Monday 26 November 2007

cikgu dan kepercayaan aku

sejak keluar sekolah dan ada akaun friendster, aku selalu lihat friendster juniors sekolah aku. sebab mana lah tahu, aku akan terjumpa dengan gambar-gambar cikgu. kadang-kadang aku tengok juga gambar-gambar cikgu dari sekolah lain yang aku tak pernah kenal. walaupun aku tahu mereka cikgu hanya berdasarkan nametag atau captions gambar yang budak-budak tu letak.

aku suka cikgu. aku suka lihat cikgu. aku suka bila cikgu masuk kelas. aku suka pandang wajah cikgu. tengok tulisan cikgu, lihat cara cikgu berjalan, bagaimana dia bercakap, gaya dia mengajar. bahasanya, buku-buku yang dia baca.

apa-apa sahaja tentang cikgu. sebab, aku tahu mereka akan ajar aku sesuatu.

walaupun mereka bukan cikgu yang baik,
walaupun mereka pernah tengking herdik buat aku rasa malu,
walaupun mereka tampar aku depan kelas,
walaupun mereka suruh aku junjung buku sekeliling koridor,
walaupun mereka suruh lari keliling padang dengan aku berpakaian baju kurung berkasut putih di atas padang yang basah dan akhirnya aku perlu menyalin baju sekolah dan membasuh yang kotor itu walaupun hari itu baru hari isnin,
walaupun mereka tak pandai mengajar, hanya membaca dari buku dan menyuruh aku salin nota di papan hitam selama sejam kemudian tak ada apa yang diterangkannya tentang apa yang aku salin,
walaupun mereka selalu buat muka kerek dengan aku dan langsung tak senyum,

dan apa-apa sahaja. aku tetap sukakan cikgu.

sebab aku tahu, akhirnya, pada akhirnya, aku akan belajar sesuatu yang baik dari segala benda buruk yang dah berlaku itu.

aku tak punya apa-apa kuasa. aku tak punya bapa yang ada saluran terus ke jabatan pendidikan dan boleh memecat mana-mana cikgu yang dikatakan 'ekstrim' selepas mendengar cerita anaknya tentang guru itu di sekolah. aku juga tak punya superman atau ultraman untuk menghukum dan menyepak mana-mana cikgu yang aku tak suka.

apa yang aku boleh buat ialah, percaya. percaya yang semuanya akan ok. percaya yang walaupun perangai cikgu itu aku tak pernah suka selama 5 tahun aku di sekolah menengah, aku masih akan belajar banyak darinya. sebab cikgu itu kerjanya mengajar benda baik, tak kira bagaimana keadaan pengajarannya, pada akhirnya ajaran yang baik itulah yang akan kekal. itu yang aku percaya. dan kalau ada cikgu yang digelar 'garang' atau 'serius giler', aku akan cuba menangi hatinya. aku akan buat sampai dia senyum pada aku, sampai dia pandang dan iktiraf aku di hatinya. sebab aku percaya, dasar semua orang adalah baik. dasar cikgu, yang mengajar di sekolah, yang menghabiskan masa mudanya mendidik anak-anak di sekolah, adalah baik. tiada siapa yang 'begitu bodoh' (baca: sanggup) bermain dengan emosi, harga diri dan pegangan hidup membanting tulang mendidik manusia yang dia tak pernah kenal melainkan cikgu. jika mereka boleh mengajar orang lain menjadi pandai, maka kamu kira mereka bodoh pelajaran, dan sebab itu mereka jadi cikgu? tidak. mereka boleh pilih profesion lain yang tak perlu berkomunikasi dengan manusia yang bermacam perangai yang boleh menyakitkan hati. tapi tidak. mereka cikgu. cikgu.

dan dengan kepercayaan itu, aku sangat menyayangi mereka. sangat menyayangi sehingga jika Dia izinkan aku mahu melindungi mereka dan tak mahu apa-apa yang buruk menimpa mereka. tak mahu mereka susah disebabkan aku. tak mahu mereka sedih disebabkan aku. dan jika betul mereka silap, aku akan dengan lembut approach mereka dan beritahu apa yang aku rasa. dan dengan kepercayaan itu juga, aku yakin mereka akan berubah. dan dengan kepercayaan itu juga, walaupun mereka tak berubah, itu bukan sebab untuk aku tinggalkan mereka dan kutuk mereka di belakang. sebab mereka cikgu aku, orang-orang kesayangan aku. yang dah mengajar aku, sama ada secara langsung ataupun tak langsung. bukan setakat mengajar aku addmath dan fizik, malah mengajar aku erti hidup. bagaimana menjadi manusia. dan dengan kepercayaan itu, aku tak pandai berburuk sangka terhadap mereka. tak pandai, dan tak mahu.

selebihnya, biar Tuhan yang uruskan.

namun realitinya sangat berbeza. sesetengah murid-murid sekarang, tak pandai memaafkan cikgu. tak pandai bertoleransi dengan cikgu. tak pandai berkasih sayang dengan cikgu. tak pandai berlawak jenaka dengan cikgu. mereka anggap cikgu itu seperti suatu autoriti yang mengancam kewujudan mereka. sedihnya, mereka langsung tak mahu faham bahawa cikgu juga adalah manusia biasa seperti mereka.

dan yang lebih dan paling menyedihkan, ibu bapa mereka juga berperangai sedemikian. padahal ibu bapa mereka sudah mengenal hidup berpuluh tahun lebih lama dari anak mereka.

aku bukan tak pernah dengar tentang cerita cikgu jahat. tapi aku menulis tentang cikgu secara am. persepsi masyarakat sekarang tentang cikgu. professionalism cikgu sekarang di ambang kehinaan. sesuatu yang tak patut dan tak patut berlaku.

