Tuesday 10 March 2009

student lab

bila aku ke blog aj, aku selalu memikirkan; agak-agaknya dalam rata-rata penulis blog yang disenaraikannya, aku di mana..? owh iya, aku tiada di situ pun.

entah malang, atau entah hakikatnya memang begitu, penulisan aku tidak serupa dengan mereka. kerana aku tidak suka menulis tentang pergolakan yang sepertinya takkan selesai; masalah kita semua bukanlah sesuatu yang mampu aku ungkap hanya dengan perkataan-perkataan aku sendiri. tetapi keberanian mereka mencuba, menulis tentang rasa mereka tentang masalah kita, dan membina gabungan sefahaman antara mereka adalah sesuatu yang..sesuatu yang aku sangat hormat. bagi aku mereka orang-orang yang sangat hebat.

mereka membuatkan aku sedar dengan tanggungjawab. betapa umur aku mengasak-asakkannya. pengetahuan yang merayu tindakan, meminta disebarkan.

tapi seperti aku katakan, aku bukan jenis manusia begitu; maka aku optimis dengan menyatakan bahawa mungkin sahaja kita semua ada cara masing-masing untuk ambil bahagian dalam membawa kebaikan ke dunia ini. aku juga penulis, walaupun kebanyakan tulisan aku kebanyakannya hanya berkisar dalam dunia aku sendiri. yang aku pasti, tulisan aku bukannya cabuk.

kepada penulis-penulis seperti mereka, yang berani memperjuangkan apa yang mereka percaya, dengan ayat-ayat jujur dan keterbukaan yang sangat baik- tabik sama lu!

p/s: aku tau entri ini berbau mashamm kebudak-budakan untuk kalian, dan tujuan kalian menulis bukan supaya aku memuji kalian. tapi biarlah untuk kali ini, izinkan aku mengutarakannya, yang aku bersyukur kalian ada dalam hidupku berkongsi perspektif kalian, walaupun aku mungkin takkan mampu menulis sepertimana kalian.

No comments: