Friday 31 August 2007

merdeka!

yo!

Thursday 30 August 2007

merdeka

iya, merdeka. pertama kali aku menyambutnya di luar negara, dan aku masih tak percaya.

apa pun. entah kenapa malam ini bukanlah malam bunga-bunga sempena merdeka yang gempak gempita dengan mercun dan bunga api.

malam di melbourne amat sunyi bagiku, dan sebab itu aku menulis. untuk melepaskan kesunyian.

nota: definisi sunyi bagiku ialah apabila aku terhenti. maksudnya figuratif, dan begitulah definisi aku sendiri dan bukan merujuk mana-mana kitab, ok!

detik sunyi itu bermula selepas aku membaca tulisan saudara serunai faqir tentang penghinaan terhadap melayu dan islam di blognya. dan diteruskan dengan satu email dari pakcik amer tentang helaian-helaian AQ yang hilang, seperti ayat-ayat itu telah naik ke langit (merujuk kepada salah satu tanda kiamat).

dan sebenarnya. kutukan-kutukan, konflik dan spekulasi ini tidaklah begitu merunsingkan aku. tetapi mendiamkan aku dan menyebabkan aku terhenti. sebentar. oleh sebab itu, aku perlukan medium penyampaian supaya aku dapat meneruskan perjalanan. suatu buah fikiran dan keputusan segera yang mungkin tak relevan untuk jangka masa panjang tetapi cukup sekadar penenang buat masa ini. kerana minda yang kacau bilau bukanlah penilai yang baik dan akan sukar mengawal emosi yang tak stabil.

dan sebenarnya. aku menulis bukan langsung untuk mengulas walau sedikitpun tentang perkara-perkara ini. kerana semuanya sudah terjadi- tak ada apa-apa yang boleh kulakukan. makanya kuulang, tulisan ini lebih kepada stimulus ketenangan dan kestabilan aku. ingin mencari titik pertemuan dan membuat keputusan.

dan apa yang aku sedang ceritakan ialah cara aku menelaah perkara yang sedang dibentangkan kepadaku.

sebagai konklusi dan keputusannya, aku tak menolak perkara-perkara ini. kerana jauh dalam lubuk hati, aku runsing dan terdiam dengan gawat dunia.

tapinya. aku perlu bersikap praktikal- tak ada apa yang boleh kulakukan sekarang yang berbeda dengan apa yang sedang aku lakukan. dan menyusun prioriti itu paling penting ketika menimbangberat perkara-perkara ini.

kepada sesiapa yang tak faham, maaf membuang masa anda. kerana sejujurnya yang sedang kulakukan ialah fragmentasi dan penyusunan maklumat, idea-idea dan cambah-cambah perasaan yang 100% untuk diriku sendiri. jikalau memberi manfaat, itu adalah tidak disengajakan. dan jika kamu faham dan terkesan secara negatif, sila beritahu saya. dan saya dahului dengan maaf.

aku akhiri dengan satu quote dari 'like the flowing river' oleh paulo coelho, salah satu koleksi masterpiece yang aku sayangi. "dont tell your heart what you should do over and over again, because your heart has already know it", dan aku stabilkan dengan kata-kata "peringatan itu tetap baik, sehingga ke suatu tahap".

sekian. nafas salaam merdeka yang dihembus dari melbourne.

pub dan tandas

tadi. semasa kelas geoscience, jeffrey (lecturer cum paleontologist) beritahu suatu benda yang menarik.

"brilliant ideas come from the pub".

merefleksikan ayat ni untuk situasi aku- "banyak idea bernas aku dapat dari dalam tandas"

baik. fokus aku bukan tempat dan suasana. fokus aku ialah situasi minda masa tu. dan ini aku figured out dari pembacaan dan penaakulan.

semasa melakukan aktiviti rutin yang tak perlukan minda untuk berfikir secara sedar, seakan-akan semuanya berlaku secara spontaneous dan tak perlukan otak berfungsi secara direct dan in reality.

masa ni, subconscious mind yang akan bergerak secara aktif, dan untuk subconscious mind, fungsinya beyond reality dan practicality, sorewa banyak idea yang mungkin pada awalnya unrealistic dijanakan. dan bila minda sedar dapat track ideas ini, minda sedar akan cuba merealistikkannya supaya sejajar dengan realiti- in a sense, possible to occur or to be done.

tak kisahla tempat dan waktu, asalkan minda separa sedar bergerak aktif, idea-idea bernas yang walaupun pada mulanya simplistic, beyond the boundaries of reality and seems unrealistic boleh muncul.

dan sebenarnya, apa-apa sahaja yang boleh difikirkan oleh manusia boleh berlaku, bukan? sebab semuanya masih dalam kawalan Dia. dan tak ada apa yang mustahil bagi Dia- possibility itu sebenarnya sentiasa ada.

lagipun.

rahmatNya di mana-mana, walau dalam tandas dan pub sekalipun.

Wednesday 29 August 2007

port melbourne

biru biru biru

depan Hubson's Bay- maaf kurang clear

haa..ni clear sikit. salah satu private housing mewah kat sana. fuyyoh!

awan- bukan arnab nabila ;p

Port Melbourne's light tower, panduan kapal-kapal

simply love this picture ;)

yeah! riadah sokmo!

Station Pier dari jauh, laut dan langit biru, pasir pantai yang putih

dulu, kat sini diorang kumpul dan store arang batu

kereta model lama dan...

kereta antik di hadapan...

apartment yang sangat mewah!

