Saturday 31 May 2008

free e-zine


aku dijemput untuk sumbangkan karya dalam free e-zine yang bakal terbit nanti oleh seorang penulis terkenal. sejujurnya aku terharu walaupun aku gusar yang aku bakal banyak merapuk.

maka diharap kamu usah hairan jika ada di antara posts aku dalam blog ni yang bagai tersasar sedikit dari realiti, sebab aku merekaciptanya untuk dijadikan karya e-zine itu nanti.

dan jika kamu lihat dan baca tulisan yang lebih kurang sama di e-zine tu dengan apa yang aku masukkan dalam blog ni, maka tahniah, karyaku sudah terpilih. dan jika kamu mahu beri apa-apa cadangan atau komen atau pujian, kamu sentiasa dialu-alukan. moga karya-karya aku jadi makin gempak dengan berlalunya hari, ameen. mana tau satu hari ada rezeki aku dalam bidang penulisan ni, kan. insyaAllah aku akan hargainya sebaik mungkin.

dan ya, seperti yang kamu nampak dalam gambar di atas, sesiapa pun boleh hantarkan karya. maka usah malu mencuba. untuk maklumat lanjut, boleh klik sini

sekian, selamat hari minggu :)

Thursday 29 May 2008

lebih baik aku stadi laaaa..buang mase btol

yang singgah dan pergi. yang datang dan tinggal. sekejap-sekejap atau lama-lama.

tup tap tap. kemudian aku terfikir 'ahh..tak ada siapa harus benar-benar kenal dirinya pada usia yang terlalu muda. kerana kalau begitu, ketuaan tak bernilai lagi.'

sebab itu Tuhan ciptakan hutan waktu. aku hidup di dalamnya. dan mati apabila sampai ke pinggirannya.

sementara itu, mencari bekal agar aku mati dengan gembira.

dalam hutan waktu itu Tuhan berikan dan jumpakan aku dengan macam-macam. tapi bila dan di mana, semua tu aku tak tahu. yang aku diajar, bila jumpakan yang melekat di hati, maka aku harus jaganya baik-baik. sebab itu, hadiah yang akan aku bawa bila sampai ke pinggiran nanti. sama ada hadiahnya masih elok berbalut dan beriben atau jadi makin cantik dan wangi, atau sudah dibuka, atau sudah rosak sedikit, atau sudah layu, atau hanya tinggal bekas. mana-mana yang aku mampu, ikut hadiah mana lebih penting dari yang lain.

aku mahu bawa kau sebagai hadiahku, yang aku jaga dan wangikan dan aku dakap kuat-kuat bila aku sampai di pinggiran nanti. itu doaku. insyaAllah.

iya, aku tau jalan kita masih jauh. dan bukanlah suatu yang waras kalau aku mahu tergesa-gesa meninggalkan silam dan terburu-buru memaksa masa depan. sebab aku sendiri manusia biasa.

ape aku merapek ni, Tuhan.

Monday 26 May 2008

syakilla- rahim maarof

teringat satu lagu yang aku suka nyanyi time kecik-kecik. aku just ingat chorus lagu tu je, yang jadi lagu tema movie mane entah. tapi lirik dia ada nama 'syakilla'. lagu tu aku cepat tangkap, sebab rentak dia best, kemudian nama syakilla lebih kurang macam nama aku. heheh.

jadi hari ni aku cari. dan jumpa.

ohh. rupa-rupanya lagu tu rahim maarof yang nyanyi. kemudian aku jumpa lirik dan mp3 lagu ni. lepas download aku pun dengar. ini lirik lagunya:

Engkaukah yang memanggil namaku
sewaktu masa terhenti
degup jantung bertambah kencang
sekilas wajahmu ku terpandang
dan kini tak bisa terpadam lagi
wajah yang seindah itu ohh
kalau hanya bisa ku sentuh
duniaku kan menjadi syurga

Benarkah ini mimpi
Atau hidup ini mimpi yang panjang
jika benar jangan hentikan lagi
tak sanggup berpisah denganmu ohh..

Syakilla indahnya namamu
Seindah syair purba lama
tapi berharga

Syakilla anggunnya wajahmu
tiada taranya tiada yang serupa
(engkau ku cinta)

Syakilla datang padaku
cintaku ini hanya untukmu ohh..

