Saturday 8 September 2007

ego, sensitiviti, ilmu

yosh! aku sedang cuba memahamkan sesuatu, lantas menulisnya. selalunya cara sesuai bagiku untuk memahamkan sesuatu itu ialah dengan cara 'working it out'. ini pengiraaan 'matematik'ku. dan tujuanku melakukan pengiraan di tempat terbuka ialah untuk mengajak kamu dan kamu bantu aku memahamkan konsep ini dengan cara mengisi lompong-lompong yang kamu nampak kosong dan berkongsi perspektif berbeza dengan aku. maka tujuan aku bukan ingin cari gaduh dengan sesiapa; aku sedang cuba memahamkan benda ini sendiri. kepada pakcik fathi aris omar, saya memang sibuk pakcik, betulll....saya menulis ini tentang sesuatu yang dah memang selalu bermain-main dalam kepala saya, jadi impak masa tak terasa sangat, sebab saya dah nampak kerangka dari awal. ia bukan input baru macam yang pakcik usulkan pada saya. sorewa, insyaAllah saya akan ke sana nanti. (insyaAllah itu 99%, tapi ramai yang tak menyedari. hehe)

oke. ini konsepnya.

ego itu selalunya (atau sepatutnya?) berkadar langsung dengan sensitiviti. ego di sini merujuk kepada kedegilan untuk meminta maaf, untuk mengaku salah dan berkongsi vulnerabilities dengan orang lain. sensitiviti yang dimaksudkan di sini ialah sensitiviti terhadap orang lain, keperluan orang lain, kesan perbuatan dan tindakan diri terhadap orang lain dan sifat orang lain. maka, selalunya orang yang ego adalah orang yang sensitif. (tapi ini tak bermaksud sebaliknya, ie orang yang sensitif itu tak semestinya ialah orang yang ego). jelasnya, ego datang dahulu sebelum sensitiviti.

bila manusia itu ego tapi dia tidak sensitif, maksudnya dia tak akan kenal orang-orang di sekelilingnya. dia akan jadi self-centered, dia akan mahukan semua benda berlaku mengikut kehendaknya, dia tak mahu faham kondisi orang lain, dia sendiri tak berkongsi dengan orang lain tentang siapa dirinya yang sebenar.

temo, ini bukan situasi bangang 100%. lihat ini- ego itu penting, sebab manusia perlu ada maruah diri, perlu ada self-respect, perlu ada kepercayaan pada diri sendiri dan kemusykilan pada orang lain, perlu ada balance antara perkongsian tentang vulnerabilities diri dan perkongsian tentang kualiti diri supaya hormat dan sayang datang dalam masa yang sama. contoh terbaik ialah seorang pemimpin yang mendidik- dia perlukan ego itu (aku kurang masa nak terang, tak faham tanya). tapi, ego yang bagus ini bukan ego yang jahil. ego ini bijak- dia tahu bila dia perlu muncul dan bila dia perlu diam. dia kenal dirinya, di mana dia lemah, di mana dia kuat, di mana dia perlu mendengar, di mana dia perlu beralah. dia juga kenal orang-orang di sekelilingnya dan bagaimana dia boleh approach tiap seorang, mana satu yang dia boleh approach dan mana satu yang dia tak mampu approach (mana satu his type dan mana satu bukan). pendek katanya, dia jadi sensitif dengan diri sendiri dan juga sensitif dengan orang lain. dan semakin tinggi ego seseorang itu, sepatutnya semakin tinggi sensitivitinya (hello, ego bukan free, ok! ada harga kena bayar wo). ego and respect is gained, seorang yang sangat bijak pandai, sudah tentu egonya harus lebih tinggi dari ego seorang yang tak waras kan? (sebab apa fikir sendiri, abang kata input tak boleh disuap 100%) sebab itu orang bijak pandai lebih sensitif dari orang yang tak waras. (aku menggunakan perbandingan ekstrim untuk memudahkan keadaan, terpulang kamu dan kamu nak fikir macam mana)

namun, situasi ego tanpa ilmu adalah suatu yang durjana. sebab, orang yang jahil adalah orang yang kurang sensitif. sebab- dia tak tahu, maka macam mana dia boleh sensitif?

dan aku tak faham macam mana orang jahil boleh jadi ego tapi, nampaknya orang-orang jenis ini belum faham dan kenal betul-betul siapa dirinya.