Centenary Bridge Pillar, salah satu landmark Port Melbourne

sesiapa nak ke Tasmania boleh naik ferry ni...

kalau kamu datang ke melbourne pada tahun 1940-an, Port Melbourne adalah tempat pertama di mana kaki kamu akan jejak, bukan di Melbourne's Airport, he he...

sekian. jika berkesempatan, mahu saja ambil gambar-gambar di Beacon Cove, Garden City dan di hujung Nott Street. Beacon Cove adalah kawasan mewah, kontra dengan Garden City dan kawasan hujung Nott Street yang sayu, sunyi, diam, tenang dan bertaman hijau. tempat-tempat kesukaan saya ;). ada juga kawasan-kawasan antara dua tempat kontra ini yang merupakan kawasan perumahan moden namun masih punya ciri-ciri sederhana dan hijau, dekat juga dengan laut. sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur. dakara, rasa-rasanya tempat-tempat ini sangat mahal sebab dekat dengan laut. cuacanya sentiasa baik dan kurang ekstrim.

dan tempat ini accessible dari Collins Street, the heart of Melbourne, tempat di mana segala urusan business, commerce and consultancy melibatkan syarikat-syarikat dan bank-bank gergasi dunia beroperasi (bertumpu di 101 Collins Street).

sorewa, diversity ini sebenarnya amat mengagumkan. seperti sebuah negeri kecil yang punya segalanya. fantastic architecture and city planning, walaupun setiap kawasan punya sejarah hitam sendiri,

masa tetap akan berjalan.

Saturday 25 August 2007

wakattebayou!



spring is coming. pokok-pokok yang selama winter ini langsung tak berdaun mulai berbunga. kekadang ketika angin kuat, terasa daun-daun yang terbang itu menyapu laluan langkah-langkahku.

kesakitan selama ini seperti berubah menjadi chakra dan cuba melawan terik mentari yang semakin membahang. suhu di luar sekarang meningkat kepada 20 darjah celcius.

musim sejuk yang basah dan membasahkan wajahku. detik-detik aku menyeka air mata dan menjerit dalam marah dalam sulam malam yang bening. agaknya aku keterlaluan menolak perasaan. mabuk dalam angin musim sejuk yang mencengkam temulang sampai aku jadi lembik macam mayat. diam dalam sejuk angin yang ganas menggila dan menghilangkan warna-warna kulitku, memutihkan semuanya tanpa nyawa.

macam mati.

aku bukan manusia mulia yang bercita-cita mengubah dunia. semakin jauh aku berlari mengejar bayang-bayang itu, semakin kejap aku ditarik kembali. dan seperti satu suara mencekik kerongkongku, bertanya: "apa kejadahnya yang kau lakukan ni?" seperti kata mama, "balik ke square 1." dan sementelahan itu aku terduduk tidak sedarkan diri-

menangis. lalu menjadi semakin berani. keputusan demi keputusan dalam pukulan angin dingin itu. walau selalu terasa terhempap dan sesak dalam kabus dinihari. entah bila mahu pagi. entah bila tengahari. tapi Dia.

telah janji. walaupun aku kekal hina. sampai mati.

ore wa, zettai. akiramenaide!

sebab tak ada yang lebih hina dari hidup tanpa sebab.

"you live only once. you do not have to go the hard way. you can live the way you want, and die as you want. but, do not forget to protect those important to you, no matter what path you choose. those you accept, believe and love from your heart." -third hokage, ep 56, naruto-

aku ada sesuatu yang perlu kubuktikan. dan aku hidup kerana itu.

tempoh menangis. sudah tamat.

Thursday 23 August 2007

'paga'

kamu rasa, macam mana? benarkah, pengalaman tu, dapat mematahkan semangat?

kadang-kadang. bila mama marah dan tak bagi keluar rumah untuk beli aiskrim, niat kamu terbatalkah? keinginan kamu, hilangkah? dahaga kamu, habiskah? dan selepas itu, kamu tak mahu ke kedai untuk beli aiskrim lagi?

atau bila. seorang kawan kamu dipukul bapanya sebab mengajak kamu membeli aiskrim dan selepas itu menyebabkan kamu jatuh longkang semasa terlalu asyik menikmati aiskrim dua kupang sambil bergelak ketawa. sebab kamu, kawan kamu dipukul. kamu, serikkah?

semalam, kamu hanya ingin memakan aiskrim. esok, kamu ingin pergi bermain di rumah kosong yang penuh semak. lusa, kamu ingin jadi seorang ninja. tulat, kamu kata kamu ingin jadi superman yang menyelamatkan manusia yang tertindas. dan tahun depan, kamu kata kamu ingin jadi polis. dua tahun selepas itu, kamu nekad ingin jadi PM.

sekarang, kamu masih begitukah?

kamu masih degilkah?

kamu nampak kan, bilamana adik kamu nyaris dipatuk ular semasa kamu leka dengan kereta mainan kamu di rumah kosong tu? kamu ingat kan, luka-luka yang kamu dapat sebab bergaduh dengan kawan kamu sebab dia kata skill ninjanya lebih hebat dari kamu? masih segar kan, bila mama pukul kamu sebab kamu carikkan kain cadarnya untuk dijadikan hood superman kamu? bila kamu dengar cerita pakcik kamu yang dilanggar lori semasa bertugas sebagai polis trafik? dan bila semua orang gelakkan kamu bila kamu kata kamu ingin jadi PM.

sekarang, kamu masih begitukah?

kamu masih degilkah?

hmm.

iya. aku tahu, dari mata kamu, kamu memang masih begitu. sedikitpun tidak berubah.

kerana ini ialah ceritamu. kisah heromu.

dan kamu takkan berhenti. sampai kamu selesai. takkan injak. seinci pun. tak bagi ruang pada kesal. walau sedikitpun.

