Thursday 31 January 2008

makananku sejuk di pinggan sebelum aku sempat menghabiskannya

hari ni genap sebulan aku berpindah ke rumah baru. secara unofficial. secara officialnya, esok ;)

hari ini hujan. awan whispy penuh di langit, hampir tak nampak warna biru langit. awan whispy, awan salji. dan tadi aku sempat bermain di anjung rumah. cuba menangkap butir-butir salji yang tersangat halus.

ahh. ame ga suki dai.

sejuk berbaki ke malam. aku bukak tingkap dan angin dingin itu masuk. kadang-kadang menyapa di antara baris-baris lagu, membuatkan aku terdiam sekejap, macam selalu.

dan tadi. berbuka. belum sempat aku habiskan sepinggan nasi, nasi dan lauk aku dah sejuk. mendingin disebabkan angin. air teh aku pun begitu jugak. ahh. kadang-kadang masa terlalu cepat. dan bila aku katakan padanya, "cepatnya masa berlalu ek...", jawapannya pendek dan serius- "aah..." semacam dia sedang berfikir, semacam dia sedang melihat sesuatu. entah melihat ke belakang atau memandang ke depan. mengenalinya yang selalu happy dan ceria, seperti amat susah membayangkannya sedang memikirkan sesuatu dalam-dalam sambil berjalan menekur lantai dan menyeret kaki lambat-lambat. walaupun aku pernah melihatnya, sekali.

eto.

selamat menyambut hari jumaat ;)

samui yo.

Tuesday 29 January 2008

taktik mengorat yang baru

aku suka makan buah pear. sejak kecik. rangup, juicy, kaler putih dan tahan lama.

jadi tadi, lepas makan ayam kat charcoal chicken, aku pergi beli. 4 biji. 4.80 dolar. serius mahal.

masuk bas terkejar-kejar. fuhh. syukur sempat.

aku ambil tempat di bahagian tengah bas. aku letakkan beg plastik buah dan baki ayam tu kat bawah.

bas berhenti dengan agak abrupt. pintu bas dibuka. inertia ambil peranan. plastik berisi ayam aku terseret sedikit ke depan. tak apa. masih selamat.

tapi. tapi. buah-buah pear aku berguling-guling di sekeliling bas. sebiji berguling sampai keluar bas.

aiseyman, malunya aku. sumpah malu. serius.

tapi dengan muka selamba aku kutip buah-buah pear yang bergolek. kemudian keluar bas untuk kejar buah pear kesayangan aku. bila dah jumpa aku naik bas balik dan ucap terima kasih pada pemandu bas sebab dia hampir-hampir nak ambilkan buah yang terjatuh ke luar bas itu untuk aku.

fuhh. syukur aku beli 4 biji jek. kalau 10 biji mesti aku dah feymes.

dan pemandu bas tadi hensem juga orangnya. siap pakai spek mata hitam lagi. alah ma, qilah cari mat saleh lain lah. yang lagi hensem, oke.

p/s: ame ga suki dai.

Monday 28 January 2008

cher, i still cannot write. sorry.

ahh.

kemudian aku terfikir. kalau sekarang lah masanya aku menghadap spm, aku mungkin akan fail esei bahasa.

sejujurnya aku rindu masa itu. masa ketika semuanya seakan-akan fairy. sepertinya semua kisah adalah logik untuk direka. sekarang masa itu sangat susah untuk di-prevail-kan.

waktu keseorangan ini amat terbatas; tapi tajam. dan aku faham aku memang perlukan waktu ini. walaupun ia bukan suatu pilihan aku. ahh. Tuhan. aku terima saja. sungguh.

akibatnya. apa yang aku sangat-sangat nak sampaikan pun- aku terpaksa diamkan. inikan lagi, mereka sebuah cerita.

kerana sejauh mana pun aku cuba lari dari diri sendiri, kamu juga tahu betapa ia sangat mustahil. maka mendiamkan sebuah rahsia, adalah seperti mendiamkan sebuah cereka. kerana cereka, walaupun ia cereka. ia tetap aku.

ahh. mungkin juga aku takkan dapat lupakannya selamanya. maka Tuhan, biarkan aku belajar untuk adapt dan membiasakan diri. hidup dengan separuh nyawa aku pada orang itu; dan takkan bersama.

namun masih, boleh bekerja dengan baik. ameen.

p/s: aku sangat sukakan drama manjalara.