dan buat masa sekarang, aku masih atasi rembang masalah ini dengan kepercayaan. dan dengan kepercayaan itu, aku menulis, yang.

aku tak setuju dengan tindakan kasar pihak-pihak tertentu terhadap cikgu. tak mahu turun padang berbincang dengan cikgu, tapi terus menggunakan kuasa dan autoriti mereka menyenarai hitam cikgu-cikgu yang 'tidak mengikut selera' mereka.

aku tak setuju dengan tindakan murid yang mengutuk cikgu. walaupun sedikit. walaupun sepatah perkataan dengan niat buruk. aku caci dan hinakan mereka sehingga mereka sedar kesilapan mereka.

aku sayangkan semua cikgu aku. sampai aku mati. terima kasih, cikgu.

tulisan,
pelajar pmr terbaik 2003, pelajar spm terbaik 2005 & tokoh pelajar 2005, sekolah menengah sains teluk intan. *nota: aku dah buktikan yang kepercayaan aku selama ini, tak salah.

Saturday 24 November 2007

UPM temui bahan ganti petrol, diesel

23-11-2007 12:43:41 PM
Oleh KHAIRUL ANUAR MD NOH
Sumber: mstar online

SERDANG: Seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui bahan api alternatif daripada biji buah 'Egusi Melon' yang berpotensi menghasilkan minyak petrol dan diesel.

Ketua Makmal Kajian Tenaga (AREL) dari Institut Tenaga Maju UPM Prof Madya Dr Nor Mariah Adam yang membuat penemuan itu berkata bahan tenaga itu menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah egusi yang berasal dari Afrika.

Katanya penemuan kali pertama di dunia itu dijangka dapat mengurangkan kos petrol sebanyak 20 peratus dan diesel 10 peratus, malah jurangnya lebih ketara jika harga bahan api tersebut meningkat.

"Minyak ini berpotensi untuk dijadikan minyak petrol dan diesel kerana sifatnya lebih ringan, proses penuaian minyak mudah dan ekonomik berbanding minyak sawit dan jathropa yang telah dijadikan biodiesel," katanya ketika menunjukkan hasil kajiannya kepada Bernama.

Beliau berkata kajiannya mendapati lemak tepu dalam minyak egusi adalah rendah, selain bersifat mudah cair dan boleh meningkatkan pembakaran.

Katanya sebelum minyak tersebut dijadikan petrol dan diesel, minyak itu perlu dicampur dengan beberapa pemangkin yang sesuai untuk mendapatkan stabilitinya.

Beliau berkata potensi kajiannya mempunyai masa depan yang cerah kerana spesies tanaman melon mudah ditanam di negara ini dan boleh mencapai tahap kematangan dalam tempoh tiga bulan.

Kajian yang dimulakannya bulan lalu melalui geran penyelidikan UPM didorong oleh inisiatif untuk mencari sumber tenaga alternatif bahan buangan setelah menyedari kos bahan api dunia semakin meningkat.

"Segalanya bermula apabila saya terbaca dalam Internet bagaimana penduduk Afrika menghasilkan minyak tersebut untuk memasak. Dari situ timbul idea saya untuk kitar semula bagi kegunaan jentera," kata Mariah yang banyak dibantu oleh Dr Lokman Chua dari Jabatan Kejuruteraan Kimia.

Beliau telah mengajukan proposal kajiannya kepada syarikat petroleum tempatan untuk kerjasama lanjutan tetapi pihak syarikat itu masih belum memberi jawapan sehingga kini.

"Bagaimanapun, jika minyak ini dijadikan petrol, saiz karburator kenderaan perlu diubahsuai terlebih dahulu manakala diesel tidak memerlukan transformasi enjin," katanya.

Mariah berkata kajiannya adalah langkah awal dan akan memakan masa antara setahun dan dua tahun untuk disaring dalam beberapa ujian saintifik di makmal sebelum boleh dikomersialkan.

Saintis itu berkata kajiannya menjurus kepada diesel dahulu kerana tenaga itu digunakan dengan meluas dalam sektor pertanian, sementara penghasilan petrol akan dibuat kemudian kerana eksperimennya lebih rumit.

Egusi atau nama saintifiknya Colocynthis Citrullus Lanatus merupakan satu daripada 300 spesies keluarga Melon yang terdapat di kawasan tropika Afrika dan mempunyai fizikal biji yang sama seperti biji Labu. BERNAMA

p/s: who knows? time may change, especially with the rise of ethical consumption issues nowadays. people are getting more worried about pollution problems due to carbon emissions, and a new, more economical way to get fuel can stop countries from fighting. malaysia can lead the new era of biofuel, earth-friendly consumption, and if we can get the research done fast enough, we can get rich and contribute to make His earth cleaner. i hope the nation's petrol company took the offer seriously and get the research quickly done, and may all's well ends well. ameen

Sunday 18 November 2007

i actually blathered

reading aijud's writings made me feel annoyed a little. im so free, yet didnt write anything. and there he is, flowing with words- effortlessly (from what i believe).

maybe i should read more, so that i can write more. im more to watching right now and worrying about jobs and moving out and that there's little that i can do they didnt even bother me to make me stand up and settle them. and that made me felt stranded.

and i am, still.

things can be done now if i push them, but that wont help.

because it isnt their time yet. still, not. i have to wait a little. as people always say, wait for the right time, the right place.

the right person...? ehem ehem. ;p

anyhow, mama said i should write during holidays.

well, i wish it can be that easy. ideas dont come that often isnt it? and the fact that you have to construct and organize them in your mind before you type- they need processes. sometimes they are torrential, which may be good (coupled with all the hassles of exams and stresses and problems that explain why i can write more when i am actually having tests and exams). but sometimes, they are luggish you even feel bored thinking about it (surprisingly coupled with free time!)