sebab ini ceritamu. kamu yang mulakan. maka kamu akan habiskan.

di akhirnya. sama ada. berjaya. atau. mati mencuba.

bodoh. kamu memang degil.

keselambaan tanpa fikir

friendster selalu ada benda yang membuat aku terkejut dan berfikir. ia field study aku untuk kenal perangai manusia. heh. padang eksperimentasi.

apa pun. tadi aku lihat friendster seorang pelajar perempuan. tingkatan 5. dan ada komen dari seorang junior di tingkatan 3 yang juga seorang perempuan (selepas diedit)- "ko ni...awek **** ek?"

fokus aku bukan pada komen. tapi pada bahasanya. siot smart and relax je budak tingkatan 3 tu panggil seorang akak yang lebih tua dari dia dengan panggilan "ko", padahal baru je kenal dan kalau tak silap aku, itu komen kedua dari budak tu kepada pelajar tingkatan 5 tadi.

kalau budak tingkatan 3 tu lelaki, aku akan faham. tapi. dia ni perempuan!

berderau darah aku. kalau aku la yang jadi budak tingkatan 5 tu, dah lama aku sound budak tu habis-habis: "ko tak kenal aku sape, tiba-tiba nak panggil aku 'ko'? kurang ajar betul."

tapi, dalam benak aku, ada satu sensibility yang timbul. budak perempuan tingkatan 5 ini dah ada balak, balaknya tu satu sekolah dengan budak tingkatan 3 tadi. aku taktau apa-apa pasal balak budak ni, tapi title 'ada balak' tu sendiri dah cukup menjelaskan keadaan.

ada juga kisah seorang budak perempuan tingkatan dua yang grab gambar-gambar seorang senior lelakinya padahal senior tu tak kenal langsung budak perempuan tu. dan seniornya ni bukan jenis yang 'peramah' dan 'sopan-santun' ataupun 'approachable' orangnya. budak ragbi.

dan dengan selambanya budak perempuan ini tanpa fikir panjang dan segan silu grab gambar-gambar seniornya tu. dan caption yang dia letakkan sangatlah 'best' dan dengan bahasa senang mudah bagi aku, 'cari pasal'.

dan memang pun, lepas senior tu dapat track budak yang grab gambar dia tu, senior tu bagi komen ala-ala 'dah lama hidup ke?'

ini hanya sedikit ekstrak dari apa yang aku perhatikan. kedua-dua pelaku fokus dalam cerita ni ialah perempuan. berani, tapi aku rasa masih kurang bertempat. kurang ajar dengan senior dan buat selamba. agaknya apa yang mereka fikirkan? hidup orang lain ialah hidup mereka jugak ke? sampai mereka boleh interfere bila-bila masa? agaknya siapa yang mengajar perangai seperti ini?

seburuk-buruk senior perempuan, aku tak pernah panggil mereka dengan panggilan 'ko'. dan tak pernah pulak aku tiba-tiba nak sibuk hal orang yang tak berkenaan dengan aku. sebab bagi aku yang paling penting, ialah hormat. itu keyword utama, yang datang dahulu sebelum perkara lain. dengan hormat, baru boleh melahirkan kepercayaan. sebaik-baik manusia, takkan kau dengar nasihatnya melainkan kau hormat sebelum kau percaya kepadanya. dan nak dapatkan hormat, tiada jalan pintas.

aku dapat track sebab budak-budak ni tak hormat pada orang yang lebih tua dari mereka, antara puncanya identiti senior-senior tu belum kukuh sebagai seorang yang layak dihormati. kes 1, ada balak. kes 2, ada masalah disiplin. well, itu fenomena biasa. apa pun, akan sampai tahap kesedaran bahawa semua orang, tak kira pencapaian, tak kira background, tak kira tahap IQ, tak kira tahap keimanan, adalah layak dihormati sebagai makhluk paling mulia antara makhluk-makhluk lain seperti pisang dan pokok jati.

dan akan sampai satu tahap, hormat seseorang itu juga boleh hilang dengan sebab-sebab tertentu, terutamanya bila dia tak menghormati orang yang menghormatinya, sebagai contoh. ataupun dia bawa keburukan pada orang yang menghormatinya.

budak-budak ini, aku nampak mereka seperti buah yang belum masak. keras, tapi masam.

dan, banyak lagi, jauh lagi mereka perlu berjalan. aku juga begitu, apa pun.

tapi, haih. buat masa ni, sementara waktu ni. biar aku berpesan. nak buat sesuatu, buatlah dengan bijak. jangan sampai jatuhkan maruah sendiri. kalau pesan senior dulu, 'nak buat jahat, pandai-pandailah cover, jangan sampai tertangkap'.

jadi, aku suka berpesan pada junior-junior aku- nak buat apa pun buatlah. tapi pandailah tanggung. bertanggungjawab. tu baru betul-betul berani namanya. sebab semangat itu penting, respek orang itu penting. dari satu segi, sehingga ke suatu tahap.

dan sambil tu, belajar sukatan mana yang masing-masing nak ambil. mana satu prioriti, mana satu lebih penting. banyakkan berfikir. fikir.