Copyright (c) 2008EMI Music


wow. i never knew that rahim maarof's voice is this good. lagu ni sangat sangat best rupanya. dari rentaknya, liriknya, suara penyanyinya- memang high class. no wonder lagu melayu dulu-dulu sangat laku and diiktiraf. patut lah aku boleh ingat sejak aku kecik-kecik berhingus sampai sekarang.

in short- salute.

p/s: ironi sungguh.

Friday 23 May 2008

things will not be the same again. never.

last night. because we are so close that it became awkward. maybe we are just too young to fall in love. but then, how could we have ever known.

kowai.

*****

ahh. raishuu wa rasuto (last) ishida sensei no nihongo no kurasu desu. chotto kanashii desu ne. demo, sensei wa kamera wo motarasu e kurasu desu. mina, foto wo torumashou!

saa..nan' kimono wo tsukemasu ka? muzukashii desu yo...


p/s: yoku kinyoubi desu :)

Tuesday 20 May 2008

acu

rais: 9 tahun 8 bulan
ahnaf: 10 tahun 11 bulan
hasif: 16 tahun 10 bulan

1.
pagi. bersiap nak ke sekolah. masing-masing bz pakai baju. tug-in baju. luruskan seluar. cari tali kasut. sikat rambut. pakai gel rambut. tabur bedak atas badan. atas muka sikit-sikit. bagi licin, bagi rata. biar wangi, nampak semmart. baru awek ramai nak tackle.

antara ramai-ramai tu, rais adalah manusia paling particular, self-conscious, jaga personaliti. dia sikat rambut, kemudian sapu gel rambut, ratakan sikit-sikit sambil belai rambut separuh basah (yang sengaja dibasahkan) sambil buat rambut sedikit pacak-pacak. tapi tak boleh pacak sangat, sebab dia nak ke sekolah. ke sekolah, bukan ke prom. tibe-tibe die separuh menjerit dari dalam bilik. hasif pergi tengok apesal.

rais: eh hasif! rambut rais luruh la! camane ni?! (muke cuak sambil suakan sikat yang berambut)
hasif: (tengok-tengok sambil buat muka pelik. dalam hati: apekebendenye adik aku niee?) habis tu kamu nak buat ape?
rais: (tengok cermin balek sambil betul-betulkan rambut, cuba buat muka cool) syampu lah..(dengan syampu anti-luruh)

tiba-tiba ahnaf yang baru tau cerita meluru masuk dalam bilik kemudian cengkam rambut rais sambil tarik rambut. dapatlah sikit lagi rambut dalam genggam tangannya. kemudian dia tunjuk kat mama.

ahnaf: eh ma betul lah rambut rais luruhhhh!! (boleh bayangkan betapa cuaknye muka rais time ni? rambut dia luruh- OMG!)
mama: ape bingung sangat kamu sume ni. kan semalam mama baru trim rambut rais tu. tu lah sape suruh mandi acah-acah lepas potong rambut. kan berbaki atas kepala.

semua sambung siap ke sekolah.

2.
rais ikut mama ke supamarket. jalan sana jalan sini, kemudian dia ternampak sesuatu.

rais: eh ma, tengok tu. banyaknye minyak rambut..
mama: takde benda lain ke yang kamu nampak..

rais diam. jalan-jalan lagi. dah lama berfikir dia pun cakap.

rais: ma, belilah minyak rambut tu..
mama: kan minyak rambut ada lagi kat rumah..
rais: tapi dah nak habis. ahnaf siap tambah air lagi bagi dia cair..minyak rambut tu keras sangat la..bile pakai tangan rais rasa melekit..
mama: kamu ni, mahal la minyak rambut tu..
rais: ohh..oke x pe lah..

kat rumah rais lah yang mengerjakan minyak rambut mahal abang-abangnya yang umur 17 dan 18 tahun tu. orang dah besar boleh la pakai minyak rambut mahal-mahal kan. dan sebab tu dia selalu kene belasah sebab habiskan minyak rambut abang-abangnya. berani otai berani tanggung lah, kan.

