Tuesday 31 July 2007

related?

sejak semalam, saya jumpa dua benda yang related (iyakah?) dengan saya.

1. sewaktu praktikal geosains, kami dibekalkan dengan atlas. saya sedang mencari-cari tempat yang dinyatakan dalam manual apabila mata saya menangkap perkataan-perkataan ini: 'Qila Saifullah', 'Qila Abdullah' dan 'Qila Ladgasht' yang ketiga-tiganya terletak di pakistan. rasa teruja pulak. terbayang muka seorang yang penuh aksi, seperti mahu bercerita tentang semua benda pada semua orang, kepada seseorang. oh, muka yang sudah jauh itu. tapi begitulah perasaan saya. benda yang kecil mampu buat saya seronok. selalu saya rindukan diri saya yang itu. entah bila dapat merasakannya lagi. entah mungkin entah tidak. tapi jika kamu tak percaya, boleh klik sini. hehe

2. saya sedang membuka dan membaca blog-blog orang lain, semuanya lebih tua dari saya, rata-ratanya sudah bekerja. bila saya buka sebuah blog milik seorang guru, saya terkejut. dan terpaksa pertahankan diri. jika kamu mahu tahu, kamu perlu pergi sini dan skrol ke bawah, sehingga kamu jumpa entri 'Monkey Love'. tapi apa-apapun, yang penting saya lebih kiut ;p hehehe...(at least bagi saya, kamu tak perlu attack saya jika kamu tak rasa begitu)

sekian. pengajaran: 'alam ini berputar, semua yang pernah keluar akan masuk balik, semua yang pernah masuk akan keluar balik. berputar di sekeliling paksi yang sama. ia magik, tapi segala yang terjadi bukan suatu kebetulan.'

p/s: aqbal, aku akan pastikan entri-entri aku lepas ni semuanya bawa pengajaran. yang penting, sebaliknya aku ke malaysia, ko mesti belanja aku sate kajang ;p

6 comments:

Anonymous said...

ape pengajaran ntah ko bg nih..xde kene ngn citer pon =p
boleh x aku klik mane2 x utk yakinkan aku dgn pengajaran ko nih? ahaha

akira said...

heh

ape abal tulis ni...x fahaamm...

Anonymous said...

ye laa, ko xabes2 tulis, jika kamu xpercaya, klik sini, jika kamu nak tahu, klik sini..
aku nak tahu, ape kaitan cite2 ko tu ngn pengajaran yg ko bg.. nak klik mane?? ahaha

Anak Singa said...

salam ziarah.

aqilah, pandai kamu tulis surat chenta itu yea.

akira said...

anak singa,

wslm
saya tak bersalah...danial yang pancing saya. apalah dosa sekeping hati...(dah mula dah wakaka)

abal,
heiii...pada perkataan 'sini' tu laaaa....adeh pakcik...huhu

akira said...

oh ya

abal, pengajarannya apa ya? hehe. sebenarnya entri tu x berapa tepat dengan pengajaran. hah, inilah akibat kalau nak puaskan ati seseorang punya pasal, akhirnya wat benda yg x cukup betul. aaahhh...abal, pasni ak akan tulis ikut dr sendiri. kau suka, x suka, ade pengajaran ke xde, aku tak kire. aku akan tetap tulis apa ak nak tulis, walaupun tade pengajaran. eheheeeee