Friday 28 September 2007

tsuyoku, with Him

mama, what makes a life complete?
religion and education

so, a life can actually be complete? i am scared when i think about what will happen in the future.
kenapa perlu risau pasal masa depan. do what you need to do today. but make plans for tomorrow. jangan risau kalau esok atau lusa dunia perang atau kiamat. yang penting, do what u need to do. beramal dan bekerja.

what about dreams? can't i have dreams? hopes? ambitions? are all of them categorized under plans for tomorrow? what can i do? what can't i do?
berpegang teguh dengan tali Allah, matlamat hidup insan nak cari kesenangan dan kebahagiaan. cita-cita, impian, keinginan cuma sebagai penentu arah. jangan keliru. yong, ma dah pesan kan. bila keliru, resah gelisah, munajatlah pada Allah. banyakkan zikir, pasti kamu akan tenang.

memang, tapi there are things that i need to clarify so that i will gain understanding. because these things come again and again...i hate people who change and forget about the past. because what makes me who i am today was built since past, and i don't agree that there were some parts of my life that are sia-sia.
tak perlu kamu bergantung pada apa orang lain fikir sebab bila kita susah tak ramai yang nak ambil tau dan bantu. just believe what makes you happy. masing-masing kita ada buku cerita sendiri. all of us are different coz Allah creates us like that.

which means, if others do that, that doesn't mean i have to do that too, isn't it? then, i should hold on to what makes me happy and live for today, make plans for tomorrow and never lose hope, right?
yup, coz you know who and what you are and you believe in yourself, know what you want. jangan jadi anak bapa dan keldai.

i don't want to think about the future that's full of uncertainties. i want to live my life for today. i want to cherish everything that i am having and do my best. i don't want to think about results. i just want to carry out my beliefs and work towards them. mama, please pray for me.
insyaAllah, always will.

thank you, arigato, shey shey ni, dankeschun, syukran, terima kasih...;-)
no probs, just take care k. wassalam. love you.

take care and love you too. salaam...

mama, always know how to explain things to me so that i understand. so i told her:

mama, tadi ada orang cakap qilah bertuah sebab walaupun abah dah tak ada tapi qilah ada mama yang kalau apa-apa, qilah boleh tuju dan mintak tolong. qilah pun rasa macam tu juga. qilah ada family yang baik. syukur pada Dia. mama, arigato!
no probs! think positive, know who and what you are, study your own strength and weaknesses so that NO ONE CAN HURT YOU.

the things that goes through my mind each second, only myself and He knows. and i am struggle through it yet no one understands except for me, mama and abang. i want to have my own pace, so i want to be selective. i am proud of mama, she knows herself best, and never feel that Allah is far from her. i should feel the same, that i always have Him to return to. thank You, Allah. thank You for everything.

Wednesday 26 September 2007

gempak!

kawan aku kat sekolah menengah yang bagitau.

nama aku, 'aqilah' dalam bahasa jepun ialah 'akira'. sebab, dalam bahasa jepun tak ada huruf Q dengan L dengan H. Q digantikan dengan K, L digantikan dengan R dan H ditinggalkan. jadi nama aku 'akira'. aku suka nama tu, dalam banyak occasion aku guna. sebagai nama pena aku juga.

dalam lirik kiroro mirai, ada perkataan 'akirametakunai'. maksudnya 'never give up'. jadi aku ingat, 'metakunai' tu maksudnya 'never'. jadi 'akira' mestilah maksudnya 'give up' kan.

jadi aku sedih la jugak. tapi aku fikir, tak apelah. mungkin dalam nama orang dan perkataan seharian maksud dia lain kot. sebab aku tengok nama akira sangat feymes di jepun.

rupa-rupanya.

hari ni aku baru tahu, 'akira' tu maksudnya 'hope'. sebenarnya, 'akirametakunai' maksudnya 'never lose hope'. jadi, 'metakunai' maksudnya 'never lose' dan 'akira' tu maksudnya 'hope'.

fuyyooo...!!!

p/s: kredit untuk ana ;)

Tuesday 25 September 2007

know what you are doing

on the way ke city tadi, awan berkepul-kepul memenuhi langit melbourne. kalau tak silap aku, low level clouds, cumulus humilius. aku ke sana untuk program syahadatul haq. penyampainya seorang brother yang familiar sungguh mukanya. entah kat mana aku pernah jumpa?


BAWAH TEMPURUNG SENDIRI

selepas pembentangan dalam sesi bengkel, seorang kawan ulas tentang konsep tanggungjawab dakwah.

