Tuesday 31 July 2007

related?

sejak semalam, saya jumpa dua benda yang related (iyakah?) dengan saya.

1. sewaktu praktikal geosains, kami dibekalkan dengan atlas. saya sedang mencari-cari tempat yang dinyatakan dalam manual apabila mata saya menangkap perkataan-perkataan ini: 'Qila Saifullah', 'Qila Abdullah' dan 'Qila Ladgasht' yang ketiga-tiganya terletak di pakistan. rasa teruja pulak. terbayang muka seorang yang penuh aksi, seperti mahu bercerita tentang semua benda pada semua orang, kepada seseorang. oh, muka yang sudah jauh itu. tapi begitulah perasaan saya. benda yang kecil mampu buat saya seronok. selalu saya rindukan diri saya yang itu. entah bila dapat merasakannya lagi. entah mungkin entah tidak. tapi jika kamu tak percaya, boleh klik sini. hehe

2. saya sedang membuka dan membaca blog-blog orang lain, semuanya lebih tua dari saya, rata-ratanya sudah bekerja. bila saya buka sebuah blog milik seorang guru, saya terkejut. dan terpaksa pertahankan diri. jika kamu mahu tahu, kamu perlu pergi sini dan skrol ke bawah, sehingga kamu jumpa entri 'Monkey Love'. tapi apa-apapun, yang penting saya lebih kiut ;p hehehe...(at least bagi saya, kamu tak perlu attack saya jika kamu tak rasa begitu)

sekian. pengajaran: 'alam ini berputar, semua yang pernah keluar akan masuk balik, semua yang pernah masuk akan keluar balik. berputar di sekeliling paksi yang sama. ia magik, tapi segala yang terjadi bukan suatu kebetulan.'

p/s: aqbal, aku akan pastikan entri-entri aku lepas ni semuanya bawa pengajaran. yang penting, sebaliknya aku ke malaysia, ko mesti belanja aku sate kajang ;p

Monday 30 July 2007

'injured'

saya selalu bermimpi-mimpi menjadi pemain pasukan sekolah dalam apa-apa perlawanan. pemain utama. bukan simpanan.

dan saya selalu bermimpi saya cedera. bangganya saya jika saya diusung keluar padang atas alasan 'injured' dan pada masa itu, saya pula mengangkat-angkat kepala untuk melihat perlawanan yang berlangsung tanpa saya. situasi pasukan saya tanpa hero. tanpa ayam tambatan pasukan.

mimpi pertama saya belum terlaksana. (atau tak akan?) sebab saya benci berlari. dalam apa-apa jua okasi. ha ha.

tapi mimpi kedua itu pernah terjadi. dua kali. eh tidak. entah berapa kali saya pernah terjatuh dan cedera. budak nakal, kot.

walaupun tak jadi pemain utama. bahkan pemain simpanan pun!

yang paling saya ingat, sewaktu di tingkatan lima. saya masuk pasukan sekolah dalam permainan bola baling. saya tak berpeluang jadi pemain utama. sebab pertama, saya benci berlari. sebab kedua, saya belum pro; saya mula masuk pasukan sekolah dan baru belajar bermain sewaktu di tingkatan empat. berbanding dengan ayam-ayam tambatan pasukan lain yang dah mula bermain sejak sekolah rendah, alahai kerdilnya saya.

tapi dalam game final, saya dibenarkan masuk bermain lagi dua minit sebelum permainan tamat. alangkah gembiranya hati. saya masuk padang dengan bangganya. cumanya saya fikir, tinggal lagi dua minit, tak sempat saya melakukan aksi seorang hero. tapi tak apalah, saya akan lakukan sehabis baik.

pasukan lawan semakin terdesak kerana kami mendahului. mereka dahagakan piala johan. tapi kami mantain cool. (sesiapa nak nombor telefon ahli pasukan saya?) saya ditugaskan untuk jadi benteng dari serangan pihak lawan. kami berpadu tangan, sambil otak saya ligat berfikir taktik-taktik yang sudah cikgu kami ajarkan.

tiba-tiba seorang pemain pasukan lawan maju dengan kencang untuk melakukan serangan dan menjaringkan gol. saya bagaikan dapat merasakan aura kencangnya yang ingin merempuh tapi saya sebagai pendegil naturalis tetap di posisi dan bersedia. manalah tahu jika dia tak jadi melakukan serangan, kan.

tapi nampaknya dia degil juga. buku bertemu ruas.

sedar-sedar saya terbaring di atas padang. semua datang berkerumun.

"aqilah, kamu ok ke?" muka cikgu yasin agak risau. saya angguk, bingkas bangun walau sedikit terhoyong-hayang. memegang dahi yang saya rasakan sudah biru. bengkak serta-merta. rupa-rupanya pemain tadi cuba melepasi benteng saya tapi saya melompat ketika dia cuba membaling bola kencang masuk ke gol.

bola tak masuk ke dalam jaring sebaliknya mengenai dahi saya.

wisel ditiupkan. kami diisytiharkan johan daerah. saya yang masih agak bingung melompat gembira.

saya bukan hero, sebab saya tak jaringkan gol. tapi berpeluang menyumbang adalah sesuatu yang manis.

p/s: sebulan lepas kami bermain bola bakul. saya terseliuh, sampai hari ini belum baik. walaupun saya tak terjingkit-jingkit, tapi kaki terasa sakit ketika mahu pakai kasut dan stoking. bengkokkan kaki payah, sewaktu tahiyat awal sakit itu terasa. awal-awal dulu saya ingatkan sakit boleh hilang kalau diurut, walaupun saya tak pandai mengurut tapi saya cuba juga dengan hati-hati. akak senior pesan supaya check dengan doktor. mana tau ada tendon yang tercedera. harap-harap tak teruk. nampaknya saya terpaksa lupakan sikap malas saya dan buat pemeriksaan. aduh, bakal hero tak pergi hospital lah...

Saturday 28 July 2007

jauh sedikit

sejak dua tiga hari lalu, pintu almari kayu itu selalu sukar ditutup. bila ditolak sekali ke dalam, melantun balik. 'agaknya tuannya terlalu kasar,' selalu saya berbisik dalam hati. setelah dipaksa dua tiga kali, pintu almari itu tertutup juga. kalau tidak, saya takkan tenang untuk ke kelas. sebab ada hal di 'rumah' yang belum selesai.

kelas atmospheric science untuk semester ini sangat saya suka. sebenarnya semua kelas bagi saya menarik- earth science, introduction to human geography dan psychology- semuanya ada keistimewaan tersendiri. tapi dr lyle pakula yang mengajar kami unit atmospheric science ini lain sedikit- dia mengajar kami untuk berfikir.

"this is an infrared picture. do you see the white area and the black area? who knows what the white area represents?" sambil matanya menyorot ke arah semua pelajar di hadapannya.

"cloud." rata-rata pelajar menjawab.

"what about the black area?" mukanya serius tapi selamba. dia berjalan ke sebelah hujung dewan sambil memegang laser.

"air," saya menjawab perlahan.

"what?" sebab saya menjawab perlahan. pelajar malaysia jarang yang outspoken, kalau pun menjawab soalan, jawapannya pasti perlahan. sikap yang perlu diubah.