or else, they also depends on trigger, just like a thunderstorm. a thunderstorm needs a trigger- maybe a cold front or a trough line- to form. (now im talking about atmospheric science, which i like anyway).

well, triggers are like when you read someone else's writings and suddenly get inspired by it it made you feel that nothing can daunt you from writing (like what im doing now), or that you read something and suddenly see another related picture of it that includes you or that you may be related to it, or you may experience something that made you realize something and eventually write something (which is rare if you are me right now- spending most of my 24 hours in my room- u cant really experince anything, do you?).

and etc etc

well, i might tell a story.

yesterday, i watch the last samurai, and it was quite awesome (i just got the chance to actually watch it), because they actually speak japanese in there! (i am excited, honestly). i couldnt remember since when, but i realized that i love japanese. their words, language, mentality- they somehow suit me in some ways. im still digesting them.

now i realized something- that i couldnt recall the time when i actually fell in love- with something or someone, even with mama. how awkward yet true.

most important lines from the story are these:

"are you going to fight?"

"yes, if they come."

"why? you are not one of us at the first place. you are white (referring to algren nathan) not japanese like us."

"because they want to destroy the ones that i have come to love."

the message is quite clear, isnt it?

compare them to this drama- House.

hugh laurie is a star. it is as if he was actually born to be house.

and the stories are more to real life, present pace and current world.

not everything is that easy. life can be complicated sometimes, but we just have to deal with it.

and realizing that we are normal human beings with limited capacities,

there's nothing wrong in taking some rest, feeling less worried and be calm (this is especially to me, someone who sometimes forget about her existence).

and to picture this, i actually found a quote from someone in friendster that suits my 'intended' expressions for the feelings:

"have you forgotten to love yourself?"

p/s: aijud, i tried to copy your colorful (as you might have spelled) words to make your post looks more lively. it did, and is infecting me too. hehe

Sunday 11 November 2007

antara hari paling indah tahun ini

sekarang late spring.

hari ini cuaca cerah, tak hujan, tak sejuk, panas dan tenang. antara hari paling indah tahun ini. siang sangat panjang, waktu maghrib masuk pukul 2004H. aku dapat nikmati siang dengan puas, tidur dan bangun awal. jadi saksi bangkitnya matahari, dan lihat awan-awan mula menghiasi dinding langit. menghidu bau rumput yang segar, ketika rata-rata warga halls sedang nyenyak dalam bilik masing-masing. hanya Dia yang melihat aku senyum ke arah awan-awanNya itu. emm..ya, cantik, ya Allah. cantik sangat.

bila merangkak petang, rata-rata orang semakin meninggalkan halls, dengan luggage yang besar-besar. kadang-kadang ada kawan yang menolong mengangkat barang; sebentar-sebentar kedengaran van atau taxi datang singgah di pangkin ferrer untuk mengambil orang ke airport.

halls makin lengang. udara semakin mengendur dan tenang.

langit biru, dengan tona tak sewarna, semakin gelap apabila mendekati atap langit. burung-burung tak berhenti berkicau riang, bilah-bilah cahaya menari dan bayang-bayangnya menghiasi bilik. sekejap-sekejap terdengar suara manusia bising-bising dan menjerit, nampaknya mereka sangat gembira untuk pulang.

ramai yang mengira-ngira hari. mahu pulang ke rumah masing-masing. semua bercerita tentang waktu penerbangan mereka, tentang jamuan akhir tahun, tentang party lagi malam ini sebelum masing-masing ikut haluan mereka. mereka bercakap tentang semua yang menggembirakan, semuanya. kecuali tentang peperiksaan dan semester akan datang.

aku lihat orang pergi setiap hari. berjalan riang, seperti langsung tak bercalar. walaupun aku keseorangan, tapi aku tak rasa aku bersendirian. aku rasa gembira sebenarnya, kerana satu tahun bakal berlalu.

setahun. bila aku fikir-fikirkan seakan-akan semuanya dah berlalu macam mimpi.

my bittersweet dream.

cinta, aku bersyukur kerana merasainya. magik ini, senyuman-senyuman itu, air mata itu, lagu-lagu itu, hembusan angin itu. segalanya. segalanya. bagai mengangkat aku jadi tinggi. bagai meletak aku di angkasa.

dan mengetahui bahawa aku tidak perlu menyegerakannya, aku tidak perlu memaksanya, aku boleh bersangka baik dengannya, aku tak perlu risau akannya, semua yang pahit akan berakhir juga, dan Dia mahu aku sentiasa tenang, ceria dan lalui setiap hari dengan senyuman, dengan meyakinkan aku bahawa aku telah lakukan yang terbaik, adalah antara hadiah paling manis dariNya. menjernihkan pemikiranku, menghilangkan kerisauanku dan menenangkan jiwaku.

semester dua telah berakhir. peperiksaan aku insyaAllah berakhir juga esok. aku sudah sangat penat sebenarnya.

2007 is a year of too many, so far. i need some time off. aku mahu berehat sebentar. bernafas dalam-dalam, tidur dengan lena, kurangkan makan, banyakkan exercise, bekerja bersungguh-sungguh. berdoa. hidup dengan diam dan aman. dan menyiapkan banyak kerja dengan sangat baik.

aku masih ada satu lagi exam esok. subjek kegemaranku- atmospheric science. sepanjang exam ini juga, seperti magik disebabkan Dia.

dan, mengetahui yang Dia masih Dia, adalah yang terindah.

