Friday 7 September 2007

it's a cloudy friday

hari ini awan penuh menyesak di langit pada hari jumaat terakhir sebelum ramadhan tahun ni, mendung- tak terik, tak hujan. sayu dan damai dalam masa yang sama.

berat sesak dengan terlalu banyak kisah, agaknya. macam mahu melakar semula setiap cerita yang lepas. bagai mahu memanggil semula kisah-kisah dari perkuburan, bagai mahu menggali semula sejarah yang sepertinya sudah dilupakan.

apa-apa pun, ini ramadhan pertamaku di melbourne. tak kusangka rindu akan jadi sehebat ini. dan akhirnya, dalam banyak-banyak kisah, kebaikanmu yang telah membuat aku menangis. antara hadiah hidup paling bermakna bagi seorang perempuan bernama Aqilah Binti Amir Jamalullail. ingin kusebut-sebut namamu, tapi seperti satu quote ini, katanya, "you just know it when someone loves you. your name is always safe in their mouth." kerana yang terpenting ialah, Dia tahu. walaupun antara kesakitan paling teruk di dunia ialah tak dapat menyatakan sayang, tetapi cerita yang dikisahkan secara penuh dan tiada misteri adalah suatu yang boring- kontra dengan hidupku yang selalu penuh rahsia dan kejutan. dengan satu ungkapannya- magik. namun kesakitan- adalah satu perkataan yang amat sinonim dengan aku. sorewa, aku dah biasa.

aku amat cemburu dengan masashi kishimoto. apatah lagi dengan nabi sayang. tapi sekurang-kurangnya, memahami falsafah mereka dan signifikannya dengan hidup aku sudah sangat aku hargai. mungkin aku bukan perwira unggul semulia nabi ataupun kartunis naruto yang amat kukagumi, tapi aku akan buktikan aku hero dalam kisahku sendiri. hidup aku punya nilai sebab wujudnya akhirat, sebab di sana everything will eventually make sense. aku pernah terfikir soalan ramai orang- "why must you struggle so hard to end up dying?" kasihan, kerana sebenarnya mereka tak sedar yang 'death is not the end'. itu adalah argument kuat yang menyokong 'tiada apa yang Dia jadikan itu sia-sia'.

aku benci menulis hanya untuk pembacaku (jika ada) mendapat interpretation yang salah- mungkin kacamata sempit atau perspektif sehala atau penerimaan tanpa fikir yang kritikal. selalunya kita sukar untuk menyampaikan rasa hati dan mesej yang tulus poros tanpa sentimen asing jika pembaca tak mengenali penulisnya. demo, aku bukan bermaksud untuk menonjolkan diri dan menyerahkan biodata. cuma aku sangat suka jika setiap tulisanku dibaca sekali dua dan dibawa tidur, diulit mimpi, dibaur pengalaman dan ditapis ilmu, kepercayaan dan keyakinan atas basic yang kukuh. kerana, setiap mesej punya cara tersendiri untuk mampir, bergaul dan menjadi sebati dalam diri setiap orang walaupun terdiri dari perkataan-perkataan yang sama. islam itu syumul, sesuai dengan semua lapisan masyarakat, background, spesis, genetik, bahasa dan keturunan, dan bukan sahaja bertutur dalam bahasa lidah. islam juga bercakap menggunakan bahasa hati, bahasa kaki dan tangan, bahasa desir daunan dan deruan ombak laut, bahasa angin sepoi dan ribut taufan, bahasa kicauan burung dan kokokan ayam. islam itu integrated dengan segala makhluk- islam is the language of the universe.

dan lagi satu, jika kamu dan kamu dan aku suka membaca, usah ingat bacaan itu Tuhan, walau AQ sekalipun. kerana bacaan itu satu hal, interpretasi itu satu hal, kefahaman itu satu hal, penterjemahan itu satu hal. dan proses-proses ini boleh berubah dari masa ke masa. pesan aku yang hina, banyakkan berfikir.

p/s: mesti kamu dan kamu sudah terlalu bosan- si aqilah ini suka menghabiskan tulisannya dengan frasa 'banyakkan berfikir'. hmm. kalau kamu telah banyak melihat dunia, kamu akan dapati frasa itu takkan sama maksudnya setiap kalinya. ;)

ini ada gambar-gambar sekitar uni aku pada hari jumaat petang lebih kurang 1330 H 070907. izinkan aku menulis suatu yang klise sebentar- "selamat menyambut ramadhan".












2 comments:

mostlyepiphanies said...

fikir itu pelita hati.hee~

Selamat menyambut kedatangan ramadhan ya, walau seklise manapun bunyinya.

akira said...

mula-mula saya ingatkan, disebabkan saya seorang perempuan, makanya entri-entri saya akan penuh ayat yang berbunga-bunga dan jiwang-jiwang. syukur pada Dia, akal saya sedang mengambil tempat, semakin hari di posisi yang semakin baik.

yosh! selamat menyambut ramdan juge. ;)