"katakan kawan kita ni dah banyak kali ajak tapi dia tak mau jugak join sembahyang jemaah atau program-program lain yang baik. walaupun kita tau dia takkan join, tapi kita kena ajak jugak. at least lepas tanggungjawab kita."

berdesing telinga aku dengar. "sorry interrupt. tapi inilah antara sikap pendakwah yang paling menjelikkan saya pernah lihat."

kemudian aku sambung, "mana awak tau dia takkan join? kalau awak dah set sikap dia akan jadi macam tu, awak dah ada expectation macam tu, awak betul-betul nak dia join and buat benda-benda baik ke tak? kalau awak betul-betul nakkan yang baik untuk dia, awak akan sentiasa positif, tak pernah putus harapan yang satu hari dia akan buat pilihan yang baik jugak. pendakwah selalu macam ni. dah siap letak barrier and expectation untuk orang lain, dan tak trust mereka. macam mana in return diorang boleh trust awak? manusia, boleh baca pergerakan manusia lain, terutamanya orang-orang yang dia kenal. diorang boleh baca sama ada awak bersungguh-sungguh mahu ajak atau hanya sekadar nak lepas batuk di tangga." (selepas diedit)

itu adalah point pertama. point kedua ialah tiada siapa tahu taraf sesiapa di sisi Allah. yang membezakan manusia beriman adalah taqwa. sekarang, cuba beritahu saya alat pengukur taqwa- wujudkah? jadi, usah judge orang lain berdasarkan scale kita sendiri. Allah lebih tahu.

point ketiga- untuk kita cakap yang dia takkan join benda-benda baik, kenal ke kita 100% sikap dia? pemikiran dia? perasaan dia? background dia? jadi siapa kita untuk predict dan expect perbuatan dan tingkah laku dia?

ini lagi satu masalah- labelling dalam masyarakat. sejak kecil kita dah terbiasa melabel orang, sampai kita buta pertimbangan waras dan wajar. kita tak mahu kenal dan faham betul-betul situasi sebelum buat sesuatu keputusan. tujuan kita bukan untuk impose values pada orang, tapi untuk mould kan islam dalam kehidupan, bukan berdasarkan tabiat tapi kefahaman dan kepercayaan. bukan atas dasar paksaan atau peer pressure. semua tindakan, harus berdasarkan decision sendiri yang punya base, bukan terapung-apung atau mengikut arus. kita harus bezakan pengalaman dengan ilmu, cari titik pertemuan untuk keduanya dan integrasikan secara padu dalam setiap pergerakan.


DAKWAH IALAH KEHIDUPAN

perkataan dakwah ini dah sangat terbiasa digunakan sampai tersalah guna, tersilap tafsir bahkan menyakitkan. dakwah tidak perlukan pendekatan spesifik, modul-modul tertentu atau prosedur-prosedur yang rigid. sudah menjadi salah satu sifat manusia, membayangkan setiap definisi perkataan yang masuk dalam kepalanya. contohnya, jika kita terdengar perkataan 'pramugari', apa yang kita bayangkan? imaginasi atau proses imejan ini bergantung pada pengalaman dan jenis maklumat yang kita peroleh lalu disimpan dalam memori. malang sekali, tak semua pengalaman yang diperoleh itu menepati definisi perkataan. contohnya, kalau kita bayangkan pramugari tadi seorang perempuan, tak semestinya semua pramugari adalah perempuan. sama juga seperti perkataan dakwah. jadi, untuk betul-betul kenal dan faham, kita perlu tengok semula definisi dakwah itu sendiri.

dakwah ialah manifestasi kepada kepercayaan, kefahaman dan keyakinan. dakwah bukan silibus islam. dakwah ialah kehidupan. setiap pemikiran, perasaan, dan sistem. jadi, sebenarnya semua kita sedang berdakwah, sama ada kita sedar atau tidak. sebab tiada manusia yang dapat menyembunyikan dirinya dari dunia, unless dia sudah jadi mayat. yang berbeza, ialah jenis dakwah dan tahap dakwah itu. dan kedua-dua ini- jenis dan tahap, bergantung kepada pilihan kita sendiri. jadi, dakwah bukan sesuatu yang asing- ia adalah suatu yang automatik.


BERMAIN DENGAN ISTILAH

pernahkah kamu jumpa perkataan yang tidak ada maksud? ramai orang sekarang, menggunakan perkataan dan istilah yang dia tak maksudkan pun sebenarnya. golongan ini adalah penipu. dan ada juga yang menggunakan istilah dan perkataan yang dia tak faham pun maksudnya. golongan ini adalah keliru dan buta. keliru sebab tak faham dan buta sebab tak tahu maksud sebenar perkataan dan istilah itu.

akibatnya buruk. fokus pada golongan kedua. bila orang tak faham maksud perkataan dan istilah, dia hanya nampak bahagian permukaan sahaja, tak sampai ke aras yang dalam. penilaian jadi singkat dan akal jadi cetek. penghakiman jadi terbatas dan pemikiran jadi sempit. dan penyampaiannya jadi menyakitkan dan menjengkelkan. tak menyeluruh dan tak tepat. rabun.

perkataan-perkataan seperti silaturrahim, muamalat, alhamdulillah, bismillah dan jemaah- fahamkan betul-betul konsep dan definisi yang didukung istilah-istilah ini. bukan ejaan dan betul salah tatabahasanya sahaja. fikirkan kenapa, kafir Quraisy menentang Nabi sayang hanya kerana kalimah 'la ila ha illallah' sahaja.


