Sunday 23 September 2007

1 litre of tears, marking ep: 6

masa cuti raya haji lama dulu, hanya aku dan abah sahaja member family aku yang balik kampung. masa dalam kereta, aku duduk sebelah abah, sembang-sembang. abah cerita pasal kemalangan jalan raya. kemudian abah kata,

"apa-apa pun, biarlah abah tak mati accident."

emm. doa abah Allah makbulkan. abah dapat agak, masa dia dah tak lama untuk bersama-sama dengan kami.

aku fikir-fikir. jika suatu hari, aku diberitahu yang aku sakit dan hayat aku tinggal beberapa waktu saja lagi, apa akan jadi?

aku tahu, mama mesti takkan mengalah dengan mudah. mama takkan meratap; sebaliknya mama akan cuba cari penawar penyakit aku. walaupun doktor kata disease aku incurable, mama takkan putus asa. dan akibatnya, aku juga takkan putus asa. mama akan sentiasa bersama aku, ingatkan aku supaya makan ubat, dan supaya aku buat segala yang aku mahu sebelum aku mati. lihat dunia, banyakkan berfikir, mungkin tulis buku sebuah dua, tolong sebanyak mungkin orang, kongsikan segala pengalaman yang ada, dan sekali-kali takkan mengalah. live life to the fullest, and with no regrets.

kadang-kadang aku mungkin fikir, aku mahu putus asa. diam sahaja di hospital dan menangis menunggu mati. sebab aku tak mahu menyusahkan orang lain. kalau aku ada kawan, aku mahu mereka tinggalkan aku. jika ada orang yang sayang, aku mahu mereka jauh. supaya bila aku pergi nanti, takkan ada orang yang rasa sedih. dengan cara itu, aku takkan menyusahkan orang lain.

tapi hidup tak semudah berlari, kan? Tuhan tak mencipta kematian semata-mata untuk buat kita sedih. Tuhan tak mencipta cinta dan sayang untuk melihat kita derita. Tuhan tak mencipta hubungan antara manusia untuk akhirnya berpisah. tapi sebenarnya, melalui kesakitan ini, kita akan jadi lebih kuat. tsuyoi, tsuyoi. motto motto. walaupun aku tak tahu bagaimana kesakitan itu boleh membuat seseorang jadi lebih kuat, tapi itulah yang aku rasa- only darkness teaches. mungkin sebab, ketika itu, kita betul-betul diuji tentang seteguh mana kita berdiri. adakah dengan kesakitan ini, kita akan berganjak dan mengundur? adakah apabila satu dunia meninggalkan kita, kita akan berputus asa mengikut arus semata?

dan aku juga, tidak memulakan sebuah relationship hanya untuk akhirnya berpisah. tidak memulakan sebuah kehidupan untuk berakhir dengan derita. tak memulakan sebuah mimpi untuk akhirnya berputus asa. jika ada yang mahu lari dariku bila aku sakit, itu adalah pilihan mereka, aku takkan simpan dendam sedikitpun. walaupun aku akan rasa sedih, tapi aku tak boleh memaksa kan? lagipun, aku faham rasanya apabila menghadap orang yang kita kenal tak lagi secergas, seceria dan sesihat dulu. tentu sangat menyakitkan. jadi lebih baik kita menjauh dan tak ambil tahu supaya kita tak rasa sedih. tapi orang-orang kesayangan aku yang selalu bersama aku, aku mahu terus bersama mereka jika aku dapat ke syurga nanti.

jika ada orang-orang kesayangan aku pula yang jatuh sakit, apa pula reaksiku? adakah aku akan terus tunggu dan hadap rasa sedih itu bersama mereka, making my life too, as miserable as theirs, walaupun aku sihat dan sepatutnya jadi orang yang gembira, tak perlu rasa terbeban dengan kesusahan dan kesakitan orang lain? aku sepatutnya punya hidup yang stabil, yang tak ada suka duka, tak perlu membantu orang kesayangan aku yang sakit. tak perlu sama-sama menangis dengannya. yang sakit bukan aku, tapi dia. maka kenapa aku harus sama-sama tanggung beban sakit ini?