Monday 20 August 2007

tahun kedelapan

sebenarnya. hari ini. genap 8 tahun abah pergi. jadi. aku sudah bosan menangis. dalam sesi sms aku bersama kekasihku tadi-

aku: mama, dh genap 8 thn abah g, ek...rs mcm dh terlalu lama. maybe sebab banyak benda jadi kot...
mama: 8 thn pun dh lama, adik2 pun dah besar. kita rasa lama sebab kita pandang ke depan. life must go on. kalau kita asyik ingat kesedihan, kehilangan kita, susah kia nak berjaya dan maju dlm hidup ni. kita bukan pilih nak jadi gini, Allah swt yg dh tentukan. lgpn kehidupan kita taklah teruk mana. ramai orang sayang kita.
aku: yup! =) aishiteru hahaga! wakarimas! kiotsukete des! hehehe
mama: ntah ape haprak kamu cakap ni. k take k, luv u, wslm.

p/s: mama aku mesej begitu bukan sebab dia tak educated, tapi dia memang malas melayan aku yang suka gile dengan bahasa jepun walaupun tak berapa pandai. semangat yang sengaja diketepikan sebagai satu cabaran.

aqilah junior

selepas aku masuk tadika, mak angkat aku yang dulunya jaga aku dari baby ambil seorang budak lain, namanya aqilah juga. tapi aku tak ingat siapa nama penuh dia.

dan aku boleh berbangga dengan dia ini. selalunya orang bernama aqilah sentiasa menjaga reputasi keheroan mereka ;p

dalam satu peristiwa yang mak angkat aku sempat recall, suatu pagi seperti biasa, aqilah dihantar parentsnya ke rumah mak angkat aku. budak aqilah itu kalau tak silap aku ketika itu berusia kurang 6 tahun (heheh...mestilah, kalau tak dia ke tadika atau sekolah, sayang). anyway, kiranya kecik lagi.

see. budak ni ada satu hobi (sama ada aku mempunyai hobi yang sama atau tidak adalah rahsia) iaitu memampuskan orang.

mak (panggilan kepada mak angkat aku, kami berdua panggil mak): aqilah, tak bawa nasi lemak hari ni?
aqilah j: tadi aqilah dah singgah kedai makcik nasi lemak tu, mak. (muka masam- persoalan tentang persamaan sikap ini juga adalah rahsia) tapi dia tak ada. haihh....
mak: lah...yeke.
aqilah j: haah mak. makcik jual nasi lemak tu dah mati kot.
mak: (aku tak dimaklumkan tentang reaksi mak angkat aku. maaf anti klimaks)

ada lagi satu peristiwa di mana aqilah junior ini sedang menunggu pakcik posmen seperti selalu. dalam kepala dia sudah menjadi kewajipan seorang pakcik posmen menghantar surat ke rumah. dan bila suatu hari pakcik posmen tidak singgah, aku yakin kamu dan kamu dapat teka jawapan yang dia fikirkan bukan?

see. aku dah kata, orang bernama aqilah memang bijak. selalu mengingat mati.

ameen!

p/s: ada satu kelainan antara aku dan aqilah junior ni- aku tak makan sambal a.k.a. nasi lemak original. tak macam dia yang terlalu frust tak dapat makan nasi lemak sampai err..err...

Saturday 18 August 2007

aku sayang kamu dan kamu

selalu.

bilamana aku kecamuk, orang-orang kesayanganku menjadi mangsa. orang-orangku yang sabar.

sentiasa faham. tak pernah merungut. sama-sama sedih namun belum pernah bosan.

selalu.

mereka kebanggaanku. orang-orang kepercayaanku. dari lawak paling merepek hingga ke bicara hati paling dalam. orang-orang kesayanganku.

Tuhan, maafkan aku.

Tuhan, maafkan kami.

Tuhan, sayangi aku.

Tuhan, sayangi kami.

Friday 17 August 2007

lagi hari jumaat yang indah

selalu Allah beri banyak kejutan pada hari jumaat.

malam tadi, aku mimpi abah. mula-mula aku nampak abah tengah susun dan kumpul-kumpul kasut dengan sangat cermatnya. dia kutip kasut-kasut polisnya tu. aku nampak, kemudian aku approached dia.

aku pimpin tangan abah, abah tengok aku dan dia senyum. lamanya tak jumpa abah. aku rasa sebak. sebab aku sangat sibuk memikirkan hal-hal lain, dan sepertinya sekarang aku baru ada masa.

aku dengan abah trim pokok comel dalam pasu kecil. kemudian sambil itu, aku nyanyikan pada abah lagu tema love story in harvard, dengan gaya manja dan senyum sokmo. abah tengok dengan senyuman, anaknya yang masih kebudak-budakan ini.

hanya kerana aku terfikir yang malam tadi malam jumaat dan abah ada, makanya Dia izinkan aku jumpa abah lagi sekali.

kerana abah rupa-rupanya sangat rindu pada aku.

maafkan aqilah, abah. aqilah sangat serabut di sini, terlalu banyak benda yang jadi. insyaAllah lepas ni aqilah kembali ok dan stabil. abah doakan aqilah ya! ;)

aqilah juga rindu abah, sangat-sangat...dan aqilah juga sangat sayang abah...moga nanti kita jumpa dalam keadaan gembira, ameen...!

dan, selamat menyambut hari jumaat =D

Thursday 16 August 2007

the fruits of the human heart

Sufi tradition tells the story of a king who looked for good painters to decorate his palace. Two teams – one Greek and one Chinese – appeared with their best artists, trying to obtain some work that would earn them thousands of gold pieces.

As a test, the king asked each of them to decorate a wall of one of the rooms. To prevent one group from seeing the work of the other, he chose opposite walls and hung a curtain in the middle.

The Chinese painted their wall with the utmost care, whereas the Greeks spent the whole time polishing the surface of the other wall over and over again. Finally the day arrived when the king decided to remove the curtain and compare the results.

On one side he saw the beautiful Chinese painting. On the other wall, which had been polished until it turned into a mirror, the king also saw the beautiful Chinese painting – but with his own image in the middle.

