Monday 20 August 2007

aqilah junior

selepas aku masuk tadika, mak angkat aku yang dulunya jaga aku dari baby ambil seorang budak lain, namanya aqilah juga. tapi aku tak ingat siapa nama penuh dia.

dan aku boleh berbangga dengan dia ini. selalunya orang bernama aqilah sentiasa menjaga reputasi keheroan mereka ;p

dalam satu peristiwa yang mak angkat aku sempat recall, suatu pagi seperti biasa, aqilah dihantar parentsnya ke rumah mak angkat aku. budak aqilah itu kalau tak silap aku ketika itu berusia kurang 6 tahun (heheh...mestilah, kalau tak dia ke tadika atau sekolah, sayang). anyway, kiranya kecik lagi.

see. budak ni ada satu hobi (sama ada aku mempunyai hobi yang sama atau tidak adalah rahsia) iaitu memampuskan orang.

mak (panggilan kepada mak angkat aku, kami berdua panggil mak): aqilah, tak bawa nasi lemak hari ni?
aqilah j: tadi aqilah dah singgah kedai makcik nasi lemak tu, mak. (muka masam- persoalan tentang persamaan sikap ini juga adalah rahsia) tapi dia tak ada. haihh....
mak: lah...yeke.
aqilah j: haah mak. makcik jual nasi lemak tu dah mati kot.
mak: (aku tak dimaklumkan tentang reaksi mak angkat aku. maaf anti klimaks)

ada lagi satu peristiwa di mana aqilah junior ini sedang menunggu pakcik posmen seperti selalu. dalam kepala dia sudah menjadi kewajipan seorang pakcik posmen menghantar surat ke rumah. dan bila suatu hari pakcik posmen tidak singgah, aku yakin kamu dan kamu dapat teka jawapan yang dia fikirkan bukan?

see. aku dah kata, orang bernama aqilah memang bijak. selalu mengingat mati.

ameen!

p/s: ada satu kelainan antara aku dan aqilah junior ni- aku tak makan sambal a.k.a. nasi lemak original. tak macam dia yang terlalu frust tak dapat makan nasi lemak sampai err..err...

3 comments:

Anak Singa said...

Psycho sunggoh Aqilah Jr itu.

Anak jiran saya, Aqilah juga namanya.

Kecik lagi, tapi pandai menolong emaknya itu ini.

Adik beradiknya ramai. Dia nombor dua. Dia kecik lagi, tapi pandai menjaga adik-adiknya yang lebih kecik lagi dari dia.

Apakah cerita Aqilah sekarang ye.

akira said...

aqilah itu akan membesar jadi orang yang kuat.

aqilah junior ini juga seorang yang kuat. seorang adiknya menghidap jantung berlubang. dan dia juga rajin tolong mamanya.

ada lagi seorang aqilah, lahir pada 1 mei dan dinamakan sempena saya. namanya nureen aqilah binti azli. sekarang baru 4 thn kalau tak silap. suka jual mahal, macam merpati. bijak.

dan dia juga akan jadi kuat. macam ibunya. tidak, lebih kuat dari ibunya.

;)

Anak Singa said...

Bagus.

Semoga dapat hidup dan membawa tanggungjawab "maksud" nama.

Saya anak singa, tapi saya jinak sebab alif=jinak, mesra.

Oh.