Sunday 27 January 2008

mama cantek

"kamu dah makan ke? jangan tak makan pulak."

"makan dah tadi. meggi." (qilah kan nak diet)

"takpe. makan meggi tiap-tiap hari pun takpe. kalau dah keturunan pandai tu, pandai jugak."

gelak. gile-gile. aku dengan mama.

kesimpulannya.

gemuk boleh membodohkan aku. megi tak boleh membodohkan aku.

muahahahaha

Thursday 24 January 2008

seperti biasa

tadi aku nampak pelangi. seperti biasa setiap kali aku seperti orang jakun yang merenung pelangi lama-lama. sampai dia hilang.

pelangi tu, sekejap-sekejap dia jelas dan panjang. kemudian pendek dan makin kabur. kemudian terang semula. bila dah masuk maghrib, ia benar-benar hilang.

semasa ia sedikit kabur dan aku ingatkan ia sudah hilang, aku nampak bulu burung terbang dari bawah ke atas dekat dengan tingkap bilik aku. macam dalam cerita forrest gump. bulu burung tu terbang semakin tinggi dan kemudian menghilang ke bahagian apartmen sebelah.

dan ketika pelangi itu nampak paling jelas, langit seperti berubah warna, dari biru gelap ke biru kehijauan. ahh, baru aku ingat. biru kehijauan kegemaran aku itu. semasa di tadika, mama belikan aku pensel warna luna yang punya 48 warna dalam casing besi. setiap hari aku membawanya ke tadika. dan antara warna-warna yang paling aku suka, ialah warna biru kehijauan, seperti warna langit sekarang.

sangat lawa. sangat lawa sampai aku terdiam.

aku ada nampak kapal terbang juga. ah, itu biasa. yang luar biasa ialah aku nampak helikopter juga. dua-dua sekaligus dalam masa kurang 10 minit. terbang ya? entah apa perasaan itu nanti. samakah seperti sekarang? sama kah perasaan di dalam kapal terbang balik ke rumah dengan perasaan di dalam bilik ini? atau sama kah perasaan ketika melihat pelangi tadi dengan perasaan semasa aku manulis entri ini?

dan perasaan itu, akan hilang kah? dan takkan datang semula?

adakah aku akan bosan, menunggu dan melihat pelangi?
adakah aku akan bosan, mendengar angin menyanyi?
adakah aku akan bosan, melayan hujan menari?

entah. dan jika aku akan bosan, bilakah waktunya?

azan maghrib. malam dengan bulannya pula, datang menjenguk luar tingkap aku. sekarang bulan penuh, dan aku dapat lihat wajah bulan dengan sangat jelas. dan cahayanya, macam terserak ke sekeliling, dalam empat penjuru, seperti sebuah bintang.

ketika aku menghabiskan malam di meja yang sama ini, aku dapat melihat bulan bergerak dari hadapan kiriku ke belakang kiriku, seolah-olah mengelilingi separa bulatan. semacam mengikut lengkungan pelangi.

dan malam, ketika lampu-lampu neon itu kelihatan sangat kuning dan terang, tetapi mereka bersinar terlalu jauh dari gapaian aku. terlalu jauh; hanya nampak bintik-bintik kecil sahaja yang aku boleh sambungkan semacam titik-titik dalam buku latihan semasa di tadika dulu. atau boleh juga dikatakan, seperti buruj-buruj di langit.

dan seperti biasa, seperti biasa.

sehari lagi berlalu. mengenangkan kembali, ketika aku masih kecik. ketika aku merasakan hidup aku sudah sempurna. ketika aku fikir aku sudah cukup bersedia menghadapi semuanya. aku tak sabar-sabar menjadi dewasa, tak sabar-sabar menjadi manusia harapan.

