Wednesday 1 August 2007

genap lagi sebulan

pagi ini pelik, sebab saya bangun lebih lambat dari biasa. malah sangat lambat, saya beristighfar dalam hati. sambil melayan kepelikan itu, hati saya memberitahu sesuatu. risau menerpa. ya Allah, lindungi kami dari sebarang mara bahaya dan petaka. dan selepas itu, hati saya asyik bercerita dan memanggil-manggil minta perhatian. sampai saya akhirnya berhenti dan mendengar. terpaksa juga mengakui dan mengiyakan.

dan hati terus menyanyi manakala saya mendengar. hibur dalam hiba.

hari ini bermula dengan sangat menarik sebenarnya, sebab kami ditugaskan melakukan eksperimen. saya pelakonnya, dan aksi saya senang sahaja- jatuhkan berlambak-lambak kertas di hadapan subjek dan memerhati reaksinya, sama ada dia datang membantu atau tidak; dengan seorang lagi pelakon ditugaskan berada berhampiran dengan saya namun langsung tidak datang membantu. kami mahu tahu kesan kehadiran orang lain terhadap sikap membantu pada manusia. hehe. seronok juga memerhati reaksi orang. paling seronok, untuk repitisi terakhir, kertas-kertas saya betul-betul jatuh dan terbang melayang merata-rata. sampaikan beberapa orang datang menolong saya. ahhh, alangkah indah ;)

entah mengapa tiba-tiba hari ini saya sangat teringin untuk makan kek. makanya saya bercadang ke clayton dan melihat-lihat (baca: membeli) sepotong dua kek yang emm...sedap. sesampainya saya di stesen bas, saya ternampak seekor burung kecil hijau dengan tompok-tompok merah sedikit di sayapnya sedang senyap dan diam di bawah kerusi. burung itu tak bergerak. dan kepala comelnya dicondongkan sedikit, masuk ke dalam. peliknya; sebab selalunya burung jenis ini selalu saya lihat gembira menyusur angin dari satu pokok ke pokok yang lain. seorang lelaki perasan akan saya yang tunduk untuk melihat burung itu.

saya bertanya, "is it sick?"

lelaki itu menggenggam tangannya dan menumbuk dinding plastik-kaca di stesen bas itu dengan perlahan, tapi cukup penghayatan aksi pada mukanya.

"it hits it," katanya. ohh, burung itu terlanggar dinding rupanya. "it's shocked," sambung lelaki itu.

kadang-kadang dalam hidup, kita dihadapkan dengan perkara-perkara yang membuatkan kita terkejut lantas terdiam. perkara yang kita tak pernah sangka akan terjadi pada diri kita, dan membuatkan keriangan kita mati tiba-tiba. dan kadang-kadang juga, diam yang faham itu cukup untuk memberitahu yang kita tak bersalah, sayang itu masih ada dan pelangi masih wujud untuk kita senyum kepadanya.

saya usap burung itu perlahan-lahan untuk lebih kurang 5 saat. bila saya menoleh semula, saya nampak burung itu sudah terbang, tinggi.

"terbanglah sayang, terbanglah." sambil mendoakannya dengan sebuah senyuman. melepaskan pergi, juga adalah salah satu cara menyayangi.

namun semuanya harus dengan senyuman. seperti kata naruto saya, senyum itu adalah penawar segala kepahitan. hmm...sayang yang jauh.

yang selalu hati saya bercerita dengannya. kadang-kadang saya terlalu asyik, sampai terlupa lecturer sudah mengajar sampai ke mana dalam bab itu dan bahagian ini. namun keberanian menjawab dalam kelas dr lyle pakula tadi betul-betul saya syukuri. terasa aqilah yang yakin dan bijak itu sedang dipanggil kembali. Tuhan, terima kasih. dr lyle, makacih ya! ;) saya pasti akan merindui kamu.

dan begitu juga kamu yang jauh, yang selalu buat saya tersenyum sendiri. saya fikir tahun ini saya akan meningkat tua dengan agak sedih tanpa kamu. namun pasti lawak dan gelak kamu yang dahulu dapat saya buat hiasan untuk hari itu, ya? ;)

kemudian kelihatan seekor burung hijau terbang tinggi dan hinggap di pokok. riang bersama teman. namun ia tak berapa stabil, badannya cuba melawan arus angin yang sangat kuat. keriangan yang buat saya rasa saya harus pulang cepat; mahu menikmati kek strawberry cheese saya.

selamat menjamu selera ;p

2 comments:

Anak Singa said...

Oh, sungguh seronok jadi burung. Periang dan comel.

Sudah puas digelar burung di kolej dahulu.

Kini, saya nak jadi anak singa. Bukan anak singa yang dibiri-birikan, tapi anak singa yang gagah perkasa!

akira said...

kamu = burung

kenapa?

tp blog kamu tak ada gambo singa pun? letaklah artikel2 pasal singa, at least org yg xtau ape tu singa leh tau kenapa kamu mau jd ank singa.

sy kurg arif ttg binatang scr saintifik. tp sy tau 1 benda- Allah jdkan sst makhluk tu seswai ngan environment n situasinya.

maka sy mau jd manusia ;)