Sunday 11 November 2007

antara hari paling indah tahun ini

sekarang late spring.

hari ini cuaca cerah, tak hujan, tak sejuk, panas dan tenang. antara hari paling indah tahun ini. siang sangat panjang, waktu maghrib masuk pukul 2004H. aku dapat nikmati siang dengan puas, tidur dan bangun awal. jadi saksi bangkitnya matahari, dan lihat awan-awan mula menghiasi dinding langit. menghidu bau rumput yang segar, ketika rata-rata warga halls sedang nyenyak dalam bilik masing-masing. hanya Dia yang melihat aku senyum ke arah awan-awanNya itu. emm..ya, cantik, ya Allah. cantik sangat.

bila merangkak petang, rata-rata orang semakin meninggalkan halls, dengan luggage yang besar-besar. kadang-kadang ada kawan yang menolong mengangkat barang; sebentar-sebentar kedengaran van atau taxi datang singgah di pangkin ferrer untuk mengambil orang ke airport.

halls makin lengang. udara semakin mengendur dan tenang.

langit biru, dengan tona tak sewarna, semakin gelap apabila mendekati atap langit. burung-burung tak berhenti berkicau riang, bilah-bilah cahaya menari dan bayang-bayangnya menghiasi bilik. sekejap-sekejap terdengar suara manusia bising-bising dan menjerit, nampaknya mereka sangat gembira untuk pulang.

ramai yang mengira-ngira hari. mahu pulang ke rumah masing-masing. semua bercerita tentang waktu penerbangan mereka, tentang jamuan akhir tahun, tentang party lagi malam ini sebelum masing-masing ikut haluan mereka. mereka bercakap tentang semua yang menggembirakan, semuanya. kecuali tentang peperiksaan dan semester akan datang.

aku lihat orang pergi setiap hari. berjalan riang, seperti langsung tak bercalar. walaupun aku keseorangan, tapi aku tak rasa aku bersendirian. aku rasa gembira sebenarnya, kerana satu tahun bakal berlalu.

setahun. bila aku fikir-fikirkan seakan-akan semuanya dah berlalu macam mimpi.

my bittersweet dream.

cinta, aku bersyukur kerana merasainya. magik ini, senyuman-senyuman itu, air mata itu, lagu-lagu itu, hembusan angin itu. segalanya. segalanya. bagai mengangkat aku jadi tinggi. bagai meletak aku di angkasa.

dan mengetahui bahawa aku tidak perlu menyegerakannya, aku tidak perlu memaksanya, aku boleh bersangka baik dengannya, aku tak perlu risau akannya, semua yang pahit akan berakhir juga, dan Dia mahu aku sentiasa tenang, ceria dan lalui setiap hari dengan senyuman, dengan meyakinkan aku bahawa aku telah lakukan yang terbaik, adalah antara hadiah paling manis dariNya. menjernihkan pemikiranku, menghilangkan kerisauanku dan menenangkan jiwaku.

semester dua telah berakhir. peperiksaan aku insyaAllah berakhir juga esok. aku sudah sangat penat sebenarnya.

2007 is a year of too many, so far. i need some time off. aku mahu berehat sebentar. bernafas dalam-dalam, tidur dengan lena, kurangkan makan, banyakkan exercise, bekerja bersungguh-sungguh. berdoa. hidup dengan diam dan aman. dan menyiapkan banyak kerja dengan sangat baik.

aku masih ada satu lagi exam esok. subjek kegemaranku- atmospheric science. sepanjang exam ini juga, seperti magik disebabkan Dia.

dan, mengetahui yang Dia masih Dia, adalah yang terindah.

Tuhan, arigato ne. hagu-chan, arigato ne. shuu-chan, takemoto-kun, morita-san, yamada-san, mayama-san, nomiya-san, miwako-san, rika-san- arigato, ne. totemo arigato.

saa..hajimemashou ka?

3 comments:

mostlyepiphanies said...

Aqilah saya suka atmosphere post ini!Mungkin kerana artikel ini ditulis dengan igauan atmospheric science final exams still on the horizons.

Anyways,saya suka post ini.
Exam saya akan bermula pagi ini dan berakhir esok.Hee~

akira said...

wah, exam kamu hanya 2 hari? biar betul aijud...

oh, terima kasih ;-) sekarang saya dah habes exam. sudah sangat penat, alhamdulillah boleh rehat sedikit sekarang.

good luck untuk kamu!

lamka lutaidan said...

saya pun dah habis exam. heh. kamu balik mesia tak ni?