Tuhan, arigato ne. hagu-chan, arigato ne. shuu-chan, takemoto-kun, morita-san, yamada-san, mayama-san, nomiya-san, miwako-san, rika-san- arigato, ne. totemo arigato.

saa..hajimemashou ka?

kali ini dari aku

aku rasa aku semakin banyak pulak copy and paste artikel-artikel dari akhbar.

setakat ini aku belum berkesempatan untuk ulas berita-berita dan artikel tu, tapi aku letakkan jugak sebab aku yakin ia bahan bacaan yang baik dan aku mahu simpan rekod tentangnya. supaya nanti kalau satu hari aku perlukan aku boleh selongkar kembali.

sebab tulisan yang berharga tu bagi aku akan kuhafal struktur ayatnya dan cernakan maksudnya biar lumat ;)

selamat cuti kepada semua.

Takrifan ahl al'halli wa al-'aqdi menurut ulama

Sumber: Berita Harian Online
Ahad, 11 November 2007, 1 Zulkaedah 1428H
Oleh Abdurrahman Haqqi

Pemilihan pemimpin mesti secara musyawarah, berasaskan kebijaksanaan kendali urusan agama dan dunia

AHL AL-HALLI WA AL'AQDI adalah satu istilah perbendaharaan kata bidang politik dalam kajian fikah Islam yang jarang disentuh perbahasannya. Yang banyak kajiannya dalam fikah Islam adalah istilah khalifah dan khilafah, imam dan imamah, amir dan imarah, ra'i (pemimpin) dan ra'iyyah (rakyat). Satu lagi istilah yang senasib dengan ahl al'halli wa al-’aqdi ialah bai'ah (janji taat setia).

Oleh kerana kurang kajian mengenainya, maka sebagai contoh, dalam Kamus Dewan pun kita tidak mendapat maklumatnya. Yang kita temui ialah "ahli II, ahlil, ahlu, ahlul kaum; ... bait; ... kitab; ... kubur; ... nujum; ... suluk; dan ... sunnah (waljamaah)."

Ini berlainan dengan perkataan khalifah, khilafah, imam, amir dan ra'iyyah (raiat) yang dengan mudah kita temui maklumatnya kerana ia sudah menjadi kata-kata yang digunakan sehari-hari. Perwakilan dalam tulisan ini adalah seperti yang ditakrifkan Kamus Dewan dalam maklumat 'perwakilan' nombor 3 yakni "wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil-wakil: dewan (majlis) perwakilan rakyat," termasuk di dalamnya perwakilan parti politik yang menghadiri mana-mana mesyuarat agungnya.

Dalam sejarah pemerintahan Islam klasik sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, kita tidak memerhatikan dengan saksama dan teliti peranan ahl al'halli wa al-'aqdi dalam perjalanan roda pemerintahan masing-masing. Dalam pemerintahan Islam moden dan pascamoden kita tidak menyedari peranan ahl al'halli wa al-'aqdi dalam perjalanan roda pemerintahannya.

Kerajaan Islam dengan pelbagai sistem pemerintahannya boleh kita lihat dalam sketsa sejarah berikut: pemerintahan Nabi di Madinah (1-10 Hijrah); pemerintahan Khulafa Rashidin (11-39 Hijrah) di Madinah dan Kufah dengan empat orang khalifah; pemerintahan Khilafah Umayyah (40-132 H/661-750M) di Damsyik dengan 14 orang khalifah dan pemerintahan Khilafah Umayyah di Sepanyol (750-1492M) dengan 57 orang khalifah; pemerintahan Khilafah Abbasiyyah (132-656H/750-1258M) di Baghdad dengan 37 orang khalifah; pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah (1299-1922M) di Istanbul dengan 37 orang khalifah. (TP Hughes, Dictionary of Islam, 266-9)

Dari segi bahasa, ahl al'halli wa al-'aqdi mempunyai pengertian 'orang yang mempunyai kuasa untuk melonggarkan dan mengikat.' Menurut Dr Al-Rayis, istilah ini dirumuskan ulama fikah untuk panggilan bagi orang yang bertindak sebagai wakil umat untuk menyuarakan hati nurani mereka. Tugasnya antara lain memilih khalifah, imam, ketua negara secara langsung. Oleh itu, ahl al'halli wa al-'aqdi juga disebut oleh al-Mawardi sebagai ahl al-ikhtiyar (golongan yang berhak memilih).

Paradigma pemikiran ulama fikah merumuskan istilah ahl al'halli wa al-'aqdi didasarkan pada sistem pemilihan empat khalifah pertama yang dilaksanakan oleh tokoh sahabat yang mewakili dua golongan, Ansar dan Muhajirin. Mereka ini oleh ulama fikah dianggap sebagai ahl al’halli wa al-'aqdi yang bertindak sebagai wakil umat.

Walaupun sesungguhnya pemilihan itu, khususnya pemilihan Abu Bakar dan Ali bersifat spontan atas dasar tanggungjawab umum terhadap kelangsungan perpaduan umat dan agama. Namun, kedua-dua tokoh itu mendapat pengakuan umat. Dalam hubungan ini adalah tepat definisi yang dikemukakan Dr Abdul Karim Zaidan. "Ahl al'halli wa al-'aqdi ialah orang yang berkecimpung secara langsung dengan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada mereka. Mereka menyetujui pendapat wakil itu kerana ikhlas, konsekuen, takwa, adil dan kecemerlangan fikiran serta kegigihan mereka dalam memperjuangkan kepentingan rakyatnya." (Rujuk JS Pulungan, Fiqh Siyasah…, 66-67)

Berdasarkan daripada huraian di atas dapat disimpulkan ahl al'halli wa al-'aqdi adalah suatu institusi pemilih. Ahli-ahlinya berkedudukan sebagai wakil rakyat, dan satu daripada tugasnya memilih khalifah atau pemimpin negara.

