Friday 27 July 2007

malaysia yang kurindu

alangkah uniknya paradoks ini. walaupun saya rindu malaysia 24/7, tapi saya tak boleh hampir dengannya. terbukti, saya insyaAllah tak balik hujung tahun ini.

dan unik juga, sebab sekali harapan untuk balik hujung tahun ini telah tiada, saya rasakan terlalu banyak kerja untuk diselesaikan di sini.

cumanya bila malaysia memanggil, saya terdiam dan bingung sekejap. sehinggalah saya teringat yang malaysia itu sudah jauh.

mungkin saya tak akan dapat buang malaysia dari hati saya; namun tak apalah, bercerita tentang malaysia banyak mengubat rindu saya. mengingatkan saya pada yang manis-manis dan memaniskan yang pahit-pahit.

kadang-kadang saya terfikir; adakah malaysia merindui saya sebagaimana saya merinduinya? nampaknya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui dan jika cinta saya dan malaysia itu benar, maka pastinya Tuhan akan tunjukkan dan kami akan ditemukan suatu hari kelak.

sementara itu, saya berdoa agar Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran pada saya dan kejayaan gilang-gemilang buat malaysia.

ameen...

dan saya ingin mengucapkan kepada malaysia- selamat menyambut hari jumaat, hari kegemaran saya ;)

No comments: