Friday 18 January 2008

hey, ia benar-benar hujan

petang yang damai. petang yang lena.

seharian jumaat ini mendung. macam di asrama dulu.

dan malam. selepas maghrib.

angin itu menghembus lagi. lembut menyapu muka menyisir rambut. terdiam sebentar, seperti menikmati sebuah pertemuan yang senyap.

dan kemudian terdengar rintik-rintik menari. walaupun tak dapat melihatnya.

terbias ke dalam bilik melalui tingkap. terkena tangan. dua titik.

hujan. ia benar-benar hujan.

terdengar tarian hujan di atap juga. bunyi-bunyi kecil yang jitu, menyatu waktu, mencipta sebuah perasaan.

sayu. namun melankolia ini disyukuri. sebab Dia ada dalam setiap bunyi. dalam setiap perasaan.

dan angin menghembus lagi. entah mengkhabarkan rindu orang jauh atau mengiyakan rindu orang di sini.

rahsia.

No comments: