Friday 3 April 2009

peanut cookies mesia

aah, aku bangun awal pagi ni. sebab nak stadi nihongo. cuak gile, dekat 20 kanji nak kene tau stroke alignments, maksud and penggunaan. stadi compacted dalam masa 2 hari; sebelum ni aku stadi jugak tapi ada yang dah ingat-ingat lupa. malam tadi makan makaroni bercheese, muak terus. plus dengan stadi yang berlambak-lambak-lambak.

ma kata jangan jadi hardworking sangat.
syg suruh g kuar and enjoy.
lecturer suruh aku take it easy and smile.

mungkin saja akulah yang melambak-lambak-lambakkan mereka. entah lah.

jadi pagi ni lepas subuh aku tak tido. kemas-kemas dan sambung stadi. tulis kanji-kanji atas kertas A4 kemudian tampal kat dinding. bilik aku dah pun boleh dicalonjadikan lokasi pameran kanji budak sophomore. macam tu lah aku fikir, walaupun aku berbangga dengannya.

sebelum tu aku lihat fajar menyinsing. beberapa minit yang super dramatik, sampai aku tergelak sebab awan sangat cantik. awan dengan lining merah keemasan, kemudian nampak bilah cahaya menyuluh dari belakang awan. makin lama makin besar bilah cahaya tu, menceriakan awan mendung.

sesudah puas baru aku sambung stadi. baru ingat nak berbangga sebab aku berjaya tak tido lepas subuh tapi, dalam 830 pg mata aku tiba-tiba malap. sedar-sedar aku dah terbaring tidur atas sofa. (eee..)

kemudian aku ke kelas dengan mood separuh. biasalah kalau aku fikir aku tak cukup stadi, akan rasa macam tu. sambil fikir-fikir macam mana nak dapat 25/25 bila macam ni punya cerita.

magiknya, aku boleh buat test dengan baik. maybe aku salah satu dua macam tu. dan test minggu lepas aku dapat 25. yeayy! tapi kawan cina aku dari singapore tegur aku, 'what's wrong? you look so stressed.' sekali lagi aku kesal sebab aku tak pandai menipu. jadi time class tadi aku cuba senyum dan hilangkan keternampakan stress aku. haha. sampai sensei tanya soalan pun aku blank, sebab time tu aku tengah selongkar beg cari tic-tac.

tiba-tiba sensei letak contoh ayat kat skrin OHP guna nama aku. 'akira-san no namae wo tsukau..(as an example).' eh? aku terkesima sekejap. ayatnya 'akira-san wa vegetarian na no de, yasai dake wo tabemasu (aqilah seorang vegetarian, maka dia hanya makan sayur).' satu kelas repeated ayat tu. kemudian sensei pandang aku, so aku cakap 'aa, chigaimasu (tak betul, saya bukan vegetarian).' sensei jawab 'hai hai, wakarimasu (ye ye, saya faham, tu contoh je).' aku angguk dan ketawa sedikit.

kemudian bila kami disuruh bercakap tentang baju yang sedang kami pakai dan dari mana kami beli, kawan aku cakap baju kurung pink aku sedang pakai yang maksu buatkan ni, sangat lawa. maksu, kikemasu ka? atashi no tomodachi wa maksu ga baju kurung tsukatta no wa totemo kirei da to iimashita (maksu, dengar? kawan qilah cakap baju kurung yang maksu buat ni lawa) :D

dan kelas tadi boleh dilabel sangat oke. sebab aku tak pergi lecture tapi masih boleh tangkap apa sensei cakap dalam kelas. syukur syukur. balik dari kelas, guruh berdentum kat luar, hujan mulai lebat tapi hati aku berbunga. shuumatsu wa kimasu (weekends have arrived). (;

tak mau basah dalam hujan jadi aku lepak dalam student lab kejap. hadap komputer check email fs fb dan blog. bila hujan dah reda aku terinjak untuk pulang. nampak bebola-bebola air hujan kecil pada daun-daun dan ranting-ranting pokok besar tinggi yang berdaun tajam rapat halus, macam kristal-kristal sfera yang tersangkut. sangat lawa, bila aku pandang atas tak kelihatan sebab warna awan menutupi mereka yang lutsinar. dan sepanjang jalan pulang gerimis menari dalam angin sederhana kuat, terbang ke sana sini macam titik-titik salji berserakan. ah, aku mesti menulis tentang ini, kufikir.

terperasan belon-belon oren putih di padang; nampaknya students second year atmospheric science tengah buat eksperimen. ahh, atmospheric science kesayangan aku. 'ganbatteimasu ne, mina san!' aku separuh jerit sambil mata aku hampir tak lepas memandang mereka.

hujan makin reda. senyap sehingga kereta lalu lalang tak kedengaran deruman bunyi enjin masing-masing. atau mungkin saja aku yang sengaja memekakkan telinga. sambil mencapai earphone dan menekan butang ipod, melangsungkan permysuri dari OAG. teringat personality quiz yang aku buat tadi, katanya 'you are elegant and demur. you have a classic style all your own that others often imitate, but never duplicate. you are genuine and one of a kind.' aku senyum.

sekejap lagi aku mau exercise.

p/s: selamat menyambut hari jumaat ;-)

2 comments:

Nalajas said...

aqilah, i cud feel ur happiness when u typed down this post. u enjoy every little things in your life. so proud of u dear :)

akira said...

hehe :)