Bagaimanapun, kesimpulan di atas masih abstrak. Oleh itu, masih perlu kajian yang lebih konkrit (nyata) lagi mengenai kelompok masyarakat yang mana saja boleh dikategorikan sebagai ahl al'halli wa al-'aqdi. Apa syaratnya, bagaimana hubungannya dengan rakyat dan mekanisme apa digunakan untuk menjadi seorang ahl al’halli wa al-’aqdi.

Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj menyebut bahawa ahl al’halli wa al-'aqdi adalah ulama, ketua dan tokoh masyarakat sebagai unsur masyarakat yang berusaha mewujudkan kemaslahatan rakyat. Menurut Muhammad Abduh ulul amri dan ahl al’halli wa al-'aqdi adalah sama. Ketika mentafsirkan ayat 59 Surah al-Nisa beliau berkata: "Golongan ahl al'halli wa al-'aqdi daripada kalangan orang Muslim. Mereka itu adalah amir, hakim, ulama, pemimpin tentera, dan semua penguasa dan pemimpin yang dijadikan rujukan oleh umat dalam masalah keperluan dan kemaslahatan awam." (Dalam Tafsir al-Manar, 81)

Justeru, ahl al'halli wa al-'aqdi terdiri daripada pelbagai kelompok sosial yang memiliki kemahiran dan kepakaran yang berbeza sama ada kalangan pegawai kerajaan mahupun bukan yang biasa disebut sebagai pemimpin formal dan pemimpin informal.

Ahl al'halli wa al-'aqdi disyaratkan oleh al-Mawardi mesti berlaku adil dalam segala sikap dan tindakan, berilmu pengetahuan, memiliki wawasan, kearifan dan kebijaksanaan.

Walaupun hubungan ahl al'halli wa al-'aqdi dengan rakyat adalah hubungan perwakilan di mana mereka mewakili rakyat dalam melaksanakan haknya untuk memilih pemimpin negara, tetapi dalam kajian fikah tidak dibahas bagaimana perwakilan itu terjadi. Apakah mereka dipilih rakyat atau ditunjuk oleh khalifah?

Pada zaman nabi, ahl al'halli wa al-'aqdi adalah sahabat yang diserahkan tugas keamanan, pertahanan serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kemaslahatan awam; tokoh sahabat yang sering diminta nasihatnya, mereka yang pertama memeluk Islam; mereka yang memiliki kecerdasan dan pandangan luas serta menunjukkan pengorbanan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Islam; dan mereka yang berjaya dalam melaksanakan tugasnya sama ada daripada kaum Ansar mahupun Muhajirin.

Dalam kisah Ratu Balqis yang menyerahkan diri kepada Nabi Sulaiman AS kita mengetahui bagaimana ahl al'halli wa al-'aqdi mempunyai peranan penting dalam mempertahankan negara dan keutuhan rakyat. Al-Quran mengisahkan maksudnya: "Raja perempuan itu berkata: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya." Mereka menjawab: "Kita adalah orang yang kuat gagah, dan amat berani menghadapi peperangan; dan perkara itu (bagaimanapun) terserah kepadamu; oleh itu, fikirkan apa yang engkau hendak perintahkan.” (Surah al-Naml: 32-33)

Nabi Sulaiman kemudian merujuk ahl al'halli wa al-'aqdi ketika Baginda ingin membawa singgahsana Ratu Balqis. Al-Quran menyatakan maksudnya: "Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana sebelum mereka datang menghadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam." (Surah al-Naml: 38)

Bahkan Allah SWT, Yang Maha Pencipta pun memberikan pengajaran kepada kita mengenai golongan ahl al'halli wa al-'aqdi ini di langit. Al-Quran menjelaskan maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 30)

Dalam konteks pemerintahan Islam moden, institusi ahl al'halli wa al-'aqdi dengan pelbagai corak ragamnya sememangnya wujud dalam semua peringkat kepemimpinan dan organisasi demi melaksanakan prinsip musyawarah yang diperintahkan al-Quran dan dianjurkan Rasulullah SAW. Sistem ini berjalan dengan baik dan terbukti mewujudkan kestabilan dalam negara. Dalam hal ini Islam tidak menentukan metod atau cara tertentu bagi memilih pemimpin. Yang menjadi dasar ialah adanya unsur pemilihan dan musyawarah dan seorang pemimpin itu bukan saja perlu dipilih, tetapi juga dipertimbang dari segi kualiti dan kelayakan kepemimpinannya. Menurut ajaran Islam seorang pemimpin mempunyai dua fungsi utama iaitu bagi memelihara agama Islam dan mengurus dengan bijak urusan keduniaan.

Pada hakikatnya dalam sistem ahl al'halli wa al-'aqdi pemimpin dan perwakilan mempunyai persamaan, pemimpin adalah wakil dan wakil adalah pemimpin. Kehebatan pemimpin boleh dilihat daripada kehebatan kedua-duanya. Dengan kehebatan kedua-duanya maka akan hebat pula bangsa, negara dan umat.

Ada kisah menarik mengenai perkara ini yang berlaku pada zaman Saidina Ali Karramallahu wajhah. Ketika itu beliau dipersalahkan di atas keadaan huru-hara pada zaman pemerintahannya sehingga beliau dikritik sesetengah ahl al-halli wa al-'aqdi: "Mengapa pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar tidak pernah ada kekacauan seperti ini?" Beliau membela diri: "Kerana pada masa itu yang menjadi pemimpin adalah Abu Bakar dan Umar, manakala yang menjadi umatnya adalah saya. Sedangkan sekarang menjadi kacau seperti ini, saya pemimpinnya dan umatnya seperti kamu. Maka, kita memperbetulkan kesilapan diri, umat atau pemimpinnya? Saya sudah berbuat begini, tetapi jangan-jangan umatnya tidak seperti dulu ketika saya menjadi umat. Kita harus memperbetulkan kesilapan diri." Wallahu a'lam.