Sunday 18 May 2008

keep it slow and steady, and appreciate everything that you have

you know when you finally found something or someone that you love, when it seems that it is too late?

i remembered when skylar said to will, 'it isnt fair. i have been here for three years now, but i just found you.' and then will replied, 'but you found me.' and smiled.

to meet someone you love just to be so far away from him. who knows what God has planned for us, aite? just like when i suddenly realized, after three semesters taking atmospheric science units, that this is what i'd really love to do- i want to be an atmospheric scientist. just when i already taken geoscience as my major. just when im already a second year student. just when i knew that i have to actually taken more physics and maths units to be able to take atmospheric science as my major. just when im already sponsored by petronas to take geoscience and come back and work for them as a geoscientist for at least 8 years. or else find a job somewhere to support myself and my family.

but then, how could i ever know? i dont know that im going to fall in love with it. i dont know that i will enjoy the tireness doing the subjects and learning the difficult concepts. and to score so good im better at atmospheric science compared to my major geoscience units.

but then, you know.

im glad that i found what i'd really love to do. no matter how late it is. no matter how long i have to wait. God's will, i will be given the chance to do what i really want. God's will, i will one day, finally, become an atmospheric scientist. God's will- nothing's impossible, aite?

just like when i finally found him and fell in love with him. just to know that i had to leave. just to know that we'll be so far apart. but then, im really glad that i found him. im really glad that i made the move. im really glad that i dont give up on him. even though i know, we all know, that we still dont know the ending of our stories. no one knows what's going to happen.

but then, you know.

i wont give up.

Saturday 10 May 2008

yeah, i guess i know you

there is a saying that goes, "if you want to know someone, do not ask people what they think about him; instead ask him what he thinks of people."

been always easily fascinated with words, i remembered the quote without really understanding the meanings and significance behind it. i guess i comprehend these words better now.

friends since my high school sometimes surprised when they see me dressing differently or acting like 'i am not me'. the same goes with some other people. their thoughts made me think a lot about myself. am i not dressing appropriately? am i not talking decently? am i "too..this", or "overdo that" or "do things wrong" and stuffs. and sometimes that cause some disturbance, to the point that i sometimes yell at myself 'what am i actually doing here?'

and that made me realize about something. people can say whatever they want, feel and think about us. some scale us with their measurements without even considering who we are and what we really feel. and some even 'demand' certain behaviours from us when they really actually never even know us. people like to play God, eh? in short, people love to judge others.

anyway.

then i learnt something very useful. like mama always say- know yourself. not who you are and where you came from, but what makes you you and nobody else. people can say anything about you, to the instant that they hurt and influence you. if you dont know yourself, you will be easily affected and forced to act according to their thoughts/demands/scales/perspectives/what they think is right and nanti jadilah macam cerita bapa, anak dan keldai. so i think that "what people say cannot make us a better person or a worse person if we know who we really are- we have the power to shape and decide (with His will)". and that also made me realize how significant is the hadith 'whoever know himself will know his Lord'.

and how to face all these people? like abang said- be professional :) like a saying that goes, "in style, go with the flow; in principles, stand like a rock."

p/s: yeah im still learning.

Friday 9 May 2008

selamat hari mama :)

qilah tau mama sayang qilah. qilah tau mama taknak qilah sakit. tu sebab seboleh-bolehnya walaupun mama jauh mama masih cuba nak lindungi qilah. bila qilah cerita pasal orang-orang yang sakitkan hati qilah, mama pasti akan maki mereka gila-gila. mama pulak yang marah sungguh-sungguh sampai kadang-kadang qilah rasa menyesal sebab cerita pada mama. kadang-kadang ayat mama pada afiq dulu 'kalau yong tu menangis kat asrama bukan mama tau bukan mama boleh pujuk lap air mata dia' selalu terngiang-ngiang masa qilah sorang-sorang.

mama, kalau mama tak bagi qilah takkan buat ma. sakit macam mana pun qilah pasti akan cuba ikut. sebab tu je yang qilah nak tiap kali qilah buat apa-apa- mama restu. kadang-kadang mama tak tunjuk yang mama approve apa qilah buat, dan sungguh ma, qilah rasa tersekat bila mama buat macam tu. kadang-kadang yang gembirakan qilah qilah tak cerita pada mama sebab takut mama akan persoalkan dan taknak layan cerita qilah, sebab qilah tau gembira tu tak tentunya kekal jadi mama taknak anak mama taruh harapan terlalu tinggi pada kegembiraan yang mungkin akan hilang. qilah faham maksud mama tu, jadi qilah diam. benda tu buat qilah jadi sorang yang lebih matang dan sabar, sebab jalan masih jauh dan semuanya dalam ketentuan Allah. apa qilah cuba buat sepanjang qilah hidup ma, ialah ikut cakap mama dan abang 'hargai semuanya yang kita ada sekarang ni.' kat situ je lah qilah sandarkan semua yang qilah buat..