JEMAAH- DORONGAN BUKAN PERGANTUNGAN

ada kawan-kawan yang berkata, bila sembahyang jemaah, solat mereka terjaga. kalau tak ada jemaah, nak bangun subuh pun susah. lalu mereka berfikir-fikir bagaimana mahu survive di malaysia nanti tanpa kawan-kawan dan jemaah.

hati-hati. performance solat boleh dipengaruhi oleh adanya jemaah atau tak, tapi performance solat tak sepatutnya bergantung kepada kewujudan jemaah. ingat, kan tiada pergantungan selain Allah? jadi kenapa performance solat harus disandarkan kepada adanya jemaah atau tidak?

walaupun kita seorang diri, kita harus terus berjalan. sebab yang sebenarnya, Allah sentiasa bersama kita.


balik tadi, langit lengang tanpa awan. crazily blue. oh ya, ini maksudnya sekarang melbourne berada di bawah high pressure. angin pun kurang, cuaca agak panas dengan cahaya matahari yang terang. tiba-tiba aku betul-betul rasa yang aku memang dalam bulan ramadhan.

Sunday 23 September 2007

1 litre of tears, marking ep: 6

masa cuti raya haji lama dulu, hanya aku dan abah sahaja member family aku yang balik kampung. masa dalam kereta, aku duduk sebelah abah, sembang-sembang. abah cerita pasal kemalangan jalan raya. kemudian abah kata,

"apa-apa pun, biarlah abah tak mati accident."

emm. doa abah Allah makbulkan. abah dapat agak, masa dia dah tak lama untuk bersama-sama dengan kami.

aku fikir-fikir. jika suatu hari, aku diberitahu yang aku sakit dan hayat aku tinggal beberapa waktu saja lagi, apa akan jadi?

aku tahu, mama mesti takkan mengalah dengan mudah. mama takkan meratap; sebaliknya mama akan cuba cari penawar penyakit aku. walaupun doktor kata disease aku incurable, mama takkan putus asa. dan akibatnya, aku juga takkan putus asa. mama akan sentiasa bersama aku, ingatkan aku supaya makan ubat, dan supaya aku buat segala yang aku mahu sebelum aku mati. lihat dunia, banyakkan berfikir, mungkin tulis buku sebuah dua, tolong sebanyak mungkin orang, kongsikan segala pengalaman yang ada, dan sekali-kali takkan mengalah. live life to the fullest, and with no regrets.

kadang-kadang aku mungkin fikir, aku mahu putus asa. diam sahaja di hospital dan menangis menunggu mati. sebab aku tak mahu menyusahkan orang lain. kalau aku ada kawan, aku mahu mereka tinggalkan aku. jika ada orang yang sayang, aku mahu mereka jauh. supaya bila aku pergi nanti, takkan ada orang yang rasa sedih. dengan cara itu, aku takkan menyusahkan orang lain.

tapi hidup tak semudah berlari, kan? Tuhan tak mencipta kematian semata-mata untuk buat kita sedih. Tuhan tak mencipta cinta dan sayang untuk melihat kita derita. Tuhan tak mencipta hubungan antara manusia untuk akhirnya berpisah. tapi sebenarnya, melalui kesakitan ini, kita akan jadi lebih kuat. tsuyoi, tsuyoi. motto motto. walaupun aku tak tahu bagaimana kesakitan itu boleh membuat seseorang jadi lebih kuat, tapi itulah yang aku rasa- only darkness teaches. mungkin sebab, ketika itu, kita betul-betul diuji tentang seteguh mana kita berdiri. adakah dengan kesakitan ini, kita akan berganjak dan mengundur? adakah apabila satu dunia meninggalkan kita, kita akan berputus asa mengikut arus semata?

dan aku juga, tidak memulakan sebuah relationship hanya untuk akhirnya berpisah. tidak memulakan sebuah kehidupan untuk berakhir dengan derita. tak memulakan sebuah mimpi untuk akhirnya berputus asa. jika ada yang mahu lari dariku bila aku sakit, itu adalah pilihan mereka, aku takkan simpan dendam sedikitpun. walaupun aku akan rasa sedih, tapi aku tak boleh memaksa kan? lagipun, aku faham rasanya apabila menghadap orang yang kita kenal tak lagi secergas, seceria dan sesihat dulu. tentu sangat menyakitkan. jadi lebih baik kita menjauh dan tak ambil tahu supaya kita tak rasa sedih. tapi orang-orang kesayangan aku yang selalu bersama aku, aku mahu terus bersama mereka jika aku dapat ke syurga nanti.

