Tuesday 25 September 2007

know what you are doing

on the way ke city tadi, awan berkepul-kepul memenuhi langit melbourne. kalau tak silap aku, low level clouds, cumulus humilius. aku ke sana untuk program syahadatul haq. penyampainya seorang brother yang familiar sungguh mukanya. entah kat mana aku pernah jumpa?


BAWAH TEMPURUNG SENDIRI

selepas pembentangan dalam sesi bengkel, seorang kawan ulas tentang konsep tanggungjawab dakwah.

"katakan kawan kita ni dah banyak kali ajak tapi dia tak mau jugak join sembahyang jemaah atau program-program lain yang baik. walaupun kita tau dia takkan join, tapi kita kena ajak jugak. at least lepas tanggungjawab kita."

berdesing telinga aku dengar. "sorry interrupt. tapi inilah antara sikap pendakwah yang paling menjelikkan saya pernah lihat."

kemudian aku sambung, "mana awak tau dia takkan join? kalau awak dah set sikap dia akan jadi macam tu, awak dah ada expectation macam tu, awak betul-betul nak dia join and buat benda-benda baik ke tak? kalau awak betul-betul nakkan yang baik untuk dia, awak akan sentiasa positif, tak pernah putus harapan yang satu hari dia akan buat pilihan yang baik jugak. pendakwah selalu macam ni. dah siap letak barrier and expectation untuk orang lain, dan tak trust mereka. macam mana in return diorang boleh trust awak? manusia, boleh baca pergerakan manusia lain, terutamanya orang-orang yang dia kenal. diorang boleh baca sama ada awak bersungguh-sungguh mahu ajak atau hanya sekadar nak lepas batuk di tangga." (selepas diedit)

itu adalah point pertama. point kedua ialah tiada siapa tahu taraf sesiapa di sisi Allah. yang membezakan manusia beriman adalah taqwa. sekarang, cuba beritahu saya alat pengukur taqwa- wujudkah? jadi, usah judge orang lain berdasarkan scale kita sendiri. Allah lebih tahu.

point ketiga- untuk kita cakap yang dia takkan join benda-benda baik, kenal ke kita 100% sikap dia? pemikiran dia? perasaan dia? background dia? jadi siapa kita untuk predict dan expect perbuatan dan tingkah laku dia?

ini lagi satu masalah- labelling dalam masyarakat. sejak kecil kita dah terbiasa melabel orang, sampai kita buta pertimbangan waras dan wajar. kita tak mahu kenal dan faham betul-betul situasi sebelum buat sesuatu keputusan. tujuan kita bukan untuk impose values pada orang, tapi untuk mould kan islam dalam kehidupan, bukan berdasarkan tabiat tapi kefahaman dan kepercayaan. bukan atas dasar paksaan atau peer pressure. semua tindakan, harus berdasarkan decision sendiri yang punya base, bukan terapung-apung atau mengikut arus. kita harus bezakan pengalaman dengan ilmu, cari titik pertemuan untuk keduanya dan integrasikan secara padu dalam setiap pergerakan.


DAKWAH IALAH KEHIDUPAN

perkataan dakwah ini dah sangat terbiasa digunakan sampai tersalah guna, tersilap tafsir bahkan menyakitkan. dakwah tidak perlukan pendekatan spesifik, modul-modul tertentu atau prosedur-prosedur yang rigid. sudah menjadi salah satu sifat manusia, membayangkan setiap definisi perkataan yang masuk dalam kepalanya. contohnya, jika kita terdengar perkataan 'pramugari', apa yang kita bayangkan? imaginasi atau proses imejan ini bergantung pada pengalaman dan jenis maklumat yang kita peroleh lalu disimpan dalam memori. malang sekali, tak semua pengalaman yang diperoleh itu menepati definisi perkataan. contohnya, kalau kita bayangkan pramugari tadi seorang perempuan, tak semestinya semua pramugari adalah perempuan. sama juga seperti perkataan dakwah. jadi, untuk betul-betul kenal dan faham, kita perlu tengok semula definisi dakwah itu sendiri.

dakwah ialah manifestasi kepada kepercayaan, kefahaman dan keyakinan. dakwah bukan silibus islam. dakwah ialah kehidupan. setiap pemikiran, perasaan, dan sistem. jadi, sebenarnya semua kita sedang berdakwah, sama ada kita sedar atau tidak. sebab tiada manusia yang dapat menyembunyikan dirinya dari dunia, unless dia sudah jadi mayat. yang berbeza, ialah jenis dakwah dan tahap dakwah itu. dan kedua-dua ini- jenis dan tahap, bergantung kepada pilihan kita sendiri. jadi, dakwah bukan sesuatu yang asing- ia adalah suatu yang automatik.


BERMAIN DENGAN ISTILAH

pernahkah kamu jumpa perkataan yang tidak ada maksud? ramai orang sekarang, menggunakan perkataan dan istilah yang dia tak maksudkan pun sebenarnya. golongan ini adalah penipu. dan ada juga yang menggunakan istilah dan perkataan yang dia tak faham pun maksudnya. golongan ini adalah keliru dan buta. keliru sebab tak faham dan buta sebab tak tahu maksud sebenar perkataan dan istilah itu.

akibatnya buruk. fokus pada golongan kedua. bila orang tak faham maksud perkataan dan istilah, dia hanya nampak bahagian permukaan sahaja, tak sampai ke aras yang dalam. penilaian jadi singkat dan akal jadi cetek. penghakiman jadi terbatas dan pemikiran jadi sempit. dan penyampaiannya jadi menyakitkan dan menjengkelkan. tak menyeluruh dan tak tepat. rabun.

perkataan-perkataan seperti silaturrahim, muamalat, alhamdulillah, bismillah dan jemaah- fahamkan betul-betul konsep dan definisi yang didukung istilah-istilah ini. bukan ejaan dan betul salah tatabahasanya sahaja. fikirkan kenapa, kafir Quraisy menentang Nabi sayang hanya kerana kalimah 'la ila ha illallah' sahaja.


JEMAAH- DORONGAN BUKAN PERGANTUNGAN

ada kawan-kawan yang berkata, bila sembahyang jemaah, solat mereka terjaga. kalau tak ada jemaah, nak bangun subuh pun susah. lalu mereka berfikir-fikir bagaimana mahu survive di malaysia nanti tanpa kawan-kawan dan jemaah.

hati-hati. performance solat boleh dipengaruhi oleh adanya jemaah atau tak, tapi performance solat tak sepatutnya bergantung kepada kewujudan jemaah. ingat, kan tiada pergantungan selain Allah? jadi kenapa performance solat harus disandarkan kepada adanya jemaah atau tidak?

walaupun kita seorang diri, kita harus terus berjalan. sebab yang sebenarnya, Allah sentiasa bersama kita.


balik tadi, langit lengang tanpa awan. crazily blue. oh ya, ini maksudnya sekarang melbourne berada di bawah high pressure. angin pun kurang, cuaca agak panas dengan cahaya matahari yang terang. tiba-tiba aku betul-betul rasa yang aku memang dalam bulan ramadhan.

No comments: