Thursday 19 July 2007

ikut mama

semalam aku tipon rumah. mama takde. die ada mesyuarat kat dewan taman. sibuk betul mama aku nie. huhu...

aku: adik2 tengah wat ape?
afiq (adik aku no 2): rais ikut mama...
aku: rais ikut mama? apa dia nak buat masa orang tua tengah mesyuarat? menyebok je!
afiq: tulah pasal. habis tu nak buat macam mana. mama nampak dia tengah siap2, jadi mama tanya, "ai rais, kamu nak ke mana siap2 nie?" (kemudian seperti biasa aku membayangkan muka rais yang tersengih-sengih mintak kesian supaya mama tak marah sebab nak ikut mama) disebabkan dia dah siap pakai baju lawa2, makanya mama pun bagilah dia ikut.
aku: eeeee...ngada2nya!
afiq: (gelak) kamu tak tau yong, ahnaf lagi bijak. bila dia tau je mama nak keluar, dia dah siap2 pakai baju, kemudian menyorok dalam van.
(aku & afiq gelak sakan)
aku: gile. mesti bila sampai je ke kedai, mama terkejut tengok dia yang tiba2 je muncul, ada dalam van. (sekali lagi aku membayangkan muka ahnaf yang tersengih-sengih mintak kesian supaya mama tak marah sebab ikut mama senyap2)


aku teringat satu peristiwa. satu hari, mama buat announcement, "siapa nak ikut mama?" kami semua adik beradik cakap serentak "naaaakkkk....!!!" dalam kepala terbayang-bayang gula-gula, aiskrim, cokelat dan mainan kat kedai. dengan muka selamba mama cakap, "jom!" kitorang yang naif dan kanak-kanak ribena masa tu pun ikut mama dari belakang. mama ke dapur, kemudian masuk ke bilik air. "haaa...mehla! kata tadi nak ikut!" kemudian mama gelak habis-habisan sambil tutup pintu bilik air perlahan-lahan. kasihan, kami ditipu mak sendiri.

4 comments:

whilewhiting said...

hahahahhaHAHAHAHAH. COMELNYER lagat adik2 n mak ko. huhu

Anonymous said...

Memang! huhu.. ktorg adik badik pun mase kecik2 gitu... pantang mak nak kuar. mesti nak ikot.. tp mkin beso makin malas da nak ikut.. skrg ni gelakkan adik2 la pulak yang kecik2 .. asik nak ikut je keje.

Anak Singa said...

haih. now i miss my brothers so much. walaupun 5 adik beradik laki ni selalu gado, tetap sayang jugak.

akira said...

ana,
macih. aku pun comel gak. ehe

mai,
aaaa betoll...skang aku ingat frasa keramat itu. "pantang nampak mama bersiap" ahahaha...

anak singa,
im missing them 24/7.