'ego + jahil = tak sensitif' adalah suatu yang amat malang! dan entah kenapa, tiba-tiba aku dapat lihat fenomena ini dengan orang melayu. tapi, arrghh, aku sendiri belum betul-betul faham 100%, dan tak dapat terang dengan jelas. aku rasa, penerangan aku yang kat atas ini pun belum cukup mantap.

apa pun, aku suakan konsep ini untuk diskusi terbuka. (apa pakcik fathi, wacana? betulkah?) sekali lagi aku ulang, aku bukan nak cari gaduh dengan sesiapa, aku sebenarnya ingin faham diri sendiri dan semua yang berlaku di sekeliling aku. dan apa yang aku tulis ini bukan pelaksanaan undang-undang, usah jadikan iman tanpa fikir dalam dan keyakinan menanggung segala risiko sendiri.

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

ok, well a u can see malay usually want to shoe their egoistic because some people who who u call jahil use to be poor and keep be stranded by rich. as example at at happen in 1969( hehe due merdeka month last month) malay were having prob with their economy, due to their lack of knowledge unlike chinese who hold a strong financial at that time( even now they still are). So the feeling of egoistic due to a pride staying at their own palce but living poorly due to lack of knowledge made them have quit a bit skirmish that time. so as u were saying,ego + jahil = tak sensitif. Is it fit urs?

akira said...

that was an idea that i had in mind actually. but to say it too directly without proper analysis (eventhough it is obvious for many people, but still, statistical approach is better, and i dont have it, so i dont want to say anything solid without a proof) is not a suitable approach, pada hemat saya. and, another thing, im not trying to mess around aka cari gaduh, its just something that popped into my mind when i was thinking about the concept (the concept came first before the exemplar phenomenon). so i dont want to write about something that's blunt.

people always say "come on, its reality, melayu memang mundur bla bla bla" but i seldom find someone who can precisely describes the causing attitudes (pardon me, i read very little)- but that's what i think is important- for us to find the root of the problem, and start to tackle it from there- success means hard work.

it is interesting though, that what i encountered was just a case which i found that there is a strong link between these three elements (ego, sensitiviti, ilmu) in the case and that it can spread out to form a concept- eventhough i must say- it is still a weak concept, but what i want to stress is that we human tend to think easy and not critical about our attitudes and their effects. and it's interesting to note how these simple formations and combinations of attitudes can be integrated not only to one person, but a whole community.

and i think, if i didnt go oversea, i wont realize about this.

akira said...

and about that concept and how it can be used on malays, yeah, i did found the combination negative and scary. ego boleh diperoleh melalui banyak cara. dlm kes org melayu, kita peroleh ego bila kita hidup senang, kita jadi majoriti di kalangan minoriti (keadaan mungkin berbeza jika kita adalah satu-satunya kaum di malaysia) dan kita nampak jelas yang semua benda mesti ikut cara kita. kita rasa selesa dengan itu tapi kita lupa, keselesaan kita 'makan' keselesaan orang lain. kita tak sepenuhnya berhak atas keselesaan itu, maka kita jadi kurang kenal aka jahil terhadap golongan yang kita 'makan' keselesaan ini, sebab mereka tak lantang/ kita masih dapat diamkan mereka. ramai tidak sedar hal ini, padahal perkara ini berlaku di mana sahaja di dunia. ia bukan satu konspirasi- ia adalah realiti yang menyakitkan. dan sebagai anak-anak merdeka, kita tak pernah kenal bagaimana kita boleh peroleh ego sedemikian rupa, kita tak tahu- jadi bagaimana kita boleh faham erti sensitif yang sebenarnya? sensitif yang dibina atas dasar peka, ilmu, pengalaman yang menyakitkan dan hard work for survival- orang melayu ramai tak sedar hal ini. kita ada ego tanpa sejarah- sesuatu yang sebenarnya sangat rapuh dan berbahaya.

and actually, there are many ways to say it. people have different ways in communicating the same messages. anyhow, saya suka mengajak discussion jernih dan terbuka- kita kopak masalah sikit-sikit dan fahaminya sikit-sikit, dan usaha sikit-sikit.

Anonymous said...

yup you said it, i start to agreeing that ur trilogy(i made it easier to said) on egoistic,sensitivity n knowledge do happen n this trilogy may be apply to our daily life. as such it still happen to be to our own malay...well as matter a fact that we need to know to feel and to withstand any principal that we hold.....why don't we look it through sex,does egoistic in men due to their knowledge or either side?or maybe it does not apply at all since both sexes have equal education........-p/s(trying to pull the trigger to differ perspective