tanpa aku sedar yang bila aku benar-benar sudah besar, ia sebenarnya sangat menyakitkan. dan bilamana masa itu sudah benar-benar tiba, sejujurnya aku rasa lemas, sebab aku rasakan aku sangat tidak bersedia. seperti terlalu banyak yang aku ketinggalan. seperti terlalu banyak yang perlu aku hadap dan laksanakan dengan baik.

namun, dengan perkara yang terlalu banyak itu, apa yang aku boleh buat sekarang hanyalah tunggu. sambil merasakan setiap cubitan, menadah setiap titik tangis, mengira setiap langkah, menjalani setiap saat. dan dengan daif aku mengakuinya.

oh Tuhan.


p/s: selamat menyambut hari jumaat.

Sunday 20 January 2008

from the other side of the world

kamu pikir bila seluruh umat manusia dan alam semesta sudah menjadi saksi kepada cintamu, makanya cintamu akan pasti menang? manusia sekarang semakin berhidung tinggi-tinggi.

juga, usah beri alasan yang kau tak ingin melepaskan sebab kau sayang. contohnya, yang kau ingin kapel sebab kau sayang. yang kau sayang, makanya harus kapel. sebab itu namanya menipu. sebab kau tak perlu buktikan sayang. sayang boleh berdiri sendiri dan membuktikan dirinya sendiri.

dan usah kamu katakan yang niatmu baik. yang kau ikhlas. sebab tak ada orang yang peduli. manusia hanya mahukan yang rupa parasnya cantik. kamu tidak? maka kamu bukanlah manusia. sorry.

sekarang, apa yang kamu percaya?

Saturday 19 January 2008

dulu dan sekarang

hari ni genap setahun. entah bila akan melihat wajah itu lagi. entah apa akan jadi. entah apa yang sama, entah apa yang berubah.

tadi kak eley emailkan gambar anis syamimi. baby comel yang lahir 01012008 tu tembam! dan comel sangat dalam baju pink nya :D

nanti anis akan besar. bila aku sampai rumah, dia mungkin sudah 11, 12 bulan. dah dekat setahun! dan mungkin dah boleh panggil aku makcik auntie qila.

oh ya. sama jugak dengan pakwe-pakwe dan awek-awek aku di rumah. kecuali mama, pasti semuanya dah tinggi lampai macam tiang bendera sekolah. dan aku jugak yang akan jadi rumput..errr..lalang (standard sikit) di kalangan mereka.

aku ada impian. dan setiap kali impian itu seperti di ambang kemusnahan, di tebing kehancuran (pergh) aku akan ingat pakwe-pakwe dan makwe-makwe aku di rumah tu. melihat mereka besar, semakin tinggi, semakin sihat, semakin macho dan elegan, semakin bijak, semakin matang, sudah boleh dibawa bersembang hal-hal tengah malam, adalah suatu magik.

dulu, mereka sangat kecil.
dulu, aku yang bancuhkan susu mereka.
dulu, aku yang dodoikan mereka tidur dalam buaian.
dulu, aku yang kena beralah bila berebut gula-gula.
dulu, aku yang kena mandikan mereka, pakaikan baju, sapukan bedak, dan pujuk bila menangis.
dulu, mama selalu pesan, "jaga adik-adik. tutup pintu pagar, kemas rumah."

sekarang dah tak perlu lagi.
aku perlu berhati-hati sembang dengan mereka, takut tersilap dan kena kutuk.
aku boleh buli mereka selimutkan aku sebelum tidur, macam seorang puteri.
aku boleh discuss dengan mereka pasal hal-hal keluarga.
mereka bawakan aku jalan-jalan naik motor, pergi kedai, pergi cc.
kami berjalan di kedai ibarat pakwe dan makwe, lengan mereka di bahu aku.
kadang-kadang mereka ajar aku macam mana nak download lagu dan ikut site mana.
mereka buka dunia aku dengan skate, bola sepak, ragbi sekolah rendah, kompang, johan lumba lari, centre pasukan bola jaring, nak pilih krs ke bulan sabit merah, dan semestinya, awek dan pakwe.

hey, lihatlah dunia, kami dah besar. anak-anak mama dah besar. anak-anak abah dah besar.

syurga aku di dunia ada beberapa tempat. ada yang dah pergi, ada yang akan datang, dan mereka, adalah syurga aku selamanya.

syurga yang harum. yang membuatkan aku jadi wangi.

