Wednesday 12 September 2007

marking mark- episod 142

souka.

ramadhan dah mula. selalunya orang mempunyai target sendiri untuk ramadhan. mahu menjadikannya bermakna.

lama betul encik kunci tak menulis. mula-mula aku jumpa blog dia, aku sangat gembira sebab jumpa sesuatu yang aku suka. tapi dari hari ke hari, aku tunggu tak juga ada entri baru. walaupun aku tidaklah terlalu mengharap, tapi. benda tu selalu aku ingat setiap kali aku menulis entri baru.

adakah memang, dalam hidup kita, yang kita suka selalunya susah kita nak dapat? dalam banyak-banyak benda, bila aku sukakan sesuatu, terlalu jarang aku dapat on the spot. selalunya, aku kena tunggu.

tunggu. dan sementara itu, buat apa yang patut. sambil tu berkali-kali aku fikir, sama ada pada akhirnya aku akan dapat juga apa yang aku inginkan.

tapi angin selalu beritahu aku, 'daijobu, aqilah.'

dengan betapa banyak kali aku gagal cuba melupakan, begitu juga dengan keyakinan ini yang entah dari mana datangnya- keyakinan untuk terus percaya. mungkin juga, aku memang amat teruk dalam berputus asa. dan dengan senyuman itu aku terus gerakkan kaki tangan dan akal. walau betapa dalamnya perasaan.

yosh. aku nak sambung baca nota. ikke!

p/s: matahari terbit dulu di australia, tetapi angin bertiup dulu dari malaysia. aku, dapat sampaikan sedikit sinar dari sini, dan kamu, kirimkan pesanmu pada angin. encik kunci, di mana kamu...?

No comments: