Monday 30 July 2007

'injured'

saya selalu bermimpi-mimpi menjadi pemain pasukan sekolah dalam apa-apa perlawanan. pemain utama. bukan simpanan.

dan saya selalu bermimpi saya cedera. bangganya saya jika saya diusung keluar padang atas alasan 'injured' dan pada masa itu, saya pula mengangkat-angkat kepala untuk melihat perlawanan yang berlangsung tanpa saya. situasi pasukan saya tanpa hero. tanpa ayam tambatan pasukan.

mimpi pertama saya belum terlaksana. (atau tak akan?) sebab saya benci berlari. dalam apa-apa jua okasi. ha ha.

tapi mimpi kedua itu pernah terjadi. dua kali. eh tidak. entah berapa kali saya pernah terjatuh dan cedera. budak nakal, kot.

walaupun tak jadi pemain utama. bahkan pemain simpanan pun!

yang paling saya ingat, sewaktu di tingkatan lima. saya masuk pasukan sekolah dalam permainan bola baling. saya tak berpeluang jadi pemain utama. sebab pertama, saya benci berlari. sebab kedua, saya belum pro; saya mula masuk pasukan sekolah dan baru belajar bermain sewaktu di tingkatan empat. berbanding dengan ayam-ayam tambatan pasukan lain yang dah mula bermain sejak sekolah rendah, alahai kerdilnya saya.

tapi dalam game final, saya dibenarkan masuk bermain lagi dua minit sebelum permainan tamat. alangkah gembiranya hati. saya masuk padang dengan bangganya. cumanya saya fikir, tinggal lagi dua minit, tak sempat saya melakukan aksi seorang hero. tapi tak apalah, saya akan lakukan sehabis baik.

pasukan lawan semakin terdesak kerana kami mendahului. mereka dahagakan piala johan. tapi kami mantain cool. (sesiapa nak nombor telefon ahli pasukan saya?) saya ditugaskan untuk jadi benteng dari serangan pihak lawan. kami berpadu tangan, sambil otak saya ligat berfikir taktik-taktik yang sudah cikgu kami ajarkan.

tiba-tiba seorang pemain pasukan lawan maju dengan kencang untuk melakukan serangan dan menjaringkan gol. saya bagaikan dapat merasakan aura kencangnya yang ingin merempuh tapi saya sebagai pendegil naturalis tetap di posisi dan bersedia. manalah tahu jika dia tak jadi melakukan serangan, kan.

tapi nampaknya dia degil juga. buku bertemu ruas.

sedar-sedar saya terbaring di atas padang. semua datang berkerumun.

"aqilah, kamu ok ke?" muka cikgu yasin agak risau. saya angguk, bingkas bangun walau sedikit terhoyong-hayang. memegang dahi yang saya rasakan sudah biru. bengkak serta-merta. rupa-rupanya pemain tadi cuba melepasi benteng saya tapi saya melompat ketika dia cuba membaling bola kencang masuk ke gol.

bola tak masuk ke dalam jaring sebaliknya mengenai dahi saya.

wisel ditiupkan. kami diisytiharkan johan daerah. saya yang masih agak bingung melompat gembira.

saya bukan hero, sebab saya tak jaringkan gol. tapi berpeluang menyumbang adalah sesuatu yang manis.

p/s: sebulan lepas kami bermain bola bakul. saya terseliuh, sampai hari ini belum baik. walaupun saya tak terjingkit-jingkit, tapi kaki terasa sakit ketika mahu pakai kasut dan stoking. bengkokkan kaki payah, sewaktu tahiyat awal sakit itu terasa. awal-awal dulu saya ingatkan sakit boleh hilang kalau diurut, walaupun saya tak pandai mengurut tapi saya cuba juga dengan hati-hati. akak senior pesan supaya check dengan doktor. mana tau ada tendon yang tercedera. harap-harap tak teruk. nampaknya saya terpaksa lupakan sikap malas saya dan buat pemeriksaan. aduh, bakal hero tak pergi hospital lah...

7 comments:

whilewhiting said...

HAHAHAHAHHAAHHA!!
bola bakul???
2 minit akoo termenung pk pe mende la yg ko ckp ni. rupe2nyer basket boll. kalau ko x mention pasal luka terseliuh tu.. lagi lame kut akoo nk pk bole bakul tu mende.. eit,, jgn rosakkan bahasa leh x?? bola keranjang la....

huhu. lame x comment. akoo xde internet ma.. ni pun kat uni.. huhu. jya ne;

akira said...

haha

tadi terlupa perkataan 'keranjang'. penat translate dari perkataan 'basketball.' akibat malas menunggu ilham, aku biarkan aje macam tu.

dan akhirnya kau datang selamatkan bahasa MELAYU aku.

herokah? ;p

mostlyepiphanies said...

Aizuddin ni,bersukan pun xda bakat,inikan pula nak jadi hero.

Wishful thinking pun okay jugak.

Dulu kecik2 saya nak main squash,tapi atuk kata itu sukan bodoh,pukul bola kat dinding je.

Lantas,tak jadi.

akira said...

mama saya kata sukan golf itu bodoh. dan bola juga. tapi saya agak minat bola. hehe. rancak kalau ramai, semua dengan pasukan masing-masing.

tapi saya tak pernah suka golf. satu apa pun tak menarik pada saya ;p

ragbi best. saya pernah main ragbi semasa di tingkatan 3. tapi saya rasa kalaupun saya dapat main ragbi sekarang, saya tak mahu. melainkan dengan orang-orang tertentu ;)

zaman berubah, ya aijud? bak kata pepatah, nothing is constant except change.

pahit dan kelat.

Anak Singa said...

salam ziarah.

1. nampak cool bila injured? pemikiran yang sangat comel. main molek2, usah sampai ada permanent injury yang membataskan aktiviti kamu seumur hidup. nauzubillah.

2. masa di kolej pernah cuba berjinak-jinak bermain bola basket. tapi sebab rabun teramat, shoot 10, 1 je masuk. shoot 20, 1 jugak masuk.

3. ragbi memang best!

akira said...

anak singa,

1. "nampak cool bila injured? pemikiran yang sangat comel"

saya terbayangkan naruto bila baca ayat kamu yang ini. naruto saya.

2. kena pakai contact lens lah kalau macam tu. kalau nak 1001 cara, kan? ;p

Anak Singa said...

ok lah saya mengaku. saya memang tak pandai main bola basket :)