Friday 18 January 2008

hey, ia benar-benar hujan

petang yang damai. petang yang lena.

seharian jumaat ini mendung. macam di asrama dulu.

dan malam. selepas maghrib.

angin itu menghembus lagi. lembut menyapu muka menyisir rambut. terdiam sebentar, seperti menikmati sebuah pertemuan yang senyap.

dan kemudian terdengar rintik-rintik menari. walaupun tak dapat melihatnya.

terbias ke dalam bilik melalui tingkap. terkena tangan. dua titik.

hujan. ia benar-benar hujan.

terdengar tarian hujan di atap juga. bunyi-bunyi kecil yang jitu, menyatu waktu, mencipta sebuah perasaan.

sayu. namun melankolia ini disyukuri. sebab Dia ada dalam setiap bunyi. dalam setiap perasaan.

dan angin menghembus lagi. entah mengkhabarkan rindu orang jauh atau mengiyakan rindu orang di sini.

rahsia.

usah terlalu risau~

“where love is great, the littlest doubts are fear; when little fears grow great, great love grows there.” -william shakespeare-

Tuhanku itu tahu-tahu sahaja. Tuhanku itu begitu lembut caraNya.

selalu dalam hidup manusia mencari jalan. mengintai peluang. berusaha semampunya mencapai hajat-hajat dan impian. manusia kerja. manusia risau. manusia berdoa. manusia minta sungguh-sungguh, "Tuhanku perkenankanlah..Tuhanku perkenankanlah.." dengan penuh harapan. manusia mimpi, manusia rancang, manusia tak pernah putus asa. buat sampai jaya. usahakan sampai berhasil.

kadang-kadang manusia takut usaha mereka tak berhasil. mereka rasakan yang mereka tidak layak. terfikir-fikir apa akan jadi esok hari. sehingga malam dimimpi buruk. seorangan menerawang sambil melangkah menyeret daunan jalan dan melihat awan tinggi serta burung kesayupan.

semuanya bagai terlalu jauh. semuanya bagai terlalu mustahil.

jika Dia mahukan yang mudah bagi mereka, bagaimana? sebab Dia mampu berikan semuanya secara percuma. Tuhanku maha pemurah lagi maha penyayang. maka yakinlah dengan Dia, percayalah padaNya.

dan seperti mana selalu, Dia sentiasa ada cara magikNya tersendiri dalam menyentuh hidup aku. melalui cara yang tak pernah aku fikirkan, melalui jalan yang tak pernah akalku jangkakan, melalui rezeki yang tiba-tiba muncul, melalui cinta yang tak putus-putus. yang melangkaui semua kerisauan dan ketakutanku.

rahmat dan rahimNya yang mencurah-curah, pada aku yang hina. dan itu pun masih Dia memujuk supaya usah risau lagi, perbetul niat dan usaha sungguh-sungguh.

Tuhan...terima kasih, ya. dan minta maaf juga.

"absence sharpens love, presence strengthens it." -thomas fuller (1608-1661) english clergyman, author-

Thursday 17 January 2008

jam di dinding rumahku

mungkin sebab subconscious mind aku sedang berfungsi dengan baik. mungkin sebab aku tidur lena malam tadi. mungkin sebab aku tak dapat bad dreams lagi. mungkin sebab aku dah boleh kawal mimpi aku. mungkin sebab aku ikut pesanan mama dan pesan seorang lagi.

aku teringat lagu kegemaran aku masa kecik dulu. lagu ini aku jumpa dalam buku. entah buku teks sekolah atau buku yang mama abah belikan. kalau buku sekolah, makanya ia logik, sebab mesti cikgu yang ajar nyanyi kat sekolah atau tadika. tapi kalau ia bukan, aku berfikir-fikir bagaimana aku boleh tahu rentak lagu ini dengan hanya melihatnya dari buku.