"air. air," saya mengulang dua tiga kali sambil berdehem. sejak winter ini saya selalu batuk dan tekak selalu bersinus.

dia mampir ke arah saya yang duduk di hujung sebelah lagi dewan. kemudian dia bertanya, "how do you know that it's air?" soalan seterusnya. kali ini dia senyum, senyum nakal yang berniat untuk menduga. saya bingung sekejap. haah, udara tidak berwarna.

"because we all know that it's air," seorang pelajar di belakang menjawab. itu jawapan yang saya serba salah nak cakap.

dr lyle pakula bermain-main dengan lasernya, menggaru kepala dan senyum sambil melihat kami. seperti sedang mencongak-congak kata-kata yang akan disampaikannya.

"well, if you're an alien from lets say...any other planet and you never know about Earth and whether it has air or not, and all you have is an infrared image of the Earth, how'd you know that the black area is air?" dia berhenti sebentar, memberi masa kami berfikir. saya seperti sudah faham, tapi membiarkan dia menyambung.

"i want you to think critically about all the information given to you. we all assume that it's air, but how actually do we know that? we don't have any proof. in science, you need to think 'why is it so' and 'how did it come to that'. you have to critically ask and challenge what you know," wah, kata-kata yang benar. bertanya secara kritikal bukan untuk mempersoalkan kepercayaan, tetapi untuk menguatkan kepercayaan. menambah kefahaman.

saya pulang dari kelas itu dengan perasaan girang. sesampainya di bilik, saya buka almari untuk meyimpan semula kot yang saya pakai tadi. tiba-tiba sesuatu jatuh ke atas lantai berkarpet. saya tunduk untuk mengutipnya.

butang lengan salah satu kot saya dah terpatah separuh. sebab tersepit di celah almari. oh, sayang sekali saya hanya membuat andaian tentang sebab almari itu sukar ditutup tanpa memeriksanya terlebih dahulu. mungkin jika saya berfikir jauh sedikit, butang baju saya dapat diselamatkan.

mujur kot itu jarang saya gunakan. kalau saya rajin, saya akan cari butang ganti di clayton. tapi mungkin lambat lagi kot.

Friday 27 July 2007

malaysia yang kurindu

alangkah uniknya paradoks ini. walaupun saya rindu malaysia 24/7, tapi saya tak boleh hampir dengannya. terbukti, saya insyaAllah tak balik hujung tahun ini.

dan unik juga, sebab sekali harapan untuk balik hujung tahun ini telah tiada, saya rasakan terlalu banyak kerja untuk diselesaikan di sini.

cumanya bila malaysia memanggil, saya terdiam dan bingung sekejap. sehinggalah saya teringat yang malaysia itu sudah jauh.

mungkin saya tak akan dapat buang malaysia dari hati saya; namun tak apalah, bercerita tentang malaysia banyak mengubat rindu saya. mengingatkan saya pada yang manis-manis dan memaniskan yang pahit-pahit.

kadang-kadang saya terfikir; adakah malaysia merindui saya sebagaimana saya merinduinya? nampaknya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui dan jika cinta saya dan malaysia itu benar, maka pastinya Tuhan akan tunjukkan dan kami akan ditemukan suatu hari kelak.

sementara itu, saya berdoa agar Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran pada saya dan kejayaan gilang-gemilang buat malaysia.

ameen...

dan saya ingin mengucapkan kepada malaysia- selamat menyambut hari jumaat, hari kegemaran saya ;)

Thursday 26 July 2007

sepintas tapi selalu

"magikku di mana?"
di malaysia. jangan bertanya lagi aqilah. aku sepak dengan buku the alchemist ni karang.

"tapi aku rindu apam balik."
nanti dia datanglah. senyaplah. pergi jahit hujung seluar tu. engkau takkan meninggi lagi.

"iya, iya."

Wednesday 25 July 2007

pizza apa yang kamu suka?

ibumu membawamu ke penjara.

pernahkah kamu, pergi melawat penjara pudu? melihat bekas-bekas penjenayah secara upclose; bersembang dengan mereka? kamu pernah tanya mereka makan apa hari ini? kamu pernah terfikir apa yang mereka nampak di luar tingkap? mungkin mereka pernah mengira berapa ekor burung yang melintasi tingkap mereka, yang kadang-kadang 'melepas' di situ. kamu rasa, mereka suka bila seekor burung merpati singgah di jeriji tingkap mereka dan 'meninggalkan jejak' di situ? kamu pernah tanya siapa yang paling mereka rindu? lagu apa yang mereka sering nyanyikan sebelum tidur? apa mereka buat tika kesejukan di malam hari?

kemudian kamu tinggalkan mereka dengan nasihat yang baik-baik. apa yang kamu rasa? seterusnya ibumu mengajak kamu pulang, memimpin tangan kamu dengan erat. kamu dapat rasakan hangatnya tangan ibu kamu itu, yang kalau boleh kamu tak mahu lepaskan. penjara yang sunyi, tiada teman berbicara, dindingnya besi dan batu berwarna kelabu atau hitam- kalau boleh kamu tak mahu berada di situ. walaupun kali ini kamu sekadar melawat, tapi kegerunan itu masih terbayang-bayang selagi kamu jaga. macam perasaan kamu selepas melihat cerita seram, atau mencium dahi bapa kamu untuk kali terakhir sebelum melihat jenazahnya diangkat masuk ke liang lahad. atau apabila kamu terlibat dalam kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa kamu. perasaan-perasaan ini membuat kamu diam dan hilang mood untuk segalanya.

ibu kamu memimpin kamu pulang ke rumah. dalam perjalanan pulang, ibu membawa kamu makan di pizza hut sambil senyum manis pada kamu. memegang tangan kamu dan mengelus-elusnya lembut. kamu duduk di sebelah ibu; dagu kamu disandarkan pada bahu ibu. sesekali kamu dapat rasakan degupan jantung ibu. mood kamu bertambah sedikit baik, apabila kamu menyedari yang kamu dan ibu kamu masih hidup. kamu mula melihat orang-orang di sekeliling dan bertanya dalam hati, "pernahkah mereka ke penjara?" namun mereka semua tak mempedulikan kamu. mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan makanan yang mereka tempah. hanya ibumu yang tahu, ketakutan kamu masih belum hilang sepenuhnya akibat singgah melawat di penjara tadi. bila hidangan sampai, kamu gagahkan diri untuk makan saat ibu menyuapkan. ibu kamu memang selalunya diam sahaja, tapi kamu tahu dia faham apa yang kamu rasa. selepas makan kamu semakin ok. kamu mula senyum kepada ibu dan langkah-langkah kaki kamu tak terketar-ketar lagi. badan kamu mula terasa panas akibat sup cendawan yang habis kamu hirup tadi. kamu memang selalunya suka dengan sup cendawan.

setapak keluar dari restoran, kamu melihat awan yang terbentang luas, warna biru kesukaan kamu dicalit dengan tompok-tompok kapas putih. terasa angin menghembus muka kamu dengan segala kedinginan, pesan-pesanan dan lagunya. kamu terdengar dedaunan bergeseran dan luruh, terbang hingga ada yang mencapai kasut kamu, meliuk-liuk dibawa angin. kamu nampak kereta, bas dan LRT laju meluncur atas landasan masing-masing. kamu rasa hidup; dan kamu rasa ada sesuatu yang kamu perlu lakukan. sekejap lagi waktu malam akan menjelma, kamu harus pulang ke rumah bersolat maghrib diimamkan ibu.

tiba-tiba kamu teringat akan seorang pakcik yang tak akan melihat sawah padi lagi di kampungnya selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. langkah kamu terhenti dan titis air mata kamu hampir menyapa dunia.

