Tuesday 1 January 2008

wayang ku, cerita ku

dan walaupun selepas seharian mengangkut dan mengemas barang-barang dan amat amat kepenatan mengemas bilik yang memang sarang tikus (serius), aku tetap tak boleh tidur.

insomnia kah?

malam ni, ada bunga api sempena tahun baru. berbunyi sayup, terbang tinggi ke udara sebelum meletup dan mengembangkan kelopaknya.

melihat bunga api kemudian merenung skrin komputer. menunggu huruf-huruf menari di papan yahoo messenger. sekejap menoleh. kemudian menoleh lagi. masih kosong.

semuanya seperti terlalu jauh.

lampu kota menyala dengan sangat terang malam ini. bertuahlah aku dapat tinggal di tingkat 4. boleh melihat awan sepuas-puasnya. boleh mendongak ke bintang lama-lama. bulan pun tak boleh menyorok lagi.

kemudian, berlatarkan langit hitam, satu-satu datang di depan mata aku. macam dalam filem. ada lagu juga. lagu itu membuatkan aku diam.

perasaan yang sama datang lagi. ketika aku merasa sangat lemah. sangat tak mampu untuk buat apa-apa selain tunggu.

dan sementara itu, wayang terus berputar. scene yang sama berulang-ulang kali namun aku tak pernah bosan. pernah kehilangan orang kesayangan selalu mengingatkan aku, yang.

betapa pun aku gembira dengannya, ia pasti akan berakhir. dan perasaan lemah itu mendiamkan aku dan membuatkan aku rasa sangat sayu dan tak berdaya buat apa-apa. seperti mana aku sayang abah, abah tetap pergi. seperti mana aku sayang aqil, aqil tetap pergi.

pun begitu, aku tak mampu untuk tak menyayangi. dan ketidakmampuan untuk memampuskan perasaan sayang itu, menjadikan aku bisu.

wayang masih bermain. sepertinya tak mahu berhenti. dan aku menikmatinya seorang diri, tanpa teman. aku rindu masa-masa itu. wajah-wajah itu. tempat-tempat itu.

dan memikirkan yang aku mungkin akan kehilangan yang itu juga, seperti mana aku pernah kehilangan abah dan aqil, membuatkan aku rasa sangat sedih. kerana mungkin itulah kali terakhir aku dapat merasakan kegembiraan itu. walaupun kenangan-kenangan itu semuanya manis-manis belaka, aku masih menangisinya.

apalah yang mampu aku buat untuk hilangkan rasa ini. sekadar mendoakan, dan berusaha sebaik mungkin untuk menghargai apa yang aku masih ada sekarang.

walaupun esok lusa aku mungkin akan kehilangannya, tapi. perasaan itu takkan pernah pergi.

wayang terus berputar di depan mataku. Tuhanku, aku tidak pernah berganjak dari sini. maka ketika aku tidak diperlukan lagi, Kau selamatkanlah aku.

soredemo, akemashite omedetougozaimasu :)

2 comments:

Mesin Kata said...

kamu budak kecil,

mahukah kamu tahu ketidakadilan di sebalik keadilan?

kalau kamu mahu tahu, kamu kena terbang ke atas sana. ke langit yg ke-7.

mahukah kamu mahu melihat pembohongan nyata?

keluar sahaja dari rumah mu.

itulah, aku juga seperti kamu budak kecil. cuba menghargai setiap detik yang mendatang. menyambut mesra buat yang menghampiri. kerana hati kita ini penjenayah.

mengapa begitu?
kau pernah dengar ungkapan mencuri hati?
jika hukuman hudud kepada pencuri ada potong tangan, di mana tangan untuk hatinya?

aku si celaka pelajar perubatan, juga tidak pernah melihat penjara hati.

celaka sungguh.

kerana hati ku sering terpenjara.

akira said...

kalau hati kamu sentiasa terpenjara, maka hati kamu tak pernah dicuri.

bahagia kah, begitu?