Sunday 26 April 2009

yuukimaru no kaeri basho

"samui.

maghrib no jikan wa kita. soro soro ikanakereba naranai ne.

tooku kara, kuruma no hi wo mierunda. akarui kara, totemo kirei da to omou. yoru wa kite yukkuri karui ni naru. dakedo, mada ooi kumo ga mierunda. kin no iro to nezu no wa hayai yo. kaze mo tsuyokute chotto dogitsui..sou da. ame ga furu ne.

kaeri basho. itsumo atashi no daijina hito ni honto ni aitai. mainichi totemo ga koishikute yumemiru yo. atashi no daijina hito wa kaeri basho da. kitto soba ni irareba ii ne. demo ima tooi da yo ne.

daijoubu. mou sukoshi aruku. mou sukoshi ganbaru ne. egao ga kanashimi no i da to itta. dakara, waratte minaosou ne.

aa. atatakaku ni naru. dakishimete kurete arigatou."


sejuk.

waktu maghrib dah masuk. kejap lagi kene gerak dah.

dari jauh, lampu kereta boleh nampak. terang, cantik sangat. dah malam, dan perlahan-lahan jadi gelap. tapi masih boleh nampak banyak awan. warna emas dan kelabu bergerak pantas. angin pun kuat dan sedikit kasar..oh, ya. dah nak hujan, kan.

tempat pulang. selalu aku mahu jumpa dia sangat. setiap hari aku rindu dan mimpikannya. dia adalah tempat aku pulang. dekat dengannya mesti bagus. tapi sekarang jauh, kan.

takpe. sikit lagi berjalan. sikit lagi berusaha, kan. katanya, senyum itu penawar kedukaan. jadi, senyum dan cuba semula, k.

aa. dah mula hangat. terima kasih memelukku.

Tuesday 21 April 2009

syg

tika ragu lalu, cerobohi hati lembik.
menerkam, merobek,
meratah percaya,
sampai ke sisa tulangnya.
darah membuak-buak,
dalam diam.

kau senyum seperti biasa,
sepertinya kita takkan mati.
mattaku, pencintaku ini.
seperti telah haram putus asa,
kewujudannya di dunia.

ari lasso feat. bunga citra lestari- aku dan dirimu

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredah
memenuhi mimpi-mimpi malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

repeat reff

halalkanlah kami, Tuhan. ameen.

Sunday 5 April 2009

panadol

"love initiates a relationship, trust and respect keeps it going, and responsibility makes it stay"

masa itu sekali lagi. susahnya meyakinkan diri sendiri sudah berhabis baik.

bulan yang hampir penuh, sebentar-sebentar disinggahi awan lalu. planetarium menyapa ikut gilirannya; kali ini bertembung dengan gerakan awan yang menutupi bulan.

bulan hampir hilang. malap.

diri yang ketika itu, menyeka titisan dengan jari telunjuk berselang-seli kanan dan kiri, sampai menyeluruh tangan. basah.

penat yang sepertinya langsung tak bermakna. kemahuan dalam kelemasan. keinginan yang cacat. impian malu yang pelupa.

maafkanku..maafkanku.

sekejap kemudian bulan kembali terang. sementara menunggu waktu itu, tahankah aku? tahankah dia denganku?

Tuhan, jagailah dia untukku. dan apa-apa yang Kau tentukan, tabahkanlah aku untuk berterima kasih.

ameen.

p/s: awin, selamat hari lahir 040409 ;-)

Friday 3 April 2009

peanut cookies mesia

aah, aku bangun awal pagi ni. sebab nak stadi nihongo. cuak gile, dekat 20 kanji nak kene tau stroke alignments, maksud and penggunaan. stadi compacted dalam masa 2 hari; sebelum ni aku stadi jugak tapi ada yang dah ingat-ingat lupa. malam tadi makan makaroni bercheese, muak terus. plus dengan stadi yang berlambak-lambak-lambak.

ma kata jangan jadi hardworking sangat.
syg suruh g kuar and enjoy.
lecturer suruh aku take it easy and smile.

mungkin saja akulah yang melambak-lambak-lambakkan mereka. entah lah.

jadi pagi ni lepas subuh aku tak tido. kemas-kemas dan sambung stadi. tulis kanji-kanji atas kertas A4 kemudian tampal kat dinding. bilik aku dah pun boleh dicalonjadikan lokasi pameran kanji budak sophomore. macam tu lah aku fikir, walaupun aku berbangga dengannya.

sebelum tu aku lihat fajar menyinsing. beberapa minit yang super dramatik, sampai aku tergelak sebab awan sangat cantik. awan dengan lining merah keemasan, kemudian nampak bilah cahaya menyuluh dari belakang awan. makin lama makin besar bilah cahaya tu, menceriakan awan mendung.

sesudah puas baru aku sambung stadi. baru ingat nak berbangga sebab aku berjaya tak tido lepas subuh tapi, dalam 830 pg mata aku tiba-tiba malap. sedar-sedar aku dah terbaring tidur atas sofa. (eee..)

kemudian aku ke kelas dengan mood separuh. biasalah kalau aku fikir aku tak cukup stadi, akan rasa macam tu. sambil fikir-fikir macam mana nak dapat 25/25 bila macam ni punya cerita.

magiknya, aku boleh buat test dengan baik. maybe aku salah satu dua macam tu. dan test minggu lepas aku dapat 25. yeayy! tapi kawan cina aku dari singapore tegur aku, 'what's wrong? you look so stressed.' sekali lagi aku kesal sebab aku tak pandai menipu. jadi time class tadi aku cuba senyum dan hilangkan keternampakan stress aku. haha. sampai sensei tanya soalan pun aku blank, sebab time tu aku tengah selongkar beg cari tic-tac.

tiba-tiba sensei letak contoh ayat kat skrin OHP guna nama aku. 'akira-san no namae wo tsukau..(as an example).' eh? aku terkesima sekejap. ayatnya 'akira-san wa vegetarian na no de, yasai dake wo tabemasu (aqilah seorang vegetarian, maka dia hanya makan sayur).' satu kelas repeated ayat tu. kemudian sensei pandang aku, so aku cakap 'aa, chigaimasu (tak betul, saya bukan vegetarian).' sensei jawab 'hai hai, wakarimasu (ye ye, saya faham, tu contoh je).' aku angguk dan ketawa sedikit.

kemudian bila kami disuruh bercakap tentang baju yang sedang kami pakai dan dari mana kami beli, kawan aku cakap baju kurung pink aku sedang pakai yang maksu buatkan ni, sangat lawa. maksu, kikemasu ka? atashi no tomodachi wa maksu ga baju kurung tsukatta no wa totemo kirei da to iimashita (maksu, dengar? kawan qilah cakap baju kurung yang maksu buat ni lawa) :D

dan kelas tadi boleh dilabel sangat oke. sebab aku tak pergi lecture tapi masih boleh tangkap apa sensei cakap dalam kelas. syukur syukur. balik dari kelas, guruh berdentum kat luar, hujan mulai lebat tapi hati aku berbunga. shuumatsu wa kimasu (weekends have arrived). (;

tak mau basah dalam hujan jadi aku lepak dalam student lab kejap. hadap komputer check email fs fb dan blog. bila hujan dah reda aku terinjak untuk pulang. nampak bebola-bebola air hujan kecil pada daun-daun dan ranting-ranting pokok besar tinggi yang berdaun tajam rapat halus, macam kristal-kristal sfera yang tersangkut. sangat lawa, bila aku pandang atas tak kelihatan sebab warna awan menutupi mereka yang lutsinar. dan sepanjang jalan pulang gerimis menari dalam angin sederhana kuat, terbang ke sana sini macam titik-titik salji berserakan. ah, aku mesti menulis tentang ini, kufikir.