"jom sayang..." mesra ibu kamu sambil menarik tangan kamu perlahan-lahan dengan senyuman hangat tersusun di wajahnya. dia menggenggam erat tangan kamu, dan bila kamu rasa cukup selamat, kamu eratkan pautan dengan tangannya dan kamu berdua berjalan seiringan, melangkah ke hadapan. kamu menyeka air mata yang hampir menitis dan kamu senyum, sebab kamu tahu kamu akan balik ke rumah; tempat yang bagi kamu sangat menyenangkan kamu, sangat selesa dan sangat selamat. tempat yang penuh harapan dan cinta, buat kamu dan orang-orang kesayanganmu.

dan selagi boleh kamu tak mahu mengingati pakcik itu lagi. namun kamu sempat berdoa moga-moga dia segera ke syurga.

Tuesday 24 July 2007

untuk sayang

burung yang berkicau itu
bagai menyampuk rasa hati yang dibacakan oleh 'The Promise'
karya Secret Garden.
ada hentakan-hentakan yang memanggil
membuat aku terjaga dari lena
sekejap terpisat-pisat.
siapa?
siapa?
dalam mimpi, kaukah yang memanggil?
oh, ini barangkali mainan saja, kataku.
manakan mungkin.
sudah terlalu jauh terpisah dah ni.
hanya kebetulan, barangkali.
tak apa, aku akan selalu berdoa
agar aku kuat.

pun begitu, nyanyian riang aku dah macam sumbang
tak original lagi
sebab suaraku dah tercalar
mungkin kerana terlalu banyak menangis.
oh ya. mungkin takkan baik lagi
walau bergelen-gelen air asam jawa yang kuminum
eh, senyum pula si aku.
tak mengapalah, nak buat macam mana.
aku masih tetap perlu teruskan hidup, kan Allah?
walau sepertinya senyumku yang pernah hilang
dengan dua nyawa.


sikit aja.
sayang,
kalau inilah cara Dia mahu ampunkan dosa kita,
alangkah ringannya.
tabah ya sayang.
aku selalu doakanmu, insyaAllah.
dan aku yakin
Dia pasti menjagamu dengan baik
kerna kau orang kesayanganku,
'totemo hansaamu na hitodesu'ku.



~aqilah amir jamalullail~
'totemu kireina hitodesu'mu

Sunday 22 July 2007

kat chadstone

makan kebab kat chadstone dengan safia. yum yum.

"selalu ke safia g chadstone?" aku.

"ni kali ketiga." safia.

"oooOoh..." aku mengunyah kebab.

"beli banyak barang ke?" aku tanya lagi. penyibuk betul.

"takdelah. banyak tengok barang je. ari tu g sebab ada sale, g waktu malam." safia macam mula nak bercerita.

"malam? chadstone bukak sampai malam ke? wahhh..." aku.

"ari tu je. sebab sale. selalu tutup kul 5." safia.

"ooOohh..sale ek..." aku mengunyah lagi.

"haah. ari tu Guess ramai sangat orang, sampai pak guard tu kena tahan kerumun orang tu, lepas tu bagi masuk sorang2." safia cerita.

"wah. gas? hmm yelah. orang kat sini beli gas kan. gas dah la mahal. emm...pelik ek, dah la mahal jual kat supermarket lak tu." aku dengan confidentnya.

"ada jual kat tempat lain ke?" safia pelik.

"yelah, kan....eh eh kejap. safia cakap gas ape ni?" aku yang keliru. safia diam sambil mencari kat mana dia salah. kami dua-dua berfikir.

"oOoo...gas tu ke...yang 'G.U.E.S.S' jual baju tu...ingatkan gas yang jual kat stesen minyak tu...!" aku.

"patut pelik..." safia. sambil tergelak-gelak.

"sorrylah safia. budak pet ni memang macam ni, apa-apa semua nak ingat petronas jek. haha." aku baru perasan kesan petronas terhadap pemikiran aku.

p/s: oh ya. kebab tu, safia yang belanja. kami (baca: dia) beli 1 kebab, kami kongsi. romantik kan? lepas tu, aku beli inari dan ape jenis entah makanan jepun tu, dr jauh nampak macam kuih talam mesia. cuma topping dia tuna, lapisan bawah nasi, dan ada letak kepingan avocado kat atas makanan tu. yang itu, aku beli guna duit aku. ingatkan nak belanja safia. rupa-rupanya dia dah kenyang. lupa pulak safia jenis yang tak makan banyak (tak macam aku haha). abes2 aku kenyang sorang. safia takmo kongsi lemak...huhuhu. walaubagaimanapun (rindu spm), aku dapat makan makanan jepun! best...! wo ha!

Friday 20 July 2007

frank sinatra- my way



And now the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case of which I'm certain
I've lived a life that's full
I've travelled each and every highway
and more, much more than this
I did it my way

Regrets I've had a few
But then again too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption
I planned each chartered course
Each careful step along the by-way
And more, much more than this
I did it my way

Yes, there were times
I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all
And I stood tall
And did it my way

I've loved, I've laughed, and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside
I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way
"Oh no, oh no, not me
I did it my way"

For what is a man, what has he got?
If not himself then he has naught
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels
The record shows I took the blows
And did it my way

Yes, it was my way

there's only one pity that frank sinatra is not a muslim. i pray, ya Allah, please grant him with Your knowledge and hidayah. i admire how some people who are not muslims can understand life so well, despite their life without islam. how Allah wants to show that, the understanding of life only comes to those who want to understand and open their hearts to it. since i was a child, i just dont know how to lie. being honest about everything was an important part of my life; i didnt cheat when i cried, i didnt lie when i tell people that i love them, and i wont say "i love you" without i really mean it. 'cause i know that Allah knows everything about me; how can i ever cheat? and through that, i learnt to be sincere to myself and others around me, eventhough some things just hurt when they are spoken out, but i rather tell the truth or be silent. but i wont ever cheat; and i dont do things for my own sake. im not ashamed of myself, im proud to be own self, and i accept myself as who i am. i know my capabilities, my potentials, my dreams and i will work towards them.

sometimes, when i face the bitter parts of my life, i tried to run away so that i wont feel sad, but to no avail. ive learnt that i have to accept them, understand them, "eat them and spit them out" and then, move on. i have to face them, hard. but i know that it's worth it. im growing up, and i wont give up. yes, ive cried, i fell, i lost, but that's not the end. with the blessings of my God, i wont ever give up. i just wont. i saw, i felt, i learnt, i understood, i made my decisions, i face the consequences, and i will move on. i will keep on going eventhough the tears are still running down my cheek. i wont stop.