Friday 9 November 2007

2 berita gembira hari ini ;-)

1.

Angkasawan negara ditauliah sebagai 'Cosmonaut'
09-11-2007 10:12:52 AM
KUALA LUMPUR: Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Mejar Dr Faiz Khaleed hari ini ditauliahkan sebagai "Cosmonaut" oleh kerajaan Russia.

Pentauliahan itu dilakukan oleh Pengerusi Agensi Angkasa Persekutuan Rusia Anatoly Perminov dalam satu majlis di Star City, Rusia pada pukul 4 petang (8 malam waktu Malaysia).

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Abdul Hanan Alang Endut dan Pengarah Program Angkasawan Negara Kolonel Dr Zulkeffeli Mat Jusoh hadir pada majlis itu.

Dr Zulkeffeli ketika dihubungi Bernama malam ini berkata pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) turut mengiktiraf Dr Muszaphar dan Dr Faiz sebagai angkasawan.

"Dalam ucapan meraikan pentauliahan keduadua angkasawan negara, wakil dari NASA itu turut mengiktiraf kedua-dua mereka sebagai angkasawan," katanya.

Pda 10 Okt lepas, Dr Sheikh Muszaphar bersama jurutera peberbangan Yuri Malenchenko dari Rusia dan komander Peggy Wilson dari Amerika Syarikat menaiki pesawat Soyuz TMA11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kembali ke bumi pada 21 Okt. BERNAMA

2.

Pemuda Umno mahu kerajaan rombak sistem subsidi
08-11-2007 04:19:33 PM
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan merombak semula sistem pemberian subsidi supaya ia lebih adil dan sampai kepada golongan sasaran.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pemberian subsidi yang meliputi komoditi seperti petrol, gas, pertanian (baja), air dan elektrik pada ketika ini adalah tidak adil dan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan, malah menggalakkan pembaziran.

Sambil memberi contoh bagaimana "tauke" yang menaiki kereta Mercedes tetapi membayar harga petrol RM1.92 seliter (selepas subsidi), harga yang sama yang perlu dibayar seorang pak cik yang menunggang motosikal "kapcai".

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy juga menyifatkan subsidi yang diperuntukkan kerajaan sebanyak RM35 bilion pada tahun ini sebagai "projek mega kerajaan paling besar", mewakili 25 peratus daripada hasil negara.

"Dengan subsidi RM35 bilion setahun itu, kita boleh bina dua Putrajaya, sembilan jambatan Pulau Pinang baru dan 500,000 rumah kos rendah untuk rakyat," katanya yang menegaskan bahawa kerajaan akan menanggung beban sekiranya sistem subsidi sekarang tidak dikaji.

Mengenai kenaikan harga minyak dunia yang kini melebihi AS$90 setong, Naib Ketua Pemuda itu berkata, kerajaan mungkin tidak mampu lagi menanggung subsidi komoditi itu pada tahun depan dan terpaksa menaikkan harga petrol.

"Pemuda minta kalau naik (harga petrol pada tahun depan) bagi notis awal," kata beliau.
Khairy juga menegur syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia Agrifood Corporation Berhad (MAFC) yang ditubuhkan dengan dana RM500 juta dua tahun lepas tetapi gagal meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam rantaian bekalan sektor pertanian.

Selain itu, Pemuda juga kesal kerana terdapat syarikat tertentu yang melabur di luar negara dan menggugurkan penyenaraian mereka daripada Bursa Malaysia ketika kerajaan rancak melaksanakan projek pembangunan wilayah untuk menjana ekonomi negara.

"Kita tak halang syarikat kita kembang sayap di luar negara... masuki pasaran antarabangsa, tapi jaguh-jaguh nasional ini juga perlu pikul tangggungjawab majukan koridor pembangunan," katanya. BERNAMA

sumber: mstar online

Wednesday 7 November 2007

semesti's dragon 18th batch 2001-2005



ni aku buat dari koleksi gambar2 yang aku ada. kalau korang ada lagi gambar-gambar yang korang nak masukkan, sila-sila hantarkan ke email aku seperti yang tertera di friendster (eceh skema jek bunyinya) dan insyaAllah aku akan masukkan dalam slide ni ;-)

memories cant fade away, isnt it..? God i love you guys, seriously.

Tuesday 6 November 2007

berakar nasional, berakal internasional

Najib: Angkasakan tamadun bangsa Melayu
06-11-2007 09:52:30 AM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bangsa Melayu perlu meneruskan perjuangan ke arah mengangkasa dan mengantarabangsakan tamadun bangsa.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu bertujuan menggemilangkan atau memartabatkan sesuatu daripada apa yang sudah dicapai ke tahap yang lebih tinggi dalam persaingan global kini.

Katanya bangsa Melayu yang sudah sekian lama "berkampung di hulu dan membumi di darat" perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan yang kini sudah sampai ke tahap kedua-dua saranan berkenaan.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata `Bangsa Angkasa' atau 'space nation' sentiasa mempunyai impian tertinggi dan mempunyai tamadun yang hebat dengan hasrat pada satu ketika kelak peradaban yang dibina mampu mencapai tahap terbilang, setinggi dan seluas angkasa selain menjadi rujukan dan tanda aras kepada seluruh dunia.

"Dalam persaingan global sekarang ini tidak cukup dengan mengantarabangsakan Melayu. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan. Semuanya bermula dengan impian besar, impian yang kini semakin menjadi realiti.

"Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang membawa tema "Mengangkasa Tamadun Bangsa".

Beliau berkata istilah "mengangkasa" yang dimaksudkan ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan dan bukan sekadar terbang ke angkasa atau naik ke langit, tetapi melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada suatu masa nanti.