jika ada orang-orang kesayangan aku pula yang jatuh sakit, apa pula reaksiku? adakah aku akan terus tunggu dan hadap rasa sedih itu bersama mereka, making my life too, as miserable as theirs, walaupun aku sihat dan sepatutnya jadi orang yang gembira, tak perlu rasa terbeban dengan kesusahan dan kesakitan orang lain? aku sepatutnya punya hidup yang stabil, yang tak ada suka duka, tak perlu membantu orang kesayangan aku yang sakit. tak perlu sama-sama menangis dengannya. yang sakit bukan aku, tapi dia. maka kenapa aku harus sama-sama tanggung beban sakit ini?

tidak. bila aku buat pilihan yang aku sayangkan seseorang, menyayanginya adalah antara perkara paling penting dalam hidup aku. having a strong bond with someone is not only about sharing joy and success, but also sadness, fear, vulnerabilities and most importantly, hope. sayang aku datang dengan harapan. ya, aku belajar tentang itu dari seseorang. sebab bila aku sayang dia, aku telah tempa banyak risiko. dan aku terus berjalan ke hadapan hanya dengan harapan semata-mata. harapan yang Tuhan masih ada rahmat untuk manusia lemah seperti aku yang telah, sedang dan akan terus menyayangi seseorang. hidup aku mungkin akan lebih mudah dan ringkas dan tiada banyak masalah tanpa orang-orang yang aku sayang, sebab aku tak perlu risaukan sesiapa, tak perlu take care pasal sesiapa, tak perlu jaga hati sesiapa, tak perlu rindukan sesiapa. tapi aku lemah, maka aku ingin menyayangi dan telah jatuh cinta. dan dengan hanya perasaan ringkas ini, aku kuatkan langkah untuk bersama-sama mereka, dalam susah dan senang, sama-sama ketawa, sama-sama menangis, berkongsi semuanya. walaupun mungkin satu ketika dalam hidup aku, aku terkesan dengan apa-apa perbuatan mereka sehingga aku jadi sangat sedih. tapi, i guess that cannot be helped. apa-apa pun, aku masih perlu teruskan langkah. walaupun langkah aku dah tak selaju dulu, senyum aku tak semanis dulu, mata aku tak bersinar seperti dulu. sebab ini jalan yang aku telah pilih, maka aku akan tetap di atasnya. bersama mereka setiap kali mereka memerlukan. sebab, mereka telah selamatkan aku dari neraka dunia. mereka acknowledge kehadiran aku atas dunia. mereka bantu aku jadi siapa aku hari ini.

orang boleh berpesan, 'nak sayang seseorang, biarlah orang yang baik-baik, yang pandai-pandai. tak adalah menyusahkan kita di hari kemudian.'

tapi ia bukan semudah itu, kan? ada seorang senior ni pernah berkata, 'aku boleh jatuh cinta dengan sesiapa, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.' betullah apa yang dikatanya tu. sebab bukan semua benda, kita boleh kawal dengan senang. Tuhan, sentiasa penuh dengan magik.

shikashi, tak kiralah apa pun yang terjadi dan apa pun yang kita pilih, kita harus belajar untuk tetap pendirian, percaya dengan harapan dan sekali-kali tak berputus asa biarpun teruk diuji. sebab Tuhan itu maha penyayang dan penuh rahmat. Dia sentiasa penuh dengan kejutan. asalkan kita percaya dan yakin dengan Dia, usaha ke arah keyakinan kita, suatu hari tiada apa yang mustahil. lagipun, Dia telah janji- 'Aku tak akan bosan selagi hambaKu tak bosan.'

ini adalah soundtrack yang aku suka, lepas aku jumpa tajuk lagu dan aku cari di DC++, aku terus jumpa. yokatta! arigato, Tuhan.

soundtrack 1 litre of tears- Konayuki

konayuki mau kisetsu wa itsumo surechigai
hitogomi ni magiretemo onaji sora miteru noni
kaze ni fukarete nitayou ni kogoeru noni

boku wa kimi no subete nado shittewa inai darou
soredemo ichiokunin kara kimi wo mitsuketayo
konkyo wa naikedo honki de omotterunda

sasai na iiai mo nakute onaji jikan wo ikitenado ikenai
sunao ni narenai nara yorokobi mo kanashimi mo munashiidake

konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo wakeau koto ga dekitano kai?

boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshiatete
sono koe no suru hou e sutto fukaku made
orite yukitai soko de mou ichido aou

wakari aitai nante uwabe
wo nadeteita nowa boku no hou
kimi no kajikanda te mo nigiri
shimeru koto dakede tsunagatteitanoni

konayuki nee eien wo mae ni amarini moroku
zaratsuku asufaruto no ue shimi ni natte yukuyo

konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuzuketai

konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara


translation:

Season of snow powder always come
Although we are mixed up with a mass of people
we are looking on the same sky
Blown by the wind, and we are chilled by it

I may not know everything about you
Nevertheless, I've found you among 100 million of
people
There's no proof but I'm very serious of it

It's impossible to live in the same time with no single quarrel
If we can't be honest, happiness and sadness are just meaningless

If the snow powder may whiten deep to our heart
Could we both share our loneliness?