well, aku memang genius sejak kecik. :D

tik tok tiki tiki tok
bunyi jam di dinding rumahku
tik tok tiki tiki tok
masa terus berlalu

belajar bermain masanya tertentu
tralala tralala tralali tralali
tralalu tralalu aku belajar selalu

tik tok tiki tiki tok
bunyi jam di dinding rumahku
tik tok tiki tiki tok
masa terus berlalu

aku suka lagu ni, sebab rentaknya dan susunan konsonannya yang best. dan sebab masa itu, bagi aku lagu ini sangat panjang dan susah nak dihafal. iya, aku sukakan sesuatu yang susah.

p/s: sesiapa yang tahu lagu ini, nyanyilah sekali dengan riang gembira dan tepuk tangan. kamu akan terkejut dengan bagaimana happy nya kamu hanya dengan melakukan sesuatu yang sangat simple.

Sunday 13 January 2008

bila malam, kadang-kadang yang datang hanya cebisan

1. bagai melupakan sekejap yang lama-lama untuk sesuatu yang sekejap dan suka-suka, yang kadang-kadang langsung tiada kaitan, malah menyakitkan.

2. adakah kerana ia terlalu mudah dan tidak signifikan, atau kerana kamu sangat berani melakukannya?

3. seperti morita aku merasa sesuatu yang sama. ketika aku lihat lampu-lampu neon pada waktu malam pekat. mereka sangat terang, sehingga aku rasa inferior, sebab aku sunyi. sebab aku punya alasan untuk merindui. dan lagu yuzo hayashi itu macam jeritan aku, yang bila mana aku tidak memasangnya pun, aku masih boleh mendengarnya. jelas.

4. ada orang kata baik tak perlu ada pertemuan kalau ia berakhir dengan perpisahan. baiklah. kalau begitu, baik tak payah hidup kalau akhirnya kamu tetap mati. cis, alangkah tak matangnya pemikiran itu. ia membuatkan kamu dan kamu jadi penakut dan berhidup sialan sepanjang masa. apa kamu ingat Tuhan itu bersia-sia? sebab, bagi aku, sedikit-sedikit. Dia sedang makbulkan doa aku. satu, demi satu. walaupun pernah Dia tak makbulkan, tetap, Dia punya cara untuk gembirakan hati aku. kadang-kadang dengan hanya desiran angin.

5. berhidup seperti seniman agung, berfalsafah tentang hidup, berdebat tentang idealisme, tentang karya-karya pameran antarabangsa, mencipta lukisan-lukisan dan menghasilkan karya seni tiada bandingan, melahirkan perasaan melalui kanvas, kertas, pena, robot atau laporan kaji cuaca. kamu- bahagia? kamu- gembira? kimi wa nani shiteru?

6. aku bukan pencinta yang baik. dan selalu bila aku melihat kamu semua, aku akan nampak kelemahan-kelemahanku dalam bercinta. tapi semua itu tidak penting lagi. sebab aku, masih tak dapat berputus asa untuk mencintai. sehina mana pun aku, aku masih di sini.

hujan kah? atau lain kali?

awan sangat tebal dan besar pagi ni. sangat nampak macam selimut. warna putih dan kelabu, macam kapas yang diuli-uli. bergerak ke utara. gelap, mendung.

"hati bagai langit
berselimut kabut"

mungkin itu maksud rangkap ni agaknya.

rintik-rintik diam. ini lah kali pertama aku melihat hujan dari tingkap bilik baru. aku menanti juga sebenarnya detik ini. entah lebat entah renyai hujan nya nanti. atau terus berhenti walaupun langit masih mendung.

angin sederhana membuai daun-daun pokok. sejuk. sejuk.

bersin sekali. alahai, selsema kah?

aya dan ija baru balik tadi. lepas sarapan. bas pukul 1035 pagi. hari ahad kena plan betul-betul, sebab bas tak selalu. terima kasih pada mereka, aku makan sedap, tidur lena (tikus berjaya ditangkap), dan rasa seronok sebab ada kawan yang prihatin dengan kebajikan aku (huh. skema. dalam bahasa mudah, mereka tolong aku kemas rumah).

dan aku sengaja biar tv terpasang. biar ada bunyi sikit. rumah aku dah kosong sekarang.

oh. alamak. rindu.

Friday 11 January 2008

jumaat yang aku sayang~

aha. hari jumaat.

aku suka hari jumaat. sebab ia damai. dan dekat dengan hari cuti. ia membuatkan aku rasa lapang; sebahagian besar beban sudah lepas, tinggal sikit saja lagi. dan itu membuatkan aku rasa seronok, makanya aku bersungguh-sungguh. mandi sunat jumaat dan pakai baju yang lawa-lawa. tengok awan dan senyum sekejap. tarik nafas panjang-panjang dan "yosh! ikke zu!" untuk hari itu. untuk kesekian kalinya. menghabiskan saki-baki minggu dengan bersungguh-sungguh.

seolah-olah buat kerja last minute. tapi ini last minute yang bijak, sebab aku tidak memperbodohkan waktu-waktu sebelum last minute itu. aku cuma relax-relax sebelum itu, buat semampu mungkin, sehinggalah tiba hari jumaat di mana aku seakan-akan 'berhias' untuk hari itu, dan give it my best shot, sebelum sambut weekend.

bak kata pepatah, "save the best for the last."

kemudian, bila aku seronok dan puas hati dan bersyukur untuk satu-satu hari jumaat itu, aku akan rasa tenang dan minda aku akan bergerak dengan lancar. in certain cases di mana aku berada dalam environment super secured, controlled and condusive, aku dapat actually operate to a point that aku boleh berasa cukup dengan rehat yang sekejap, contohnya cukup berehat separuh hari sabtu sahaja walaupun weekend adalah sampai ahad. kemudian terus start prepare untuk next week. dari situ aku rasa seronok sebab aku rasa aku advanced. that i have some advantages due to the good fit.

sure, when the time is just right, insyaAllah it will happen.

lagi satu sebab aku suka hari jumaat ialah kerana cuacanya. sepanjang pemerhatian aku, cuaca pada hari jumaat selalu magik. bagaimana pun lah cuacanya, ia tetap baik. walau panas terik hujan lebat atau angin ribut, ia tetap menyenangkan bagi aku.

kemudian, aku juga suka hari jumaat sebab hari tu ada solat jumaat. walaupun aku tak pergi solat jumaat, tapi mengenangkan antara waktu paling mustajab berdoa ialah antara dua khutbah, aku jadi seronok. kadang-kadang aku buli lelaki-lelaki yang aku kenal dan kenal aku supaya doakan untuk aku yang baik-baik antara dua khutbah itu. kadang-kadang aku dapat bayangkan mereka berdoa untuk aku, makanya aku rasa seronok. dan pada hari jumaat, kadang-kadang one of the thing that makes it a jumaat is recitation of kahfi. either pada malam jumaat atau pada hari jumaat, kahfi recitation selalu jadikannya special. maka aku suka.

dan kadang-kadang aku lupa juga, yang abah pergi pada hari jumaat. ah, special juga.

Tuesday 8 January 2008

ameen kepada yang m'gembirakan aku, ameen.

ini. hanya suatu yang biasa.

hari ini hari pertama aku memasak di rumah baru. menu yang simpel-simpel. pun begitu aku terkejut jugak, sebab aku ambil masa lebih kurang sejam nak siapkan masakan tu. banyak berangan kot. haha. sebelum tu aku ajak nabila datang makan.

dah siap. solat. chat jugak. lepas tu nabila call. dia akan lambat. kelas. terpaksa. kesiann. tak ape aku no hal. tunggu.

sambil tengok naruto. shippuuden episod 35. sebelum tu masa chat, aku dah makan sikit. nasi + sayur campur. lapar seyh. semangkuk je la tapi. kemudian masa tengok sakura makan, aku pulak terliur. semangkuk lagi. kemudian semangkuk lagi.

nabila mesej. 8 lebih baru sampai. alamak, aku sakit perut sebab makan terlalu banyak. menyesal, menyesal.

berlangkah drastik. turun warm up kemudian jogging sedikit. lama tak jogging. selalu kalau aku rasa tak selesa, aku tahu lah sebabnya- aku dah lama tak keluar bersenam. badan banyak toksik. iyeww iyeww. buang buang! badan aku menjerit.

bagus jugak. tak menyesal aku masuk asrama dulu. sebab itu membuatkan aku dah terbiasa dengan bersenam, main. haih~ aku nak badminton. badminton! nak beli raket, sebelum start kelas sem ni. kemudian lawan safia. ameen.

lari lari sikit. keliling separuh rusden. nampak bus stop. kemudian patah balik. berlari naik turun tangga. teringat dulu, pelari-pelari sekolah selalu berlatih macam ni berlari naik turun tangga. kuatkan muscle, hilangkan lemak. bagus, bagus. aku kan dah semakin tembam. haih~ tapi takpe, mama kata nanti balik mesia kuruslah balik. ameen.

lepas tu lepak-lepak kat dataran ilmu eh silap! dataran lapang depan rusden sambil tengok sunset. romantik siot. kaler awan sangat lawa. jalan raya sangat lapang, kalau kat mesia mesti penuh dengan budak-budak main bola. boring nya sini, tak ada budak-budak. tak ada riuh kecoh. senyap soh sampai bunyi tikus koyak-koyak kertas kat luar bilik pun aku boleh dengar. teringat pulak pada pakwe aku yang 6 orang tu. macam mana nanti kalau diorang semua dah besar? dah boleh drive? dah ada awek? dah ada rumah sendiri? dah kerja?

sedih la pulak. dah tak comel lagi. cuma macho dan hensem. nanti aku lah adik beradik paling pendek. apekah laaaa~ tak ameen.

nabila datang lepas tu. makan. lepas solat aku join dia tengok cerita love story in harvard balik. sampai episod 3 aje. dia kena balik. esok kelas lagi.

aku? esok kena pegi uni. aku tak nak makan. mogok lapar. menyesal sebab hari ni dah banyak makan. serius.

ada orang kata hari ni budak-budak form 1 baru masuk sekolah. alahai kecik innocent nye. jahil serba-serbi. bahkan ekspresi pun belum cukup mantap. ilmu mengorat? ah, jauh sangat lagi. lupakan dulu, tak penting.

kalau ada aqil, dah masuk form 2 dah..haih. si wildan tu. kami pernah gelar dia anak askar. sebab dia patuh pada mama. tu pasal, Allah sayang gila kat dia kot.

lagu yang sedang bermain ni, lagu yang dah lama aku cari. selalu bermain dalam kepala tapi setiap kali tu jugak aku sedih. tapi masih bersungguh-sungguh nak cari. sudah, jangan fikir bukan-bukan. eh?

aku kena tidur. dan jangan makan. minum air dan kunyah chewing gum cukup. menu esok. haih~ cepat lah keje. ameen.

Monday 7 January 2008

hari lahir mama

pukul 4 pagi.
aku tak tido.
hasif mesej.
iye, aku tau.

"ingatkan mama dah tido. happy birthday!" alhamdulillah line clear, even though lagging sedikit.

dan sejam yang amat membahagiakan aku~

mama, selamat hari lahir..moga panjang umur murah rezeki and sentiasa dalam sayang Allah selalu ameen...

Tuesday 1 January 2008

spitz- mahou no kotoba

my new favourite song. jumpa lagu ni macam magik ;)

ini lirik nya:

afuresou na kimochi
muri yari kakushite
kyou mo mata
tooku bakkari miteita
kimi to katari atta
kudaranai ARE KORE
dakishimete dou ni ka ikiteru kedo

mahou no KOTOBA
futari dake ni wa wakaru
yumemiru to ka
sonna hima mo nai kono goro
omoidashite
okashikute ureshikute
mata aeru yo
yakusoku shinakutemo

taoreru youni nete
naki nagara mezamete
hitogomi no
naka de BOSOBOSO utau
kimi wa nanishiteru?
egao ga mitai zo
furikabutte
wagamama sora ni nageta

mahou no KOTOBA
kuchi ni sureba mijikaku
dakedo kouka wa sugoi mono ga aru tte koto de
daremo shiranai
BARE te mo iroasenai
sono go no SUTOORII wakeaeru hi made