“This is the better,” said the king. And the Greeks won the contract, because they knew how to deal with the fruits hidden in the human heart.

"Warrior of the Light, a www.paulocoelho.com.br publication"

Wednesday 15 August 2007

lemah direction

ikut mama ke uitm, seperti biasa. hari itu pulang lewat sedikit, sebab mama ada discussion dengan makcik faridah dan makcik faridah. (apa nak buat, memang nama mereka sama).

saya ini senang leka dengan suasana, senang tenggelam dalam alam (secara senang ceritanya mengelamun). terkadang otak tertipu dan fokus boleh hilang. uitm dah semakin maju sekarang. bangunan besar-besar, bilik berhawa dingin, dan yang paling penting kelas mama di dalam makmal komputer. berinternet pastinya. yes.

kadang-kadang saya curi dengar apa yang mereka belajar dalam kelas. mama belajar tesl, macam menarik juga. terutamanya bila mereka discuss tentang human psychology and sociology. bagi saya menarik, memandaikan diri mengenal diri sendiri dan mengenal orang lain. terkadang teori-teori saya terjawab dan saya senyum sendirian. bunyinya macam 'aha!' begitu.

selepas habis kelas, baru saya teringat yang kami tak bawa telekung. syukur salah seorang makcik faridah ada membawa telekung, maka saya pinjam. dan sebab mama dan kawan-kawannya mahu sambung discussion dahulu di library dan saya tak ada kerja lain, makanya saya minta izin solat dahulu.

"makcik, letak telekung di mana?" sejuk juga library uitm ni. tapi lawa.

saya memang lemah ya amat bab geographical direction ni. (apa raa wei ko amek geosains lah!) kanan, kiri, depan, belakang. arrgghhh...saya perlu lihat peta uitm ni dulu secara keseluruhan untuk kenal pasti kat mana makcik faridah simpan telekungnya. (kamu boleh agak salah satu personality saya sekarang?)

makcik faridah beritahu, dia letakkan telekungnya di rak luar library, keluar pintu belah kanan tangga. (huh, complicated kan?)

tapi tak apa. sebagai sang hero saya gagah mencari telekung itu sendiri. jalan terus, keluar pintu library, belok kanan, nampak rak telekung. hah! jumpa.

"eh kiah, ceghedik ceghedik anak kau tu, ada jugak bodohnya kan?"

ketawa berderai.


p/s: ini bukan kerana saya lemah direction, tapi kerana saya keluar dari library ikut pintu masuk. sekian.

Tuesday 14 August 2007

bintang di siang hari

saya fikir dengan cara berangan dan melalut berkhayal dapat membuat saya lupa sedikit. tak perlukan pil ecstasy; imaginasi pemberian Tuhan ini cukup mampu membantu saya menerawang macam peter pan ke tempat saya.

dan tiba-tiba kaki saya memijak simen gajah menyusur sekolah yang panjang. sut saya juga sudah bertukar, sekarang saya memakai baju kurung kedah berwarna kuning bercorak batik, bertudung hitam dan berkasut litup menutup keseluruhan kaki. kasut saya juga berwarna hitam.

dan melilau-lilau. menunggu sambil berkeliaran di situ. saya lihat blok asrama yang sayup sambil mengukir senyum. inilah tempat saya. inilah tempat saya. dan saya rasa puas, kerana akhirnya saya sampai juga ke sini.

angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tudung saya dan mengganggu bentuk tudung saya sedikit. panas dan rintik peluh mula membasahi baju saya, tetapi saya rasa puas dan saya rasa bebas. seperti budak kecil yang baru menjumpai taman permainan kegemarannya dahulu. begitulah ceria dan melayangnya saya.

dan saya sudah sampai, sekarang membelek-belek kad matriks dan menoleh pada jam hitam kesayangan saya. masih di situ, bermain-main dengan angin.

dalam bayang-bayang lagu ini.

Sunday 12 August 2007

still am a bad writer

i guess i havent write for some time. feeling awkward though; there are times when too many things happen and i feel like laminating them all down, but i just cant. maybe the time hasnt come for me to do that. maybe i should just wait.

wait- a magic word for me. how in my life that i had to wait many times; and how that many times 'played' with my patience, and how that patience fruited to many cherishable and most significant moments in my life.

and how He set them all up.

and still, im so impatient. there are actually lots of things to be done, i must say, but oh, this heart is restless, sometimes it keeps on calling and calling till i got weak and cry. have you ever felt like you must do something eventhough you dont have a strong, valid reason to do so? and we human demand for figures and facts; eventhough i can say im quite a 'feeler' and its truster, but still- i cant 100% trust something that's not in front of my eyes. and eventually, He took the first step, giving me no other choices to take. yes, He had promised me the fairest story more than once, and He told me that He'll always be with me. but oh, how i am very weak to believe myself to accept His proposal. because He is full of secrets and mysteries and i dont know what will happen, eventhough i felt strongly that i should take the decision. like Forrest Gump's mama said, "life's like a box of chocolate; you'll never know what you gonna get." and when He had set up everything for me, i can do nothing but followed. and waiting- what will happen next. but what is clear now, is that He wants me to do this. and keep holding on Him. and He promised me good.

and He then taught me to be brave in believing in Him. He wants me to put His love on me at risk. He wants to prove that He loves me. and so, i should give myself a chance, shouldn't i? give it a shot, because "when you love someone, let them go. if they return, they are always yours, and if they dont, they never were. love is not put here to stay; it is not love until you give it away." and if you really believe, put your faith at risk. and test it. because that is where its value lies. there's a saying that goes "the great act of faith is when a man decides he is not God" (oliver wendell holmes, jr). sometimes, He chooses some things just to personify His love.