I would press my ear near to your heart
And go down deep into the place where I hear that voice and meet you once again

We want to understand each other
It's me who softly brush the surface
Just by tightly gripping your numb and cold hand
We are tied to each other

Snow powder is too fragile
In front of us, keep on leaving stains on the rough asphalt forever

Snow powder doesnot rely on time, moving our heart
Nevertheless, I'd still like to keep on protecting you

If the snow powder may whiten deep to our heart
It will cover both our loneliness and return it to the sky...

Friday 21 September 2007

even this sadness will make us stronger

dan antara perkara yang paling aku benci ialah terhenti. iaitu berada dalam keadaan yang sepertinya dideskripsikan sebagai hopeless. kerana aku seorang manusia yang elemen utamanya harapan.

berikutan kisah nurin yang aku dengar- sesuatu yang membuatkan aku terhenti kerana tiada apa yang boleh kulakukan. sialnya sehinggakan aku hilang waras dan terdiam langsung gagal fokus terhadap tarawih malam tadi. hanya kerana buah mulut orang yang suka bercerita dengan kata-kata tanpa harapan. menyebut tentang masalah tanpa jalan keluar dan semangat untuk membetulkannya. itulah sebabnya aku benci merungut- itu tanda sepertinya tiada apa yang boleh aku usahakan. dan sebab itu jugalah aku benci dengan filem melayu- terlalu taksub dengan sad ending, bermain dengan perasaan dan kurang menitikberatkan aspek penggunaan akal, kekuatan semangat dan kesungguhan usaha. patutlah orang melayu ramai yang lembik-lembik. tiada semangat untuk tidak mati begitu mudah. tidak sedar yang sebenarnya tiada alasan untuk hilang harapan.

syukur Tuhan masih sayangkan aku; aku disedarkan dengan pertanyaan 'ke mana kewarasanmu?' dan sms dengan mama yang banyak membantuku mencapai logik akal.

lalu aku genggam tangan dan pandang ke hadapan, determined- 'to the wasteland' is not part of the plan.

Wednesday 19 September 2007

yo!

aku suka perkataan 'humming'. tak pasti apa translationnya dalam bahasa melayu.

pertama kali aku faham maksud humming ialah dalam cerita 'anna and the king', kalau tak silap aku.

humming, tandanya gembira dan senang hati.

entah kenapa dari riak muka dr lyle tadi, aku rasa gembira.

hidup- sentiasa ada reason untuk happy, terutamanya untuk orang macam aku. hehe.

p/s: layout baru! wacha!

Tuesday 18 September 2007

dah lama aku tak menulis rupanya

tadi dr lyle ada sebut beberapa analogi yang menarik. yang pertama, analoginya tentang awan dan uprising air tu sentiasa bersama- awan itu macam asap ekzos dan ekzos itu ialah the convection system of air.

dan analogi kedua ialah kalau semasa winter dan kita buka pintu rumah bila ada tetamu datang, cold air akan rush to our feet, not our face. kenapa? sebab cold air sinks, dan bila pintu dibuka, warm air dari dalam rumah akan dipaksa keluar dengan kehadiran cold air dari luar yang menerjah masuk. akibatnya, warm air rises dan keluar dari rumah dan cold air sinks dan masuk ke dalam rumah. yay! aku suka fizik.

dan ketiga hanya suatu ayat- "darkness is a lack of light" dan entah kenapa, aku terus teringat sasuke. dan ayat neji juga- "he's in darkness." ayat dr lyle tu bagiku sangat positif- darkness is not the absence of light; darkness is a lack of light. apa yang kita boleh buat ialah tambahkan light itu. itu salah satu cara. dan a way to add light is to make your life meaningful. and aku juga sedang belajar, bagaimana dengan the presence of others dapat add light into our life.

semalam, episod 220, adalah antara episod yang menarik. dan ada juga recap dari insiden naruto mengalahkan gaara, dan ini ayat naruto bila gaara tanya 'why do you go this far to save your friends?'- 'because they saved me from hell. they acknowledged my presence.'

dan kemudian aku teringat ayat sean juga- 'you dont know how it feels like, to wake up in the morning next to a woman, feeling truly happy. feels like God has put an angel just for you, one that can level you with her eyes and saved you from the depths of hell. and you dont know how it's like to be her angel.'

adakah ia begitu...rasa Muhammad terhadap Khadijah? rasa berteman dalam hidup, rasa kuat dengan adanya orang yang bermakna dalam hidup kita- one who gives love freely and fight for it. one who always remember, and even if get hurt, will only becomes stronger day by day. a bond that goes beyond reason. that's what you get with the ones that are important to you- the ones that you love and trust with your heart.