hana wa utsukushiku
TOGE mo utsukushiku
nekko mo utsukushii hazu sa

mahou no KOTOBA
futari dake ni wa wakaru
yumemiru to ka
sonna hima mo nai kono goro
omoidashite
okashikute ureshikute
mata aeru yo
yakusoku shinakutemo
aeru yo
aeru yo


ini translationnya:

i force myself
to hide these overflowing feelings
once again today
i could only look off to the distance
holding tightly
to the little things we talked about,
i am able to live somehow

magical words
that only the two of us know
we dream
though we dont have the time
recalling the funny times, makes me happy
we'll meet again, there's no need for promises

i collapse into a deep sleep
then awake in tears
like a song whispered in a crowd
what are you doing?
i want to see your smile
i raised my hands
and threw my selfish ways to the sky

magical words
seem so short when spoken
but they lead to something
so wonderful
nobody knows
even if they did the magic wont fade
though we have to wait
for the day we share the rest of the story

the flowers are so beautiful
even the thorns are beautiful
the roots should be beautiful too

magical words
that only the two of us know
we dream
though we dont have the time
recalling the funny times, makes me happy
we'll meet again, there's no need for promises
we'll meet again
we'll meet again

wayang ku, cerita ku

dan walaupun selepas seharian mengangkut dan mengemas barang-barang dan amat amat kepenatan mengemas bilik yang memang sarang tikus (serius), aku tetap tak boleh tidur.

insomnia kah?

malam ni, ada bunga api sempena tahun baru. berbunyi sayup, terbang tinggi ke udara sebelum meletup dan mengembangkan kelopaknya.

melihat bunga api kemudian merenung skrin komputer. menunggu huruf-huruf menari di papan yahoo messenger. sekejap menoleh. kemudian menoleh lagi. masih kosong.

semuanya seperti terlalu jauh.

lampu kota menyala dengan sangat terang malam ini. bertuahlah aku dapat tinggal di tingkat 4. boleh melihat awan sepuas-puasnya. boleh mendongak ke bintang lama-lama. bulan pun tak boleh menyorok lagi.

kemudian, berlatarkan langit hitam, satu-satu datang di depan mata aku. macam dalam filem. ada lagu juga. lagu itu membuatkan aku diam.

perasaan yang sama datang lagi. ketika aku merasa sangat lemah. sangat tak mampu untuk buat apa-apa selain tunggu.

dan sementara itu, wayang terus berputar. scene yang sama berulang-ulang kali namun aku tak pernah bosan. pernah kehilangan orang kesayangan selalu mengingatkan aku, yang.

betapa pun aku gembira dengannya, ia pasti akan berakhir. dan perasaan lemah itu mendiamkan aku dan membuatkan aku rasa sangat sayu dan tak berdaya buat apa-apa. seperti mana aku sayang abah, abah tetap pergi. seperti mana aku sayang aqil, aqil tetap pergi.

pun begitu, aku tak mampu untuk tak menyayangi. dan ketidakmampuan untuk memampuskan perasaan sayang itu, menjadikan aku bisu.

wayang masih bermain. sepertinya tak mahu berhenti. dan aku menikmatinya seorang diri, tanpa teman. aku rindu masa-masa itu. wajah-wajah itu. tempat-tempat itu.

dan memikirkan yang aku mungkin akan kehilangan yang itu juga, seperti mana aku pernah kehilangan abah dan aqil, membuatkan aku rasa sangat sedih. kerana mungkin itulah kali terakhir aku dapat merasakan kegembiraan itu. walaupun kenangan-kenangan itu semuanya manis-manis belaka, aku masih menangisinya.

apalah yang mampu aku buat untuk hilangkan rasa ini. sekadar mendoakan, dan berusaha sebaik mungkin untuk menghargai apa yang aku masih ada sekarang.

walaupun esok lusa aku mungkin akan kehilangannya, tapi. perasaan itu takkan pernah pergi.

wayang terus berputar di depan mataku. Tuhanku, aku tidak pernah berganjak dari sini. maka ketika aku tidak diperlukan lagi, Kau selamatkanlah aku.

soredemo, akemashite omedetougozaimasu :)