Saturday 28 March 2009

tersengih memakai spek mata itam

kali ni versi combo.

abah dengan aqil sekali. peluk aqil dan bagi abah oren 2 biji. muka mereka yang selamba buat aku tambah mendambakan mereka.

mimpi sudah bersetuju berkawan dengan rindu.

p/s: terima kasih kepada Tuhan. terima kasih kepada sayang. terima kasih kepada flirt. terima kasih kepada aldi. terima kasih kepada brandon park. terima kasih kepada mrs free saturday shuttle service.

Wednesday 25 March 2009

chewing gum

two of my omputih frens yang perempuan duduk sebelah. depan mikroskop masing-masing, dengan thin sections limestone masing-masing. sebelah aku yang sama-sama bercita-cita nak jadi meteorologist, mimpinya nak sambung honours bawah nigel tapper dalam urban climatology dengan aku. sejak first year aku satu kelas dengan dia.

'you know, you are so smart. you are the smartest person in here.'

aku tergelak. 'nope..' sambil tengok keramaian orang di belakang, 'there are other people who are smarter than me.'

'no, i think you are the smartest. doesnt matter what other people think. you are the smartest person for me.' sungguh-sungguh.

aku diam aje. kemudian aku toleh pada dia, 'and why for a sudden did you say that?'

'well, it's true. you always get good grades and we all know you work hard. you are my inspiration.'

aku gelak aje. larissa yang duduk sebelah dia baru perasan aku. dia cakap 'hi.'

kemudian dia pandang aku semula. 'aqilah, you look so pretty today.'

aku tersedak sikit. ape halnye kawan-kawan aku ni? kemudian aku tergelak, sambil buat muka pelik.

'no, really. i dont know..maybe because you are wearing lip gloss or something? and you look really sweet in yellow.' cuba nak melogikkan apa yang dia dah cakap.

owh, aku pakai lip balm dengan tudung kuning. kawan aku lagi sorang tu cakap 'yeah, yellow suits you.'

aku gelak aje. geleng-geleng kepala lepas tu tengok limestone semula.

seorang omputih lelaki, time nak ambil thin sections kat depan ketuk tepi meja aku, pastu blah tak toleh pn. wat dunno je muka dia. dua kali dia wat camtu. masa aku nak ambil mikroskop yang terkunci dalam almari dia sakat-sakat aku, kononnya kunci aku salah loker mikroskop, so tak boleh bukak. bila dah boleh bukak dia offer untuk bawakkan mikroskop yang entah berapa kilo tu ke meja aku.

'do you want me to carry that for you?'

'nope, im used to it. hehe'

'doing some workout yeah?'

'haha. yeah.'

tup tap tap. aku jalan sampai ke meja. kemudian sambung kerja.

macam biasa.

Saturday 21 March 2009

Sunday 15 March 2009

pencil box

melihatkan percaturan ini, dengan kepala sedikit pening dan mata yang hampir malap aku memikirkan. sememangnya ia kecil.

dunia yang aku duduki ini dijaga Tangan yang tak pernah menzaliminya sebelum masa yang aku sendiri tak tahu tarikhnya. yang aku pasti, sudah terlalu lama.

kudoakan Tangan itu juga tak membenarkan aku menzalimi diri aku sendiri. inginku, tiada lagi mimpi ngeri.

kuserahkan semuanya padaMu.

ameen.

Saturday 14 March 2009

how can a slumdog becomes a millionaire?

because

D. it is written

Tuesday 10 March 2009

student lab

bila aku ke blog aj, aku selalu memikirkan; agak-agaknya dalam rata-rata penulis blog yang disenaraikannya, aku di mana..? owh iya, aku tiada di situ pun.

entah malang, atau entah hakikatnya memang begitu, penulisan aku tidak serupa dengan mereka. kerana aku tidak suka menulis tentang pergolakan yang sepertinya takkan selesai; masalah kita semua bukanlah sesuatu yang mampu aku ungkap hanya dengan perkataan-perkataan aku sendiri. tetapi keberanian mereka mencuba, menulis tentang rasa mereka tentang masalah kita, dan membina gabungan sefahaman antara mereka adalah sesuatu yang..sesuatu yang aku sangat hormat. bagi aku mereka orang-orang yang sangat hebat.

mereka membuatkan aku sedar dengan tanggungjawab. betapa umur aku mengasak-asakkannya. pengetahuan yang merayu tindakan, meminta disebarkan.

tapi seperti aku katakan, aku bukan jenis manusia begitu; maka aku optimis dengan menyatakan bahawa mungkin sahaja kita semua ada cara masing-masing untuk ambil bahagian dalam membawa kebaikan ke dunia ini. aku juga penulis, walaupun kebanyakan tulisan aku kebanyakannya hanya berkisar dalam dunia aku sendiri. yang aku pasti, tulisan aku bukannya cabuk.

kepada penulis-penulis seperti mereka, yang berani memperjuangkan apa yang mereka percaya, dengan ayat-ayat jujur dan keterbukaan yang sangat baik- tabik sama lu!

p/s: aku tau entri ini berbau mashamm kebudak-budakan untuk kalian, dan tujuan kalian menulis bukan supaya aku memuji kalian. tapi biarlah untuk kali ini, izinkan aku mengutarakannya, yang aku bersyukur kalian ada dalam hidupku berkongsi perspektif kalian, walaupun aku mungkin takkan mampu menulis sepertimana kalian.

Thursday 5 March 2009

romance- aku ingin kamu

its been a while since i last post anything. sincerely, if everything is writable i would have done so, fluttering everything i feel through my fingertips. but my maturity tells me that that time has passed.

yet, its good to reminisce them. and somehow it reminds me back of all the wonderful moments when i was still a child, that i imagined more than i could feel, keep wondering and aiming seriously, and achieving my targets way better than i could have dreamt. all were joyous and painless.

and so, years passed and reality is proven to be better than dreams, no matter how much i get hurt by it. and love is always a good thing, through which my happiness and sadness are blended and precipitated within my tears. the fact that i can breathe today and being who i am with love, is a total blessing.

so eventhough things come and go, i want to make the best out of them. barred by my weaknesses and situations, i honestly feel stranded and hopeless sometimes, but these are the moments when i draw a turning point and say, 'let's make this alright.' and the outcomes that He decides on them are always beyond my limited hope; they are always better. thus i know that He can be trusted, and my fear slowly fades away.

o Allah, i know You know. that's already very precious to me. thanks ;-)