Pada masa ini, katanya, orang Melayu berada pada satu tahap dan seharusnya pada hari esok dan lusa, tamadun setinggi angkasa itu sepatutnya sudah berada di depan mata.
Beliau berkata perancangan seterusnya memerlukan "peta jalan dan batu tanda" yang hebat dan pelaksanaan yang cekap bagi memastikan kegemilangan.

Najib berkata untuk mengangkasa tamadun bangsa, lima teras diperlukan iaitu bangsa glokal yang berminda kelas pertama sebagai peneraju, ilmu dan pendidikan sebagai landasan pembinaan, agama dan budaya sebagai asas peradaban, pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan dan kestabilan politik sebagai prasyarat.

"Memiliki sejarah peradaban yang gemilang itu penting, tetapi yang lebih utama ialah zaman ini dan akan datang itu mestilah lebih gemilang. Nostalgia warisan lepas adalah untuk teladan dan sempadan," katanya.

Mengungkap kembali ucapannya pada majlis sama tahun 2005, Najib berkata Melayu Glokal iaitu yang berakar nasional dan berakal internasional adalah satu dimensi baru yang menuntut lonjakan ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing untuk berlumba menjadi yang terbaik di pentas dunia dalam pengantarabangsaan tamadun bangsa.

Katanya apa yang paling penting untuk menjadi Melayu Glokal ialah melalui minda yang diasah dan diasuh dengan sempurna, bermula daripada otak yang sihat yang membentuk minda, akal dan pemikiran yang merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan.

"Jika kita ingin maju, gunakanlah kapasiti minda ke tahap maksimum untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya, pertarungan pada masa kini dan masa hadapan merupakan pertarungan minda," katanya.

Katanya peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w diangkat Allah s.w.t ke langit Sidratul Muntaha, sewajarnya mempesona imaginasi dunia, untuk meneroka sesuatu yang belum terfikir oleh manusia.

Sebagai contoh literal maksud mengangkasa tamadun bangsa, Najib berkata tepat pada 9.21 malam, 10 Okt 2007 lepas seluruh negara dan dunia Islam seharusnya bergembira kerana dikurniakan seorang angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Katanya Dr Sheikh Muszaphar disifatkan berjaya sebagai angkasawan meneroka alam ciptaan Tuhan, mengharumkan nama Malaysia dan menjadi orang Melayu Islam pertama berada dalam bulan Ramadan dan Syawal di angkasa lepas.

"Kita akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan setinggi bintang," katanya.

Kejayaan ini juga memberi semangat bahawa sebenarnya anak Melayu, anak Malaysia mampu mencapai ke puncak pelbagai kegemilangan dan semoga ia akan terus menjana motivasi dalam kalangan anak bangsa, menjadi idola generasi muda dan teladan rakyat Malaysia untuk menempa nama dalam semua bidang agar menggenggam kemanisan kejayaan perjuangan, katanya.

Menyentuh pembangunan tamadun, apabila diutarakan hasrat mengangkasa hadarah atau tamadun ia adalah sejajar dengan gagasan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang gagasan Islam Hadhari iaitu pendekatan Islam yang menekankan aspek tamadun, katanya.

Najib berkata jika diteliti dalam perjalanan membina peradaban 50 tahun negara dan 61 tahun UMNO ternyata jalan-jalannya tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar.
Beliau berkata ketika berada di persimpangan, pemimpin negara telah membuat pilihan yang tepat iaitu tidak mabuk kuasa tetapi lebih mengutamakan permuafakatan demi membina negara majmuk ini.

Najib berkata penyambung warisan iaitu generasi baru kepada pejuang dan rakyat zaman merdeka sedang meneruskan perjuangan untuk 50 tahun kedua pembinaan negara umpama sebuah larian bergantiganti yang panjang yang kini berada di tangan kiri dan kanan setiap pemimpin, yang besar atau kecil dalam dewan serta di luar sana.

"Jika saya katakan pewaris pejuang dan pembina peradaban itu adalah kita semua, ya benar, kitalah orangnya; Mamat dan Dollah, Timah dan Joyah, Sabran dan Suparman; Fidah, Hisham dan Ani; Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.

"Persoalannya, adakah kita sudah bersedia, untuk mendukung amanah menggalas perjuangan mengangkasa tamadun bangsa?" soalnya.

Katanya membina peradaban memerlukan usaha yang berterusan lantaran itu, minda Melayu perlu dipacu dengan pembelajaran dan latihan mengenai pemikiran positif, kreatif, lateral, proaktif dan inovatif.

Ia dicernakan melalui pengubahan minda Melayu melalui kepimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu, melalui pegangan akidah dan terus membina generasi muda, iaitu resipi untuk kekuatan mental bangsa Melayu Glokal yang berminda kelas pertama.

"Percayalah bahawa umat Melayu boleh maju. Percayalah bahawa kita boleh berjaya. Kita boleh maju dan berjaya untuk mencapai apa sahaja citra dan cita-cita mulia. Syarat utamanya ialah melalui ilmu dan pendidikan.

"Oleh itu, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan untuk memiliki tanah, rumah dan kereta besar sahaja. Namun, yang nombor wahid adalah untuk memastikan anakanak, cucu-cicit kita menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin," katanya.