and i wont pretend that im not affected. ive gone through the times; when i couldnt sleep at nights missing the people i love, and when i cried while i was eating, when i missed my classes because i overslept or to finish my assignments, when i cried because it was too cold, when i was condemned and put at fault when i did nothing wrong, when i fell and my leg ached and wounded. but im not ashamed of them, at all. because they all make me as who i am today. He put them in my life for me to learn, to be a human. and i never doubt Him and the decisions He made for me. eventhough i havent understand them all, but i will never quit trying.

the decisions are not always a pleasure, though. ive learnt how hard it is to make a correct decision. sean was right when he said that 'you will never be brave before you love someone more than you love yourself'. loving ourselves is the easiest thing to do; no risks involved and it's all about us alone. but when you love someone, you think far ahead, the future for both of you, and you will be brave to make desicions. eventhough it may be hard, but when you know that you have to do it, you will just know that you cant run away, you have to be bold and make up your mind, carry out your decisions and face the consequences. He helped me a lot in dealing this, giving me understanding and courage to make the choice. and sometimes, like sis eisya said, "you have to be selfish." you cant change everything, and if you think that you are badly affected when things arent going the way you think they should, you have to speak out eventhough it may hurt others, or you have to make your stand and state your principles. you have to protect yourself when the time calls. you have to choose; and you have to prepare to lose something in return. that's unavoidable, but i always believe in Him that if i know what i am doing, i should be brave to accept the effects of my doings, and He is always here to answer me when i calls, and He will show me my wrongs and give me uderstanding and courage to improve myself.

i dont want to copy others. i live my own life, and i want to be my best self. i will try to understand what makes me me my whole life, but that's ok; i will continue learning and i wont stop. and i wont give up. these are the words that will keep me moving:

"kenal siapa diri? diri ini hak siapa?"

"tepuk dada tanya iman. letak AQ dan sunnah di depan. akal berfikir ikut skop AQ dan sunnah."

and i found the work endless.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

nahas pesawat Nuri. 18 Nuri terhempas dan 95 wira dan wirawati negara terkorban sejak 39 tahun lepas. paling terbaru, 6 anggota meninggal. Mereka yang terkorban ialah juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29; dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27; serta Sjn Khusnizam Ariffin, 34, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28; dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27 tahun. seorang sebaya abang aku, 2 orang lebih muda dr abang aku, semua diorang ni lebih muda dr mama aku.



lepas tu baru sekarang nak tukar pesawat????



aaarrrgggghhhhh.....ya Allah.....aku tak pahaaammmmmm....!!!!!


p/s: susahnya jadi pemimpin. apapun, aku sangat sangat harap kerajaan malaysia ambil peranan. tolonglah, tolonglah....berapa banyak lagi orang-orang hebat negara nak mati hanya sebab pesawat dah tua dan sepatutnya diganti?!

Thursday 19 July 2007

checking time!

SIGNS OF A WEAK IMAAN

1. committing sins and not feeling any guilt
2. having a hard heart and no desire to read the AQ
3. feeling too lazy to do good deeds, eg being late for salaat
4. neglecting the sunnah
5. having mood swings, for instance being upset about petty things and bothered and irritated most of the time
6. not feeling anything when hearing verses from the AQ, eg when Allah warns us of punishments and His promise of glad tidings.
7. finding difficulty in remembering Allah and making dhikr.
8. not feeling bad when things are done against the Shariah.
9. desiring status and wealth.
10. being mean and miserly, ie not wanting to part with wealth.
11. ordering others to do good deeds when not practicing them ourselves.
12. feeling pleased when things are not progressing for others.
13. being concerned with whether something is haraam and halal only; and not avoiding the makruh (not recommended) things.
14. making fun of people who do simple good deeds, like cleaning the mosque.
15. not feeling concerned about the situation of Muslims.
16. not feeling the responsibility to do something to promote islam.
17. being unable to deal with calamities, for instance crying and yelling in funerals.
18. liking to argue just for the sake of arguing without any proof.
19. becoming engrossed and very involved with dunya, worldly things, ie feeling bad only when losing something in terms of material wealth.
20. becoming engrossed and obsessive about ourselves.

p/s: Allah, forgive us and show us to Your path...ameen...

ikut mama

semalam aku tipon rumah. mama takde. die ada mesyuarat kat dewan taman. sibuk betul mama aku nie. huhu...

aku: adik2 tengah wat ape?
afiq (adik aku no 2): rais ikut mama...
aku: rais ikut mama? apa dia nak buat masa orang tua tengah mesyuarat? menyebok je!
afiq: tulah pasal. habis tu nak buat macam mana. mama nampak dia tengah siap2, jadi mama tanya, "ai rais, kamu nak ke mana siap2 nie?" (kemudian seperti biasa aku membayangkan muka rais yang tersengih-sengih mintak kesian supaya mama tak marah sebab nak ikut mama) disebabkan dia dah siap pakai baju lawa2, makanya mama pun bagilah dia ikut.
aku: eeeee...ngada2nya!
afiq: (gelak) kamu tak tau yong, ahnaf lagi bijak. bila dia tau je mama nak keluar, dia dah siap2 pakai baju, kemudian menyorok dalam van.
(aku & afiq gelak sakan)
aku: gile. mesti bila sampai je ke kedai, mama terkejut tengok dia yang tiba2 je muncul, ada dalam van. (sekali lagi aku membayangkan muka ahnaf yang tersengih-sengih mintak kesian supaya mama tak marah sebab ikut mama senyap2)


aku teringat satu peristiwa. satu hari, mama buat announcement, "siapa nak ikut mama?" kami semua adik beradik cakap serentak "naaaakkkk....!!!" dalam kepala terbayang-bayang gula-gula, aiskrim, cokelat dan mainan kat kedai. dengan muka selamba mama cakap, "jom!" kitorang yang naif dan kanak-kanak ribena masa tu pun ikut mama dari belakang. mama ke dapur, kemudian masuk ke bilik air. "haaa...mehla! kata tadi nak ikut!" kemudian mama gelak habis-habisan sambil tutup pintu bilik air perlahan-lahan. kasihan, kami ditipu mak sendiri.

Sunday 15 July 2007

bersemangat!

basuh kasut warna biru yang dua pasang tu.
satu warna biru gelap, satu warna biru lembut.
dua-dua dia sayang.

sebelum tu berus karpet bilik
buang habuk.
semalam baru beli berus kat clayton.

mungkin juga kalau sempat hantar baju ke laundry.
doa-doa cuaca tak sejuk sangat.
kurang sikit hidung dia berhingus.

persediaan. esok semester dua bermula.
pesan mama, kenal sistem.
supaya dapat rancang lebih baik.
supaya ambilan subjek seimbang.
supaya dapat bersedia dengan baik.
supaya dapat improve result.

seronok.

HooOoooRRrraaaYyyYyy!!!

temahku sayang

temah tahu dia tak cukup stadi untuk peperiksaan kali ni. temah doa pada Tuhan, "Tuhan, bagi aku pass pun aku dah cukup bersyukur." kemudian temah bertawakkal.

bila result keluar, temah terkejut. Tuhan bagi temah 78 markah untuk peperiksaan temah kali ini. kemudian temah bercerita pada kawan-kawannya. "spoil betullah, lagi 2 markah je nak HD."

memang temah tak reti nak bersyukur.

