila padang hijau terbentang di depan mata, dengan beberapa burung merpati terbang berkumpulan, mengepak sayap-sayap mereka. walaupun kadang-kadang sayap mereka terbang laju dan deras, tapi tak pernah berjaya mengubah sedikit pun bentuk awan-awan tu. hanya angin yang lembut, fleksibel, segar dan membawa pesan juga yang berjaya mengubah posisi awan-awan. wajah aku semakin dekat dengan cermin tingkap bas, dan ikut bergerak ke atas dan ke bawah mengikut rentak bas. tapi nampaknya mataku tak dihalang tingkap bas sepertimana wajahku. lawa awan tu, kan sayang?

kereta merah, biru, kuning dipandu orang pelbagai warna kulit, baju dan rambut mengisi liang-liang jalan. lelaki dan perempuan. tua dan muda-mudi. kebanyakan kereta hanya diisi pemandu, ada dua tiga ruang kosong dalam kereta masing-masing. dan aku berpaling pada kami ramai-ramai yang bersesak dalam bas. terbayang apa akan jadi jika seorang-seorang dari kami dibawa masuk ke dalam setiap kereta untuk mengisi ruang-ruang kosong itu. pasti lebih menjimatkan. mungkin fikiran inilah yang membawa kepada idea untuk menggalakkan semua orang meggunakan public transport. ya, tentu mudah dan ringkas jika semua orang mahu pergi ke tempat yang sama. bekerja di hanya satu tempat, bersekolah di kawasan yang sama. jadi tak perlulah jalan sehingga empat atau lima liangnya. semuanya amat mudah jika semua orang sama.

kemudian aku pandang semula ke langit. ke awan yang bermacam-macam bentuk dan warna. aku tunduk dan senyum. ya, jika semuanya sama, Allah tak dapat nak tunjukkan magiknya. tak ada yang unik, hidup yang penuh kebosanan. dengan itu hatiku riang kembali. ne, Allah- Kau selalu tahu macam mana nak buat seseorang gembira, eh? dan kemudian aku tiba-tiba bermain dengan kata-kata ini: "have you heard? I hear you, no matter how soft your whisper is."

dalam keramaian kereta, bas, lori, van dan motorsikal yang menyusur jalan, aku ternampak sesuatu- seorang tua sedang berbasikal di antara keberlambakan kenderaan itu. aku memandangnya dengan dagu terangkat dan mata yang tak berkelip, sebab walaupun dia tahu dia takkan mampu mengatasi kereta, lori, van, bas dan motorsikal yang sama-sama menyusur dengannya, dia mengayuh basikalnya dengan bersungguh-sungguh. sangat, bersungguh-sungguh. aku lega melihatnya dan tersenyum puas. biar kecil seperti semut yang insignifikan sekali kewujudannya, aku masih penting bagiMu.

oh, dah sampai rupanya. aku berjalan dari stesen bas dan singgah ke library untuk pulangkan buku psikologi kegemaranku (betul ni) sebelum balik ke halls. dalam perjalanan, aku terserempak dengan seorang perempuan berkulit putih, rambutnya pendek dan dia pakai kot kelabu. tinggi lampai, walaupun mungkin dah berumur tapi cantik. dia sedang senyum. dengan lipstick merah jambu menghias bibir dan matanya yang redup, dia nampak lawa sangat bila senyum. bila dia perasan aku berjalan di depan dia sambil memandangnya, dia angkat muka dan senyum kepadaku. oh, alangkah indahnya sedekah itu- infectious.

di depanku ada seorang lelaki, memakai jaket hitam dengan corak di tepi kedua-dua lengan bajunya. dipadankan dengan begnya yang lonjong, dia yang tinggi lampai berseluar jeans- smart giler. aku rindu jaket merah aku...aku rindu jaket merah aku...aku rindu jaket merah aku...arrghhhh.

lambat lagi sebelum tunggu ia sampai. mama kata hina betul anak dia ni, rindukan jaket merah lusuh yang dah stained di hujungnya dengan tar. kah, kah, kah. peduli apa aku.

soredemo- arigato, ne.

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]Software Downloadable, [url=http://firgonbares.net/]is oem software legal[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] cheapest oem software microsoft software sales
www macromedia com software flash about [url=http://firgonbares.net/]profit software discounts[/url] adobe acrobat reader 9
[url=http://firgonbares.net/]free autocad drawings[/url] coreldraw 12 program access
[url=http://firgonbares.net/]kaspersky activation code[/url] microsoft software driver
express software price [url=http://firgonbares.net/]it safe to buy software[/b]