Thursday 29 May 2008

lebih baik aku stadi laaaa..buang mase btol

yang singgah dan pergi. yang datang dan tinggal. sekejap-sekejap atau lama-lama.

tup tap tap. kemudian aku terfikir 'ahh..tak ada siapa harus benar-benar kenal dirinya pada usia yang terlalu muda. kerana kalau begitu, ketuaan tak bernilai lagi.'

sebab itu Tuhan ciptakan hutan waktu. aku hidup di dalamnya. dan mati apabila sampai ke pinggirannya.

sementara itu, mencari bekal agar aku mati dengan gembira.

dalam hutan waktu itu Tuhan berikan dan jumpakan aku dengan macam-macam. tapi bila dan di mana, semua tu aku tak tahu. yang aku diajar, bila jumpakan yang melekat di hati, maka aku harus jaganya baik-baik. sebab itu, hadiah yang akan aku bawa bila sampai ke pinggiran nanti. sama ada hadiahnya masih elok berbalut dan beriben atau jadi makin cantik dan wangi, atau sudah dibuka, atau sudah rosak sedikit, atau sudah layu, atau hanya tinggal bekas. mana-mana yang aku mampu, ikut hadiah mana lebih penting dari yang lain.

aku mahu bawa kau sebagai hadiahku, yang aku jaga dan wangikan dan aku dakap kuat-kuat bila aku sampai di pinggiran nanti. itu doaku. insyaAllah.

iya, aku tau jalan kita masih jauh. dan bukanlah suatu yang waras kalau aku mahu tergesa-gesa meninggalkan silam dan terburu-buru memaksa masa depan. sebab aku sendiri manusia biasa.

ape aku merapek ni, Tuhan.

6 comments:

mostlyepiphanies said...

Bestnya konsep hutan waktu tu! Analogi yang cantik!!

Rasanya macam ada aura2 kejiwangan sedikit dalam post2 kebelakangan ni.

well,my senses could be wrong. They are extremely prone to mistakes these days.

akira said...

ahaha. aku memang sedikit jiwang.

tapi betul lah tu, kebelakangan ni nampaknya something is happening.

am i in love?

aw, shuckss.

Mesin Kata said...

uish~

ni lagi jiwang!

akira said...

diamlaaaaaaa

haha

anamunawwarah said...

err..ak pun ad sense yg same cam yg saudara di atas skali:p
qila,qila..sape yg btuah tu?huhu

akira said...

:)