Saturday 24 November 2007

UPM temui bahan ganti petrol, diesel

23-11-2007 12:43:41 PM
Oleh KHAIRUL ANUAR MD NOH
Sumber: mstar online

SERDANG: Seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui bahan api alternatif daripada biji buah 'Egusi Melon' yang berpotensi menghasilkan minyak petrol dan diesel.

Ketua Makmal Kajian Tenaga (AREL) dari Institut Tenaga Maju UPM Prof Madya Dr Nor Mariah Adam yang membuat penemuan itu berkata bahan tenaga itu menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah egusi yang berasal dari Afrika.

Katanya penemuan kali pertama di dunia itu dijangka dapat mengurangkan kos petrol sebanyak 20 peratus dan diesel 10 peratus, malah jurangnya lebih ketara jika harga bahan api tersebut meningkat.

"Minyak ini berpotensi untuk dijadikan minyak petrol dan diesel kerana sifatnya lebih ringan, proses penuaian minyak mudah dan ekonomik berbanding minyak sawit dan jathropa yang telah dijadikan biodiesel," katanya ketika menunjukkan hasil kajiannya kepada Bernama.

Beliau berkata kajiannya mendapati lemak tepu dalam minyak egusi adalah rendah, selain bersifat mudah cair dan boleh meningkatkan pembakaran.

Katanya sebelum minyak tersebut dijadikan petrol dan diesel, minyak itu perlu dicampur dengan beberapa pemangkin yang sesuai untuk mendapatkan stabilitinya.

Beliau berkata potensi kajiannya mempunyai masa depan yang cerah kerana spesies tanaman melon mudah ditanam di negara ini dan boleh mencapai tahap kematangan dalam tempoh tiga bulan.

Kajian yang dimulakannya bulan lalu melalui geran penyelidikan UPM didorong oleh inisiatif untuk mencari sumber tenaga alternatif bahan buangan setelah menyedari kos bahan api dunia semakin meningkat.

"Segalanya bermula apabila saya terbaca dalam Internet bagaimana penduduk Afrika menghasilkan minyak tersebut untuk memasak. Dari situ timbul idea saya untuk kitar semula bagi kegunaan jentera," kata Mariah yang banyak dibantu oleh Dr Lokman Chua dari Jabatan Kejuruteraan Kimia.

Beliau telah mengajukan proposal kajiannya kepada syarikat petroleum tempatan untuk kerjasama lanjutan tetapi pihak syarikat itu masih belum memberi jawapan sehingga kini.

"Bagaimanapun, jika minyak ini dijadikan petrol, saiz karburator kenderaan perlu diubahsuai terlebih dahulu manakala diesel tidak memerlukan transformasi enjin," katanya.

Mariah berkata kajiannya adalah langkah awal dan akan memakan masa antara setahun dan dua tahun untuk disaring dalam beberapa ujian saintifik di makmal sebelum boleh dikomersialkan.

Saintis itu berkata kajiannya menjurus kepada diesel dahulu kerana tenaga itu digunakan dengan meluas dalam sektor pertanian, sementara penghasilan petrol akan dibuat kemudian kerana eksperimennya lebih rumit.

Egusi atau nama saintifiknya Colocynthis Citrullus Lanatus merupakan satu daripada 300 spesies keluarga Melon yang terdapat di kawasan tropika Afrika dan mempunyai fizikal biji yang sama seperti biji Labu. BERNAMA

p/s: who knows? time may change, especially with the rise of ethical consumption issues nowadays. people are getting more worried about pollution problems due to carbon emissions, and a new, more economical way to get fuel can stop countries from fighting. malaysia can lead the new era of biofuel, earth-friendly consumption, and if we can get the research done fast enough, we can get rich and contribute to make His earth cleaner. i hope the nation's petrol company took the offer seriously and get the research quickly done, and may all's well ends well. ameen

1 comment:

mostlyepiphanies said...

Jabatan Kejuruteraan Kimia!!!

Saya Aizuddin Anuar.Pelajar tahun pertama Kejuruteraan Kimia University of New South Wales.

(selama ini saya sebut chemical engineering.Kejuruteraan Kimia sounds very fancy though.So I like it)