ada ayat yang selalu bermain-main dalam akal aku setiap kali aku berfikir tentang magikku- "jangan tanya, sebab aku tak tahu." sebab, it is beyond reason. yeah, always it is, that the most important thing is something that we can't see.

aku sudah biasa keseorangan, walaupun aku bencikannya. dan selepas aku ditemukan dengan magik aku, aku dapat rasakan how it feels like- to always be together, no matter in what circumstances, how far the distance, and what comes in the path. sebab, the bond is within the hearts- where it stays. and only God can separate the bond.

and how does it feels like? it feels like magic ;p because i never ever thought that i would one day experience it. dan walaupun tak akan cukup, aku akan cuba kongsikannya dan sampaikannya- as a manifestation of my thankfulness to Him. ehe

Wednesday 12 September 2007

marking mark- episod 142

souka.

ramadhan dah mula. selalunya orang mempunyai target sendiri untuk ramadhan. mahu menjadikannya bermakna.

lama betul encik kunci tak menulis. mula-mula aku jumpa blog dia, aku sangat gembira sebab jumpa sesuatu yang aku suka. tapi dari hari ke hari, aku tunggu tak juga ada entri baru. walaupun aku tidaklah terlalu mengharap, tapi. benda tu selalu aku ingat setiap kali aku menulis entri baru.

adakah memang, dalam hidup kita, yang kita suka selalunya susah kita nak dapat? dalam banyak-banyak benda, bila aku sukakan sesuatu, terlalu jarang aku dapat on the spot. selalunya, aku kena tunggu.

tunggu. dan sementara itu, buat apa yang patut. sambil tu berkali-kali aku fikir, sama ada pada akhirnya aku akan dapat juga apa yang aku inginkan.

tapi angin selalu beritahu aku, 'daijobu, aqilah.'

dengan betapa banyak kali aku gagal cuba melupakan, begitu juga dengan keyakinan ini yang entah dari mana datangnya- keyakinan untuk terus percaya. mungkin juga, aku memang amat teruk dalam berputus asa. dan dengan senyuman itu aku terus gerakkan kaki tangan dan akal. walau betapa dalamnya perasaan.

yosh. aku nak sambung baca nota. ikke!

p/s: matahari terbit dulu di australia, tetapi angin bertiup dulu dari malaysia. aku, dapat sampaikan sedikit sinar dari sini, dan kamu, kirimkan pesanmu pada angin. encik kunci, di mana kamu...?

Saturday 8 September 2007

ego, sensitiviti, ilmu

yosh! aku sedang cuba memahamkan sesuatu, lantas menulisnya. selalunya cara sesuai bagiku untuk memahamkan sesuatu itu ialah dengan cara 'working it out'. ini pengiraaan 'matematik'ku. dan tujuanku melakukan pengiraan di tempat terbuka ialah untuk mengajak kamu dan kamu bantu aku memahamkan konsep ini dengan cara mengisi lompong-lompong yang kamu nampak kosong dan berkongsi perspektif berbeza dengan aku. maka tujuan aku bukan ingin cari gaduh dengan sesiapa; aku sedang cuba memahamkan benda ini sendiri. kepada pakcik fathi aris omar, saya memang sibuk pakcik, betulll....saya menulis ini tentang sesuatu yang dah memang selalu bermain-main dalam kepala saya, jadi impak masa tak terasa sangat, sebab saya dah nampak kerangka dari awal. ia bukan input baru macam yang pakcik usulkan pada saya. sorewa, insyaAllah saya akan ke sana nanti. (insyaAllah itu 99%, tapi ramai yang tak menyedari. hehe)

oke. ini konsepnya.

ego itu selalunya (atau sepatutnya?) berkadar langsung dengan sensitiviti. ego di sini merujuk kepada kedegilan untuk meminta maaf, untuk mengaku salah dan berkongsi vulnerabilities dengan orang lain. sensitiviti yang dimaksudkan di sini ialah sensitiviti terhadap orang lain, keperluan orang lain, kesan perbuatan dan tindakan diri terhadap orang lain dan sifat orang lain. maka, selalunya orang yang ego adalah orang yang sensitif. (tapi ini tak bermaksud sebaliknya, ie orang yang sensitif itu tak semestinya ialah orang yang ego). jelasnya, ego datang dahulu sebelum sensitiviti.

bila manusia itu ego tapi dia tidak sensitif, maksudnya dia tak akan kenal orang-orang di sekelilingnya. dia akan jadi self-centered, dia akan mahukan semua benda berlaku mengikut kehendaknya, dia tak mahu faham kondisi orang lain, dia sendiri tak berkongsi dengan orang lain tentang siapa dirinya yang sebenar.

