Friday 21 September 2007

even this sadness will make us stronger

dan antara perkara yang paling aku benci ialah terhenti. iaitu berada dalam keadaan yang sepertinya dideskripsikan sebagai hopeless. kerana aku seorang manusia yang elemen utamanya harapan.

berikutan kisah nurin yang aku dengar- sesuatu yang membuatkan aku terhenti kerana tiada apa yang boleh kulakukan. sialnya sehinggakan aku hilang waras dan terdiam langsung gagal fokus terhadap tarawih malam tadi. hanya kerana buah mulut orang yang suka bercerita dengan kata-kata tanpa harapan. menyebut tentang masalah tanpa jalan keluar dan semangat untuk membetulkannya. itulah sebabnya aku benci merungut- itu tanda sepertinya tiada apa yang boleh aku usahakan. dan sebab itu jugalah aku benci dengan filem melayu- terlalu taksub dengan sad ending, bermain dengan perasaan dan kurang menitikberatkan aspek penggunaan akal, kekuatan semangat dan kesungguhan usaha. patutlah orang melayu ramai yang lembik-lembik. tiada semangat untuk tidak mati begitu mudah. tidak sedar yang sebenarnya tiada alasan untuk hilang harapan.

syukur Tuhan masih sayangkan aku; aku disedarkan dengan pertanyaan 'ke mana kewarasanmu?' dan sms dengan mama yang banyak membantuku mencapai logik akal.

lalu aku genggam tangan dan pandang ke hadapan, determined- 'to the wasteland' is not part of the plan.

No comments: