Thursday 5 July 2007

sebak

telah aku berkira-kira hari ini untuk menulis sesuatu. lama tadi. sebenarnya. selepas bangkit dari tidur, aku duduk bersila atas katil. merenung, lama.

aku teringat sesuatu yang ditulis seorang penulis (kalau tak silap aku di blog abdullahjones, cumanya aku tak ingat siapa penulisnya, tulisan itu untuk abdullahjones, dari penulis luar negara barangkali) tentang sikap umat. katanya umat sekarang tidur dan belum bangkit, kerana lenanya tidur itu mereka tidak mahu bangkit melihat realitinya dunia. paling kurang, baik juga jika mereka bangun dari tidur dan termenung sebentar berfikir di birai katil. tapi bahkan, mereka tidak mahu bangun pun, kerana nyenyaknya mereka tidur. (lebih kurang maksud)

tiba-tiba nama-nama ini bermain-main dalam otakku- hafizbar, hamka, saharil, faisal tehrani, abdullahjones, fathi aris omar, dugongsenyum, ust azli, mama...dan hati aku jadi sebak.

mereka antara orang-orang yang telah mengenal dunia (dari perspektif aku). tulisan-tulisan mereka adalah terjemahan perasaan-perasaan aku. membuatku berfikir, membuatku belajar mengenal diri sendiri, mengenal dunia dan berfikir lagi. tulisan-tulisan mereka seakan-akan mengetuk-ngetuk kepala aku, searus dengan pengalaman jatuh bangkit aku di sini. mendesak aku agar berfikir lagi dan lagi. sampai aku insomnia sebab otakku tak mahu berhenti berfikir. alhamdulillah insomnia aku dah hilang.

mungkin kerana pengalaman, aku dapat memahamkan mereka (walaupun bukan keseluruhannya). tapi yang aku nampak, ramai yang mengutuk mereka kerana bahasa mereka dan gaya penyampaian mereka yang diistilahkan 'kurang ajar' ataupun 'lucah' ataupun 'ekstrim'. seperti kata hafizbar, puncanya 'tak mahu lihat pada fokus utama' atau malas berfikir. pada pandangan aku, bagi orang yang malas berfikir, mudah jatuh dalam gaung 'generalization' apabila membaca tulisan-tulisan mereka, dan aku sangat benci sikap 'generalizing' itu. sangat benci. mungkin aku juga belajar dari pengalaman. pada pandangan aku, orang yang suka generalize ini orang yang ibarat quote ini: "When you say a situation or a person is hopeless, you are slamming the door in the face of God." -Charles L. Allen- Dan hidup aku sendiri, bukanlah sesuatu yang 'biasa' atau 'normal'. banyak perkara luar jangkaan yang berlaku dan semuanya atas izin Allah, maka aku sukar terima orang yang berkata "alah, buatlah macam mana pun masih sama jugak" ataupun "rasanya semua orang macam tu kot". lambang kesempitan pemikiran, malangnya aku banyak jumpa orang macam ni, tak kiralah betapa kaya pun dia, betapa pandai pun dia. sangat berbeza dengan cara aku jalani hidup aku setiap hari- 'expecting miracles'. sejujurnya, aku tak berapa kisah dengan cara penyampaian, sebab aku bukanlah seorang yang menerima atau menolak sesuatu bulat-bulat; pasti aku akan cernakan dahulu maklumat-maklumat itu insyaAllah, sebelum aku buat keputusan rinci mengenainya. dan secara jujur aku katakan, kadang-kadang masyarakat perlukan sesuatu yang cukup 'umphh' atau 'mengena' bagi menyedarkan mereka dan membuat mereka berfikir.

habis kenapa aku rasa sebak? aku rasa sebak sebab 2 perkara. pertama, melalui tulisan-tulisan mereka, aku dapat rasakan betapa bebannya jiwa mereka, betapa sakitnya hati mereka melihat dunia. tulisan mereka adalah ekspresi jiwa disulam mesej-mesej yang mantap. (aku kira hamka sudah semakin improve dengan gaya penulisannya, sudah berubah sedikit berbanding dahulu) dan merefleksikan perasaan itu pada diri aku sendiri, sebenarnya kadang-kadang aku sudah sangat letih. penat dengan hidup dan manusia-manusianya. kadang-kadang ingin sahaja (banyak kali sebenarnya) aku ingin memenuhkan blog ini dengan kata-kata kesat, cacian dan hinaan namun aku tahu aku takkan lakukan. dengan segala rahmat Tuhan padaku, masakan aku mungkin sanggup lakukan. dengan adanya mama, orang-orang kesayanganku yang sentiasa Allah menunjukkan kasih sayangNya padaku melalui mereka, masakan aku akan lakukan. walau bagaimana perit, walau bagaimana sakit. teringat doa Nabi sayang yang bantu menguatkan aku, "ya Allah, tetapkanlah aku dalam kebenaran ketika masa suka dan marahku" (lebih kurang). kerana jika difikir-fikirkan, sudah tidak berbaloi lagi rasanya menjadi sopan, tidak beruntung lagi sekiranya masih berlembut, takkan berhasil lagi kalau masih berbunga-bunga. sampai satu tahap, aku rasakan segalanya tipu belaka, bohong semata. bagai ingin lari dari realiti sahaja jika masih melakukan sedemikian.