temo, ini bukan situasi bangang 100%. lihat ini- ego itu penting, sebab manusia perlu ada maruah diri, perlu ada self-respect, perlu ada kepercayaan pada diri sendiri dan kemusykilan pada orang lain, perlu ada balance antara perkongsian tentang vulnerabilities diri dan perkongsian tentang kualiti diri supaya hormat dan sayang datang dalam masa yang sama. contoh terbaik ialah seorang pemimpin yang mendidik- dia perlukan ego itu (aku kurang masa nak terang, tak faham tanya). tapi, ego yang bagus ini bukan ego yang jahil. ego ini bijak- dia tahu bila dia perlu muncul dan bila dia perlu diam. dia kenal dirinya, di mana dia lemah, di mana dia kuat, di mana dia perlu mendengar, di mana dia perlu beralah. dia juga kenal orang-orang di sekelilingnya dan bagaimana dia boleh approach tiap seorang, mana satu yang dia boleh approach dan mana satu yang dia tak mampu approach (mana satu his type dan mana satu bukan). pendek katanya, dia jadi sensitif dengan diri sendiri dan juga sensitif dengan orang lain. dan semakin tinggi ego seseorang itu, sepatutnya semakin tinggi sensitivitinya (hello, ego bukan free, ok! ada harga kena bayar wo). ego and respect is gained, seorang yang sangat bijak pandai, sudah tentu egonya harus lebih tinggi dari ego seorang yang tak waras kan? (sebab apa fikir sendiri, abang kata input tak boleh disuap 100%) sebab itu orang bijak pandai lebih sensitif dari orang yang tak waras. (aku menggunakan perbandingan ekstrim untuk memudahkan keadaan, terpulang kamu dan kamu nak fikir macam mana)

namun, situasi ego tanpa ilmu adalah suatu yang durjana. sebab, orang yang jahil adalah orang yang kurang sensitif. sebab- dia tak tahu, maka macam mana dia boleh sensitif?

dan aku tak faham macam mana orang jahil boleh jadi ego tapi, nampaknya orang-orang jenis ini belum faham dan kenal betul-betul siapa dirinya.

'ego + jahil = tak sensitif' adalah suatu yang amat malang! dan entah kenapa, tiba-tiba aku dapat lihat fenomena ini dengan orang melayu. tapi, arrghh, aku sendiri belum betul-betul faham 100%, dan tak dapat terang dengan jelas. aku rasa, penerangan aku yang kat atas ini pun belum cukup mantap.

apa pun, aku suakan konsep ini untuk diskusi terbuka. (apa pakcik fathi, wacana? betulkah?) sekali lagi aku ulang, aku bukan nak cari gaduh dengan sesiapa, aku sebenarnya ingin faham diri sendiri dan semua yang berlaku di sekeliling aku. dan apa yang aku tulis ini bukan pelaksanaan undang-undang, usah jadikan iman tanpa fikir dalam dan keyakinan menanggung segala risiko sendiri.

sekian.

Friday 7 September 2007

it's a cloudy friday

hari ini awan penuh menyesak di langit pada hari jumaat terakhir sebelum ramadhan tahun ni, mendung- tak terik, tak hujan. sayu dan damai dalam masa yang sama.

berat sesak dengan terlalu banyak kisah, agaknya. macam mahu melakar semula setiap cerita yang lepas. bagai mahu memanggil semula kisah-kisah dari perkuburan, bagai mahu menggali semula sejarah yang sepertinya sudah dilupakan.

apa-apa pun, ini ramadhan pertamaku di melbourne. tak kusangka rindu akan jadi sehebat ini. dan akhirnya, dalam banyak-banyak kisah, kebaikanmu yang telah membuat aku menangis. antara hadiah hidup paling bermakna bagi seorang perempuan bernama Aqilah Binti Amir Jamalullail. ingin kusebut-sebut namamu, tapi seperti satu quote ini, katanya, "you just know it when someone loves you. your name is always safe in their mouth." kerana yang terpenting ialah, Dia tahu. walaupun antara kesakitan paling teruk di dunia ialah tak dapat menyatakan sayang, tetapi cerita yang dikisahkan secara penuh dan tiada misteri adalah suatu yang boring- kontra dengan hidupku yang selalu penuh rahsia dan kejutan. dengan satu ungkapannya- magik. namun kesakitan- adalah satu perkataan yang amat sinonim dengan aku. sorewa, aku dah biasa.

aku amat cemburu dengan masashi kishimoto. apatah lagi dengan nabi sayang. tapi sekurang-kurangnya, memahami falsafah mereka dan signifikannya dengan hidup aku sudah sangat aku hargai. mungkin aku bukan perwira unggul semulia nabi ataupun kartunis naruto yang amat kukagumi, tapi aku akan buktikan aku hero dalam kisahku sendiri. hidup aku punya nilai sebab wujudnya akhirat, sebab di sana everything will eventually make sense. aku pernah terfikir soalan ramai orang- "why must you struggle so hard to end up dying?" kasihan, kerana sebenarnya mereka tak sedar yang 'death is not the end'. itu adalah argument kuat yang menyokong 'tiada apa yang Dia jadikan itu sia-sia'.

