Thursday 1 November 2007

1988's friendster group discussion

tadi dalam 1988's group discussion, ada seorang member tanya soalan klise tapi kekal menarik:
nk tny ckt????
nape remaja skrg suke wt maksiat??n suke sgt mndedahkan aurat???
mgkin pngaruh rakan,keluarga,msyrkt luar atau artis?????

jadi ini reply aku:
dia bermula dengan basic. tapi pada aku, nak tgk masalah ni as a whole takkan bantu apa-apa. setakat tanya soalan am "kenapa remaja sekarang ni banyak buat maksiat dan jenayah juvenil" aku rasa tak bawak ke mana-mana.

kalau nak tackle benda ni, kita kena start dengan benda yang kecik2 dan pecahkan masalah tu satu-satu. usah tgk masalah remaja sebagai "maksiat", tapi lihat masalah remaja sebagai "balik lambat tgh mlm", "lambat siapkan kerja sekolah", "lambat jawab bila mak ayah panggil", "tak nak bgtau mak ayah ke mana pergi", "tak pernah fikir sungguh-sungguh tentang cita-cita", "selalu tensyen pasal hal-hal sekolah" etc.

benda-benda kecil yang sebenarnya ada maksud yang penting. ramai orang selalu tak dapat baca benda ni. ramai org lebih suka "generalise" keadaan, tunjuk jari kat orang lain dan tak mahu nak "kenal" dan "dengar" budak2 yang dikatakan "bermasalah" ni. masyarakat suka "label" dan "pukul rata" remaja, jadi sangat kurang orang yang mahu betul2 kenal mereka. kawan-kawan yang "baik" tak mahu dekat dengan budak2 ni atas alasan mahu menjaga "kebaikan" mereka.

sebenarnya, dalam banyak2 manusia atas muka bumi ni, merekalah yang paling kenal diri mereka sendiri, mereka bukan tak tahu apa yang mereka buat tu sebenarnya tak patut, tapi ada benda lain, yang lbh penting, yang "underly" masalah mereka, dan tak ada orang nak "dengar" perasaan mereka tu.

kalau masyarakat berhenti "melabel" mereka, "terima" mereka seadanya, kemudian "kenal" mereka, dari situ kita dapat "tackle" mereka sedikit-sedikit. sebab mereka pun sebenarnya tak mahu dan tak suka hidup macam tu, mereka juga sebenarnya mahu jadi orang yang berguna.

cuma biasalah, Tuhan tu banyak dugaanNya, banyak rahsiaNya, Dia mahu lihat apa mereka akan buat, adakah putus asa dengan keadaan dan ikut benda tak baik, ataupun percaya dengan rahmat Dia dan bergerak terus ke depan. Dia mahu lihat, adakah masyarakat betul2 sayang dengan remaja mereka dan betul2 mahu kenal mereka, bukan setakat mahu "remaja yang memimpin" atau "remaja harapan negara" tapi tak pernah mahu kenal remajanya sebagai "manusia biasa".

yang dikatakan "jahat", "mat rempit", "penagih dadah", "pemonteng kelas", "pelaku kes" sekarang tak mustahil satu hari nanti jadi "perdana menteri". sebab Allah tu banyak magikNya, bagi Dia tak ada apa pun yg mustahil. tak ada apa pun. jadi kalau kita betul2 "percaya" dengan "rahmat Dia", kita pun takkan putus asa, nak bantu kawan2 kita, nak bantu org2 yg kita sayang dan kita kenal, dengan cara yang betul.

mentaliti masyarakat kena ubah sebagai permulaan. wallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

this is a rather interesting topic to be discussed. its great to know that there are actually a group of teens out there thats concern enuff to evaluate the status quo of declining moral values amongst our fellow teenagers. i fully agree with whatever you've come out with. just an addition.. sometimes i come to wonder, why, great family, or in specific, a family with a strong religious background and educated, still cannot guarantee a succesful breed of offsprings. i believe, there are a lot of things to be observed in our life; and the most often overlooked matter is - halal dan haram rezeki kita.. even setitik mahupun segampal of a haraam rizq akan kekal dan tetap menjadi darah daging manusia.. maka terbentuklah generasi anak-anak yang gelap hati, dan enggan mengikut jalan yang lurus walhal segala ilmu dan bimbingan telah tersedia. just a thought, memandangkan dewasa ini, ketaksuban pada harta benda bisa mengkaburi pertimbangan seseorang, walaupun seorang insan yang penuh ilmu dan tinggi darjatnya. lihat saja saban hari puluhan kes rasuah dan money laundering dilaporkan. apa sudah jadi, dan apakah yang bakal jadi pada masyrakat kita? a reminder for myself.. stop questioning, but start doing something to stop this instead.salam ~mm

Anonymous said...

qila, saja je bagi comment panjang2 sabagai respond kepada comment mu di page ku yang nampaknya lebih panjang dari my original entry..hehe =P o God i miss sakat-ing u! salam sayang dari bumi malaysia!

akira said...

that made me remembered about something.

once upon a time, mama asked abah, "abang, tu kereta baru dia lagi ke?" referring to one of our neighbour who was also a police. giving his salary, logically a police wont afford that alone due to his monthly wage. unless..(you know)

so abah answered, "kenapa, awak nak ke?" and they looked at each other. then, mama diam, understood.

i was glad to have him as my father ;)

actually, i dont really know stuffs about this bribery and laundering things (because if i do, i can become a reporter myself and receive awards! haha) tapi as you said, susah kan kalau benda haram dah jadi darah daging kita. especially parents yang tak peduli pasal aspek rohani anak2 diorang, pentingkan yang fizikal saja, anak-anak akan jd susah nak belajar.

now we know what to avoid and how to avoid it. but, how about fixing it? benda dah jadi darah daging pun, that doesnt mean there's nothing else we can do. rahmat Dia magical, selalu datang x disangka-sangka pada orang yang percaya. buat pengajaran, sebagai future parents (ewaahhh gatal! -mama-) elakkanlah benda2 haram. dan bg yg dah terlanjur bg family makan benda2 haram, it is always not to late to repent and topup dengan amal2 baik.

aa..dan satu lagi yang pasal anak2 yg dibesarkan dalam strong religious background pun no guarantee anak tu akan jd successful ppl in the future, iman tak dapat diwarisi..hehehe...banyak faktor gak leh main peranan dalam hal ni..mentality, education, economy stability, social values, semuanya moulded untuk membentuk seorang manusia. nak discuss sekarang tak boleh, ada lagi 3 paper aku belum lepas. hehehe...

tp tu scr ringkas lah dr apa yg ak nampak. cuma sbg lngkah awal, jom kita stadi dunia sungguh-sungguh. ;-)

salam~ QQ (QilaQute-aku pun nak initial jugak. haha)

akira said...

sepanjang-panjang komen mu, komen ku tetap lagi panjang. yesyes..ahahaha

rindu nak sakat aku..? ishh diam-diam, jangan bgtau orang..selama ni org fikir ak yg selalunya sakat orang. orang xberani sakat aku. ish ish..jatuh saham aku nanti weh..tak macho dah..hahahahaha

Anonymous said...

hehehe..sesaje gatal tangan nak menyampuk..

akira said...

hehe..dah alang-alang menyampuk, komen le yeopmi..;-)