Friday 9 May 2008

selamat hari mama :)

qilah tau mama sayang qilah. qilah tau mama taknak qilah sakit. tu sebab seboleh-bolehnya walaupun mama jauh mama masih cuba nak lindungi qilah. bila qilah cerita pasal orang-orang yang sakitkan hati qilah, mama pasti akan maki mereka gila-gila. mama pulak yang marah sungguh-sungguh sampai kadang-kadang qilah rasa menyesal sebab cerita pada mama. kadang-kadang ayat mama pada afiq dulu 'kalau yong tu menangis kat asrama bukan mama tau bukan mama boleh pujuk lap air mata dia' selalu terngiang-ngiang masa qilah sorang-sorang.

mama, kalau mama tak bagi qilah takkan buat ma. sakit macam mana pun qilah pasti akan cuba ikut. sebab tu je yang qilah nak tiap kali qilah buat apa-apa- mama restu. kadang-kadang mama tak tunjuk yang mama approve apa qilah buat, dan sungguh ma, qilah rasa tersekat bila mama buat macam tu. kadang-kadang yang gembirakan qilah qilah tak cerita pada mama sebab takut mama akan persoalkan dan taknak layan cerita qilah, sebab qilah tau gembira tu tak tentunya kekal jadi mama taknak anak mama taruh harapan terlalu tinggi pada kegembiraan yang mungkin akan hilang. qilah faham maksud mama tu, jadi qilah diam. benda tu buat qilah jadi sorang yang lebih matang dan sabar, sebab jalan masih jauh dan semuanya dalam ketentuan Allah. apa qilah cuba buat sepanjang qilah hidup ma, ialah ikut cakap mama dan abang 'hargai semuanya yang kita ada sekarang ni.' kat situ je lah qilah sandarkan semua yang qilah buat..

kadang-kadang qilah durhaka tak mau dengar cakap mama tutup telinga. tapi ma, bak kata orang 'mak berleter tu dengarlah walaupun sakit hati, nanti dia dah tak ada rindu pulak pada leterannya tu'. jadi qilah masih belajar untuk dengar semua apa yang mama cakap tanpa tunjukkan sikit pun rasa bosan. bagi qilah benda tu susah, ma. sebab qilah selalu kurang sabar. cuma dari kecik Allah selalu dan selalu ajar qilah supaya jadi sabar dan sabar dan Dia datangkan orang-orang yang sabar untuk qilah jadikan contoh. dan dari situ qilah belajar dan cuba buat baik-baik. qilah tau qilah masih gagal, tu sebab kadang-kadang tak pasal-pasal je qilah mintak maaf walaupun qilah tau dan ingat yang mama dah pesan mama maafkan semua dosa anak-anak mama.

tapi mama tetap magik qilah. cinta pada mama ajar qilah yang kalau kita sayang seseorang kita kena terima baik buruk dia. dan semua yang baik pada mama tak ada orang boleh ganti. ingat tak time kat batu gajah masa qilah 9 tahun bila kitaorang adikberadik main luar rumah mama join sekali kemudian mama ambik utas daun dan bunga ungu kecik-kecik tu, jadikan macam mahkota bulat kemudian letak atas kepala qilah sambil kata dengan senyum 'my princess'? kemudian time qilah kecik kat kampung, first time qilah tidur sendiri dalam bilik sendiri sorang-sorang kemudian mama masuk dan cium dahi qilah? qilah pejam mata time tu tapi sebenarnya qilah belum tidur lagi. kemudian time petang-petang bila qilah tidur kat sofa tapi dapat dengar bunyi mama masak kat dapur bising-bising potong-potong gaul-gaul semuanya antara waktu paling bahagia bagi qilah sebab qilah tau qilah selamat. sama juga time before qilah fly bila qilah jeles dengan 'sorang ni' sebab dia buat kek cokelat dengan mak dia kat rumah dan bila qilah ajak mama buat kek sama-sama mama tetap usaha beli barang-barang walaupun mahal, kemudian kita dengan aisyah sama-sama buat dua biji kek sebab yang pertama tu hangus sikit dek semua orang leka tengok tv? dan waktu bila first time qilah pergi dan balik sekolah guna basikal masa darjah 3 kemudian brek rosak dan qilah langgar kawan qilah sampai terjatuh dan qilah hampir kene langgar lori bila cuba nak selamatkan buku-buku yang bersepah atas jalan. lutut qilah luka agak teruk sampai qilah jalan terhinjut-hinjut. balik sekolah qilah takut nak bagitau mama jadi qilah terus masuk bilik tidur. mama datang kemudian pegang kaki qilah dan nampak luka tu terus mama sapu ubat dan mama tak marah pun.

waktu-waktu yang qilah nampak dan tak nampak sebab qilah tau setiap saat ada tanda yang mama sayang qilah. waktu-waktu yang qilah nampak dan tak nampak sebab qilah tau setiap saat ada tanda yang mama sayang abah dan adik-adik. dan tak ada sebab, walau sebesar mana pun dia, untuk qilah nak cari pasal dengan mama. sebab qilah yakin semuanya boleh disetel dengan cara baik. dan mama juga orang baik. dan qilah pula mau jadi baik.

kepada Tuhan yang selalu datangkan pada qilah orang-orang yang menyenangkan hati walaupun sentiasa menguji, terima kasih.

qilah sayang mama.

p/s: selamat 'nyambut hari jumaat :)

3 comments:

Ejul said...

Salam

seriously menarik. terharu aku. =)

mostlyepiphanies said...

this post is very sweet. Without being cheesy and over the top.That is great!

See?Some of the best stories are the ones that happen through life experiences, not the ones we conjure up the back of our heads.

akira said...

ejul & aijud,

honesty is the best policy, i guess :)