Sunday 8 July 2007

melbourneku

malam.
arak, dan maksiat.
perempuan mengelilingi lelaki.
lelaki mengelilingi perempuan.
sampah bertaburan di kaki pintu restoran.
dan kaki aku yang terus melangkah.
tak searus dengan mataku yang melilau-lilau.
mulut kukunci tanda fikir dalam.
sambil menikmati kesejukan malam.
ya, masakan mungkin akal ini akan berhenti berfikir sebelum izinNya.

di hadapan BORDERS,
terhenti aku di hadapan seorang lelaki tua.
bermain violin.
mengisi udara dengan nyawa cinta.
kutersedar.
betapa jauh akal dapat melangkau, meneroka, menerjah, berfikir, mencari jalan keluar dengan penuh kebijaksanaannya.
hati yang meyakini juga akan memastikan perjalanan itu terus.
dan tak pernah mengalah biar teruji di luar langkauan akalnya.
harapan,
tidak pernah mati walau dalam dunia yang sebegitu kejam, alma meter yang penuh rona dan pencabulan, serta agama yang sepertinya belum pernah sempurna.
harapan kekal,
sepertimana juga Tuhan.

tua itu tersenyum padaku.
bagai senyum seorang abah yang baru menyambut
anak gadis kesayangannya pulang ke kampung
setelah penat merantau dan merasa.
mengajak
'mari anakku, tidurlah di ribaku, akan kunyanyikan lagu tenang untukmu.'
sepertimana selalu.

bismillahirrahmanirrahim-percaya.

p/s: tadi maen basket. silap pakai kasut. terseliuh. kemudian pegi SAVERS. beli kasut baru. warna biru velvet. AUD$7.99. masih, terjingkit-jingkit. terima kasih ya Allah atas kehadiran amalina, penguat semangatku.

Friday 6 July 2007

hari jumaat yang indah

dah lama aku tak jogging. teruja jugak bila safia ajak berjoging. kalau ikut plan, pukul 8 pagi. tapi sebab safia masih mengantuk dan aku pulak rasa pukul 8 tu sangat sejuk, makanya kami buat keputusan- tangguhkan ke 830 pg. sebenarnya aku tiba-tiba rasa tak sihat lepas solat subuh tadi, mungkin sebab sejuk sangat kot. tapi lebih kurang 815, aku bangun dan lihat cahaya menari-nari menusuk masuk dari celah-celah tingkap, dan kemudian dalam hati aku berbisik, "hey, its not so bad. the weather's fine." aku senyum dan bersiap. lepas bersarapan cereal honey cornflakes (aku berkongsi dengan semut) lebih kurang 840 kami jumpa di bus stop ferrer hall.

aku: wah sejuknya.
(safia senyum)
aku: penah jogging ke safia?
safia: tak pernah.
aku: heheheh. sama la kita.

jadi kami pun stat. bukanlah jogging yang turrent, biasa-biasa aja. aku pun tak pernah jogging waktu pagi sejuk-sejuk macam ni. banyak kali aku cakap pada safia,

"wah, berasaplah! hahaha"

jogging, berhenti. jogging, berhenti. kemudian singgah kat pokok, panjat dan amek gambar. sembang macam-macam, main kat tempat exercise dengan semua equipments kayu yang kami tak faham apa fungsinya (kalau ada orang yang tahu dan nampak kami buat sesuka hati kami kat equipments tu sebab kami tak faham, mesti dia tak sampai hati nak marah sebab kami comel sangat hahaha), tengok burung-burung terbang.


HARI JUMAAT YANG INDAH.

lepas dah habes jogging (kononnye la) safia ajak ke coles. jalan kaki. ke pinewood. aku kata boleh jugak tapi safia kan nak stadi (safia amek medic, exam 16hb huhu) dia kata dia tak biasa stadi pagi-pagi. aku kata ok je, kul 1030 kita jumpa. dia kata ok.

aku sampai bilik pukul 950 pg (lebih kurang). aku baca sikit tulisan sm zakir, teringat dia pernah komen pasal filem 'cinta'. aku rasa sm zakir ni orangnya baik, perkahwinannya pun bahagia. pukul 1014 pg (alamak dah lambat), aku bergegas ke bilik air, amek wudhuk dan bersolat sunat dhuha. lama tak solat sunat dhuha, sebab aku selalu tidur balek lepas subuh heheheh. alhamdulillah sempat jugak tadi. cuma kesian safia kena tunggu sekejap. bahana betul menangguhkan solat, aku kena positif untuk berubah sikit-sikit. doakan aku dapat solat di awal waktu! ameen...

apa-apapun, aku sangat suka solat sunat yang ini. satu- sebab ini satu-satunya solat yang sama nama dengan surah dalam AQ (surah dhuha). dua- surah tu surah faveret aku dan abah. tiga- paling utama, sebab Nabi sayang selalu buat! (aku rasa dia tak pernah tinggal) empat- ada sejarah pasal tabiat solat sunat dhuha ni dalam hidup aku, iaitu sejak di kolej dulu. dalam satu perkataan, aku ungkapkan dengan 'syahdu'.

HARI JUMAAT YANG INDAH.

bila aku jumpa safia depan bangunan howitt yang tinggi melampai, aku perasan yang hujan rintik-rintik dan angin sederhana kuat. terdetik, 'hari jumaat, dan hujan. terima kasih ya Allah. sukanya!'

kami berjalan. dan bersembang. (nak buat apa lagi? haha) tapi yang seronok ialah udaranya, suasananya, kenyamanannya. oh, apalah, aku memang suka jalan-jalan.

jauh juga coles tu. tapi sebab aku enjoy berjalan, maka jauhnya tak terasa. on the way, kami terserempak dengan plant nursery. tempat orang tanam dan jual bunga dan pokok-pokok.

safia: nak kerja kat sini pun boleh jugak.
aku: haah kan. menarik ni belajar tanam-tanam.

aku sedang berkira-kira mencari peluang kerja untuk mengisi waktu cuti summer nanti. safia terkejut mendengar yang aku tak balik hujung tahun ni. hehe. tak apelah, bak kata abdullahjones, rindu itu indah, seperti yang dia nukilkan dalam sajak 'ongerust' dia yang amat aku gemari itu.

alangkah indahnya rindu
kekal begitu tidak bertemu
saling berdendam
saling mengdambakan
alangkah indahnya jika
rindu kekal begitu.

dia seperti sedang berada di sebelahku sekarang. kerana hari ini,

HARI JUMAAT YANG INDAH.

sampai di coles dan kami pun membeli barang, tidaklah lama mana. aku pun tak bercadang nak banyak berbelanja (aku makin sengkek duit, makanya harus berjimat-cermat) tapi perut aku sangat lapar. 3 kali aku mengadu pada safia dalam coles. maka lepas shopping tu safia bawa aku ke restoran sushi. dan dia belanja. wahh, rezekiMu! terima kasih ya Allah! dan sushinya sangat sedap, antara yang paling sedap aku pernah makan, besar pulak tu! puas rasanya aku mengunyah sikit-sikit. (anna, sushi kita tetap menjadi pojaan hatiku hehe, ok sayang!) tapi memang tak dinafikan, sushi tadi memang sedap. kata safia, kalau aku jadi kerja di plant nursery di pinewood tu, tiap-tiap hari aku boleh lunch dengan makan sushi dan ke tempat kerja pun jalan kaki adalah lebih kurang 3km. tak kurus macam tu? (inilah peluang yang aku tunggu-tunggu, insyaAllah!)

kemudian kami pun balik. dan on the way back, satu magic berlaku. tahu apa? kami jumpa pelangi! yang sangat besar dan cantik, kemudian sekumpulan burung asyik terbang seolah-olah mengelilingi pelangi tu. subhanallah cantiknya! sambil aku tangkap gambar pelangi dan burung, hujan rintik-rintik, hari jumaat yang indah, katakan sayang bagaimana aku tidak merinduimu sepertimana kau jua merinduiku? kerana kau ada dalam hari-hari indahku dan kau juga ada di kala aku kesedihan untuk membangkitkan semangatku. ya Allah, ampuni dosa-dosa kami dan tunjukilah kami ke jalanMu yang benar...

safia jadi saksi betapa gembiranya aku melihat pelangi itu. terima kasih ya Allah, terima kasih...