terperasan belon-belon oren putih di padang; nampaknya students second year atmospheric science tengah buat eksperimen. ahh, atmospheric science kesayangan aku. 'ganbatteimasu ne, mina san!' aku separuh jerit sambil mata aku hampir tak lepas memandang mereka.

hujan makin reda. senyap sehingga kereta lalu lalang tak kedengaran deruman bunyi enjin masing-masing. atau mungkin saja aku yang sengaja memekakkan telinga. sambil mencapai earphone dan menekan butang ipod, melangsungkan permysuri dari OAG. teringat personality quiz yang aku buat tadi, katanya 'you are elegant and demur. you have a classic style all your own that others often imitate, but never duplicate. you are genuine and one of a kind.' aku senyum.

sekejap lagi aku mau exercise.

p/s: selamat menyambut hari jumaat ;-)

Wednesday 1 April 2009

chicken schnitzel & chips

bwekk. bwekk.

aku tak pernah suka fosil. kadang-kadang terasa bodoh sangat sebab aku blaja geosains. sebab nanti kene cari minyak. sebab bila cari minyak kena tau palaeontology. sebab nak tau palaeontology kene tau fosil.

fosil. bwekk.

dan untuk praktikal hari ni and next week, aku kena lukis dekat 100 fosil. dan kenalpasti diorang. tau nama diorang. tau jenis diorang. tau family diorang. kene tengok bawah mikroskop sambil lukis. dekat 100. ada yang macam sikat, macam siput, macam bola berduri, macam mahkota permaisuri, warna cokelat, putih, hitam. saiz macam-macam, tapi semuanya kurang 3 mm.

bwekkkk.

stillwell rapat pada aku.

'how r u going with all these?' sambil senyum.

agaknya muka aku tak reti menipu. aku tarik nafas kemudian lepas. pandang dia sambil fikir-fikir agaknya aku nak kelentong apa.

'yeah..i think im okay..erm..there are lots of them..i cant really differentiate them all..i mean..there are terms that i dont understand..uh..' sambil belek-belek hand out.

'well, you dont have to think too hard and stress over it. there are only three major groups, and you cant go wrong with them. just take a look at them, and try to taliate them in groups. draw a representative numbers for each group..u dont have to draw all 50..'

'owh, okay..yeah i think i'll try to make it better then..'

'it will be better. once u get along with it, and for the next practical- it will be better.' sambil pandang aku dengan yakin. sikit lagi aku nak nangis dah.

'yeah, okay..' aku senyum tawar.

'there are lots of them, yes. but you dont have to know each of them in detail. we are all new here, so take it easy. this practical should be fun. so..smile!' sambil tangan dia buat isyarat smiley kat muka.

aku tergelak sikit. macam tau-tau je lecturer aku ni. tapi masa makin suntuk; tak banyak yang aku dapat siapkan. lepas tu aku balik.

jalan-jalan sambil dengar lagu lepas ambik makanan. tiba-tiba seorang mamat negro dengan beg laptopnya potong aku ke depan. laju jugak dia jalan.

kemudian aku perasan. tangan kiri dia kudung.

dia keluarkan roti dari beg, guna tangan kanan. kemudian dia gigit dengan mulut. sambil jalan laju dia cuba bukak balutan roti tu, nampaknya dia dah lapar. sedang mau menjamu selera.

dengan tangan kudung belajar di universiti.

macam mana dia ke uni? eh..dia tak boleh drive. orang takde tangan kiri tak boleh drive.

assignment? taip dan tulis assignment guna tangan kanan aje. mungkin pasti berganda masa dari orang yang ada dua-dua belah tangan.

main badminton? tenis? buat pumping? mandi? basuh baju? angkat kotak berat?

aku dah tak terasa nak muntah dah. terima kasih ya Allah.