yes my Lord, im not God. and this heart is still trying to hear You and to listen to Your whispers and to accept Your love. for the first time in my life, ive been tested- God, did i pass...? ive taken the first step; i did take, but im still not strong enough to keep it. and i didnt mean to spoil it; i just didnt want him to get confused. its not that i dont trust you, my Lord, im just so fragile and alone here. and sometimes those can kill me.

but You have promised to be here with me, havent You? and when You took for me that decision and keep me on it, i knew then that You are here with me. and every spur in my heart, each word i speak of, each song that i sing, each glimpse that i take, each beat my heart makes, each thought in my head, each swing my hand does, each feeling that i have- none of them is useless to You. You take into account everything, You listen to each of them, and You understand every single part of them. more than i can do myself. every part of me is important to You.

once You told me, "you have come this far, what else do you fear?" my Lord, it is my heart that keeps me moving because it never stop hoping and believing, but this same heart is also so fragile, very displeased to be hurt. i know you're governing it, and i know You are making it strong. so all the decisions You made for me, none of them i trust to be wrong. eventhough this world has both good and bad, but all of them return to You. none that happened is to be regretted.

a wise man once said, "we do not choose destiny; it chooses us." and as albert einstein once said, "i believe that God doesnt play dice." truly, my Lord, if i ever have a reason, it will be You.

and im still a bad writer, am i...? ;)

Friday 10 August 2007

surah alasr dan tasbih kafarah

good morning ;)

tahu tak? aku terasa sangat bersyukur pagi ini. ada 2 sebab:
1. Dia izinkan aku siap report dan masih segar walaupun hanya tidur 4 jam (2 jam malam, 2 jam pagi)
2. entri pakcik hamka aku pagi ni (penerangan lanjut adalah classified)

alhamdulillah. sekarang aku lepak-lepak kejap sementara tunggu waktu bergerak ke kelas. insyaAllah malam ni ada gathering, aku pun dah lama x pergi gathering ni. terubat sikit rindu aku nak usha orang. walaupun tak dapat usha orang yang 'jauh'.

anyway, ari jumaat memang selalunya hari yang magik bagi aku. magik segala benda. dari yang sedih-sedih sampai ke happy-happy.

wokeylah. aku rasa aku takkan dapat gambarkan dan kongsi rasa happy aku hari ni walaupun memang aku happy. kadang2 ayat penyata memang xcukup, manusia selalu rakuskan penjelasan. termasuklah aku...isk...isk

anyway, sila2, aku mahu kongsikan sedikit kata2 faveret aku hari ni.

"faith sees the invisible, believes the incredible, receives the impossible" because "faith is a knowledge within the heart, beyond the reach of proof" (kahlil gibran) like "taking the first step eventhough you dont see the whole staircase", proving that "a man of courage is also full of faith" (marcus tullius cicero) and that "the great act of faith is when a man decides he is not God" (oliver wendell holmes, jr)

assalamualaikum...kita tutup dengan surah alasr dan tasbih kafarah...;)

Wednesday 8 August 2007

a very beautiful story ;)

The story of an unusual convert: From a white extremist to a devout Muslim

07/08/2007 06:20:00 PM GMT

"Once I was a 100% sure that I wanted to become a Muslim, I immediately felt better,” said British Muslim convert Mohammed Islam.

There can’t be more amazing stories of people converting to Islam as that of British citizen Mohammed Islam, formerly known as John Ord.

Now a devout Muslim, Mohammed used to be an active member of the far-right anti-immigration group, the British National Party (BNP).

"Growing up, I was never particularly religious. I only went to church for weddings, funerals and baptisms,” he told the Eastern Eye Online.

Raised in north-east England, Mohammed joined the BNP when he was 16 because his friends were members. The white extremists’ group quickly deceived him into thinking that all Asians and black people were a threat to his way of life. He said there were “only two policies the BNP had at the time”, which were to “beat them up”, and “kick them out”.

Mohammed described how he used to go “Paki bashing”; harassing Asian people. "We would find them and give them a good kicking and say stereotypical things such as, ‘Why are you in our country and why are you taking our shops and jobs?’"

However Mohammed later became frustrated with the BNP policies and left the party in his early 20s. Still a racist, he went to London and befriended like-minded people who falsely considered Islam a threat.

He said that he and his friends were asked by the police to provoke Muslims in order to get them into trouble and help the police arrest them. "We would always get a response to our statements and this gave the police a reason to arrest Muslims. Often the police would use this method to target those Muslims who were wanted by other countries,” he said.

But Mohammed’s life totally changed when he unknowingly bought a copy of the holy Qur’an.

He said: "I bought the book because of the picture on the cover – it was the most beautiful picture I had ever seen, with the most gorgeous colours and a beautiful building. I thought I’d buy a cheap frame and ended up with a nice picture. I had no idea I had bought the Qur’an until I got home."

Mohammed then decided to read the holy book to find things to use against Muslims. "My mind was telling me that like any book written by humans, it would contain errors and contradictions. I had this view of Islam being this great bad religion."

But when he read the Qur’an, Mohammed realised that Islam was totally opposite to what society had led him to believe.

In 1992, Mohammed left London and returned back to the north-east in 1992. There, he met a group of Muslims and discussed with them issues relating to the Qur’an and Allah (SWT). "Not only were they able to intellectually prove that God existed but also that the Qur’an was the word of God,” he said.

The group also challenged Mohammed to try to prove that Allah (SWT) did not exist and that the Qur’an was not his word. If he succeeded, they would become Christians, but if he failed then he would have to become Muslim.