Thursday 5 July 2007

sebak

telah aku berkira-kira hari ini untuk menulis sesuatu. lama tadi. sebenarnya. selepas bangkit dari tidur, aku duduk bersila atas katil. merenung, lama.

aku teringat sesuatu yang ditulis seorang penulis (kalau tak silap aku di blog abdullahjones, cumanya aku tak ingat siapa penulisnya, tulisan itu untuk abdullahjones, dari penulis luar negara barangkali) tentang sikap umat. katanya umat sekarang tidur dan belum bangkit, kerana lenanya tidur itu mereka tidak mahu bangkit melihat realitinya dunia. paling kurang, baik juga jika mereka bangun dari tidur dan termenung sebentar berfikir di birai katil. tapi bahkan, mereka tidak mahu bangun pun, kerana nyenyaknya mereka tidur. (lebih kurang maksud)

tiba-tiba nama-nama ini bermain-main dalam otakku- hafizbar, hamka, saharil, faisal tehrani, abdullahjones, fathi aris omar, dugongsenyum, ust azli, mama...dan hati aku jadi sebak.

mereka antara orang-orang yang telah mengenal dunia (dari perspektif aku). tulisan-tulisan mereka adalah terjemahan perasaan-perasaan aku. membuatku berfikir, membuatku belajar mengenal diri sendiri, mengenal dunia dan berfikir lagi. tulisan-tulisan mereka seakan-akan mengetuk-ngetuk kepala aku, searus dengan pengalaman jatuh bangkit aku di sini. mendesak aku agar berfikir lagi dan lagi. sampai aku insomnia sebab otakku tak mahu berhenti berfikir. alhamdulillah insomnia aku dah hilang.

mungkin kerana pengalaman, aku dapat memahamkan mereka (walaupun bukan keseluruhannya). tapi yang aku nampak, ramai yang mengutuk mereka kerana bahasa mereka dan gaya penyampaian mereka yang diistilahkan 'kurang ajar' ataupun 'lucah' ataupun 'ekstrim'. seperti kata hafizbar, puncanya 'tak mahu lihat pada fokus utama' atau malas berfikir. pada pandangan aku, bagi orang yang malas berfikir, mudah jatuh dalam gaung 'generalization' apabila membaca tulisan-tulisan mereka, dan aku sangat benci sikap 'generalizing' itu. sangat benci. mungkin aku juga belajar dari pengalaman. pada pandangan aku, orang yang suka generalize ini orang yang ibarat quote ini: "When you say a situation or a person is hopeless, you are slamming the door in the face of God." -Charles L. Allen- Dan hidup aku sendiri, bukanlah sesuatu yang 'biasa' atau 'normal'. banyak perkara luar jangkaan yang berlaku dan semuanya atas izin Allah, maka aku sukar terima orang yang berkata "alah, buatlah macam mana pun masih sama jugak" ataupun "rasanya semua orang macam tu kot". lambang kesempitan pemikiran, malangnya aku banyak jumpa orang macam ni, tak kiralah betapa kaya pun dia, betapa pandai pun dia. sangat berbeza dengan cara aku jalani hidup aku setiap hari- 'expecting miracles'. sejujurnya, aku tak berapa kisah dengan cara penyampaian, sebab aku bukanlah seorang yang menerima atau menolak sesuatu bulat-bulat; pasti aku akan cernakan dahulu maklumat-maklumat itu insyaAllah, sebelum aku buat keputusan rinci mengenainya. dan secara jujur aku katakan, kadang-kadang masyarakat perlukan sesuatu yang cukup 'umphh' atau 'mengena' bagi menyedarkan mereka dan membuat mereka berfikir.

habis kenapa aku rasa sebak? aku rasa sebak sebab 2 perkara. pertama, melalui tulisan-tulisan mereka, aku dapat rasakan betapa bebannya jiwa mereka, betapa sakitnya hati mereka melihat dunia. tulisan mereka adalah ekspresi jiwa disulam mesej-mesej yang mantap. (aku kira hamka sudah semakin improve dengan gaya penulisannya, sudah berubah sedikit berbanding dahulu) dan merefleksikan perasaan itu pada diri aku sendiri, sebenarnya kadang-kadang aku sudah sangat letih. penat dengan hidup dan manusia-manusianya. kadang-kadang ingin sahaja (banyak kali sebenarnya) aku ingin memenuhkan blog ini dengan kata-kata kesat, cacian dan hinaan namun aku tahu aku takkan lakukan. dengan segala rahmat Tuhan padaku, masakan aku mungkin sanggup lakukan. dengan adanya mama, orang-orang kesayanganku yang sentiasa Allah menunjukkan kasih sayangNya padaku melalui mereka, masakan aku akan lakukan. walau bagaimana perit, walau bagaimana sakit. teringat doa Nabi sayang yang bantu menguatkan aku, "ya Allah, tetapkanlah aku dalam kebenaran ketika masa suka dan marahku" (lebih kurang). kerana jika difikir-fikirkan, sudah tidak berbaloi lagi rasanya menjadi sopan, tidak beruntung lagi sekiranya masih berlembut, takkan berhasil lagi kalau masih berbunga-bunga. sampai satu tahap, aku rasakan segalanya tipu belaka, bohong semata. bagai ingin lari dari realiti sahaja jika masih melakukan sedemikian.

dan sebab kedua aku sebak ialah kata-kata ustaz aku- "matlamat tidak menghalalkan cara". walau bagaimana tinggi impian, walau bagaimana dalam perasaan, walau bagaimana bijak pemikiran. matlamat tetap tidak menghalalkan cara. aku kira aku sendiri banyak kali gagal dalam hal ini. terutama dalam melaksanakan tugas memimpin dan meyampaikan mesej. aku takkan punya hak untuk mengadili sesiapa sampai bila-bila, dan berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku sedar dan amat maklum perasaan-perasaan itu- yang berat, yang memberontak, yang pedih- kerana aku sendiri sudah melaluinya. dan kerana aku faham, aku jadi sebak. aku pernah berada di posisi penghukum semasa aku masih jahil, namun setelah aku rasa sendiri dan belajar darinya, aku sedar bukan semudah itu jalan penyelesaian terhadap perkara-perkara begini. bukan semudah itu. melalui pengalaman pahit, bersemuka dengan orang-orang yang tak mahu faham, menghadap golongan pengutuk, berusaha menguatkan diri dan memperkukuh kepercayaan- ialah hari-hari insomniaku. sakit dan pedihnya selalu aku translasikan dengan air mata.