Najib juga mengungkapkan serangkap pantun enam kerat:
Aman, makmur, harmoni,
Tamadun bangsa, diangkasakan,
Di tanah air tercinta ini,
Satu idealisme perjuangan,
Mari bersama kita renungi,
Tanpa noktah, tiada kesudahan. BERNAMA

sumber: mstar online

hari-hari hatiku

hari ini,
pokok-pokok sangat diam,
sepertinya daun-daun tak pernah menari ligat bila disapa angin.
langit biru sewarna,
dan awan-awan tak bergerak,
sepertinya tak pernah ribut.
burung-burung terbang sepertinya tidak pernah jatuh,
manusia berjalan dengan segak,
sepertinya tak pernah terluka.
kereta menyusur jalan,
sepertinya tak pernah berlanggaran.

hari hujan yang menyejukkan temulang.
hari panas membahang yang mengelupaskan kulit.
hari salji yang kaku dan putih.
hari riang dengan penuh bunga-bunga.
sepertinya tidak pernah wujud.

hari telah pergi,
hari tetap akan datang.
dan hari juga adalah sekarang.
nampak seperti tak pernah bercalar, namun
kisah-kisah mereka ada orang yang mendengarkan...?

hari hatiku jua begitu.
hatiku hatiku,
pernah bergelombang ganas,
ketawa riang dan
pecah dengan tangis.

tapi
hatiku hatiku
adalah suatu yang tak berubah.
tetap hatiku,
yang menyimpan rahsia hanya Dia yang tahu.
cinta.

Sunday 4 November 2007

konayuki

why, when there is nothing that i can do, should i care?

love- is a mysterious thing, isn't it?

Saturday 3 November 2007

quasera, sera

"when i was just a little girl
i asked my mother,
what will i be?
will i be pretty?
will i be rich?
this what she said to me:
quasera, sera-
what will be will be, will be
the future's not us to see
quasera, sera
what will be, will be..."


often in life,
as we grow up,
we tend to have choices,
wants and desires.
we set our dreams;
we aim for our ambitions.
we manage our life better,
have power over our life better,
and sometimes we forgot,
that we cannot control everything.

God has His own magics in setting our lives,
so apart from planning for our future,
our likes and dislikes,
do consider sometimes,
the magical will of God.
embrace it,
and feel happy for it.
because more than we can ever know,
He loves us.

so dont worry too much around things.
dont feel sad about things we cannot control.
dont push things so hard, including yourself.
be happy, calm and believe-
if we really love,
one day,
we will meet again.
because God is merciful,
and,
most of all,

He loves us so, so much. ;-)

p/s: just so you know! hehe~

Thursday 1 November 2007

1988's friendster group discussion

tadi dalam 1988's group discussion, ada seorang member tanya soalan klise tapi kekal menarik:
nk tny ckt????
nape remaja skrg suke wt maksiat??n suke sgt mndedahkan aurat???
mgkin pngaruh rakan,keluarga,msyrkt luar atau artis?????

jadi ini reply aku:
dia bermula dengan basic. tapi pada aku, nak tgk masalah ni as a whole takkan bantu apa-apa. setakat tanya soalan am "kenapa remaja sekarang ni banyak buat maksiat dan jenayah juvenil" aku rasa tak bawak ke mana-mana.

kalau nak tackle benda ni, kita kena start dengan benda yang kecik2 dan pecahkan masalah tu satu-satu. usah tgk masalah remaja sebagai "maksiat", tapi lihat masalah remaja sebagai "balik lambat tgh mlm", "lambat siapkan kerja sekolah", "lambat jawab bila mak ayah panggil", "tak nak bgtau mak ayah ke mana pergi", "tak pernah fikir sungguh-sungguh tentang cita-cita", "selalu tensyen pasal hal-hal sekolah" etc.

benda-benda kecil yang sebenarnya ada maksud yang penting. ramai orang selalu tak dapat baca benda ni. ramai org lebih suka "generalise" keadaan, tunjuk jari kat orang lain dan tak mahu nak "kenal" dan "dengar" budak2 yang dikatakan "bermasalah" ni. masyarakat suka "label" dan "pukul rata" remaja, jadi sangat kurang orang yang mahu betul2 kenal mereka. kawan-kawan yang "baik" tak mahu dekat dengan budak2 ni atas alasan mahu menjaga "kebaikan" mereka.

sebenarnya, dalam banyak2 manusia atas muka bumi ni, merekalah yang paling kenal diri mereka sendiri, mereka bukan tak tahu apa yang mereka buat tu sebenarnya tak patut, tapi ada benda lain, yang lbh penting, yang "underly" masalah mereka, dan tak ada orang nak "dengar" perasaan mereka tu.

kalau masyarakat berhenti "melabel" mereka, "terima" mereka seadanya, kemudian "kenal" mereka, dari situ kita dapat "tackle" mereka sedikit-sedikit. sebab mereka pun sebenarnya tak mahu dan tak suka hidup macam tu, mereka juga sebenarnya mahu jadi orang yang berguna.

cuma biasalah, Tuhan tu banyak dugaanNya, banyak rahsiaNya, Dia mahu lihat apa mereka akan buat, adakah putus asa dengan keadaan dan ikut benda tak baik, ataupun percaya dengan rahmat Dia dan bergerak terus ke depan. Dia mahu lihat, adakah masyarakat betul2 sayang dengan remaja mereka dan betul2 mahu kenal mereka, bukan setakat mahu "remaja yang memimpin" atau "remaja harapan negara" tapi tak pernah mahu kenal remajanya sebagai "manusia biasa".

yang dikatakan "jahat", "mat rempit", "penagih dadah", "pemonteng kelas", "pelaku kes" sekarang tak mustahil satu hari nanti jadi "perdana menteri". sebab Allah tu banyak magikNya, bagi Dia tak ada apa pun yg mustahil. tak ada apa pun. jadi kalau kita betul2 "percaya" dengan "rahmat Dia", kita pun takkan putus asa, nak bantu kawan2 kita, nak bantu org2 yg kita sayang dan kita kenal, dengan cara yang betul.

mentaliti masyarakat kena ubah sebagai permulaan. wallahualam.