tidak. bila aku buat pilihan yang aku sayangkan seseorang, menyayanginya adalah antara perkara paling penting dalam hidup aku. having a strong bond with someone is not only about sharing joy and success, but also sadness, fear, vulnerabilities and most importantly, hope. sayang aku datang dengan harapan. ya, aku belajar tentang itu dari seseorang. sebab bila aku sayang dia, aku telah tempa banyak risiko. dan aku terus berjalan ke hadapan hanya dengan harapan semata-mata. harapan yang Tuhan masih ada rahmat untuk manusia lemah seperti aku yang telah, sedang dan akan terus menyayangi seseorang. hidup aku mungkin akan lebih mudah dan ringkas dan tiada banyak masalah tanpa orang-orang yang aku sayang, sebab aku tak perlu risaukan sesiapa, tak perlu take care pasal sesiapa, tak perlu jaga hati sesiapa, tak perlu rindukan sesiapa. tapi aku lemah, maka aku ingin menyayangi dan telah jatuh cinta. dan dengan hanya perasaan ringkas ini, aku kuatkan langkah untuk bersama-sama mereka, dalam susah dan senang, sama-sama ketawa, sama-sama menangis, berkongsi semuanya. walaupun mungkin satu ketika dalam hidup aku, aku terkesan dengan apa-apa perbuatan mereka sehingga aku jadi sangat sedih. tapi, i guess that cannot be helped. apa-apa pun, aku masih perlu teruskan langkah. walaupun langkah aku dah tak selaju dulu, senyum aku tak semanis dulu, mata aku tak bersinar seperti dulu. sebab ini jalan yang aku telah pilih, maka aku akan tetap di atasnya. bersama mereka setiap kali mereka memerlukan. sebab, mereka telah selamatkan aku dari neraka dunia. mereka acknowledge kehadiran aku atas dunia. mereka bantu aku jadi siapa aku hari ini.

orang boleh berpesan, 'nak sayang seseorang, biarlah orang yang baik-baik, yang pandai-pandai. tak adalah menyusahkan kita di hari kemudian.'

tapi ia bukan semudah itu, kan? ada seorang senior ni pernah berkata, 'aku boleh jatuh cinta dengan sesiapa, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.' betullah apa yang dikatanya tu. sebab bukan semua benda, kita boleh kawal dengan senang. Tuhan, sentiasa penuh dengan magik.

shikashi, tak kiralah apa pun yang terjadi dan apa pun yang kita pilih, kita harus belajar untuk tetap pendirian, percaya dengan harapan dan sekali-kali tak berputus asa biarpun teruk diuji. sebab Tuhan itu maha penyayang dan penuh rahmat. Dia sentiasa penuh dengan kejutan. asalkan kita percaya dan yakin dengan Dia, usaha ke arah keyakinan kita, suatu hari tiada apa yang mustahil. lagipun, Dia telah janji- 'Aku tak akan bosan selagi hambaKu tak bosan.'

ini adalah soundtrack yang aku suka, lepas aku jumpa tajuk lagu dan aku cari di DC++, aku terus jumpa. yokatta! arigato, Tuhan.

soundtrack 1 litre of tears- Konayuki

konayuki mau kisetsu wa itsumo surechigai
hitogomi ni magiretemo onaji sora miteru noni
kaze ni fukarete nitayou ni kogoeru noni

boku wa kimi no subete nado shittewa inai darou
soredemo ichiokunin kara kimi wo mitsuketayo
konkyo wa naikedo honki de omotterunda

sasai na iiai mo nakute onaji jikan wo ikitenado ikenai
sunao ni narenai nara yorokobi mo kanashimi mo munashiidake

konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo wakeau koto ga dekitano kai?

boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshiatete
sono koe no suru hou e sutto fukaku made
orite yukitai soko de mou ichido aou

wakari aitai nante uwabe
wo nadeteita nowa boku no hou
kimi no kajikanda te mo nigiri
shimeru koto dakede tsunagatteitanoni

konayuki nee eien wo mae ni amarini moroku
zaratsuku asufaruto no ue shimi ni natte yukuyo

konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuzuketai

konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara


translation:

Season of snow powder always come
Although we are mixed up with a mass of people
we are looking on the same sky
Blown by the wind, and we are chilled by it

I may not know everything about you
Nevertheless, I've found you among 100 million of
people
There's no proof but I'm very serious of it

It's impossible to live in the same time with no single quarrel
If we can't be honest, happiness and sadness are just meaningless

If the snow powder may whiten deep to our heart
Could we both share our loneliness?

I would press my ear near to your heart
And go down deep into the place where I hear that voice and meet you once again

We want to understand each other
It's me who softly brush the surface
Just by tightly gripping your numb and cold hand
We are tied to each other

Snow powder is too fragile
In front of us, keep on leaving stains on the rough asphalt forever

Snow powder doesnot rely on time, moving our heart
Nevertheless, I'd still like to keep on protecting you

If the snow powder may whiten deep to our heart
It will cover both our loneliness and return it to the sky...

2 comments:

Anonymous said...

the more terrible the bad gets, the more glorious the good seems.aku rasa a

-jibam

akira said...

yeah, i guess so, too.