tapi inilah sesuatu yang tak pernah berubah kawan, inilah suatu yang takkan berubah- Dia itu dekat. dan aku yakin dengan itu, lebih dari aku yakin dengan diri aku sendiri. seperti kata mama, "walaupun mama bagi kamu 1001 jalan penyelesaian, (nescaya) kamu takkan puas hati. tapi cuba kamu bangun malam, sembahyang dan menangis atas sejadah, mengadu pada Dia selama mana yang kamu suka. insyaAllah, hati kamu akan jadi tenang dan kamu akan nampak masalah tu hal kecik aje, walaupun masalah tu belum setel." bilamana kawan-kawan aku mengadu apa-apa masalah pada aku, ini selalu resolusi terakhir paling berkesan. aku rasa aku tak perlu nak ulas point ini panjang-panjang, sebab aku juga benci disyarah hal-hal yang sebenarnya boleh didengar dari dasar hati kita yang pemiliknya ialah Tuhan. dan aku yakin, siapa pun engkau kawan, dan apa jua masalah kau, Tuhan itu dekat. pesanku ini sahaja- percaya, yakin, bersangka baik dan tak sekali-kali putus asa dengan Dia. masalah lain boleh bincang kemudian, itu semua hal kedua.

aku berdoa, moga semua kita Allah kurniakan petunjuk atas jalan yang Dia redhai dan diampunkan segala dosa-dosa kita. ameen...

p/s: aku menulis dalam perasaan berat. sarat mesej tapi terhad ilmu penyampaian. maafkan aku...

Wednesday 4 July 2007

kerdil

what do you know about the world, my gurl? you may be excellent in your studies, but if you want the world, you have to ask for it.
-mama-

aku teringat, semalam aku bukak satu blog, tajuknya 'forex'. satu benda pun aku tak faham.

semalam jugak. aku baca cerita 'cinderella' versi saharil (arkib semalam). bencinya aku dengan cinderella tu.

mama suruh kerja.
pergi embassy.
jalan sendiri.
naik bas.
baca buku.
fikir.
tanya.
sendiri.

aku.benci.tongkat.

muktamad.

diari

pagi ini. aku bangun awal.
pagi ini. aku meneropong tiket kapal terbang.
pagi ini. aku dengar lagu cinta.
pagi ini. hujan lebat.
pagi ini. aku pandang ke luar tingkap.
pagi ini. sejuk.
pagi ini. aku batuk dan bersin.
pagi ini. aku rindu.
pagi ini. aku kena pergi uni.
pagi ini. aku kena basuh baju.
pagi ini. aku kena check kotak surat.
pagi ini. hujan hampir berhenti.
pagi ini. aku nak sambung tidur.

bye.

Tuesday 3 July 2007

hina

makan sampah dahulu
sebelum mengutuk orang miskin

degil

aku teringat dua peristiwa masa aku kecik.

peristiwa 1:
aku tengah main kat laman luar. mama kata 'jangan main lalang, nanti luka sebab dia tajam.'

aku pelik. kenapa pulak lalang boleh lukakan aku? aku tak percaya.

jadi aku main-main dengan lalang. aku lurutkan jari sepanjang daun lalang tu.

mula-mula aku lurutkan jari aku mengikut arah duri, dari hujung lalang ke pucuknya. licin dan lancar aje aku lurut. jadi aku bertambah yakin, lalang tak mungkin akan lukakan aku.

kemudian, aku lurutkan jari aku menentang arah duri pada daun lalang.

kedengaran suara seorang budak perempuan menangis, kelihatan mamanya lekas-lekas ambil minyak gamat kat dalam rumah. kuat betul suara budak perempuan tu menangis.


peristiwa 2:
mama tengah seterika baju abah. sekejap-sekejap mama spray air pada baju abah. wangi betul air tu. baju abah pun jadi wangi. aku memerhati dengan penuh asyik.

'aqilah, jangan main kat sini, seterika ni panas.'

jari-jari aku menari atas papan seterika. mama memang sudah kenal perangai anak perempuannya yang sulung tu, selagi dia tak merasa dia tak percaya. skeptikal sungguh. jadi mama biarkan aje.

tangan semakin dekat dengan seterika. 'eh tak panas pun.' seronok.

dekat dan semakin mendekat. tangan mencium juga seterika tu akhirnya.

aku menjerit. sambil menyapu minyak pada tangan aku, mama kata 'padan muka.'

maaf!!!

(buat sesiapa yang dah baca entri 'pindah', maaf aku dah delete entri tu)

aku dah delete blog baru tu. ada masalah yang aku tak dapat elakkan, makanya aku terpaksa delete.

nanti aku ceritakan kelebihan-kelebihan wordpress, ok!

aku nak pi middle brighton beach neh, nak sambut besday safia. hehe

salaam sume, maaf susahkan korang! huhu...maaf sekali lagi.

wassalaam...

yang sohih lagi cute,
aqilah amir jamalullail

Monday 2 July 2007

sms

kes 1
mama: aisyah dapat 7a1b, 85.3, no 1 dalam tingkatan, B geog
aku: alhamdulillah. geo? hahaha
mama: dia lemah geo tapi sej 88. sejarah kamu truk.
aku: err...

kes 2
aku: qilah sakit kepala. tak cukup makan kot, angin masuk perut.
mama: bukan, terlebih tido tu.
aku: err...yelah terlebih tido sampai skip waktu breakfast, jadinya angin masuk perut sampai ke kepala, tu yang sakit kepala.

optimistik

Jendela Hikmah:
Oleh Rosnah Ahmad

SEORANG insan yang bertaubat daripada keterlanjuran mempunyai rasa harga diri sangat rendah membawa kepada putus asa, malah ada membunuh diri. Kesakitan fizikal, seksaan mental dan deraan emosi memang tidak tertanggung. Pandangan negatif yang menghina penuh celaan daripada masyarakat keliling memang tidak dapat dielakkan.

Itu hanya seksaan dan balasan di dunia. Untuk menghadapi cabaran dahsyat ini, selain mendekatkan diri kepada Allah kita perlu bina kekuatan dalaman. Proses membersih diri adalah tazkirah yang perit daripada Allah. Perkara itu lebih dirasai apabila seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak tanpa mempunyai suami sah.

Kesan peristiwa ini sangat mendalam dalam diri mereka, malah menghantui kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Mereka ini tiada pilihan kecuali bertaubat nasuha, reda menerima ujian Allah dan cuba melawan perasaan berdosa, hina dan memperkasa diri.

Memperkasa diri melawan perasaan hina diri memerlukan seseorang mengubah gaya hidup, menukar cara bersosial, mencari rakan baru yang salih dan paling penting berfikiran positif. Perkara yang sukar dilakukan pada awalnya boleh membuahkan hasil menakjubkan.