aku benci menulis hanya untuk pembacaku (jika ada) mendapat interpretation yang salah- mungkin kacamata sempit atau perspektif sehala atau penerimaan tanpa fikir yang kritikal. selalunya kita sukar untuk menyampaikan rasa hati dan mesej yang tulus poros tanpa sentimen asing jika pembaca tak mengenali penulisnya. demo, aku bukan bermaksud untuk menonjolkan diri dan menyerahkan biodata. cuma aku sangat suka jika setiap tulisanku dibaca sekali dua dan dibawa tidur, diulit mimpi, dibaur pengalaman dan ditapis ilmu, kepercayaan dan keyakinan atas basic yang kukuh. kerana, setiap mesej punya cara tersendiri untuk mampir, bergaul dan menjadi sebati dalam diri setiap orang walaupun terdiri dari perkataan-perkataan yang sama. islam itu syumul, sesuai dengan semua lapisan masyarakat, background, spesis, genetik, bahasa dan keturunan, dan bukan sahaja bertutur dalam bahasa lidah. islam juga bercakap menggunakan bahasa hati, bahasa kaki dan tangan, bahasa desir daunan dan deruan ombak laut, bahasa angin sepoi dan ribut taufan, bahasa kicauan burung dan kokokan ayam. islam itu integrated dengan segala makhluk- islam is the language of the universe.

dan lagi satu, jika kamu dan kamu dan aku suka membaca, usah ingat bacaan itu Tuhan, walau AQ sekalipun. kerana bacaan itu satu hal, interpretasi itu satu hal, kefahaman itu satu hal, penterjemahan itu satu hal. dan proses-proses ini boleh berubah dari masa ke masa. pesan aku yang hina, banyakkan berfikir.

p/s: mesti kamu dan kamu sudah terlalu bosan- si aqilah ini suka menghabiskan tulisannya dengan frasa 'banyakkan berfikir'. hmm. kalau kamu telah banyak melihat dunia, kamu akan dapati frasa itu takkan sama maksudnya setiap kalinya. ;)

ini ada gambar-gambar sekitar uni aku pada hari jumaat petang lebih kurang 1330 H 070907. izinkan aku menulis suatu yang klise sebentar- "selamat menyambut ramadhan".












Tuesday 4 September 2007

kepada bro ku, lee

salaam

bro, selamat ari lahir ke 19! woha, dah tua bro. hahaha. sebagai balasan kebaikan aku me-'wish' birthday ko, nanti sakit ape2 aku datang kat ko je la ok? foc kan? hikhik

apa dinner best malam ni, g makan sate kajang ke...? yo!

take care bro. doa ak sentiasa sebelah ko.

dan mama aku juge kirim salam ;)

tadi aku geram sebab aku selalu sakit- aku alah sejuk

selalu.

kalau dalam AQ, Allah sebut "Dia (Allah) tak pernah memungkiri janji", akan dipadankan dengan "tetapi kebanyakan manusia tak tahu".

bila aku tanya abang, apa maksud perkataan 'benar' yang Dia selalu ulang dalam AQ, abang balas kaya itu benar, miskin itu benar, hidup itu benar, mati itu benar.

secara kesimpulannya, Allah tak pernah menipu. Dia tak buat sesuatu tu untuk main-main. Dia tak buat sesuatu tu untuk sia-sia. tak ada konsep illusion, semuanya benar asalkan kita percaya. sebab semuanya mungkin. cumanya, ialah macam mana kita hadapi benda tu.

kalau sesuatu itu dari Dia, makanya benda tu tak menipu. usah nafikan. hormati dan terima ia seadanya. dan bila kita diperlukan untuk buat keputusan ngenainya, maka lakukanlah yang terbaik. konflik penafian selalu melanda kaum manusia sampai akhirnya dia hidup dalam penipuan yang dia bina sendiri.

dan sebenarnya, apa yang aku perjuangkan?

p/s: aku mau kongsikan ayat ini: "so, set your face towards religion uprightly. it is the original nature according to which Allah fashioned mankind. There is no altering Allah's creation. That is the true religion; but most men do not know." (30:30)- aku cuma mahu buat konklusi yang, dah memang sifat manusia hidup beragama, dan tiada pengecualian langsung. cuma agamanya yang berbeza- islam ka, hindu ka, harta ka, nafsu ka, buddha ka. dan yang terbaik ialah Islam, namun ramai tak tahu. sekian.

Sunday 2 September 2007

konklusinya...

tahu betapa aku menghargai konflik sekarang?

aku mencintainya.

Saturday 1 September 2007

uniquely integrated

dan akhirnya.

tiada suatu pun yang menipu.

segar, hidup dan nyaman macam air sungai yang mengalir.

Tuhan.

terima kasih.