kadang-kadang qilah durhaka tak mau dengar cakap mama tutup telinga. tapi ma, bak kata orang 'mak berleter tu dengarlah walaupun sakit hati, nanti dia dah tak ada rindu pulak pada leterannya tu'. jadi qilah masih belajar untuk dengar semua apa yang mama cakap tanpa tunjukkan sikit pun rasa bosan. bagi qilah benda tu susah, ma. sebab qilah selalu kurang sabar. cuma dari kecik Allah selalu dan selalu ajar qilah supaya jadi sabar dan sabar dan Dia datangkan orang-orang yang sabar untuk qilah jadikan contoh. dan dari situ qilah belajar dan cuba buat baik-baik. qilah tau qilah masih gagal, tu sebab kadang-kadang tak pasal-pasal je qilah mintak maaf walaupun qilah tau dan ingat yang mama dah pesan mama maafkan semua dosa anak-anak mama.

tapi mama tetap magik qilah. cinta pada mama ajar qilah yang kalau kita sayang seseorang kita kena terima baik buruk dia. dan semua yang baik pada mama tak ada orang boleh ganti. ingat tak time kat batu gajah masa qilah 9 tahun bila kitaorang adikberadik main luar rumah mama join sekali kemudian mama ambik utas daun dan bunga ungu kecik-kecik tu, jadikan macam mahkota bulat kemudian letak atas kepala qilah sambil kata dengan senyum 'my princess'? kemudian time qilah kecik kat kampung, first time qilah tidur sendiri dalam bilik sendiri sorang-sorang kemudian mama masuk dan cium dahi qilah? qilah pejam mata time tu tapi sebenarnya qilah belum tidur lagi. kemudian time petang-petang bila qilah tidur kat sofa tapi dapat dengar bunyi mama masak kat dapur bising-bising potong-potong gaul-gaul semuanya antara waktu paling bahagia bagi qilah sebab qilah tau qilah selamat. sama juga time before qilah fly bila qilah jeles dengan 'sorang ni' sebab dia buat kek cokelat dengan mak dia kat rumah dan bila qilah ajak mama buat kek sama-sama mama tetap usaha beli barang-barang walaupun mahal, kemudian kita dengan aisyah sama-sama buat dua biji kek sebab yang pertama tu hangus sikit dek semua orang leka tengok tv? dan waktu bila first time qilah pergi dan balik sekolah guna basikal masa darjah 3 kemudian brek rosak dan qilah langgar kawan qilah sampai terjatuh dan qilah hampir kene langgar lori bila cuba nak selamatkan buku-buku yang bersepah atas jalan. lutut qilah luka agak teruk sampai qilah jalan terhinjut-hinjut. balik sekolah qilah takut nak bagitau mama jadi qilah terus masuk bilik tidur. mama datang kemudian pegang kaki qilah dan nampak luka tu terus mama sapu ubat dan mama tak marah pun.

waktu-waktu yang qilah nampak dan tak nampak sebab qilah tau setiap saat ada tanda yang mama sayang qilah. waktu-waktu yang qilah nampak dan tak nampak sebab qilah tau setiap saat ada tanda yang mama sayang abah dan adik-adik. dan tak ada sebab, walau sebesar mana pun dia, untuk qilah nak cari pasal dengan mama. sebab qilah yakin semuanya boleh disetel dengan cara baik. dan mama juga orang baik. dan qilah pula mau jadi baik.

kepada Tuhan yang selalu datangkan pada qilah orang-orang yang menyenangkan hati walaupun sentiasa menguji, terima kasih.

qilah sayang mama.

p/s: selamat 'nyambut hari jumaat :)

Monday 5 May 2008

someone's princess

for him
to be the right person,
at the right time,
and the right place,
doing the right thing.

thank You.