Seseorang itu akan rasa lebih tenteram, sihat mental, bertenaga dan positif menjalani kehidupan. Sentiasa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan sentiasa memperbaharui niat untuk melakukan amalan salih dan tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Anak kunci kepada kejayaan adalah terus melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri. Cabaran untuk mengenal diri bermula dengan memahami dan menerima diri kita. Ia bukan bermaksud kita tidak boleh memperbaiki diri. Jika kita fikir tidak cukup baik, kita mesti belajar bekerja lebih kuat, berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri .

Sering kali kita mencari faktor luaran dan percaya bahawa kita kekurangan kasih sayang, ilmu, kejayaan dan kepuasan. Jarang sekali kita mengaku secara sedar bahawa tenaga atau kuasa hebat itu berada dalam diri kita. Cabaran kita sebagai manusia adalah untuk sedar apa yang sekarang ini berada di bawah sedar.

Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai potensi berjaya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” (Surah At-Tin, ayat 4)

Kita dilahirkan dengan anugerah, kebolehan, kekuatan dan keperibadian tersendiri yang menjadikan kita unik dan berbeza daripada orang lain. Sepanjang kehidupan, kita juga memperoleh pelbagai kemahiran dan ilmu yang membolehkan kita menjalani kehidupan dengan cara tersendiri. Kebanyakan kita bersikap agak tertutup untuk mengenali kekuatan dan cara kita yang tersendiri.

Bila kita mengenali diri, kita akan kurang terikat kepada diri dan keunikan akan terserlah. Kita juga akan menjalani hidup dengan menggunakan potensi diri secara optimum. Nur hidayah Allah sentiasa menerangi seluruh alam dan hambanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca, gelok kaca itu laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya; (iaitu) pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari semasa naiknya dan bukan saja semasa turunnya; hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinar nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda): cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang dan peraturannya) kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai contoh perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah An- Nur, ayat 35)

Penghalang kepada perubahan dan kemajuan diri adalah kita sendiri. Oleh itu, antara rahsia kejayaan diri adalah berdoa, berzikir, bersembahyang, bertafakur, melakukan muhasabah diri dan menggilap hati. Ia bagi memastikan nur hidayah Allah dapat menembusi diri kita dan tidak terhalang oleh hati gelap.

Apapun, kita sering kecundang dalam usaha menyerlahkan potensi kerana masalah dan cabaran.
Daripada perspektif spiritual, masalah dan cabaran bukanlah ancaman, tetapi ia membuka ruang untuk kita memahami dan menerima kenyataan mengenai diri.

Dengan berbekalkan kesedaran, kesungguhan, keikhlasan, sikap terbuka dan tawakal yang tinggi kita dapat memenuhi antara ciri masyarakat bertamadun iaitu memperkasakan diri.

-Penulis ialah aktivis wanita JIM dan pengusaha Tadika Islam, e-mel: wanitajim0@yahoo.com.

sumber: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/06/29/mengaku-secara-sedar-kehebatan-diri-kunci-kejayaan/


aku amek artikel ni dr blog nurjeehan. terima kasih nurjeehan!

aku perasan satu benda. dalam majlis2 ilmu masyarakat kita, selalu ditekankan aspek2 muhasabah, perbaiki kelemahan, refleksi dosa dan pahala, 'kita kena sedar kesalahan kita' etc. etc.

betul. betul sangat. tapi imbalan tu harus adil. adil bermaksud dalam kita refleksi diri, usah sampai menyekat dan terikat kepada 'diri kita yang hina' sampai potensi tu digelapkan, keunikan tu tak dapat terserlah, kebaikan tu disembunyikan, kebolehan diri dilupakan. akal asyik fikir lemah, salah, dosa sampai lupa- rahmat Allah tu tak pernah limited pada sesiapa pun. magik Allah tu boleh berlaku, yg penting kita kena percaya, Allah maha pengasih lagi maha penyayang. biar buruk macam mana pun orang lain pandang kita, sehina mana pun kita dilabel masyarakat, tp selagi kita yakin dengan kerahiman Allah, insyaAllah, tak mustahil satu hari kita akan jadi hebat, malah boleh menyumbang pula untuk orang lain.

mak aku cakap, kenal diri sendiri supaya kita tahu macam mana nak deal dengan orang lain. ramai antara kita tahu kelemahan dia 'sekian' dan 'sekian' tapi dia rasa berat untuk mengakuinya. maksud mengakui kat sini bukan buat announcement untuk beritahu semua orang, cukuplah acknowledge dalam diri kita sendiri. Allah juga tak bagi kita revealkan keburukan kita pada orang lain. (rujuk AQ Allah ada cakap pasal ni, insyaAllah ada masa aku update ok?) bila kita taknak mengakui kelemahan kita, akan muncul konflik dalam diri. bila timbul konflik, akal akan haru biru dan perasaan akan berterabur dan kacau-bilau. tambah-tambah lagi bila ada ustaz atau ustazah yang sebut tentang kelemahan kita dalam ceramah diorang, lagilah terasa. tak salah punya kelemahan, semua orang termasuk ustaz dan ustazah pun tak dapat lari dari kelemahan. sama jugak dengan tabiat buruk, keburukan dan masa lampau yang tragis atau mengecewakan. yakinlah, semua yang berlaku tu dengan izin Allah, dan tak ada yang Allah jadikan tu sia-sia. mesti ada hikmah di sebaliknya. mak aku cakap lagi, apa-apa pun yang berlaku walaupun kita tak menyukainya, fikirkan secara positif. positif, positif, positif. bukan negatif. kalau ada orang yang buatkan kita asyik berfikir negatif tentang diri kita, kalau tanya aku yang lemah dan hina dina ini, aku akan cakap jauhi orang tu. sebab kita kena protect diri kita dari asyik asyik terasa hina dan macam sampah. selagi kita tak dapat keluarkan diri kita dari kepompong kenegatifan dan elak dari rasa terikat dengan syaitan dalam diri, sampai bila pun masalah takkan selesai. mengakulah, ya, aku memang jahat dan hina dina, tapi itu tak bermaksud aku akan putus asa dengan Allah, sebab Allah tu maha pengasih lagi maha penyayang, Dia tak pernah berlaku zalim pada hamba-hambaNya. kemudian fikir perlahan-lahan dan secara rilek-rilek, macam mana nak overcome kesalahan tu. (fikir dengan wajah senyum, bukan muka berkerut-kerut wokey!)

sedar tak sedar, bila kita fokus pada kelebihan diri, secara indirectly kita akan overcome sikit demi sikit kelemahan kita. kita akan lebih terikat dengan kasih sayang dan rahmat Allah, Allah izinkan kita jadi lebih kuat dari hari ke hari, makanya nak membuang yang tak baik itu jadi makin mudah. sama macam sakit kepala, usah fikir betapa sakitnya headache tu (=betapa teruknya kesalahan tu), tapi fikirkan untuk bertahan dan bertahan (=acknowledge kesakitan, sabar dan fikir positif yang masalah akan selesai), di samping tu bertawassul dengan cara makan ubat (=korek potensi diri, cari cara untuk jadi kuat, percaya dan yakin dengan Allah, overcome keburukan sedikit demi sedikit) dan kalau belum sihat jugak dari sakit kepala tu, rujuklah pada doktor (= teruskan usaha, slowly but surely).

keywordnya- seimbang dan adil.

dan Allah lebih mengetahui. ya Allah, ilhamkanlah kami yang terbaik. ameen...