Mohammed accepted the challenge without hesitation. He said he used to meet the Muslims “with what I thought were convincing arguments but they would always have answers. Eventually I got scared and backed off."

Four years later, he decided to become a Muslim. He took his shahadah in November 1996.

"Because I knew I was about to make a momentous decision that would affect the rest of my life, I felt as if a big rock was crushing me and that I couldn’t breathe… Once I was a 100 per cent sure that I wanted to become a Muslim and took the decision, I felt as if everything just lifted and I immediately felt better,” Mohammed said.

Most people close to Mohammed were not shocked by his conversion to Islam. "I had made the decision to convert a year before and had told people that I was going to become a Muslim."

However, his family didn’t support his decision. "My sister stopped talking to me and still does not talk to me. My father did not want to discuss it because Islam was a totally alien concept and an alien way of life to him. My mother seemed more concerned about what the neighbours would think. Initially she said I couldn’t pray in the house and I told her I’d pray in the garden. But my mother is okay about it, now."

Mohammed has lost all of his old friends. "My friends were going out drinking and chasing girls and I had absolutely nothing in common with them anymore,” he said.

Now Mohammed has no difficulty in practising Islam because he had made a number of changes to his lifestyle a year before becoming a Muslim, such as not drinking alcohol. "Although becoming a Muslim has been a big step, it has not been a massive step in terms of practical issues,” he said.

Since converting, Mohammed has married a Pakistani woman and moved to the Midlands. He said he’d like to get involved in social work and focus on the Muslim community and tackle problems that community leaders are not aware of or are simply ignoring. "I want to try and deal with these social problems that especially affect the youth, with an Islamic perspective."

Source: AJP
http://www.islamonline.com/news/newsfull.php?newid=25101#


p/s: may He bless us all, ameen...~

Tuesday 7 August 2007

anak ayam saya ;)

saya rasa anak ayam ni comey sangat! lagi satu, takde anak ayam kat dunia yang boleh pusing kepala 360 darjah. bising pulak tu...bagi meriah sikit blog ni kan? ;) lepas tu, kalau ditekan pandai pula melompat...geli hati betul...oh ya, nama dia delta sebab kaler dia hijau, warna rumah sukan saya dulu. ada siapa-siapa nak amek anak ayam warna kuning pulak??? ;p

p/s: ana, ape kata ko adopt anak ayam warna kuning? (walaupun aku tau ko rumah merah dulu)

bising kan anak ayam ni???






aaaaaaa....comelnya dia lari.....!!!
maaflah, terpoyo sedikit. ;p

kegempakan yang aku sukai

klik sini ;)

Monday 6 August 2007

the interview with God

I dreamed I had an interview with God.

So you would like to interview me? God asked.

If you have the time, I said.

God smiled. My time is eternity.
What questions do you have in mind for me?

What surprises you most about humankind?

God answered…
“That they get bored with childhood,
they rush to grow up, and then
long to be children again”.

“That they lose their health to make money…
and then lose their money to restore their health.”

“That by thinking anxiously about the future,
they forget the present,
such that they live in neither
the present nor the future.”

“That they live as if they will never die,
and die as though they had never lived”.

God touches my hand
and we were silent for a while.

And then I asked…
If you a parent, what are some of life’s lessons
you want your children to learn

“To learn they cannot make anyone
love them. All they can do
is let themselves be loved”.

“To learn that it is not good
to compare themselves to others”.

“To learn to forgive
by practicing forgiveness”.

“To learn that it only takes a few seconds
to open profound wounds in those they love,
and it can take many years to heal them”.

”To learn that a rich person
is not one who has the most,
but is one who needs the least”.

“To learn that there are people
who love them dearly,
but simply have not yet learned
how to express or show their feelings”.

”To learn that two people can
look at the same thing
and see it differently”.

To learn that it is not enough that they
forgive one another, but they must also forgive themselves”.

“Thank you for your time,” I said humbly.

“Is there anything else
you would like your children to know?”

God smiled and said,
“Just know that I am here… always”.

Saturday 4 August 2007

cinta

katanya, hanya 3 perkara tak terputus selepas mati.
1) doa anak soleh
2) ilmu bermanfaat
3) sedekah

konklusi saya?
semua benda akan berakhir dengan mati kecuali cinta.

kenapa?
1)tak ada anak yang mendoakan mama abahnya tanpa rasa sayang
2)hati pengasih dapat membuka hati lain untuk belajar darinya
3)sedekah dilakukan dengan hati yang menyayangi

semuanya berasal dari yang Satu. semuanya ditulis oleh tangan yang sama.



p/s: working permit: setel. yesyes!

Friday 3 August 2007

sihat

aku nampak kesetanan mereka dan tangis adik-beradik aku tika dilapah.

but to feel helpless, is not an option.

Allah.

lagu SEMESTI

membina insan harmoni
membawa bahagia sejati
berusaha bersama menempuh cabaran
menuju kecemerlangan

semesti berusaha
semesti berjaya
jadikan ilmu teras hidup
kecemerlangan hasrat bersama
keunggulan cita-cita
dengan azam mulia
gerakkan bangsa
padukan tenaga

bersatu
berusaha
berjaya


adik-adik sekalian, korang diam! senior korang ni wat persediaan untuk masa depan. at least bila umur dah 50 leh tgk balik lirik lagu ni, taklah terlupa.

diam akak cakap! gelak pun tak boleh! senyum simpul pun dilarang!

kepada geng batch n seniors lain, saya rindu sekolah. selamanya. (haha) rasanya leh dapat pingat penghargaan tak kalau tn hj shaharudin mydin baca entri ni?