dan sebab kedua aku sebak ialah kata-kata ustaz aku- "matlamat tidak menghalalkan cara". walau bagaimana tinggi impian, walau bagaimana dalam perasaan, walau bagaimana bijak pemikiran. matlamat tetap tidak menghalalkan cara. aku kira aku sendiri banyak kali gagal dalam hal ini. terutama dalam melaksanakan tugas memimpin dan meyampaikan mesej. aku takkan punya hak untuk mengadili sesiapa sampai bila-bila, dan berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku sedar dan amat maklum perasaan-perasaan itu- yang berat, yang memberontak, yang pedih- kerana aku sendiri sudah melaluinya. dan kerana aku faham, aku jadi sebak. aku pernah berada di posisi penghukum semasa aku masih jahil, namun setelah aku rasa sendiri dan belajar darinya, aku sedar bukan semudah itu jalan penyelesaian terhadap perkara-perkara begini. bukan semudah itu. melalui pengalaman pahit, bersemuka dengan orang-orang yang tak mahu faham, menghadap golongan pengutuk, berusaha menguatkan diri dan memperkukuh kepercayaan- ialah hari-hari insomniaku. sakit dan pedihnya selalu aku translasikan dengan air mata.

tapi inilah sesuatu yang tak pernah berubah kawan, inilah suatu yang takkan berubah- Dia itu dekat. dan aku yakin dengan itu, lebih dari aku yakin dengan diri aku sendiri. seperti kata mama, "walaupun mama bagi kamu 1001 jalan penyelesaian, (nescaya) kamu takkan puas hati. tapi cuba kamu bangun malam, sembahyang dan menangis atas sejadah, mengadu pada Dia selama mana yang kamu suka. insyaAllah, hati kamu akan jadi tenang dan kamu akan nampak masalah tu hal kecik aje, walaupun masalah tu belum setel." bilamana kawan-kawan aku mengadu apa-apa masalah pada aku, ini selalu resolusi terakhir paling berkesan. aku rasa aku tak perlu nak ulas point ini panjang-panjang, sebab aku juga benci disyarah hal-hal yang sebenarnya boleh didengar dari dasar hati kita yang pemiliknya ialah Tuhan. dan aku yakin, siapa pun engkau kawan, dan apa jua masalah kau, Tuhan itu dekat. pesanku ini sahaja- percaya, yakin, bersangka baik dan tak sekali-kali putus asa dengan Dia. masalah lain boleh bincang kemudian, itu semua hal kedua.

aku berdoa, moga semua kita Allah kurniakan petunjuk atas jalan yang Dia redhai dan diampunkan segala dosa-dosa kita. ameen...

p/s: aku menulis dalam perasaan berat. sarat mesej tapi terhad ilmu penyampaian. maafkan aku...

5 comments:

nina said...

hmm, air mata nina berlinang baca blog ni ..

tadi ptg nina tulis blog nak komplen pasal kehidupan, tapi masa nak tambah last complaint, tetibe benda lain yg nina type ..

terperanjat nina baca tau !!!

anyways, u're strong too !
u're always always strong and let it be till infinity !

i trust u !
since the first time i met u !
u just don't know how to fail !

;-)

rukiah mahmood dan anak-anak said...

salaam

hey gurl. writing the entry to make myself cry wasnt a purpose. (lol) but ur comment did. it really did.

it's just that, yeah, like you said, i dont know how to fail. im stupid that way. so be it. and dragging you too into the whole mess of no-room-for-hopelessness, i guess that isnt wrong, aite? :)

coz He is always there. the Only Reason is here- close to us. no matter how hard we try to avoid him, no matter how far we'd run, eventually...we will just run back to Him, crying.

as humans, we always make mistakes. but that what He expects, and we shud, too. and He expects us to call Him whenever we remember Him- gay or sad or angry. so be it. call Him, as He will never get bored to listen to us. never ever. even if one day i forget you or leave you, remember that He never did, isnt and never will.

and, through that- EXPECT MIRACLES.

ameen...

nina said...

Thank You buddy ..

tears wasn't the purpose of both our entry, but it does feel deep..

one wisdom lady you are !

JAZAKALLAH ...

goodnite !

lapar !

rukiah mahmood dan anak-anak said...

waa...lapa g makan maggi la...ekekek

pastu maggi tu tambah telur sebijik, baru sedap sket...

yum yum!

nina said...

oh konbawa rupanya ..
nina ingat kumbangwa ..
hekhek, memang dah lidah jawa or soundtrouble sket ..

salaam