tapi saya tak tipu....rindu betul ni.

lagu SKSBC

selamatlah sekolah
yang kami cintai
bergembira menuntut
untuk berbakti
moga-moga berjaya
dalam cita-cita
dengan hati yakin dan sepenuh usaha

bersama menuruti
cogan bererti
tulus dengan fadilah
azam dengan bakti
berkhidmat ikhlas untuk
ibu pertiwi
berdasarkan prinsip alma mater kami

bersama-sama kami berjanji kekalkan
semangat jasa baik dan kesetiaan
bila tinggalkan sekolah
dapat berdikari
membawa kenang-kenangan yang abadi


saya masuk SKSBC waktu darjah tiga. masa tu, saya rasa inilah antara lagu paling panjang yang saya kena hafal. mujur sedap dan rancak. dalam kepala, ada satu soalan yang selalu bermain-main dalam kepala saya setiap kali menyanyi lagu ni tapi saya tak pernah tergerak nak tanya cikgu, sebab lepas je lagu ni habis dinyanyikan, soalan itu hilang.

"apa maksud alma mater?"

saya rasa saya dah tau apa maksud frasa tu sekarang.

agaknya.

Wednesday 1 August 2007

genap lagi sebulan

pagi ini pelik, sebab saya bangun lebih lambat dari biasa. malah sangat lambat, saya beristighfar dalam hati. sambil melayan kepelikan itu, hati saya memberitahu sesuatu. risau menerpa. ya Allah, lindungi kami dari sebarang mara bahaya dan petaka. dan selepas itu, hati saya asyik bercerita dan memanggil-manggil minta perhatian. sampai saya akhirnya berhenti dan mendengar. terpaksa juga mengakui dan mengiyakan.

dan hati terus menyanyi manakala saya mendengar. hibur dalam hiba.

hari ini bermula dengan sangat menarik sebenarnya, sebab kami ditugaskan melakukan eksperimen. saya pelakonnya, dan aksi saya senang sahaja- jatuhkan berlambak-lambak kertas di hadapan subjek dan memerhati reaksinya, sama ada dia datang membantu atau tidak; dengan seorang lagi pelakon ditugaskan berada berhampiran dengan saya namun langsung tidak datang membantu. kami mahu tahu kesan kehadiran orang lain terhadap sikap membantu pada manusia. hehe. seronok juga memerhati reaksi orang. paling seronok, untuk repitisi terakhir, kertas-kertas saya betul-betul jatuh dan terbang melayang merata-rata. sampaikan beberapa orang datang menolong saya. ahhh, alangkah indah ;)

entah mengapa tiba-tiba hari ini saya sangat teringin untuk makan kek. makanya saya bercadang ke clayton dan melihat-lihat (baca: membeli) sepotong dua kek yang emm...sedap. sesampainya saya di stesen bas, saya ternampak seekor burung kecil hijau dengan tompok-tompok merah sedikit di sayapnya sedang senyap dan diam di bawah kerusi. burung itu tak bergerak. dan kepala comelnya dicondongkan sedikit, masuk ke dalam. peliknya; sebab selalunya burung jenis ini selalu saya lihat gembira menyusur angin dari satu pokok ke pokok yang lain. seorang lelaki perasan akan saya yang tunduk untuk melihat burung itu.

saya bertanya, "is it sick?"

lelaki itu menggenggam tangannya dan menumbuk dinding plastik-kaca di stesen bas itu dengan perlahan, tapi cukup penghayatan aksi pada mukanya.

"it hits it," katanya. ohh, burung itu terlanggar dinding rupanya. "it's shocked," sambung lelaki itu.

kadang-kadang dalam hidup, kita dihadapkan dengan perkara-perkara yang membuatkan kita terkejut lantas terdiam. perkara yang kita tak pernah sangka akan terjadi pada diri kita, dan membuatkan keriangan kita mati tiba-tiba. dan kadang-kadang juga, diam yang faham itu cukup untuk memberitahu yang kita tak bersalah, sayang itu masih ada dan pelangi masih wujud untuk kita senyum kepadanya.

saya usap burung itu perlahan-lahan untuk lebih kurang 5 saat. bila saya menoleh semula, saya nampak burung itu sudah terbang, tinggi.

"terbanglah sayang, terbanglah." sambil mendoakannya dengan sebuah senyuman. melepaskan pergi, juga adalah salah satu cara menyayangi.

namun semuanya harus dengan senyuman. seperti kata naruto saya, senyum itu adalah penawar segala kepahitan. hmm...sayang yang jauh.

yang selalu hati saya bercerita dengannya. kadang-kadang saya terlalu asyik, sampai terlupa lecturer sudah mengajar sampai ke mana dalam bab itu dan bahagian ini. namun keberanian menjawab dalam kelas dr lyle pakula tadi betul-betul saya syukuri. terasa aqilah yang yakin dan bijak itu sedang dipanggil kembali. Tuhan, terima kasih. dr lyle, makacih ya! ;) saya pasti akan merindui kamu.

dan begitu juga kamu yang jauh, yang selalu buat saya tersenyum sendiri. saya fikir tahun ini saya akan meningkat tua dengan agak sedih tanpa kamu. namun pasti lawak dan gelak kamu yang dahulu dapat saya buat hiasan untuk hari itu, ya? ;)

kemudian kelihatan seekor burung hijau terbang tinggi dan hinggap di pokok. riang bersama teman. namun ia tak berapa stabil, badannya cuba melawan arus angin yang sangat kuat. keriangan yang buat saya rasa saya harus pulang cepat; mahu menikmati kek strawberry cheese saya.

selamat menjamu selera ;p